Kak Pilla kembali lagi ;)
Fuhhhh lega semua kerja dah selesai.. Haritu aku ngan Elly travel jap untuk buat survey product. Bak kata Elly memang by petang dah seret kaki.. Tapi tulah masa singkat so tak boleh lambat-lambat.. semua kerja kena settle.. Peej tak dapat bersama sebab dia tau kaki dia takkan bertahan, ada yang dia duduk bersila atas jalan tahan cab terus balik hotel katanya hahaha.. Kitorang ni sampai berlapar, pukul 4 baru dapat lunch. Alhamdulilah puas hati kerja settle.
Now plan dah siap rancang sampai end 2016 InshaAllah semua dah susun elok-elok.. Bukan setakat susun.. semua kena laju.. apa kita plan bulan 10, bulan 7 kena buat dah semua.. untuk bulan 2 tahun depan.. bulan 10 tahun ni kene bergerak.. macam tulah meniaga otak macam kena pecah-pecahkan untuk macam-macam benda kena fikir..
Now back to normal.. Dealing with stockist yang kemain pantas lagi.. Semua Fame Matte Lip Cream (7 colours) dah ada stock ya.. sila dapatkan dari stokis dan agent kami di kawasan berhampiran anda:
Fame Lip Cream : @agentfame
Fame BB Cushion : @agentfamebb
Boringkannn citer pasal business je.. Amboi pandai mengadu ni... Dah nak buat cemana dik.. Ni dah jadi sebahagian dari kehidupan kitorang sekarang ni.. Nak tanak kena tadah lah telinga.. Thanks kepada yang support Ellfie dan Fame :)
Paling happy of course sebab dah balik ke pangkuan anak-anak.. Rindu semua 3 orang ni.. Kasih aku selalu berborak time pegi and balik sekolah.. Amaani dia jenis tak kisah.. rasa nak borak dia borak.. rasa tanak borak dia buat tak tau je.. Aleesya pulak selalu layan dia malam-malam sebelum tidur.. Banyak betul songeh.. kalau kaki gatal dia akan suruh garu.. Tapi ada dekat 20x cara ko garu tu tak betul.
"salah mama, bukan garu camtu, mcm ni"
Garu lah cemana cara sekali pun tetap salah.. Urut dada betul tau dia ni.. Sampai lah muka dia sentap mata ke atas "Ish mama niiiiiiiiiiiiiiii" Eh orang pulak salah.. pegi lah garu sendiri.
Oh ye harini Kak Pilla happy sebab sekolah Amaani untuk darjah 1 dah settle.. Dapat pun apa yang Kak Pilla mohon haritu.. Alhamdulilah lega sangat.. Sedar tak sedar dah nak masuk darjah 1 dah Amaani ni.. Kasih dah darjah 5 dah sekarang.. Rasa macam baru je hantar Kasih daftar masa darjah 1 yang dia panik pastu nak muntah tepi jalan.. Hahahhahah Kasih oh Kasih...
Plan untuk Aleesya pulak nak start Little Caliph next year jugak.. Dia tu pelik-pelik sikit perangai hahaha.. Kalau suka tu sukaaaa sangat.. tapi kalau tak nak tu memang tak nak lah.. Nampak macam happy kemain kalau cakap nak gi sekolah.. Tapi bukan leh caya sangat dia tu.. Terbayang mata ke atas dia tu hahaha.. Now dia memang berdua je dengan bibik sampai lah Amaani balik sekolah tengahari.. Cakap pun ada sikit-sikit gaya indon hahahaha.. dah tentu lah kesayangan bibik dia tu.. Dari dia umur 1 bulan kot dengan bibik.. Ada satu je ayat Aleesya yang aku tak leh nak ubah..
"Itu punya Aleesya!!!"
Eh????? Puas aku marah tetap jugak tak leh ubah.
"Tu punya Amaani"
"Tu punya bibik"
"Tu punya papa"
Ko dah kenapaaaaaaaaa?? Oh ada lagi satu ayat dia.
"Nak makan nasi pakai ayam"
"Pakai sayur"
"Pakai telur"
Apa pakai-pakai??? Pakai baju boleh, pakai seluar boleh, pakai ayam CANNOT ye.
Eloklah aku hantar Aleesya gi sekolah next year hahahahah.. Tapi kira bibik ni ok jugak.. Dia bukan jenis yang hulu pedalaman sangat.. So dah lama-lama ni dia dah pandai cakap macam kita.. sikit-sikit tu biasalah..
Cuma kesian Aleesya bertahun duduk berkepit je dengan bibik.. Biar dia berkawan-kawan dan belajar sikit.. Takde lah bosan sangat.. Amaani dulu pun dah start sekolah umur 4 tahun.. So itu nanti nak register kat Little Caliph sebab so far aku suka perkembangan Amaani kat sana..
Rasa dah tua dah.. mata pun rasa ada garis-garis halus dah.. mata pun dah makin tak nampak and start pakai spek dah. salah makan sikit badan berangin.. tak makan salah, makan lebih sikit salah.. sakit pinggang, sakit urat, sakit tapak kaki.. tak leh makan itu tak leh makan ini.. Wow so tua.
Oklah.. nanti kita sembang lagi ya..
Tata.
Love,
Filla.
11 comments:
kak pilla is back.. rindu kat ur celoteh... m doter also 4y tahun depan.. plan nak hntr little caliph jgak.. :)
salam kak.. akak hntar LC kt seri kembangan kt area mane ye? macam best je akak cakap amani byk pkembangan skool situ. igt nak hantar ank saya kt situ gk
bila umur meningkat memang terasa kena pakai ubat macam2 Pilla... hahahaha
Depan pasar borong ada shoplot tu sederet kedai tayar tu
amani pakai lip cream Fame ke tu? huhu
cantik la color lipstik tu...brand apa ye ^^
little caliph tu nama bahtera khalifah kan..
Mmg xborink kalau baca citer pilla smbg psl anak2...
Fame matte lip cream code Party.
kak pilla, seriuss sama ye aleesya dgn anak saya. adoiii dah duduk dengan bibik sama macam aleesya jugak... cakap pun macam aleesya tu laa, ni punya adik, makan pakai ayam, hahahahhahahah. mmg nak hantar skolah nxt yr.
macamanalah agaknya kalau aleesya masuk sekolah nanti. mesti makin bijak.
Post a Comment