Tengok kat FB haritu Shila Shower share ni.. Baca lah jugak satu-satu hahah macam kelakar je.. Point-point tu dah banyak yang betul.. tapi pengolahan tu untuk couple romantik.. Macam aku kalau olah jadi lain ni.. hehhehe
Hubungan erat? Macam tak je hahaha.. Aku ngan Pak Radie kalau kat rumah biasa-biasa je idok lah berkepit, nak whatsapp, nak call, nak tanya rindu tak? ingat kitew tak? kenapa kenapa kenapa? eh tampar satu kali.. Rimas.
Tapi suka pergi travel tu selalunya aku.. Nanti aku heret dia skali pegi so dia akan cakap dia pergi sebab terpaksa.. Bila aku bising nape tak tolong survey hotel ke, survey tempat kita nak travel ke.. Nanti dia akan cakap, dia kena paksa pergi. Eleh eksyen, tapi bila sampai, dia punye selfie je dekat 1, 348 keping gambar. Ko mampu?
*gambar hiasan* hehehe
Untuk 11 sebab kat bawah ni, Kak Pilla share pengalaman sendiri kat bawah statement asal ok?
1. Trust
Apabila pasangan bersama-sama di tempat asing, inilah peluang untuk mereka mengenali 'diri mereka' yang sebenar dengan lebih dekat dan saling percaya antara satu sama lain. Melihat dunia luar membuatkan mereka saling bergantung antara satu sama lain, lantas membangunkan rasa percaya yang tinggi.
Filla
Betul ke pergi travel boleh bina trust? Sebelum ni kat rumah takde trust ke? Ok bila kat rumah kita ulang rutin yang sama.. Trust tu lain.. Itu trust sepanjang hidup nama dia.. Tapi bila di tempat asing, kita trust each other sebab masing-masing takde pengalaman di tempat baru tu.. Kalau ko cakap, kita kena naik train nie.. Ok aku ikut sebab aku percaya.. Sekali tengok sesat.. Ok aku tak marah sebab aku paham ko pun pertama kali. Cuba kalau kat KL ko silap jalan.. wow dia punya bebel 8 jam tak habis muahaha.. Best kan travel tak kena marah?
2. Hormat Kelemahan Dan Kekuatan Masing-Masing
Bila nak pergi travel, tentu banyak persediaan yang diperlukan sebelum dan sewaktu perjalanan. Di sinilah mereka belajar untuk menggunakan kekuatan dan mengatasi kelemahan pasangan. Contoh, pasangan yang berani akan memberi moral support kepada pasangan yang ingin memcuba sesuatu yang baru, menyimpan barangan pasangan yang cepat pelupa dan banyak lagi.
Filla
Ok ni memang best. Pak Radie tu suka membebel macam perempuan.. Dia tau aku cuai selalu tertinggal barang.. Dia akan tanya banyak kali.. "kunci bawak?" "handphone mana?" "card train mana?" Eh orang tau lah.. jangan tanya boleh? Amboi eksyen.. pastu bila hilang or tertinggal terus dada aku berdebar-debar takut kena marah.. So aku sangat depends dekat dia supaya aku tak cuai.. Dia kalau checkout hotel sampai atas-atas lemari pon dia check.. saiko ke apa? takkan lah aku letak barang atas lemari tinggi tu? aku pulak suka bagi galakkan kalau pergi tempat baru.. Pak Radie tu orang yang jenis semua dia akan cakap "Takyahlah, takyahlah".. Eh? mana boleh?.. Aku jenis.. Alaaaa jom lah, awak kena try! Jom jom jom... Macam gi phuket haritu.. Aku paksa dia buat bungee jumping.. Saya lah penyokong setia kamu.. Auwwww.. i can pompom girl Pak Radie.. Go Papa Go! Go Papa Go! hehehe
3. Romantik
Mengembara bersama, mandi air terjun, melihat bintang di langit atau pun melihat matahari terbenam, makan malam bersama, namakan apa saja aktiviti, kamu akan menjadi orang yang paling romantik di mata pasangan masing-masing.
Filla
Romantik? Tak kot. Melihat bintang di langit? omg memang taklah Pak Radie tu macam tu.. Tapi kalau gi pantai dia suka tanam aku kat pasir.. pastu dia suka kutuk besar sangat ikan ni.. Nak timbus pun tak boleh.. Ko ghaser romantik tak?
4. Keluar Dari 'Comfort Zone'
Setiap perjalanan menjanjikan pengalaman baru. Kamu keluar dari melakukan sesuatu yang rutin dari kehidupan kamu berdua dan meneroka tempat-tempat baru bersama-sama dengan selesa, kerana dia ada di sisi kamu.
Filla
Ye, bab sesat ni aku penakut.. Bila dia ada aku rasa selesa.. Sebab selalunya dia akan amik map dan study.. Aku goyang kaki je.. Kerja aku ikut bontot dia je mana dia bawak.. Tapi dia selalu poyo macam terror.. Nanti confirm salah.. Aku? Baca map? Memang tak paham langsung muahahaha..
5. Nafas Baharu Dalam Perhubungan
Ini adalah peluang kepada kamu untuk memulihkan semula hubungan yang dingin atau menguatkan lagi rasa sayang antara satu sama lain. Travel memberi peluang kepada kamu untuk meluangkan masa berdua tanpa gangguan sesiapa.
Filla
Memulihkan semula hubungan dingin tu macam tak sesuai lah.. Macam lah kitorang ni ada bergaduh ke apa sampai memerlukan percutian untuk memulihkan hubungan.. Saiko sangat tu.. Tapi memang berbeza lah perangai masing-masing dekat rumah dengan tempat kita travel tu.. Kalau kat rumah, kita penat dengan rutin harian.. kalau travel sebelum tidur kita dah borak plan mana nak pegi esoknya, apa kita nak buat.. apa kita nak beli.. so setiap pagi benda yang baru kita akan buat.. gila tak best?
6. Belajar Berkongsi Tanggungjawab
Tentu kamu membahagikan tugasan dan tanggungjawab supaya dapat meringankan beban masing-masing. Melalui cara ini, kamu dapat menjadikan pengembaraan lebih menyeronokkan dan mudah. Hal ini pasti akan menjadi kebiasaan dan diaplikasi dalam hubungan kamu dalam rumah tangga.
Filla
Yes ini tepat.. Contoh kita akan bincang bag apa nak bawak? Berapa banyak bag? Kalau gi travel dah banyak beli barang/gift.. Pastu susun sama-sama supaya semua muat.. ini kat mana.. barang yang ni kat bag mana.. Selalunya aku yang stress sebab dia buat relax je.. Tapi nanti dia yang akan make sure semua muat.. Pelik kan? Dia yang pack aku yang stress.. hahahah..
7. Rasa Selesa Antara Satu Sama Lain
Selain dapat tengok perangai yang sebenar, kamu dapat melihat diri 'sebenar' pasangan yang keluar dari kehidupan yang formal. Melihat 'muka busuk' waktu bangun pagi, tak gosok gigi atau kehabisan sabun, minyak wangi, masa inilah untuk kamu luangkan bersama dia dengan selesa.
Filla
Ini biasa jelah.. bukan aku baru 4 bulan kawin nak feeling-feeling baru tau diri dia yang sebenar.. Gaya kentut pon aku tau lah.
8. Berkongsi Minat Yang Sama
Siapa yang tak suka travel kan? Selain hobi yang lain, tentunya travel 'minat' yang paling mudah dan paling sernok untuk dikongsikan bersama pasangan. Apatah lagi jika kamu dan pasangan seorang food lover, tentu banyak tempat dan makanan yang nak kamu redah sepanjang perjalanan nanti.
Filla
Aku jenis suka makan dan aku tak kisah pun nak makan lauk kering-kering ke.. noodles ke apa ke janji halal.. Pak Radie fuhhh sangat particular bab makan.. Tapi dia selalu tak ngaku.. Dia usha kalau boleh sampai ke dapur dia nak masuk.. Semua dia jeling.. kalau gi pasar malam beli yong tou foo pon dia akan tengok orang yang jual tu rupa dia bersih ke pengotor ke.. tengok mangkuk-mangkuk orang tu.. Ko ngeri tak? sebab tu dia tu orang yang teliti.. Tekak aku dengan dia jarang sama.. Tapi oklah dah lama bersama dah boleh terima cara masing-masing.
9. Ada Untuk Satu Sama Lain
Walaupun di tengah-tengah sekumpulan orang yang tidak dikenali, kamu masih mempunyai antara satu sama lain. Tidak kira di mana kamu berada, kamu sentiasa mempunyai satu sama lain untuk membuat kamu merasa diterima dan disayangi. Sweet kan?
Filla
Hehehe sweet sangat. Tapi memang ya lah.. Bila pergi tempat orang, negara luar yang tak sama langsung macam kita.. Kita jadi bergantung kepada satu sama lain.. Aku nak gi toilet pun pesan suruh tunggu depan ni jangan gerak.. Ko bayangkan kalau hilang tak jumpa.. Aku nangis kot hehee..
10. Bukan Sekadar Pasangan, Tapi Kawan Baik!
Berkongsi pendapat, ketawa, bercakap, dan bersenang-senang dengannya atau mungkin bergaduh, kamu bagaikan kawan karib yang tak boleh berpisah. Di sinilah kamu akan mendapati bahawa hubungan itu bukanlah sekadar tanggungjawab, bahkan dia adalah segala-galanya buat kamu.
Filla
Ini memang betul.. Sebab kitorang bukan kategori romantik, lebih kepada kawan baik. Kalau gi travel banyak ketawa, tapi gaduh pun ada.. Eh masa travel pon gaduh hahahah..
11. Menghargai Masa Bersama
Kamu akan menghargai setiap detik bersama-sama. Menunggu bas selama 12 jam boleh berakhir perasaan seperti lima minit. Bahkan masa dirasakan berlalu dengan pantas dan tak pernah puas walaupun 24 jam dan 7 hari bersama si dia.
Filla
Ini betul... bab tajuk je betul.. bab tunggu bas 12 jam rasa macam 5 minit memang saiko sangat.. 12 jam rasa macam 24 jam yes betul hahahahaha.. Tapi masa travel je lah kita betul-betul dapat menghargai masa bersama sebab bila dah balik rutin kehidupan akan diteruskan macam biasa.. so bila travel tu silalah hargai masa bersama..
Itu je nak borak.. Tolong aku nak muntah.. baru cerita pasal 11 benda je.. Uwekkkkkkk
Filla.
8 comments:
kita banyak persamaan serentak..
kadang ketaksamaan pasangan tulah yang akan membuat kita lebih rapat dan selesa antara satu sama lain.
Hahahah...lawak lah kak filla ni.. anyway, akak dan pak radie mmg awesome dan romantik in your own ways. Janji bahagia sentiasa...join muntah jugak.
Love travel too! memang betul info ni.. Banyak merapatkan hubungan pasangan dan sentiasa rasa pengantin baru.. hihihihi
betul2..semua betul...time ni la nk manja2 tak faham map..hehehe
saya suka entry ni...
nak kata aku & en suami romantic memang jauh ersasar la... tak romantic langsung tapi bila travel, memang confirm kite akan buat semua bende sama-sama sekali ngan anak.. hahhaha...
btul2. klau travel sama2, tak pergi jauh pon, sesat kat putrajaya pon dah boleh erat kan hbgn. selesaikan mslh sama2, fhm situasi satu sama lain. nak2 pulak klau pergi oversea. lg lah bergantung dekat satu sama lain je.
kelakar..senyum2 bila baca
i totally agree with ur ... biler travel lah blh beromantika dgn hubby .... kalau kat rumah maner ader masa ... sibuk dgn routine harian...kids etc.... blh share tak kak pilla hehehehhe
Post a Comment