Tuesday, December 29, 2015

AMSTERDAM Part 3

 Hello Hello bangun semua... Ni nak sambung cerita ni.. Maafkan lah diri ini terlalu sibuk takde masa nak pilih gambar dan update blog.. Tapi kugagahi jugak akhirnya.. 

Rasanya ni dah day 3 kat Amsterdam kot? Macam biasa mata akan terjaga pukul 4 pagi mari kita masak nasi dan panaskan lauk kari.. Ni kari brahims kalau tak silap..

 Macam ni lah hidup di perantauan.. Biasanya kitorang akan makan kenyang-kenyang pagi.. so tengahari baru makan.. cheapskate sangat kehidupan hahahah.. ada aku kesah? Aku ok jer bajet-bajet ni takde hal lah.. telan je apa ada janji perot kenyang... tapi tulah masalah bila perut dasar tong sampah.. kejap je dah lapar.. acaner nak jimat?

 Macam biasa pagi-pagi menapak ke apartment Elly.. Tapi aku suka lah jalan pagi-pagi kat sana walaupun sejuk menggila tapi best..

 Elly duduk sini tapi dia belah tepi bangunan untuk apartment.. depan ni hotel..

Memandangkan kitorang dah plan harini berjalan untuk hop on hop off bus je.. maka marilah keluarkan tiket masing-masing.. tiket beli awal tak pe sebab selagi kita tak guna ok je.. tapi once dah guna, tiket ni valid for 24 hours je..

 So itu stop dia.. Nak turun dari bas pon boleh.. nak stay duduk dalam bas pon boleh.. Kalau dah turun nanti naik balik kat tempat yang sama.. Every 20 minutes bas akan lalu.. tapi jangan ko naik bas lain pulak.. Naik bas yang tulis "hop on hop off" bas je.. Bas bermula dari 9:15 pagi sampai 6:00 petang.

Kitorang naik dari Central Station depan Amsterdam Central tu.. Tanya lah orang.. jangan memandai-mandai yer..

Kitorang tak turun kat semua tempat.. Kitorang turun kat Gassan Diamonds tapi tak masuk sebab bas akan berenti 5-10 minit kat situ sebab sana ada coffee free.. kira stop untuk minum pastu naik bas balik.. siapa nak tengok diamond ke nak beli ke boleh lah turun terus situ.. haku kalau beli diamond kene duduk kerja kat amsterdam ni 10 tahun nak cover balik duit diamond hahah tak kelaka yek?

Pastu stop kat Stop 8 tu tapi bukan gi Heineken Experience yer.. kat dalam-dalam tu ada flea market, itu ahkak suka..


 
 Ni tempat diamond tu.. Borak dengan driver bas tu.. Jangan memain cakap omputeh ni muahahaha.. Tanya dia pasal sejarah amsterdam ni.. Pastu tanya dia amsterdam ni kalau new year takde snow ke? dia cakap dah 100 years takde snow.. boleh kata sejarah Amsterdam ni pernah turun snow 5 kali je kot tu pun sekejap.. takyah nak snow sangat, ni pun dah tahap petiais punya sejuk brrrr brrrrrrr..

 Basikal berderet kat sini.. 


 Alahai comel sangat nie..

 Ni pemandangan standard kat Amsterdam ;)

Jatuh cinta sangat dengan Amsterdam.. Bandar dia lain daripada yang lain.. 

 Ini hotel termahal di Amsterdam... ramai artis hollywood stay kat sini.. Tulah kalau tak aku duduk sini patutnya, tapi segan lah nanti bertembung plak dengan retis hollywood.. tu yang pindah duduk apartment biasa je.

 Tenang je dia..


 Kenapa amik gambar kat heineken? Taklah sebenarnya nak amik gambar kat no 79 tu.. tukan tahun lahir tuan punye blog.. haruslah.


 Akhirnya jalan kaki sampai ke flea market nie.. Sukaaaaaa!!!! Nama tempat ni Albert Cuyp Market.. Kalau tak silap lah.. matiklah lupa nama market hahahaha

 Haish teruja tengok ikan, sayur, buah.. Rasa kalau aku tinggal kat sini memang muka aku je kat sini beli belah barang nak masak hahahaha.. eh ada hati?

 Win jumpa kawan lama dia.. now kawan dia dah jual ketam kat pasar ni muahahahah


 Singgah jap beli churros.. tengah sejuk ni ko sumbat apa pon best..

Semua gembira dapat makan :)


 Sini memang terkenal dengan cheese.. so berlambak-lambak jual cheese

 Anjing kat sini kebanyakannya jenis besar-besar macam ni.. Eh ada yang besar berdiri takat pinggang.. gerun...


 Kat market dia siap ada jual basikal... pilih kak pilih..

 ni lawa kan? old skool sangat nie

 segala bunga-bungaan pon banyak jual..

Dah habis round kat market tu kitorang gi menapak balik kat bus stop tu amik balik bas.. pastu turun kat stop    nak gi Hard Rock.. Jangan risau nanti masa beli tiket hop on hop off tu dapat map stop-stop tu semua ada cerita detail mana nak stop untuk pegi market or Hard Rock.. sebenarnya aku lupa stop kat mana muahahhahahaha.. tapi dah hujung-hujung kot.. Alah kalau terlepas.. korang pusing je naik bas tu, kitorang pun pusing 2 kali naik bas tu ;)

 Jalan depan tu menuju ke Hard Rock..

 Dapatlah satu je gambar yang senonoh sikit rupa tu.. Masuk dalam ni je kelam kabut cari toilet hahaha..

Oh lagi satu nak cakap, Amsterdam ni toilet sangat susah ye.. So siap-siap lah buang apa yang patut kat hotel/apartment sebelum keluar.. toilet takde paip tu memang wajib lah.. pepandai lah bawak botol mineral.. hazabedah sangat.. kalau bawak anak umur 4 tahun macam Aleesya tu pitam kalau tetiba dia jerit "Mama nak yak" memang aku kejung tak leh buat apa-apa kat situ hahahahah.. 

Disebabkan kitorang pemalas tengok stop-stop kat map tu.. terlepas pulak nak gi lagi satu flea market.. So naik lagi sekali pusing satu amsterdam city tu hahaha..


 Ni lagi satu flea market..  

 Aku rasa ni nama market dia.. Dapper Straat.. muahahahhaha 

 Budak ni terlampau comel.. Dia berdiri tegak je tengah-tengah jalan macam ni.. ko tak rasa nak picit pipi dia? 

 Auntie ada churros.. nak tak? kita balik Malaysia nak? hehehe.. geram sangattt tengok dia..

 Market kali ni lebih banyak muslim.. sana sini muslim macam orang Arab.. Rasanya diorang ramai tinggal kat area ni..

Eh kepala buaya pon ada?

 Aku tak tau kenapa.. Aku cukup suka tengok pasar-pasar jual buah, ikan sayur macam ni.. Rasa happy je.. 

 roti pon ada jual jugak.. longgok-longgok je

 Ni kira macam car boot sale laa gitu.. semua ada piring hitam lama Win beli jugak.. sebab kat KL mahal.. baju-baju macam otai-otai pon ada.. kira pasar malam lah gitu..

 Ok confirm nama dia Dapper Market.. Kalau korang pegi Amsterdam sila pegi sini.. sebab tepi pintu gerbang tu ada restoran halal yang murah nak mampos.. kira standard murah nak mampos version amsterdam lah.. kalau ko convert duit malaysia still pitam manja-manja hahhaha

 Ha kat tepi ni je.. sejuk giler ok kat luar ni.. kelam kabut kitorang masuk dalam kedai nie.. dengan angin kuat pastu hujan renyai.. berasap mulut sebab sejuk sangat..

 Kak Pilla order Fried Chicken.. 3 ketul ok satu meal.. last-last makan seketul je dah kenyang.. cemana diorang boleh habis yek?

 Pak Radie biasalah, burger je berseri-seri muka..

 Ni Kak Elly punya.. Aku dengan Elly je asyik memekak lapar.. pastu mulalah jalan seret kaki sebab lapar hahaha.. lepas makan baru gembira..

 Kalau ala-carte dalam 3 euro pon boleh dapat.. kalau meal.. dalam 6 euro.. still murah kan? dari yang aku makan 13euro tu.. cissss.. kat sini pun sedap, portion besar.. boleh share..

 Singgah tunggu bas kat sini.. lama pulak bas nak sampai.. baru lalu agaknya.. dahlah kat sini paling sejuk.. sibuk cari tepi bangunan belakang tiang semua lah nak menyorok.. 

Ok pastu balik apartment kot rehat solat semua.. then keluar balik malam.. bila malam biasalah kitorang akan keluar 4 orang je.. 

 malam tu jalan dalam shopping mall kejap.. macam seram je clown bergayut mcm ni..

 Pak Radie and Win.. busy bincang plan diorang nak buat business nasi lemak kat amsterdam ni.. aku dengan Elly iakan jelah plan diorang.. sorang gi pasar, sorang masak.. sorang gi delivery nasi lemak.. nak muntah aku dengar cerita diorang ulang-ulang pasal business nasi lemak tu..

 Lapar.. singgah makan chicken burger.. Elly and Win tanak makan.. diorang dah makan kot kat apartment..

Pak Radie makan beef burger.

Dah puas jalan segala red light district pon hentam jugak.. jalan lalu tengok sekali imbas je heheh.. aku pun takut nak tengok perempuan tingkap tu.. hehehe

Pastu terlampau sejuk so mari kopi-kopi..

 Tengah lepak borak-borak tu datang sorang mamat ni terus salam.. rupanya dia dah kenyit mata kat Elly sebelum datang kat Pak Radie and Win.. dia mabuk kot..

 Pastu cakap merepek-repek.. aku dah takut dah time ni.. dia cakap u want girl? i'm gentlemen katanya.. lain macam je dia ni.. macam nak paw pon ada.. dia tanya where are u from.. Win tipu cakap from singapore.

 Pastu tetiba dia keluarkan something dari dalam baju.. ko tengok muka Pak Radie and Win.. aku takut dia keluarkan pisau letak kat leher diorang.. wow sangat imaginasi Kak Pilla hahahah.. rupanya dia nak tayang rantai silver dia.. Ek eleeeeeehhhhhh.. ada aku kesah? siap peluk-peluk Pak Radie, we are brothers, we are brothers.. eish rasa nak tapak je dahi dia dengan kasut i nie.. wowwww terror kak pilla hahahahah..

Dia tengok orang tak layan sangat dia blah.. Terus sepanjang jalan aku nak balik apartment aku takut-takut.. kejap-kejap aku toleh belakang.. aku memang camtu.. phobia pernah kena serang dengan orang gila.. so aku jadi takut.. genggam tangan pak radie kuat-kuat jalan laju gila.. wow romantik angat ni..

bukan romantik ye.. aku nak cepat sampai sebab gerimis sejuk sangat.. gigi aku semua jadi sejuk.. 

Itu je cerita untuk episode kali ni.. Bertemu lagi di episode akan datang.. 



Love, 
Filla.

13 comments:

Hafiz Hafizol said...

wah kak dah 36 tahun seriously? nampak muda macam 26 tahun gitu

Anonymous said...

Haha salam
kan dah pesan toilet susah kat sana.

kena bawa wet wipes also.
tu ikan salmon la..kepala ikan.
buat asampedas kari ..soup sedap

NICOLE SCHERZINGER said...

lahh dah 36 ke. ingatkan early 30's.. muka mcm stok2 lahir taun 83-84 je.. hehehe

JuOn said...

best..ade mase smbung lg kak filla..

eima said...

wow !! aku suka holiday mcm ni .... rileks je ....tp klu aku kompom aku tak reti amik tourist guide .... huhuhuhu

mmenarik betui amsterdam

Anonymous said...

That one mmg kpala salmon..rsenye kak filla maksudkn yg lg stu tu kpala buaya..xkan la kak filla xknal kpala buaya dgn kpala ikan cik anonymous oi...

surizan abdghani said...

Ada kepala buaya.kecik je.ce tgk semula

Wizana Arbain said...

Mmg la tu kepala ikan salmon, tp kat pic tu mmg ade kepala buaya kecik kat tgh2 tu, tu yg filla tanye kepala buaya pon ade ke..cer u tgk balik..

Anonymous said...

Ala tengkorak je. Hiasan

Anonymous said...

Rilek aa

Airin Diana Anuar said...

Fila, you look gojes babe! suka tengok ur style.

Irfa said...

Lor tahun 1979, sebaya kita upenya

fathiyah jamaludin said...

alaaa rindunya marken tu... kat sana market dorg panggil marken
sebelah hotel saya duduk masa kat amsterdam je.
leh kata selalu jalan situ ngn anak2 masa husband gi conference.

masa kat delft, sempat gak beli kepala ikan salmon tu masak tomyam. pergh sedap sgt.
setakat 1euro je dorg jual dulu