Thursday, December 24, 2015

KENANGAN DI BOOTH ELLFIE NO.3218 (MOOD REPUBLIK) PWTC.

Assalamualaikum semua ;)

Ye tau semua orang dah bercuti, ramai yang pergi holiday dan ramai yang dah balik kampung.. Tapi tak bagi Ellfie Team.. Last week gigih kat event anjuran Mood Republik, dimana itu booth kedua kami selepas di Matrade anjuran BH.

Banyak pengalaman yang Team Ellfie timba sepanjang buka booth di dua tempat dan anjuran berbeza.  Alhamdulilah Ellfie Beauty semakin melangkah jauh ke hadapan dari hari ke hari.. Banyak yang kami belajar dan kami tak menyesal bermula dari zero.  Kesusahan dan kepayahan tu menjadi satu pengalaman paling berharga buat kami bertiga dan orang-orang terdekat yang banyak berjasa membangunkan Ellfie Beauty.

Kini Ellfie dah ada duta sendiri iaitu Eira Syazira.  Buat pertama kalinya Eira dan Azad (suami) turun ke booth Ellfie di PWTC selama dua hari berturut-turut untuk mempromosikan Ellfie.  Ellfie ternyata mendapat sambutan hangat.. Mana kita berjalan dengar je orang sebut "Ellfie Ellfie Barulah Selfie"  senyum je bila dengar.. rasa berbaloi keringat selama ni.. 

Booth di PWTC under Mood Republik bermula dari 18-20 Disember 2015.. 3 hari berturut-turut kat sana.. buka booth dari 8pagi hingga 12 malam.. Korang bayangkan dia punya letih tu cemana?  17hb dah start set up booth..

Kul 7:30 pagi semua dah berkumpul di booth Ellfie no. 3218.

Pagi hari pertama bukan main semangat berseri-seri je rasa fresh hahahah..
 
 Aku dengan Elly ada kat booth sampai pukul 11.30 pagi lepas tu kitorang rushing pergi studio untuk photoshoot Matte Lip Cream dan photoshoot Duta Ellfie Beauty.  Peej and staff jaga booth sementara kitorang berdua pergi.

Rasa tak cukup kaki nak melangkah ke sana sini.. Tapi kerja kena kasi settle so jom kita pegi..

First sekali shoot untuk soft matte lip cream by Fame.. Oh nak bagi tau sekali ni.. InshaAllah Januari kita akan start all out untuk jenama Fame Cosmetics.. Ellfie tetap berjalan seperti biasa.. Promosi untuk Fame akan jalan seiring dengan Ellfie.  Jangan confuse sebab Ellfie ialah Ellfie dan Fame ialah Fame.

Untuk Fame kita akan keluarkan 5 warna favourite.. Antara 5 warna tu ada warna-warna kegemaran aku, Peej dan Elly.. Dan warna yang model ni pakai ialah Code Desire.. dah tentu warna kegemaran Kak Pilla and Kak Peej.. Matte Lip Cream by Fame ni khas untuk peminat matte lipstick.. Senang gila nak apply, model ni sendiri pun tak perlukan MUA untuk apply.. confirm tak comot!! Masa apply rasa creamy je.. biarkan dia set dalam 1 minit perghhhh dia jadi matte tu memang lawa.. kelebihan lain ialah Fame ni lasting.. tak yah nak kejap-kejap touch up.. best kan?  Ok tak leh cerita panjang-panjang sangat pasal ni.. Nanti kita cerita lagi yang ni.

Selesai je shoot untuk Fame, menyusul pulak photoshoot untuk Duta Ellfie iaitu Eira Syazira.  Senang sebab Eira dah biasa buat photoshoot.. selesai je Eira, kita ada product photoshoot pulak.. Aku dengan Elly dan terbaring kat sofa.. dua-dua tertidur sementara Pak Radie and photographer selesaikan tugas photoshoot.. Habis je shoot dah pukul 8 malam kot.. terus makan dan tapaukan peej maggi goreng.

Aku balik dengan Elly ke PWTC tapi jalan jam tak bergerak sebelum ke bulatan pahang tu.. ada ke polis time-time tu lah nak buat roadblock.. sentap tau.. sampai PWTC dah pukul 9:30 malam.. Elly drop je sebab kalau nak park memang takde kot.. esok Elly ada akad nikah cousin husband dia.. Elly yang incharge majlis so suruh dia balik terus.. Esok lepas nikah datang balik booth.

Settle pukul 12 malam aku dengan Peej tutup booth pastu jalan balik ke hotel seri pacific.  Nasib dekat jalan kaki je dah sampai.. Urus check in bagai.. tengok kat lif ramai gila manusia.. huwaaa dahlah penat ni..

Selesa dan lawa hotel ni.

Tido lah aku dengan Peej sambil set alarm... alarm handphone peej dasyat gila bunyi dia.. terperanjat aku.. alarm aku lagu slow je.. pun aku ok boleh bangun.. dia punya alarm dah macam bunyi keretapi ke apa bising gila..

Ok siap jom breakfast dulu ;)

Makan kenyang-kenyang sebab kat pwtc ni makan punyalah mahal..

with my adik

Gambar memang mana yang sempat je hahaha.. mostly kita bergambar dengan regular customers atau pembaca blog.. kalau yang baru pertama kali dan orang tak kenal kita... segan nak ajak bergambar ;)

Tapi yang bestnya kat kat pwtc ni ramai customer baru yang nak cuba ;)


Kerja dengan Ellfie kena ceria, kalau malu-malu tak reti bercakap memang tak boleh kerja booth ya..


Eira dan Azad sporting gila kot.. Pon jenis takde nak maintain or malu-malu kucing..




Elly pun bersemangat gila.. Eh ko kenapa Elly? hahah


Ramai betul yang singgah 3 hari berturut-turut tu.. 




Sorry Eira hahahah.. lapar sangat ni makan share berdua ;)

Siapa yang datang ke booth Ellfie time Eira ada, memang Eira sendiri yang akan bagi penerangan tentang produk ;)





Semua kerja keras nak explain tentang produk.. Kalau staff tak boleh handle kitorang sendiri yang akan sambung bantu..



Nah ko mampu? Round jerit-jerit pakai topeng.. Eh kitorang pon round dengan Azad and Eira sambil "Ellfie Ellfie barulah Selfie"  apa nak malu kan?



Bangga setiap kali sarungkan baju Ellfie :)




Pengguna Ellfie bukan semua melayu.. Cina dan India pun ramai yang pakai Ellfie ;)

Ini pembaca blog Elly, Pilla and Peej.. Thank you kak support kami selalu..


Gambar sana sini.. aku main grab je dari group chat ke apa sebab takde orang rajin nak fokus mengambik gambar..

Settle booth hari Sabtu.. Kelam kabut tutup booth kul 12malam pastu terus ke hotel.. Lapar tahap gaban.. 

Lepas call order makan, terus mandi dulu siap-siap sementara tunggu makanan sampai.. sampai je terus makan tak berbunyi memasing hahahaha

Esok tak kuasa nak breakfast kat hotel walaupun breakfast included.. penatttt oiiii.. siap terus pegi booth je.. 

Ahad pon Eira datang lagi..









Adik ni booth depan.. Dia pun nak try Ellfie Gold Serum.. Nanti try Ellfie Essence pulak ok? InshaAllah kalau ada masalah jerawat boleh selesai dengan Ellfie Essence ;)


Amboi Pak Radie kemain lagi kannnnnn.. dengan i takde pon nak ajak selfie ke wefie ke.. 

Petang Ahad tu Pak Radie bawak Kasih jap.. Nak gambar dengan Kak Eira dengan Abang Azad? Jom mama snap ;)

Inilah orang-orang kuat disebalik Ellfie Beauty.. Terima kasih tak terhingga kerana kalau tiada setiap anda ni takkan mungkin kita berjaya.. 

Ok now nak ajak semua readers Kak Pilla turun Johor ramai-ramai... Kita kasi gegar Johor pulak sama macam kat PWTC..

Eira dan Azad akan turun ke booth Ellfie di Persada Convention Centre JB pada 26 dan 27 Disember 2015.. Boleh refer time kat gambar tu..  Tapi Team Ellfie memang akan ada je sentiasa dari 10 pagi hingga 12 malam.

 Siapa nak guna voucher masa datang ke booth pun boleh.. dengan syarat, cari balik gambar ni kat ig @ellfiebeauty dan repost ke ig anda.. Sampai booth boleh tunjuk kat kita ok????? Diskaun RM25 yeayyyyyy!!! Dan of course harga jualan untuk Set Ellfie Essence dan Ellfie Gold Serum lebih murah dari online.. So jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Ellfie anda di booth 77, Persada Convention Centre, JB ok?

"Ellfie Ellfie barulah Selfie"
 

visit our website:







Love, 
Filla.

5 comments:

Anonymous said...

kak filla, berapa lama expired date elfie serum? duk terfikir nk simpan wat stok tu

Hafiz Hafizol said...

best je tagline, ellfie ellfie barulah selfie... kehkeh =D

TwentyTwo said...

eira tu cantik sgt suka tgk dia..

Anonymous said...

salam filla...sonokknye tgk muka seniri dlm blog filla...hee..terima kasih..ehh..nnti geng elfie wat roadshow kat mana2 kat kolumpo..akak pegi lg ye..nak try serum plk..

ps: arr baru akak ingat..akak first baca blog filla masa gugel nak carik supir ke bandung...jujur owg nye..thanks for info sharing..

Nurizzah Majif Biz said...

nasib ada gambar iza dlm post ni..hahaha..walau muka x seberapa still nak gak terjah booth ellfie sbb x sbr nak mencuba...dah seminggu guna ni progress so far so good. kulit makin lembut n anjal. nak tunggu bekas jerawat hilang je ni..x sbrnya...