Wednesday, August 10, 2016

FLYING KICK.

Kisah ni dah lama pun terjadi.. Dah 2 bulan lepas kot.. Kes ni jadi kat Kasih kat sekolah.. Nanti aku cerita..

Aku tak tau aku ni jenis macamana yek? Nak kat aku tak protective sebagai ibu tu tak jugak.. Gila kot? Anak kau kene tendang kat perut kot?  Ke aku jenis terlebih kewl so aku biarkan? Eh macam tak je.. Senang cerita aku tak suka besar-besarkan hal yang kecik.. Tapi kecik ke? hahaha ok mungkin aku confuse apa yang terbaik perlu aku buat.. 

Aku bukan jenis apa anak cerita aku terus percaya 100%.. Tapi tu tak bermaksud aku tak percayakan dia.  Cuma aku tak suka konsep, anak cerita sikit terus mak-pak nak melenting.  Sabarrrr bawak bertenang dulu.. Memula sekali Kasih balik sekolah tu.. masuk dalam kereta dia borak-borak macam biasa.. Tetiba dia cakap "Mama, Kasih nak cerita dengan mama, tapi mama jangan cerita kat papa"  Well kasih dari dulu memang cenggitu ayat dia.. and aku pulak selalu janji tak cerita tapi lepas few days tetap cerita akan sampai ke bapak dia hahaha.. 

"Tadi kat sekolah.. Kasih borak dengan kawan kasih ni perempuan.. nama dia *** .. Kasih cakap kat dia yang kawan kitorang ni (lelaki) suka kat budak perempuan ni"  

"Kasih main-main jeeeee.. pastu Kasih dah cakap dah kat dia.. takdelah tipu jeeeee"

Lepas tu??

"Pastu rupanya dia dah bagitau kat budak lelaki tu Kasih cakap dia suka budak pompuan tu"

*budak perempuan tu tak hot, sebab tu budak lelaki tu marah*

Then aku kecikkan mata.. "Jappppp, betul ke Kasih dah cakap yang Kasih tipu je? Dah tu kenapa dia bagitau jugak kat budak lelaki tu???"

"Ye mama, Kasih dah cakap dah kat dia, Kasih tipu jeeee, tapi dia bagitau jugak budak lelaki tu, Kasih janji ni Kasih tak tipu"

Ok tu dialog dia.. now biar aku cerita bagi senang paham.. Budak lelaki tu kejar Kasih.. Kasih pulak lari ke toilet perempuan supaya budak tu tak leh masuk.. Tapi budak tu dapat kejar and flying kick satu kali.. Kat perut.  Kasih jatuh terduduk and tersandar kat dinding toilet.

Aku tau jugak Kasih tu nampak je macam tu.. tapi dia gangster boleh tahan.. pernah lah nampak dia bertolak bahu dengan budak lelaki.. Sebab dia cakap budak lelaki nakal suka buli orang.

Aku tak tau nak react macamana lepas dia cerita tu.. nak back up anak sendiri? nak marah budak tu? nak panggil budak tu? nak jumpa mak bapak budak tu? nak mengadu dengan cikgu?

OMG aku tak suka benda-benda macam ni.. So aku diam je.. Pastu Kasih cakap lagi "Mama tau tak, dia tendang Kasih tu.. kelakar jugak, Kasih rasa macam terbang pastu jatuh kat lantai"


*Gulp*

Hoiii anak aku sampai terbang kene flying kick.  "Kasih nangis tak?"  Sambil dia teguk air dia angguk-angguk.. "Nangis kejap je masa tu".. "Dah tu, kawan Kasih yang pegi mengadu kat dia tu tau tak?? Dia tengok tak Kasih kene tendang?"  "A ah dia tengok.. pastu dia minta maaf kat Kasih sebab dia pegi cakap kat budak tu walaupun Kasih dah cakap Kasih main-main je"

Budak-budak sekarang memang macam tu ke? Tak puas hati je terus terajang orang?  Aku tanya jugak ada apa-apa yang sakit ke.. luka ke.. Kasih cakap takde apa.. So ok lah.. Aku nasihat je kat Kasih.. "Kasih lain kali jangan cerita apa-apa kat orang.. jangan masuk campur hal orang.. buat hal sendiri.. jangan bergaduh kat sekolah.. Kalau sekali lagi dia tendang Kasih, pegi cakap kat dia mama nak jumpa"

Kasih terus jawab "Ok".. Eh dia ni ada perasaan ke tak.. aku tak sukalah jadi mak bapak yang over sangat.. Aku selalu pesan kat Kasih jangan buat orang.. biar orang buat kita.. jangan suka cari pasal.. so far ni dah takde dah kene pukul ke tendang ke.. bagus aku tak pening kepala.  Cuma baru ni dia cakap tengah makan dengan kengkawan kat kantin tetiba group budak lelaki yang tengah makan tu boleh baling diorang dengan makanan... makanan tu ialah nasi ye.. patutlah comot tudung kat bahagian kepala macam ada kuah kari ke sambal macam tu. 

"Dah tu Kasih buat apa???"  "Kasih geram.. kitorang tengah makan takde pun kacau budak-budak lelaki tu.. Kasih bangun pegi kat diorang pastu Kasih cakap kenapa baling makanan kat orang??? ada masalah apa??"

Eh anak aku ni suka tau berani-berani macam tu.. Eishhhh aku nasihat lagi kat dia.. jangan lah layan sangat.. biar je nanti budak-budak lelaki tu marah ada yang kena tumbuk pulak.  Dah berapa hari tu aku citer kat Pak Radie yang Kasih kena flying kick.. dia diam je.. Eh eh dia ni? Dengar ke tak aku citer ni?  dah lama tu baru dia jawab "Kasih cakap kat dia, papa nak jumpa dia.. bukan mak bapak dia tau.. tapi dia"

Wow seram ni.. Aku pon cakaplah.. takyahlah biar je dulu.... kalau dia buat lagi sekali baru jumpa.. Pastu tetiba Pak Radie cakap "Sebab tu dari dulu papa nak korang ni semua masuk taekwando.. bila orang pukul kita, kita boleh protect diri dan balas balik"  Eh? Boleh protect diri aku setuju, tapi balas membalas no ye..

Ke sebab tu aku ni selalu kena buli???? Aku selalu biar je apa orang buat kat aku.. Aku tak suka nak pening kepala melayan dan memanjang-manjang cerita.  Bagi aku buang masa.  Ke sebenarnya kita kena jugak panjangkan cerita, kena semuka dengan budak tu? Eh malassssssssssssssssssssssssss!!!!

Aku kecik-kecik dulu pun rasanya mak bapak aku tak kuasa nak masuk campur.. ko bergaduh pepandai lah ko settlekan sendiri.. takde nya diorang nak datang sekolah cari budak mana yang buli aku ke apa.. so aku mengikut konsep tu.. Korang rasa apa langkah patut kita buat sebagai mak bapak kepada anak yang di flying kick?  

A.  Beritahu cikgu
B. Jumpa budak yang flying kick
C. Jumpa mak bapak budak yang flying kick
D. Beri peluang kedua
E. Suruh anak aku flying kick dia balik.
F. Buat tak tau je.

Kalau ada jawapan yang tiada di atas boleh suggestkan jugak muahahhahaha.. 

*gambar hiasan, ibu bersama anak yang di flying kick*



Love, 
Filla.

41 comments:

CikPuan FiDa said...

D. BERI PELUANG KEDUA.

Anonymous said...

I vote for C.. Kene bgtau mak budak tu yg anak dia ganas, suka pukul2 org...

cik pinkee said...

soh kasih pesan kat budak tu, mama nak jumpa...acah2 gettuw,kalau budak tu jawab dengan kereknya, awak g je jmpe dia tu kak...cakap kt dia awak nk jmpe mak dia...promote skali fame cosmetics :P

Anonymous said...

kalau saya la, saya pesan dulu kat anak mcm kak pila buat tu... lagi sekali jadi yg mmg sah2 bukan salah anak saya, mmg masakla budak tu saya flying kick balik....

ALONG SURI DAHLILAH said...

pendapat sy kan kak.. sy akan buat A,C n D..

nadiakeeza said...

nak jawab E boleh tak kak pilla?

'saya si bekas gangster skolah'

Siti Hajar Mohamad said...

Filla...kalau akak kan...akak akan jumpa cikgu kelas Kasih dan bagitau hal yang berlaku..bukannya kita nak menangkan anak..tapi untuk peringatan agar kejadian macam nie tidak berulang lagi kat anak kita dan anak-anak orang lain..mujurlah Kasih x cedera..buatnya "flying Kick " budak tu kuat sampai mencederakan macam mana...

rohaida omar said...

hurmm susah jugak nak bagi cadangan ni. lama jugak saya pause nak pk apa solution. mungkin klu keadaan anak kita tu ok, kita bagi peluang kedua. klu biadap lagi skali, jumpa je budak tu nasihat, atau jumpa budak tu ckp aunty nak jumpa parent awak, tgk reaksi dia. kdg2 budak2 ni kat sekolah je kemain gengster, kat rumah diam je.

sharifah diyana syed bohori said...

Saya pulak rasa seram bila Pak Radie kta nk jumpa *gulp hahaha
mybe sy macam akak kot.tak suka peningkan kepala..
so sy vote utk D.pandai2 lah setel sendiri mcm kita dulu dulu.nk bgtau mak bapak tkiutt.tp harap2 xde perkara yg burul akan dtg berlaku lah kan..bdk2 nowdays xsama mcm bdk2 dulu :)

atiqah mutaza said...

kalau saya sy jumpe cikgu.. atas dasar supaya budak tu kurangkan keganasan die. jumpe sekali budak tu. memanglah mungkin peringkat awal kasih salah sebab buat2 v=cerita tapi kan dah cakap die main2 je. so budak lelaki tu mungkin ada masalah ke kurang perhatian ke. so setidaknya mungkin cikgu boleh bantu die.

kak pilla sy pernah jumpe member sendiri dah arwah pun. die kene tendang kat sekolah bahagian perut. memang mulanya tak ada ape2. tapi satu masa die sakit sangat tengok2 ada perdarahan di perut dan bile ceitakan kejadian tu doc ckp pendarahn tu berpunca dari situ. dan mungkin dah tiba masanya die pergi die meninggalkan asbab dari pendarahan tu..

Dalila Zakaria said...

D..Suruh flying kick balik..hehe..
Just kidding..

Mila Hilas said...

bagi sy plak..sebab anak nampak ok dan sihat je, xde sakit2..sy akan biarkan dlu..kalo next jadi lagi walau dgn budak lain pon bukan bdk yg sm..sy akan amik tindakan..bagitau cikgu dulu.kalo kebetulan jpe dgn budak tu, so nasihatkan terus skali..kalo x jln jugak baru jupe mak budak tu..sblm tu kena amik gmbr la, bukti anak kita kena (kalau ada lebam2 la)

Lis Malisa said...

Jumpa cikgu kak filla... klu one day dia flying kick lagi terkena tmpt x sepatutnya n anak kita pengsan or koma... menyesal x sudah nnti kak... cegah sebelum terjadi... jgn kasi dia naik tocang nk membuli je kojenyee... 😠😠

Miss Moon said...

nko kena inform juga cikgu Filla. So that cikgu tahu yg ada kejadian mcm ni pernah berlaku. So atleast kalau berlaku lagi nko suh Kasih jumpa cikgu. Then cikgu akan decide utk panggil budak tu utk warning atau panggil parents. So that dia akan takut n cikgu dah tahu kelakuan dia. Mungkin juga cikgu dah ada rekod n report mengenai kelakuan dia dari murid murid lain n mana tahu mungkin mmg tengah dalam pemerhatian guru,

Tapi at the same time kalau kebetulan nko anta atau amik kasih kalau la terjumpa budak tu just kasi warning je. Bukan suh nko flying kick dia. Sebab kadang budak2 ni nak bergurau tapi tak tahu level kasar n sakit tu mcm mana. So nko acah acah la

kalau auntie tahu awak kacau atau pukul kasih ...auntie dtg sekolah n panggil ibu bapa awak sekali tau. Jangan kacau Kasih dah tau .

Kalau aku pun risau hokeyyyy tambah plak kena terajang kat perut...anak perempuan plak. Bukan nko je ibu yg risau pilla oooiii aku yg baca ni pun risau. Moga Allah peliharakan anak anak kita semua

N to Kasih,
dah jangan layan dah budak tu. Kadang lagi layan lagi dia org ni meroyan n seronok usik. Everytime dia buli bgtau cikgu...everytime dia ejek bgtau cikgu k. Kalau dia kacau lagu suh papa bawak Uncle Ben skali gertak budak tu tau

PinKy MoMMa said...

kak pila ni pendapat saya yang anak bukan kena flying kick tapi ditolak sampai bertanda pada tangan..sikit lagi nak kena kepala tapi dia smpat tahan dgn tangan dia sbb tu tangan luka..anak saya kena macam2 dekat sekolah..kena baling botol air smpai pecah..kena panggil dengan panggilan sakai..saya diam jer tapi bila sampai ada tanda dekat badan, saya memang tak leh diam..saya amik tindakan dengan bagitahu mak budak tu..tapi bukan saya yang cakap..sebab saya tau, perempuan dengan perempuan kalau cakap nnt lagi teruk..so saya mnt husband saya call mak budak tu..suami saya cakap elok2 jer..tapi lain pula jadi nya..mak dia macam hilang pedoman..jerit jerit macam orang giler dalam telefon..

so dari situ saya faham, patut la anak dia pandai cakap orang sakai..rupanya bahasa mak pun teruk..saya ingat nak bincang elok2 tanpa campur tangan guru tapi bl kita bagitahu anak dia tolak anak sampai luka, saya terus direct guru pkhem beserta surat..saya siap bawa copy surat untuk cikgu tanda tangan bukti yang cikgu dah terima aduan saya..alhamdulillah budak tu kena panggil dengan cikgu displin..saya tak tahu apa tindakan yang cikgu ambil tapi lepas dari kes saya hantar surat by hand tu, anak saya dah tak de gangguan dah kak..amannya hidup saya..

saya tak faham kenapa budak2 skrg extreme sangat..tapi saya belajar satu benda, kalau kita di rumah pun dah teruk dengan anak, anak akan bawa benda tu ke sekolah..sampai ari ni saya pesan dengan anak, kalau jumpa budak tu lari..jangan sentuh badan dia..tapi biar ada bukti tunjuk dekat mama..mama main atasan jer..bukan kita suka nak report tapi untuk keselamatan anak, kita kena buat kak pila..

eh ni dah mcm entry blog hahahaha..
saya yang amik gambar dengan kak pila masa kat aquaria ari tu..yang anak amik gambar ke tepi tu hahaha..yang tu la yang kena buli tu..haihh

Anonymous said...

Akak pernah alami perkara mcm ni. Suami akak pergi jumpa budak tu kasi warning satu kali. Terus budak tu tak berani.

kukuchimachikumi said...

Salam kak fila...tetiba rasa nak komen entry ni....sebagai cikgu,sy cadangkan akak jumpa cikgu inform cite ni so dat cikgu tu boleh tanya version cerita budak lelaki tu and nasihatkan sekali..baru la budak tu x flying kick sapa2 pulak...takut if x da yang bagitau,budak tu rasa ok je dia nk flying kick kasih ni...sekadar pandangan sy kak

Anonymous said...

Dear Fila,
You have to notify the teacher and also the parents. Bullying is not acceptable. If there is no any reaction from you for this issue, your daughter will think is ok for a boy or man to hit her. If this issue are not handle well, then I am sure the boy will be ok to do the same think to another person!

Anonymous said...

Dear Fila,
You have to notify the teacher and also the parents. Bullying is not acceptable. If there is no any reaction from you for this issue, your daughter will think is ok for a boy or man to hit her. If this issue are not handle well, then I am sure the boy will be ok to do the same think to another person!

Anonymous said...

Kak Fila,

Jawapan: E - Masukkan Kasih Taekwando. Utk pertahanan sebagai seorang gadis remaja..!

Anonymous said...

Betul, I have to agree with Anonymous above me..hitting people just because you are not happy with someone -flying kick lagi, is not a small issue..orang kita selalu tak nak kecoh2, atau nak jaga air muka orang..but it can resort to bad incidents happening, maybe not to kasih, but to other kids as well..that boy will think it's ok just to simply use violence to deal with people, Kasih would think it's ok for boys/anybody to hit her just because of her silly act/bad jokes.My heart sank to read the way kasih told you about the incident; as if she felt she deserves it somehow because of her bad joke. I am happy to hear that your husband wanted to see that child, it would at least educate him not to hit people or girls (well i hope so)..

Anonymous said...

Salam Fila,

A and B.
High chances that the boy will do the same if not to your daughter again, it could be another kids.

Anonymous said...

Filla, i rasa apa tindakan u tu betul. Buat cool je. Kasih has learned her lesson. Budak budak lelaki macam tu lah. Budak lagi. Kalau Kasih keeps doing her own thing je maybe tak ada apa masalah dah kot. Cikgu cikgu pun dah already sibuk & stress with their own job. Mak ayah tak perlulah campur sangat hal budak budak ni

Izzatul Azma said...

Kak Pillaaa....

Tolongla huwaaaa kita yang baca pun rasa geramm.. Flying kick anak orang !!!! Grrr ke saya ni mak mak yang over protective tapi kena flying kick sampai terbang and terduduk tersandar.. ee sakit kot ! At least kena pergi sekolah inform cikgu ke apa tak kisahla buatlah apa pun janji do something ! Haaa ni bukan marah Kak Pilaaa tapi geram dengan budak laki tu grrr.. gila ke apa suka suka je pukul anak orang kena inform cikgu dan mak bapak dia supaya dia tau apa dia buat tu salah. Karang budak laki tu membesar jadi lelaki yang suka pukul orang/perempuan pulak.

Anonymous said...

I'm sorry about what had happen to your daughter. Kindly notify the teacher. The least, thus the teachers could look over your daughter. Confronting a juvenile will lead you to a headache.

Anonymous said...

Filla, nnt i check dgn anak i..siapa yg buat kat anak u mcm tu..sbb they all sama kelas, maybe boleh bantu buat report kat cikgu

ummisara said...

Salam.

Jumpa cikgu kelas.

mesti kena update cikgu .... flying kick school for whatever reason is unforgivable.
hal sekecil tuh dah flying kick....kalau hal lagi besar?
umur mcm tuh dah tunjuk panas baran dan bersikap samseng...
dan flying kick perempuan pulak tuh? something is not right here with the up bringing of the boy.

sekurang-kurangnay cikgu tahu sikap pelajar tersebut dan mengawasi serta memberitahu kedua ibu bapa pelajar tersebut.

mereka mesti tahu perbuatan anak mereka dan ambil tindakan membetulkannya...nasihat dan sebagainya. It is not too late for them to correct their son.

just my 2 cents pilla.

Anonymous said...

A. Beritahu cikgu
B. Jumpa budak yang flying kick
C. Jumpa mak bapak budak yang flying kick

Kena buat semua ni kot, kalau x, nnt boleh jadi lagi kt Kasih, atau budak2 lain.
Xde sape tegur dia, jd dia ingat benda tu x salah.
Kalau biarkan, silap2 boleh cedera anak org. Kita xleh cool dgn isu buli ni.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Tindakan yang pertama Pilla kena buat bgtau cikgu. Memang budak2 skrg ni lain macam sikit,kita pun tak tahu anak kita kat sekolah mcm mn. Akk pun salu pesan dgn anak, buat hal sendiri aje.. jgn campur hal org.. jgn mencipta cerita sebab hati org kita tak tahu apalagi budak2 ni tak matang lagi.

kena flying kick bukan benda kecik.. anak kwn akak masa djh 3 atau 4 tak silaplah.. cedera sampai masuk hospital.. megalami kerosakan pankreas akibat perbuatan budak2 lelaki mcm ni.Bila pankreas rosak, dia dah kena ambil insulin pulak (sbb pankreas tak boleh nak proses gula).. so jgn ambil ringan. beritahu cikgu utk siasat. OMG, kalau akk pun paling lemah dan malas nak buat ialah nak mereport2. Jadi, kena nasihatkan Kasih selalu, jgn tersalah pilih kawan.. sebab walaupun kecik mmg ada yg jenis mulut longkang dan suka mengadu domba.

Anonymous said...

kak pilla,
saya penah kena cm kak pilla gak..ada sorang budak kelas anak sy bgtau anak sy ambil duit dia...then bapak budak tu mai cr kat umah...terkojut sy kak...lps tu sy minta bapak budak tu bw anak dia mai jumpa sy...sy ckp elok2 kat bdk tu depan bapak dia betul ke anak makcik ambil duit adik....dia dengan menangis bgtau bkn anak makcik ambik tp ada sorang lg kawan dia yg gangster suruh dia bgtau kalau org tanya cakap anak makcik yg ambil...malu bapak dia depan sy sebab mai serang kat umah....sbb nyer anak sy tu jenis diawang2an skit perangai dia...so kes kak pilla ni sy rasa kita bg peluang kedua supaya kasih faham apa yang kak pilla nasihatkan dia..

bangkutut said...

flying kick mak pak budak tu.....:)

Anonymous said...

Salam
Pilla,

I was just about to write but SKTJ dah tulis.

So to be brief, yes you must report to the school. This is a dangerous move.
Write a letter explaining the matter and incident. Then pergi jumpa cikgu besar and class teacher.

Physical violent must be recorded. But make sure write what has transpired. From a talk it turned to nasty violent. So the cikgu can take appropriate action to educate others when having the same situation ie: report to the teacher but not to take the law unto themselves.

With written letter adalah record incase la ada internal bleeding ke or blood clot ke inside the internal organ, atau spine bone dia retak ke or has slip disc as a result of the impact from the kick.. bad bruise at the back or dislocated bones or crack ribs which sometimes can be hidden and only shows effect in few weeks to come or months to come. DO COPIES, one for school and one for yourself.Kalau next one year etc ada apa apa berlaku sekurang kurangnya boleh cross check causation and event.

Sebab anak sedang membesar so be very careful. Perempuan lagi...

Please if ada insurance bawa jumpa dr and have xray(taknampak) better still mri. Just to clear everything.


Now dealing with anak:
tell her don't make silly jokes like that, and talk less nonsense so not getting herself into trouble.
#And that minah mulut banyak tu.just tell kasih pandai pandai cari kawan kawan ramai ramai... don't tagged with that girl alone aja. mix more and have more friends.If kawan yg suka cause trouble ask her to ditch it and mix around.

please make statement of the event thoroughly ..time and date where..


Please jumpa cikgu besar dan cikgu darjah dan brief serta beri satu salinan statement pada cikgu besar. Sekurang kurangnya lepas kejadian ini guru kelas dan disiplin akan dapat mengingatkan bahwa kejadian ini berlaku dan jika sesiapa ada masalah dengan sesiapa, don't simply kick people of punch people. come and see the cikgu, settle cara betul.

Tak kisah siapa yang salah sekurang kurangnya semua orang - penyebab, tukang sebab dan sebab semuanya bersalah.

So everyone must learn a bitter lesson but not repeat it. Violent is not the last word so is blabbing mouth.

Please tell anak jangan buat lawak yang kita tak tentu orang suka atau tidak. Kerana mereka adalah bukan adik beradik kita, kita tak kenal. terangkan betul betul supaya ia tidak berlaku lagi.


selepas ini juga suruh anak jika ada sesapa menyentuh mereka secara kasar dan tidak berpatutan ingatkan mereka supaya memberi tahu kepada mak bapak. supaya mak bapak tahu apa yang berlaku.. macam kena tendang..sekarang awak kena bawak anak pergi check up. kalau tendang di dada pun bahaya dan juga perut.
internal organ dan tulang.etc.

wasalam
the above is the best way forward. write a letter concerning with detail statement of event date and all. cikgu sekolah kena file dlm report mereka. kementerian shld knw. ini melibat kan nyawa anak anak.

insurance and liability .




bett said...

nnt saya bgtau adik saya...dia cikgu netball kasih..kut2 leh panjangkan kat cikgu kelas kasih pulak ke...

A2Z said...

I'll choose B- jumpa budak tu... slowtalk sambil jegil mata! #makoverprotective

Anonymous said...

Assalamualaikum kak filla. Sy nak share pengalaman sebagai kakak yang punyai adek gengster,lelaki. Haha

Adek saya pernah baling buku dekat classmate dia. To be exact, bucu buku terkena mata budak perempuan tu. Mata budak tu cedera mcm kena dera.

Adek sy rahsiakan dari pengetahuan mama ayah sampailah ibu budak perempuan tu wasep mama saya. Maka ter bocorlah rahsia selepas seminggu kejadian tu berlaku.

Mama sy and ibu budak tu deal secara baik. Memg di akui adek saya yg salah. Malahan, budak perempuan tu injured sampai mc seminggu di buatnya.

Kak pilla boleh inform dkt parents lelaki tu n pesan jgn perkara ni berulang lagi. Kdg2 budak2 ni terlebih hyper and xsedar benda tu boleh memudaratkan.

Good luck kak pilla!



strawberi said...

jupe budak laki yg flying kick tu..supaya dia tau kasih tu ade mak bapak n jgn suka2 dia je nk kick2 ank org...takut sok lusa ..dia buat lg teruk...tak pd kasih atau pd budak lain..biasaaaa sgt ni...eh..geram tauuu...

strawberi said...

jupe budak laki yg flying kick tu..supaya dia tau kasih tu ade mak bapak n jgn suka2 dia je nk kick2 ank org...takut sok lusa ..dia buat lg teruk...tak pd kasih atau pd budak lain..biasaaaa sgt ni...eh..geram tauuu...

Norzaida Takruddin said...

Saya sokong
Bagitau cikgu disiplin
Nnt bdk laki tu kalau dibiarkan dia akan buat benda yg sama kat bdk2 lain
At least kalau ada laporan senang sikit cikgu naknbuat laporan yg sepatutnya
Sbb bdk lelaki tendang perut bdk perempuan smpi terbang is not acceptable

Anonymous said...

It is our job to protect our children.
Can't really depend on the teachers.

No one should lay their hands on children.
This is considered as a bully and abuse case.

You as her mother cannot take this matter lightly or by acting cool.
You should notify the teacher and school.

Your daughter may think it is ok for someone to kick/punch/beat her if her parents are taking this matter lightly.

Pls act on it.
Pls dont hv the "tidak apa mentality".

From:
a concerned mom

Anonymous said...

It is our job to protect our children.
Can't really depend on the teachers.

No one should lay their hands on children.
This is considered as a bully and abuse case.

You as her mother cannot take this matter lightly or by acting cool.
You should notify the teacher and school.

Your daughter may think it is ok for someone to kick/punch/beat her if her parents are taking this matter lightly.

Pls act on it.
Pls dont hv the "tidak apa mentality".

From:
a concerned mom

Eliss Mie said...

anak saya masuk taekwondo pun kena buli jugak kak. memang jenis redha kena buli ke tak tahu la macam mana. bila hari perjumpaan ibu bapa , masa tu terus cakap cikgu dia pasal ada budak2 yg buli dia tu. yang herannya cikgu pun tak sangka budak2 yang nampak innocent gitu boleh buli orang. bagitau cikgu atleast cikgu boleh tengokkan. memang cikgu ada banyak lagi kerja lain. tapi ada jugak effort kan. mcm my nuha selalu buli budak2 amik duit sekolah dia. setiap hari ustaz dia pegang duit dia, time rehat cikgu bagi dia duit. tak sangka sampai mcm tu cikgu dia bantu dia.Alhamdulillah.