Thursday, December 17, 2015

AMSTERDAM Part 2

 Dah part 2 dah citer Amsterdam ni.  Masa kat sana mata still tak leh nak adjust tido malam.. Kalau tido pon kat sana.. kul 4.30 pagi dah bangun.. Bila dah bangun perot pulak lapar.. So apa lagi.. bangun terus jerang nasi, makan dengan sambal bilis ngan sambal hitam raub :)

 Maggi cup tu jangan cakap lah.. hari-hari kot hahaha.. janji perot kenyang sebelum keluar berjalan.. Lepas perot dah kenyang melangok pulak nak tunggu hari siang.. apa lah nasib..

Pagi hari kedua tu kitorang plan nak pegi Zaanse Schans naik bas.. Jadi lepas dah bersiap tu, aku dengan Pak Radie berjalan ke apartment Elly.. Tak jauh sangat dalam 10 minit jalan kaki..

 Kat Amsterdam ni pengangkutan utama dia ialah basikal.. Basikal ni kita boleh sewa, ada niat jugak nak sewa tapi bila tengok diorang ni bawak basikal laju gila.. seram pulak.. ada yang aku tercampak terbabas dan sebagainya.. baik jangan carik pasal.. jalan je sudah.. pastu jalan raya dia kat situ lah jugak ada kereta dan kat situ jugak ada tram.. track dia pun situ.. sebelum melintas penat aku toleh kiri kanan..

 Tenang je waktu pagi kat sini..

 
 Tiap pagi aku ngan Pak Radie tunggu kat sini sebab malas nak naik tinggi.. Selalunya Win turun dulu baru Elly dengan budak-budak turun..

 Sejuk menggigil kat sini.. belakang tu Amsterdam Central.. Station bas pon ada.. train pon ada.. nak ke Paris boleh naik train kat situ..

 kawan borak dan kawan gaduh.

 Kat dalam ni ada counter untuk beli pass.  Cakap je nak pegi Zaanse Schans by bus.. Nanti dia bagi pass yang package.. Harga dia Euro 42 sorang.  pass tu jugak boleh guna untuk hop on hop off bus (24 hours), Zaanse Schans (return), free entrance 1 museum, discount card untuk certain restaurants and shops... Tapi tiket dia lain-lain.. so kalau kita tak pakai lagi untuk hop on hop off, boleh simpan je untuk naik besoknya..

Nak ke Zaanse Schans tu kena keluar dari Amsterdam Central pastu pusing belakang building tu akan jumpa tangga.

 Naik je escalator pastu boleh carik checkpoint mana nak tunggu bas.

 Perjalanan dalam 30 minit.

 Aku memang suka tengok building-building kat overseas ni cantik nauuuu... 

 Turun bas jalan kaki masuk ke dalam.. Jangan risau sebab dalam ni free entrance tak perlu bayar apa-apa ;)

 Cantiknyaaaa..

 Orang kalau pegi Amsterdam confirm akan pergi ke Zaanse Schans ni.. Tengok sendiri kincir air lama kat sini..

 Macam biasa ada sesi snap gambar pastu siapa rasa nak beli boleh beli.. tak nak pon takpe..


 Bestnya kalau dapat buat rumah macam ni.. boleh tanam pokok bunga macam ni ;)



 Sempat capture pemandangan ada rainbow ni.. lawa kan? macam poskad hehehe








 
 Pastu ada tempat memproses cheese.. Siapa suka makan cheese boleh lah singgah sini beli bawak balik..


 Ada jugak untuk kita rasa.. Kitorang satu group je berapa kali dia kena refill.. "Makan kenyang-kenyang kang lama lagi nak jumpa kedai makan" muahahahhaha..

 Tengok ni terus terbayang tin susu cap junjung yang dulu-dulu tu hehehe


 Beli nachos letak cheese.. sedap makan panas-panas kat cuaca sejuk..

 hahah kelakar tu.. don't feed the animals please... ko tengok ayam tu obesiti sangat tu..

 Baru ku tahu Kak Elly korang ni penakut binatang.. Dulu aku tau dia takut kucing je kalau gi rumah Peej.. Rupanya lagi dasyat.. itik dia takut, anjing, kucing, burung merpati pon dia takut.. 

 Itik pon takut.. dia datang sepak je ngan boots.. muahahha amboi Kak Pilla eksyen..

 Elly dari mula-mula sampai dia mencari kasut besar.. dia cakap dia tak tau ada kat mana.. kat sini or tempat lain.. selagi dia tak dapat kasut besar tu dia tak nak balik..

Nah kasut besar hahahaha.. suka gila akhirnya jumpa jugak kat sini.. Ingatkan kat tempat tengok bunga tulip tu.. kitorang tak pergi sebab takde apa sebab tak musim.. kalau musim tulip boleh lah korang pergi sana diorang cakap cantik..

 
 Dia dua orang ni memang gila.. Berkepit je ke sana sini ada je plan dia.. 

 Family Elly yang ceria..

 Ni adik Elly nama dia Hetty.. Baik je orang dia.. suka jugak borak-borak dengan Hetty.. dia tak banyak cerita dia ikut je.. pendiam sikit.. tapi kalau ajak borak dia ok jer..





 Ni lah kayu yang diorang guna untuk buat kasut tu..

 Sebenarnya ada kisah sejarah dia.. tapi bab-bab sejarah ni i is malas nak amik tau hahahha.. tapi bila baca dia tulis orang dulu-dulu kat sini semua pakai kasut ni.. untuk elakkan bahaya..


 Ni semua jual ye.. siapa-siapa rajin nak bawak balik boleh lah beli..

 ada demo sikit cemana diorang buat kasut ni.


 Cukup lah tu.. jom kita balik perot dah lapar ni..

Dah sampai balik kat Amsterdam Central tu kitorang gi jalan-jalan lagi..

 Rasanya nama tempat ni Damrak Square kot.. matiklah lupa hahahah.. Betul-betul depan Madame Tussods tu.. Kadang-kadang time petang ada jugak show-show macam musik jalanan or persembahan kecik-kecik tu.. 

Dan kat sini burung-burung merpati jinak.. Bagi je makan.. berebut datang nak bertenggek.. 

Atas kepala pon selamba je dia bertenggek.. Elly menjerit-jerit kalau burung datang nak bertenggek atas kepala dia hahaha

Lapar tahap maksima.. Aku nak makan sedap kali ni.. mahal pon hentam jelah.. Ni Kak Pilla punya Euro 13.. Mahal nak mampos hahaha.. Selalunya kalau meal kebab macam wrap ke, or burger ke korang boleh dapat dalam 7euro.. Tapi lantoklah.. telan-telan ailio..

Sementara tu makan dulu tuna sandwich Kak Pilla bawakkan bekal kot-kot semua lapar.. licinnnn..

Sedap tu memang sedap tapi kalau 10 hari ko mengadap kebab-kebab ni leh muntah jugak.. Tapi Pak Radie ok je sebab dia bukan heran nak makan nasi pon.. Aku tak leh sebab aku tekak kampung.. sama dengan Elly takde nasi terus rasa nak marah-marah hahahaha

Lepas makan kitorang berjalan-jalan lagi.. Dasyat sangat shop ni heheheh

Jauh jugak kitorang berjalan pusingggg satu Amsterdam..

Geram tengok.. Tapi aku tak suka makan gula-gula so tengok je..

Sepanjang jalan tu lalu satu tempat yang semua ada.. segala H&M, Zara, Bershka semua ada.. 


Dapat gak beli boots biasa-biasa kat H&M tu.. murah gila.. baru 14.99 Euro heheheheh.. Yellow boots tu tak leh pakai lama nanti sakit kaki.. tapi sakit sebelah kiri je.. apa tah masalah kaki kiri tu.. 

Malam-malam cantik.. bergemerlapan lampu sana-sini.. 

Sana pukul 4 dah nak maghrib dah.. pukul 5 dah gelap time ni.. So kitorang decide balik apartment masing-masing rehat jap.. pastu whatsapp kita keluar lagi malam nak kopi-kopi...

Memang tak de ya.. Semua balik tebongkang tido.. tau-tau dah esok pagi hahahaha.. Tapi Win keluar jugak malam tu sorang-sorang walaupun whatsapp dia tak berbalas heheehhehe..

Cerita esok pagi nanti-nanti kita sambung ok? Tata berjumpa lagi di episode seterusnya ;)



Love, 
Filla.

16 comments:

cakap sempoi said...

kak fila, kat mana beli sambal ikan bilis & sambal hitam tue?

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

gambar Pilla ngan Radie pakai kasut besar tu dah mcm smurf akak tengok.. hehehe

Nissa Azmir said...

huwaaaa kakpilla bestnya g bercutiii...

annapeje said...

x sabar nk tunggu episode akan datang :D

Filla said...

sambal bilis leh contact Ruby ‪+60 11‑3985 0742‬

sambal hitam raub tgk ig @meknons_kitchen

Zalia said...

kak pilla nape cita singkat sgt. citer la pjg2.. dah excited nau nak baca nii sambil membayangkan sendiri yg pijak sana.. fuh

JMR said...

syok gilerrrr kak..

kasut bapak besar tu leh beli tak?

ummisara said...

huhu pilla...kerinduan menggamit pulak bila tgk gambar2 kat Zaanse Schans nih...
bila ler pulak i nak sampai sana semula...

more story n pics....x sabar nak baca.

Irfa said...

tgk gambar tetiba aku teringat kat nachos kat zaanse schans tuh
huhu

Innanie Ariffin said...

Amsterdam memang antara dream city saya!!!

Amy Hilmirda Daud said...

Bestnya bercuti...
teringin jugak nak pergi sana

Aisyah Rafaei said...

Fillaaa..sonokk benenor dpt jumper filla and the gang td, akak mokcik yg baju petak2 dtg 2 kali ke booth 3218 tu..hee..segan jg..tp suka sgt korang..akak skrg stalker instagram pak radie jgk..gelak guling2 baca..

Joannfoca said...

Hi Kak Pila, nk tanya, Hetty tu ada blog tak? =D

mummy kimmy.com said...

Kak Pilaa mohon copy pic " cannabiss seed banks" 2 ya....

sgrmse. said...

eh, kak filla ngan kak elly pergi sama-sama eh? chanteknya amsterdammm.

fathiyah jamaludin said...

kat keukenhof ladang tulip tu xde shoes besar. tp ada cow besar.