Thursday, April 18, 2019

WANITA DAN KERETA


Good morning!! Sis datang lagi :)

Ni kisah selasa malam sebenarnya.. Time tu Pak Radie gi hantar bebudak Kumon, sis tuan puteri memang stay at home jelah.. Sebab tu perjanjian dari dulu, hal Kumon memang dia yang akan uruskan.

So balik dari Kumon dia bagitau yang side mirror belah kiri tak leh bukak katup dah.. kereta ni jenis ada motor, tekan je dia auto tutup or bukak.  Hambekkk kanan je boleh tutup ngn bukak.. kiri dah jam apa pon tak bleh.. Sentap ahkak sebab membayangkan nak bawak kereta takde side mirror memang leceh boss.

So pagi gi kerja sambil hantar bebudak gi sekolah agak terkial-kial lah aku.. sebab mirror tengah bkn boleh dipercayai sangat.. takut motor ke kereta ke belah kiri kita tak nampak kan?


So macam tu jelah rupa dia huh.. Tapi aku tak bagi tau Pak Radie sebenarnya.. haritu masa otw nak cari parking kat office laluan kiri kanan tu sempit.  Selama ni terror je bedesap desup walaupon sempit.  Tapi haritu tetiba ‘pangggg’ side mirror kiri huhuhu.. telanggar side mirror org yang side parking keta dia.. Ni semua salah org tu.. dah tau sempittt nak jugak park situ.. dah tau park situ tak reti plak nak tolak cermin kedalam!!! Tekepak side mirror ahkak.. tapi lepas tu laju2 tolak balik kedalam dan ok pulak hehehe.. adakah sebab tu punca dia jadi mcm ni sekarang??

Shhhh jangan bagitau laki ai.. ni rahsia kita-kita je.

Sedih kan?  Telinga sebelah je capang.. Takkan lelama aku nak bawak kereta x de side mirror.. leceh ni.. So drive lah pegi bengkel yang selalu aku pegi tu.. Masuk ni rasanya dah 3 kali muka ahkak kat bengkel tu.. haritu wiper jam.. pastu tayar pancit.. ni side mirror plak prob.. anda ingat saya ada masa utk sakit kepala?

Suruh mamat tu check dia cakap motor side mirror rosak.  Memang takdelah spare part dia kat situ.. nasib dia boleh adjust bagi keluar balik side mirror tu.. tp kekal statik je.. x leh dah tekan suiz kedalam keluar.. memang kanan je akan function.. Nasib kaulah situ.. janji aku dah boleh nampak kiri.. 

“Berapa ye?”
“RM10”
“Takde discount?”
“Takde”

Hampeh tu pon nak discount, mesti ahkak dimaki.  Tulah jadi pompuan ni kadang terpaksa gak kehulu kehilir bawak kereta.. Nasiblah aku ni dari temaja memang terpaksa independent.. Takde lah kalau x de laki ai patah kaki.. tapi kadang nyampah, tayar pancit pon terpaksa bawak gi bengkel sendiri...

Tu belum lagi kes aku drive malam kat KL tetiba tayar pancit aku tak tau aku redah gak.. sampai tetiba tekan minyak sampai habis tp kereta ko mcm siput babs je peginya.. pastu bunyik kelentang kelentung rupanya bukan setakat pancit!! Sampai pecah tayar tu aku kejekan... Eiii takut okkk.. Dahlah malam pastu kat highway plak tu.. tunggu tepi jalan lebih dari sejam baru laki dpt rescue sbb dia nak find location yang aku share tu tak dapat sbb ada banyak flyover..

 “awak kat mana sebenarnya ni???” 
“Tak tauuuuuu huwaaaa”

Tak membantu langsung.  Pastu aku duduk dalam kereta lock kereta sambil mata asik tengok kereta dari belakang.. Tetiba ada motor stop.. Aku ingat Pak Radie.. gembira lah sikit hati ni.. Tapi lama dia kat motor tak turun-turun.. aku dah berdebar.. rupanya tu orang lain tengah berenti and jawab call.. Scary ok sebab Peej pernah cerita kes dia tayar pancit tu pastu kene kepung ramai-ramai dengan budak motor siap pecahkan cermin kereta.. Pastu dorang redah jugak dengan tayar pancit tu nak lari dari budak-budak motor tu, nasib ada balai polis.. Kalau jadi kat aku ehhh takutlahh..

Tak lama pastu hero sampai.  Pastu dia pun bukak tayar tu nak tukar.. Dia suruh aku halau kereta-kereta yang lalu tu ke tepi.. OMGGGGGG ahkak malu tau tak.. Dahlah baru balik hi-tea masa tu.. Tebal muka aku guna payung signal orang suruh ketepi bagi laluan sebab laki ai tengah tukar tayar.  Huhhhhhh pastu sampai rumah kena bebel.

Pak Radie : Macamana awak bawak kereta tapi tak tau kereta pancit?

Aku : Manalah nak tau, tak pernah pun selama drive ni tayar pancit.

Pak Radie : Semua orang tauuuuuuuu macamana rasa tayar pancit.

Aku : Awak jangan nak macam-macam, ingat tak dulu ma pernah tanya, macamana kalau tengah drive tetiba tayar pancit? Macamana nak tau? Awak kata apa??? Awak kata confirm boleh rasa.  Masalahnya tak rasa pun? Tak tau pun?  (ayat ni sebab aku dah takut sebenarnya heheh)


So kesimpulan cerita ni ialah, wahai kaum adam, janganlah expect isteri / girlfriend korang paham pasal kereta. Kitorang takkan faham ok.

Eh kesimpulan salahkan orang lain hahahhaa.

Ok bye, nanti sambung. tata... 





Love, 
Filla.

5 comments:

Umi Nazrah said...

kadang2 malas nak amek tau sangat pasal kereta. sebab otak kita banyak menda lagi nak kena fikir. hahahaaa

Peeja said...

Hahaa...ayat selamat diri btul laa

AIN said...

kelakar..yeahh..kak filla is back 😘😘😘

Anonymous said...

btl tu..kdg tayar xde angin pon bedal jalan juga..sbb hari2 bawa kereta, rasa dia sama je..so bila laki yg bawa..dia ckp berat..rupanya xde angin...hahaha

Anonymous said...

Saya pun pernah bawak kereta tayar pancit tapi tak perasan..ye la...rasa sama je tak de beza pun pancit..menonong aje bawak sampai ada kereta sebelah siap bukak tingkap bagitau...akak...tayar pancit tu...nasib baik la dah dekat sampai ofis mr asben..selamat...alhamdulillah...