Thursday, May 21, 2015

WEDDING LAGI.

Akhirnya cousin aku Syazzwan selamat diijab kabulkan pada hari Sabtu yang lepas.. Tahniah diucapkan buat Busu sebab menerima menantu pertama ;)

Sabtu lepas majlis akad nikah berlangsung di Masjid Negeri Shah Alam.. tapi aku tak dapat attend, so kita ganti datang hari ahad awal sikit hahaha.. cover line betul.

Cantik gak nikah kat sini.. sebab dia ada sediakan bilik khas untuk orang nak menikah.. so Wan cakap masa ni ada 4 pengantin kot, kene tunggu giliran masing-masing ;)

Nasib Bapak dan Mak sudi teman memeriahkan lagi majlis sebab ramai tak dapat hadir.. dahlah Busu tu dari Ipoh dah tentu dia je anak beranak..

Keesokan harinya terus buat majlis bersanding kat errr errrr errrr ni mana? Dewan kat Damansara ke apa hahaha.. Kak Pilla busy dalam kereta tau-tau je dah sampai heheheh 

Aleesya sampai-sampai je buat hal.. cranky tak tentu pasal.. melalak je.. tak leh orang pegang langsung.. terpaksalah mak kau gendong baby tua nie. Anak Busu semua sekali 4 orang.. semua lelaki.. diorang tu huiii tinggi-tinggi macam galah.. tu yang paling bongsu sebelah Mak Lang tu baru form 3 tau.. 

-us-

Ini Mak Teh yang duduk Seremban.. pon anjer-anjer angat iyer tu.. hahahah.. selalu tengok kat ig ke fb Kak Pilla, tapi tiap kali jumpa dia asyik cakap sedapnya laukkkk ko masak.. hahah.. nampak sangat tak de modal, asyik tepek gambar lauk tak habis-habis.

Antara tetamu paling awal sampai ialah anak-anak buah aku.. Fuyooo Azhar hensemmmmm fiwiitttttt.. 

Kasih and Syasya

Abang ipaq and bapak mertuaku..  

Mak Long, Pak Lang, Nadia, Mak Teh and ibunda terchenta ;)

Sila beratur.. pengantin nak sampai.. Eish tengok Aleesya nak dukung lagi la tu.. 

Tu diaaaaa.. Syazzwan ni aku ingat lagi.. dulu pernah masuk muka dia kat blog masa balik kampung tahun bila tah.. Kemain ramai suruh kirim salam nak berkenalan lah apa.. Berani korang yeh? Tapi Syazzwan ni antara cousin aku yang baik hati, soft spoken macam ayah dia.. tak tau nak cakap cemana, budi bahasa, hormat orang tua, macam lelaki budiman gitu kahkahkah.. pandai pulak belajo sampai ke US.. and now bertemu jodoh dengan Farah Nadhrah yang cantik, lemah lembut.. banyak kali dah jumpa.. selalu je kene serang dengan soalan bila nak kawin? hahahha.. akhirnya bersatu jua.. Tahniah dari akak untuk awak berdua :) 

Bagai pinang dibelah dua ;)


Suka tengok family Busu.. semua jenis baik-baik.. Pastu diorang suka gi travel ngan bapak dia berlima gi pulau-pulau.. selalu sebelum pergi mesti letak kereta kat rumah Wan kat Enstek kan dekat dengan airport.. So macam sempoi je anak-beranak back packers camtu.. yang depan kanan tu rasanya still single and available.. now amik Pilot dengan MAS sekali dengan husband Nonoy, Arip tu.. hahah.. what a small world :)

Aku jeling je udang atas meja tu tak usik pon.. hehehe.. 

Semoga berbahagia hingga ke jannah.. 

Eh? Pengantin lama pon ada hahahah.. 

Nah ni pengantin lagi lamaaaa heheheheh

Masa ni engine baru panas.. habis dia pusing satu dewan berlari sana sini ngan kakak-kakak dia.. Kasih tu ice cream ke5 hahahah.. 

Wow seram ni kalau jumpa budak tergantung kaki tak jejak tanah

Aleesya? kenapa nak lompat kene angkat kain tayang spender? Tak perlu Leecha, tak perlu.

Tak leh tegur sikit.. terus blah muka masam.. nak moncong tak dapat, pipi kembong sangat.. hehe

Ok tu je nak citer.. tata ;)

Sukati je penutup entry macam ni hahaha.. 


Nak jadi Agent Ellfie Beauty? Email : agent.ellfie@gmail.com

Nak beli Ellfie Essence? Boleh whatsapp/sms 013-2755197 atau dapatkan dari Agent sah kami :)




Love, 
Filla.

2 comments:

FadMN said...

hihihihih.geram la aleesya.gigit baru tau.

FAD

Nurizzah Majif Biz said...

hahahaha.
sentap dah hati aleesya kena tegur ngan kak filla. dpt byg esok2 kalau dah anak dara. hehehe