Tuesday, April 23, 2019

AKHIRNYA TOPOKKI ATAS MEJA MAKAN.

Berjaya jugak buat topokki sendiri.. Tapi instant jelah.. 

Ramai yang tanya macamana rasa dia?  Hmmm untuk orang yang suka Korean Food then sukalah kot.. Kuah dia pekat, pedas, manis.

Yang batang-batang tu kita panggil rice cake.  Rasa dia kenyang / chewy.

Sebenarnya korang boleh tambah macam-macam lagi.. Boleh letak ramen / noodle jugak kalau nak.. dan boleh tambah sayur dan lain-lain.. Tapi Kak Pilla just letak daun bawang je hehe

Ni beli dekat Jaya Grocer.  kat bahagian yang jual kimchi, tofu semua tu.. Jaya Grocer kat D Pulze, Cyberjaya ada satu corner jual Korean Food jugak.. ada jual seperately rice cake and Sauce dia.. tapi Sauce dia takde tulis Halal so tak breani nak beli.  Pastu jumpa yang ni dah siap ada pack sauce dalam dia and tulis halal so kita beli je ni..

Kat belakang ada tulis cara-cara dia..

Ni namanya Rice Cake... Kalau beli korang letak kat bahagian frozen.. Bila nak masak, keluarkan dulu letak kat luar dalam sejam.. 

Ni serbuk sos dia.

Lepas sejam tu boleh keluarkan bilas dalam air sejuk..

Didihkan air dah masukkan serbuk sos.. Lepas tu tuang rice cake masak dalam 3-4 minit.. Jangan lama sangat nanti rice cake kembang sangat and lembik.

Muka budak happy dapat makan Topokki ;)

Tulah kita ni sebagai mak-mak.. Apa anak nak kita akan cuba tunaikan.. Lagi-lagi bab makan, memang tak boleh nak biarkan anak sebut.. Cubalah jugak usahakan..

Dah lepas ni jangan nak mintak macam-macam ehhhh..

Sekian, cerita hari ini.




Love, 
Filla.

6 comments:

ain.ya.nun. said...

Senyum happy dapat makan tu so priceless. Alahaii anak

Wawa Yusoff said...

Bagus nya pandai makan macam-macam.. wa memang tak reti cuba-cuba makanan ni... hehehe

Roziah Muhammad Nor said...

baru 1st time tengok dan dengar nama topokki ni :)

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...

Akak suka topokki ni tapi selama ni tataw ada jual yg instant. Thanx Pilla share. nanti nak cari la

Anonymous said...

Topokki yang dah siap tu, letak cheese atas dia, masuk dlm oven jap...Sedap giler ...try laaa

wahida said...

ni la yang kite tak boleh nak telan kat Sapoong ritu..hahahaha..semuanya gara2 tunaikan permintaan anak2..layankan la..mak bapak eh tekak masak lomak cili api..hahaha..