Monday, May 18, 2015

RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT.

Dari dulu teringin nak makan Cencaru Sumbat buat sendiri.. Adalah jugak kawan-kawan ajar cemana.. macam-macam version ada.. Pastu pulak tengok kat Buku Resepi Chef Wan yang Pak Radie beli tu pun ada share jugak.. Lagi lah telioq cheq.

So siapa rasa nak buat ikut resepi Kak Pilla cedok sana sikit, sini sikit, ikut sedap tekak i.. silalah salin ye..


Sediakan batu tumbuk dulu ya.. Kak Pilla punya batu tumbuk mak mertua belikan.. besar gila kalau nak basuh semput nak angkat... heheheh


bawang besar, cili merah, belacan, garam, gula... tumbuk jangan sampai terlalu lumat.


sedikit asam jawa, letak air sesudu dua supaya pekat.  Pastu tuang kat bahan tumbuk gaul rata.

panaskan sedikit minyak untuk tumis bahan tumbuk tadi.. ada orang tak tumis, dia terus sumbat je kat ikan, tapi Kak Pilla tumis supaya dia masak.. 

Kak Pilla campur cili kering blend 1 sudu.  Bagi pedasssss sikit ;)

Tumis dengan api perlahan sampai masak.

Ni dah masak ye.. 

bahan tu untuk 2 ekor cencaru hensem lagi gagah perkasa.  Oh ye pegi pasar boleh mintak abang jual ikan tu belah belakang terus macam ni.. Kelakar masa gi beli ikan ni kat pasar haritu, suruh dia siang ikan tu.. Pastu dia tanya akak nak potong cemana ikan ni? Eh boleh ke belah belakang untuk buat cencaru sumbat? Boleh kak, nak potong sisi, potong atas, potong bawah, potong senget.. semua boleh.. Amboi pandai buat kelakar abang ikan ni.

Oh ya, gaul ikan tu dengan kunyit dan garam dulu.. 

Kemudian sumbat ikan tu padat-padat dengan bahan tadi tu.. dah siap sumbat, terus goreng.. tapi ada orang kata elok ikat dulu badan ikan tu supaya tak terburai keluar bahan sumbat tu.. Eh mano lah den tau nak ikat dengan apa? 

yang bahagian atas ikan tu ialah isi yang dah terburai keluar hahahaha...keriuk-keriuk rangup perghhh... tapi tak semua pon bahan sumbat tu terkeluar.. mana yang terkeluar tu kita cedok ler.. Guna penapis besi tu masa angkat ikan tu so boleh kutip sekali bawang-bawang yang dah terkeluar garing-garing tu.. 

Walaupon ni first time cuba buat.. Saya suka sangat.. Nora bagi 5 bintang kat diri Nora sendiri hahahaha..

Makan dengan nasi panas sedap oiiiiiii.. Jom cuba jom.. Nah resepi kat bawah:

RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT
2 ekor cencaru segar (dibelah belakang)

Bahan Tumbuk
1 biji bawang besar di potong dadu
5 tangkai cili merah di potong dadu
1 inci belacan
1 sudu kecil gula
sedikit garam
sedikit asam jawa diambil airnya (pekat)
1 sudu cili kering blend

CARA-CARA
Tumbuk bahan-bahan tadi tapi jangan terlalu hancur.  Panaskan 2 sudu minyak dan tumiskan bahan tumbuk tadi sehingga masak.. setelah bahan tumis siap dimasak angkat dan asingkan.

Gaul ikan cencaru dengan garam dan kunyit.. kemudian sumbatkan ikan tadi dengan bahan tumis.. panaskan minyak untuk menggorengkan ikan yang siap disumbat tadi.  Berhati-hati sewaktu terbalikkan ikan takut bahan sumbat terburai keluaq.. Agak-agak dah masak, boleh angkat ikan dan letak dalam tapis besi.. bahan tumbuk yang dah terkeluar dari badan ikan boleh diangkat dan ditapis.. Masa nak hidang, boleh taburkan atas ikan.. Boleh dimakan dengan nasi panas tanpa lauk lain..

Hoi merenjes ailioq hoi..



Nak beli Ellfie Essence? Dapatkan dari Agent kami :)

Love, 
Filla.

16 comments:

Anonymous said...

kalau xnak terburai jgn buang jaket ikan tu. supaya goreng jd cntik dan yg penting bahan sumbat tu jgn berair sgt. hehe.

Felis Domestica said...

Lepas sumbat, bakar.... dap gak tu

puteri** said...

Teringin da, nampak sedap

FadMN said...

wuwuwuwuw.nak try jugak la.malas tu sebab ikan ni jenis kalau kena sisik dia tu sakit woo.kena request bersihkan betul-betul la ikan ni.hehe.

FAD

cikpuanfairul said...

kak pilla,balut je dengan daun kunyit..cari yg beso2 sket..wangi je..teliuq

amirah said...

Saya selalu ikat dengan daun pandan. Wangi bila goreng. Nak lagi best, kalau buat sambal lebih goreng balik dalam minyak bekas goreng ikan tu..nnt sambal tu jadi lagi garing.. memang best!

miss eimanhikmah said...

wahhh sedap nyeee..terlioqqqq time2 puasa ni..haha

bekskankin' said...

betoi ler kak pilla, ikan tue nampak hensem plak

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

lain dari ila buat...
ila buat campur kelapa.. ada serai sekali.. tapi nie bakar.. bukan goreng tau.. sedap.. resepi mak ila...

http://kokoadik.blogspot.com/2010/06/ikan-cencaru-sumbat-bakar.html

dynass said...

kak pilla, kalo rjn ikat ikan tu dengan benang.buat dua round then baru ikat atas bawah.cantik nnt bila goreng.

pastu kalo rajin, buatla sumbat kelapa.

kelapa parut tu tumbuk dengan cili api hijau/merah then letak ikan bilis sikit.letak garam gula.pastu sumbat dlm ikan.

sodap mak aii.

Wizana Arbain said...

Kal tadek ikan cencaru guna ikan bawal pon sodapppp goreng garing2 fuhh terangkat

Malinda Ismail said...

Selalu buat pakai cili padi terus...baru makan sambil nangis....hahaha

Anonymous said...

Dah tak diet lagi ke kak? ☺️

surizan abdghani said...

Betul tu.klu x buang jaket dia lg sedap sbb kt jaket dia tu la yg manis tu

Anonymous said...

Assalamualaikum

Nampak sedap tu ikan. Walaupun utk saya yg tak fave ikan :) thanks for sharing. Take care Kak Pilla.

Nura

JMR said...

baca resepi sambil telan air liur..huhuh