Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Wednesday, April 17, 2019

3 KETUL KASIH

Hellooo.. now entry pon update guna phone malam2 so esok pg baru publish.  Pastu  baca entry lama-lama macam tahun 2013 banyaknye aku merepek time tu.. ada je benda nak sembang pastu rasa mcm wow kelakar gak aku ni dulu muahahha... now dah tua macam x kelakar dah hidup so serious hahaha..

Kemain lagi korang mengata aku kat dm ig kan... "Kak, udah-udahlah Apple Strudle tu, mana entry baru?" Muahahahha ko kutuk Apple Strudle tu yeh?

Sepeninggalan blog ni, anak-anak Kak Pilla pon dah besar panjang and melampai dah tingginya.. Kasih dah tinggi dari aku kot? Fuhhhh x sedar anak dara dah dia dan tanak bergambar dah sgt skrg ni... 

So yang banyak pon gambar Amaani ngan Icha je..

Nahhhh kemain tinggi dah diorang sekarang.. Lagi-lagi Icha tu jenis halus tinggi.. kat class dia pon dia antara yg tinggi.. dah 6 thn dah Icha.. Amaani dah 9 tahun, mak dia baru 28 tahun ;)

Amaani dah remaja.. haritu kurus kering, ni dah berisi balik sebab dia ni semua benda dia telan.. sama macam mak dia suka makan nasi dgn lauk.  now dia suka Black Pink asik tejoget2 je and paling dia suka Jenny tu.  Amaani byk sama perangai mcm aku sikit.. maybe sbb anak no2 sama macam aku.  Akal panjang ni byk je agenda dia.  Garang pon dia jugak.. dan dia ni jenis pukul 10 dah ngantuk.. Cepat naik hangin tapi cepat sejuk.. senang gila tidur, letak kepala 5 minit dah gone hahaha sama mcm mak dia.

Kat sekolah pon ada gang kamcing and dia ckp dia famous kat sekolah hahah perasan pon no 1 dia ni.. gang dia kebanyakan gang pengawas.  Dia cakap siapa nak gang dgn dia tak boleh makan comot.. ek eleh boleh yek mcm tu?  Dia ckp sorang ni dah diterima masuk gang sbb amaani dah ajar dia cara makan ayam drumstick supaya tak comot.. dulu dia mkn comot mamaaaa!! Dasyat sungguh kriteria org boleh masuk gang dia.  Pemalas, x suka siap homework semua tak leh masuk gang hahhahaa

Ni Icha.. Paling rajin kat rumah.. Rajin tolong bibik lipat kain.. dan memang boleh harap kalau suruh apa-apa.  Dia ni cermat sikit tak suka buat kerja main hentam-hentam.  Kalau makan pun dia paling tertib sekali.. Bersih je pinggan dia.  Paling rajin siapkan homework Kumon jugak.  Tapi dah 6 tahun pun aku kena teman dia tidur.  Walaupun dah lama dia tidur bilik sendiri dgn kakak-kakak dia.. tapi aku masih diperlukan time nak tidur.. Aku kena tidur sebelah dia sampai dia dah tidur baru aku boleh blah dari situ.. dan dia sentiasa kena ada barang dia pegang sampai dia tidur.. tak kira lah barang apa pun dia suka pegang.  Haritu lagi kelakar dia genggam limau purut kiri kanan.. Tanjat sis hahaha.. Dah macam tok pawang kau dah kenapa???? 

Dia paling manja dengan Papa jugak.. makan hati lah sissss... Bekejar amikkan air atau makanan bila papa balik dari work.  aku tak kuasa nak jealous ke apa.. tengok pakai ekor mata je perangai yang satu ni.. Kalau time makan pulak, kitorang akan makan sama-sama kat meja makan.. dia akan duduk setia takkan makan selagi papa belum join kat meja.. Fuhhhhh terlalu setia ni.. kalau ada boipren memang syoklah boipren ko dihargai sebegitu rupa *matakeatas*

Aku tak pernah sangka anak aku 3 orang.. Memula ingat sorang je anak aku si Kasih tu.. Aku ni garang tak reti nak manja-manja dengan anak..yang aku tau, semua kat rumah kena ikut peraturan.  Bila anak dah 3 orang ni hahhhh hambekkkk semua lain-lain character dia.. Kasih ni dah besar lebih close dengan aku dari bapak dia.. Semua cerita mengadu kat aku je.. anak dara kannnn.. Mak kau buat sporting je lah.. Kalau dia cerita tu bersungguh-sungguh.. pastu dia tanya "Mama ni dengar ke tak Kasih cerita? Tak kelakar ke mama?".. Selamba je aku jawab "Tak kelakar Kasih, please try harder"
Nyampah je dia tengok aku muahahahhahaha..

So itulah yang dapat Kak Pilla share pasal anak-anak di entry kedua tahun 2019 hehehe.. Harap entry ke3 akan menyusul esok pagi.. Malam ni sebelum tidur sis cuba update pakai phone ye.. terkebil-kebil menaip dahlah rabun!!!

Thanks ramai dm dekat beratus kot dm aku dapat bagi sokongan untuk update blog sebab dah kurang bahan bacaan kahkahkahhh.. Padan muka kena baca entry tak berapa berilmiah dari sis..

Adios see ya later.



Love, 
Filla.

Wednesday, December 18, 2013

ALEESYA DAN LABU

Assalamualaikum ;)

So semua sihat tak pagi nie? kalau sihat Alhamdulilah.. kalau tak sihat pegi klinik ok? Hari ni ahkak nak citer pasal makanan bayi... muahhahaha.. Kak Nam sangat la plak bunyi dia... Ok aku ni kan.. walaupon anak dah 3 orang.. tapi cara aku bukan cara moden.. kalau orang lain ada anak, experiment macam2 bagi anak makan.. aku tak.. hahah.. mungkin jugak aku ni pemalas hahaha.. memula anak aku belajar makan (masa umur 6 bulan) aku terus buat bubur nasi.. aku campur carrot ke.. broccoli ke.. ikan or ayam.. kentang.. bilis.. nanti dah nak masak aku amik penekan burger tu.. aku lenyek2 sampai halus.. sebab kalau blend.. aku geli hahaha.. eh tapi start bagi bubur nasi lenyek masa 7 bulan kot.. memula tu bagi yang nestle.. beraslah, oat, buah-buahan.. senang keja aku.. campur air panas je ;) 

Aku takde pon food processor ke apa namanya tu? bagi salmon, bagi avacado, apple, banana, blend semua.. hahah.. aku macam tak reti ke malas ke tak pasti pulak.. aku rasa bubur nasi lagi sedap.. hahahah.. gila saiko, kesian anak aku.. orang kampung tu elok je anak dia bagi makan nasik.. hahah.... hari bekerja bibik masak bubur Aleesya.. aku dah ajar.. dan aku dah tengok.. memang ok dia masak.. paling hebat pon aku beli ikan merah.. hahah.. masak ngan bubur tu.. nyamsss.. so far Aleesya memang suka makan.. tak pernah lah tak habis.. seleraaaa memanjang.. badan je kuruih.. selera besar..

Ada jugak aku tengok kat hypermarket jual heinz lah.. fruit juice? ke apa ntah yang untuk baby.. tapi aku macam belek2 lepas tu letak.. teruk kan? haha.. tapi baru ni aku amik 1 botol heinz yang rasa apple..saja nak tengok dia ok ke tak.. blom bagi lagi.. 

Hari tu aku beli labu.. kecik je (setengah).. so sekali masak suku je.. aku potong kiub2 pastu rebus.. pastu toskan.. lenyek je ngan sudu.. 

Nampak? macam sedapppp jeee.. memang sedap pon. maniskan labu so mesti sedap.. Leecha suka! habis dia makan.. gembira betul hati aku... sebab selama ni asik sumbat dia ngan bubur nasi je kan.. so bila sesekali aku tukar menu, pastu dia selera plak tu makan. so aku dah rasa macam aku ni ibu yang hebat dah.. bahahahahahaha... 

Kalau korang ada resepi lain yang senang macam rebus labu ni.. sila share ok? selain dari bubur nasi lah ;) 

Ni gambar latest hihihi... gelap kan kulit dia? birthmark kat dahi pon dah kurang sikit.. ke sebab kulit dia gelap so birthmark tu pudar sikit? muahahahhaha.. tak kisah lah dik.. bersyukur je apa adanya.. janji sihat.. 

Tengok rambut Leecha.. lain kan? rambut dia kasar.. pak radie suka serabaikan rambut dia.. jahat betul.. aku ajar bibik.. kalau bagi Leecha makan..jangan suka selangkan dengan air... tapi bubur tu jangan lah pekat kental sangat susah nak telan.. kang last sekali baru sudukan air.. tak elok makan berselang dengan air.. 

tiga orang anak aku.. semua kena buli ngan apak dia macam ni.. kang dia gonyoh2 kepala pastu amik tapak tangan tutup2 muka orang tu.. melalak budak tu sebab rimas.. 

tengok tu???? haihhhhhh kesian anak-anak aku..



Love,
Filla.