Macam biasa, tiap kali cuti sekolah selalunya aku jadi tukang booking flight Dhya (anak Pak Long) balik ke KL.. Dapatlah diorang ni sepupu-sepupu berjumpa melepaskan rindu ;)
Pastu masa aku gi over the sea tu.. Diorang pon pegi jugak.. Tapi diorang holiday kat Bandung.. Kemain seronok lagi.. Aku paksa Wan hantar gambar nak tengok diorang seronok-seronok kat sana hehehehe..
Flight pergi Bandung..
Kemain dah anak dara dah Kasih ;)
Pastu masa aku kat Amsterdam tu Wan hantar gambar kat whatsapp pastu Wan cakap:
Apahal aku yang datang, tapi nama kau pulak ni?
Hahahahah aku tergelak-gelak.. Apa ke excited sangat supir ni hahahahaha.. dah lah eja nama salah.. Sekarang Pak Ratno very the busy man.. so biasanya dia akan hantar orang dia je jadi supir.. tapi nanti dalam sehari Pak Ratno akan bawak jugak lah ;)
Kalau nak supir kat Bandung leh contact Pak Ratno : +6281322887474
Diorang siap gi Trans Studio.. Wow Atok dari dulu sampai sekarang posing ada sign peace.. Omel angat iyer tu.. muahahahahhaha
Bagi diorang duit sikit mintak Wan tukarkan rupiah.. Nanti if diorang nak shopping sikit ok lah ada duit sikit.. Memacam pulak dia dapat..
Hah tu dia.. kemain pandai lagi shopping.. Mak kau pun kecik-kecik tak reti nak shopping.. Eh bukan tak reti.. takde duit nak shopping hahahaha
Flight balik..
Pastu duduk ngan Wan.. kemain lagi siap bawak gi salon gunting rambut.. Aku dah rimas rambut kasih tu tak terurus aku rasa.. kang aku mengamuk je.. lepas mandi tak reti sikat rambut.. dah macam pontianak aku tengok.. Elok lah kerat je..
Pastu diorang tido Ampang pulak umah Pak Long
Pak Long bawak gi makan.. Aku tak sempat nak join.. very the busy :(
Wan cakap kemain semua duduk-bangun-duduk-bangun gi amik makanan sendiri..
Pastu now Wan balik Enstek jap tengok rumah.. Budak-budak ni tinggal kat ampang.. Aku ajak balik rumah semua kemain sombong.. tak nak balik.. Eh tak rindu ke mak apak kau gi holiday lama kot tinggal.. diorang datang duduk rumah setengah hari je pas tu sibuk nak mengekor Wan..
Projek buat brownies pulak dengan Mak Long
Mak Long whatsapp cakap "Kak Filla, Kasih makan 10 keping.. siap kutip kerak-kerak.. hahahaha.. pitam.
Ni jalan-jalan dengan Mak Long dengan Wan.. gi Ikea baru tu sebab diorang nak makan meatballs.
Dah besar dah Dhya kan? Tak lama dah anak dara dah ;)
Ini bodek Wan nak beli buku pulak.
Masa ni aku blum balik dari london lagi.. Wan sent gambar Leecha.. dia ni aku risau sikit.. ingatkan dia lah yang akan nangis kerinduan ke apa.. Takde ya.. facetime pon gitu-gitu je.. excited lah "Hi mama, Hi papa".. pastu dia blah gi main.. hahahaha..
Ni banyak ragam sikit.. kadang suka sentap.. tapi dia laju mintak maaf..
Semalam Pak Long ngan Mak Long bawak diorang gi jalan-jalan KLCC gi makan and gi ToysRus. Siap ada reader comment cakap nampak diorang.. suara Amaani paling power hahahahaha..
Tengok tu??? Pow lagi Pak Long tu.. Haih lah korang nie.. Dah cakap kat Aza (Mak Long) suruh diorang ni jangan buat sepah.. Pak Long tu suka kemas.. kain baju jangan bersepah-sepah.. jaga barang sendiri..
Mana lah diorang tak seronok.. Ni weekend ni pun dah padat aktiviti.. tapi kali ni aku ngan Pak Radie join sekali..
Tu jelah cerita diorang ni.. Thank you Wan, Atok, Pak Long and Mak Long sebab melayan kerenah diorang nie :)
Love,
Filla.
8 comments:
comel je semua.. tp paling best bila call leecha angkat call... nak balik kemain panggil untie2.. comel je..
bestnya,kalau camni nyer cuti sekolah.silap2 tak mau balik dhya tu.hehehe
SERONOKNYER..MMG PADAT AKTIVITI....no wonder xmau blk rmh..... seronok tgk!!!
wah seronoknye...anak2 n mak pak seronok je tgk..betul2 terisi masa cuti sekolah...
gambar over the sea pllsss...
seronoknya.. macam nak join jugak. ehhh tetiba je.
Leecha gak yg sempoiii..hehe
seronok anak2. Kami belum bercuti lagi. Sibuk nak pindah rumah huaaaaaaaaaaaa
x sabo nk tgu citer k.pilla gi obersea!! Cpt la kak citer n upload gambo....;D
Post a Comment