Monday, December 07, 2015

Windu ke..

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Harap semua sihat dan ceria ye.. Sorry lama tinggalkan blog ni tetiba rindu pulak.. Kak Pilla dah selamat sampai Malaysia hari sabtu 5 Dec pukul 9:30 malam.. 

Sampai cramp-cramp package kembung perut duduk dalam flight lama sangat.. tu pun transit kat Abu Dhabi 3 jam.. kalau straight flight lagi cramp tak leh bangun kot hahaha.. Percutian ke Amsterdam - Paris - London pun dah selamat dah.. Seronok dan dapat banyak pengalaman baru melihat negara luar.. Cuma rindu kat anak-anak tu meluap-luap jugaklah.. Ada sekali tu facetime dengan budak-budak... Amaani tutup muka nangis tak nak cakap pun.. Huwaaaa sedihnya masa tu.. dia merajuk kot.. Tapi facetime lagi sekali lepas berapa hari tu elok pulak dia ceria ;)

Kasih ok.. dia drama swasta selalunya hari berpisah tu je masa hantar kat aiport.. Lepas tu dia ok jer.. Aleesya tu pun ok je kalau facetime dengan dia.. cuma bila dah balik tu dia betul-betul melepas rindu.. Especially dengan Apak dia.. mandi, pakai baju semua nak mama yang buat.. tanak bibik dah.. lega aku kejap hahahahah.. risau gak sebab selama takde tu memang dia berkepit dengan bibik.. Masa tu bibik kat Shah Alam.. Wan bawak budak-budak semua pegi Bandung kecuali Aleesya.. Lepas stay Shah Alam, bibik dengan Aleesya stay dengan Wan pulak kat Enstek.. 

Tido malam melekat dengan Pak Radie.. aku pegang sikit pun tak boleh.. Papa je boleh.. Amboiiiiii.. sentap hati i tau.. time mandi ngan pakai baju ngan buat milk je nak mama.. tapi bila aku ugut nak gi jalan-jalan dengan mama papa tak? Baru dia melekat dengan aku.. Grrrrrr..

Nanti lah Kak Pilla cerita pasal percutian ok?  Buat masa ni share 2 keping gambar je dulu ;)

 Ni masa tunggu train dari Amsterdam ke Paris.

Ni masa tunggu Elly turun.. belakang tu apartment dia ;)  Coat bulu-bulu ni semua orang pakai kat sana.. dalam 3 tempat Kak Pilla pergi tu.. Amsterdam ni paling sejuk sekali.. sampai gigi pun sejuk hahahaha.. 

Ok tata sampai ketemu lagi..


Love, 
Filla.

5 comments:

Azura Aziz said...

yeyyy kak pila dah balik.. cepat2 update ;)

miss eimanhikmah said...

JELES JELES JELES...SRONOK NYEEEE

Nurul Husna said...

Alaaaaaa,taksabar nak bacaaa. Cecepat update please. Hee

Anonymous said...

Seronok ke hujan.korang tak sangkut ke?train kat Brussels taknjln.amsteram tak jln eurostar mcmtaik..

bawa daging sambal tak??

I dont have yr whats app takde boleh jumpa minum kopi kat lendu

best tak bawa makan pedas pedas kari kari masa sejuk...
kakaka

Raisah @ echah said...

cepat update kak pilla...dah lama rasanya...asal bukak je mee tarik...asal bukak je mee tarik...huhuhu