Wednesday, May 06, 2015

HATI-HATI DI JALAN RAYA.

Selamat malam semua ;)

Wow macam pengacara radio dulu-dulu hehehe.. Actually ni tengah mengadap pc kat rumah.. Rasa nak baling ikut tingkap belakang je komputer ni tau.. nak bukak internet tadi dekat 15 minit.. click pastu senyapppp apa pon tak keluar.. pastu dengan lembap macam siput.. Pak Radie keluar pulak hantar Kasih tuition tadi.. sakit jiwa ok..

Dah lah ada kerja nak buat, komputer buat hal pulak.. Eh macam nak kene beli laptop baru je nie... ehehehhe baru borak-borak dengan Peej pasal dia rasa nak beli.. Eh tanak lah, membaziaq nie.. 

Ni update ni pon kenapa tah.. takde apa pun nak citer saja nak main type-type kat sini.. 

Lately ni macam-macam cerita kita dengar.. Bukak je facebook macam-macam khabar berita keluar.. Semua menyedihkan sampai aku emo berhari-hari.. Kes Myvi dengan Pajero tu lah paling menyayat hati.. Tengok baby comel sangat tu tak boleh tahan nak nangis.. pastu tertengok pulak video anak arwah nangis panggil papa mama tu terus nangis teresak-esak dalam bilik air.. Ntah kalau melibatkan budak-budak ni memang hati cepat tersentuh.. tak boleh nak bayangkan perasaan diorang yang kehilangan mak ayah sekelip mata.. kecik lagi pulak tu.. memang lah time orang ramai-ramai bagi perhatian, datang melawat apa semua.. dia rasa terhibur dan boleh lupa kejap.. budak-budak kan.. tapi lepas seminggu bila semua orang dah jalani kehidupan seperti biasa.. macamana dengan anak-anak tu.. mesti tercari-cari mak ayah dia.. mesti malam rasa sunyi.. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul :(

Tapi yelah kan, ajal maut ditangan tuhan.. nak elak celah mana pun kalau dah ajal, sesaat pon tak dapat ditunggu.. cuma cara dia pergi tu menyayat hati.. disebabkan orang lain sibuk berlumba haram, dia sekeluarga yang menjadi mangsa.. anak-anak yang tak bersalah terpaksa menjadi yatim piatu sekelip mata.. 

Itu yang aku selalu pikir tiap kali bawak kereta.. kita tak salah, orang lain yang salah.. tapi kalau nak kena, nak elak celah mana? Sekarang kalau bawak kereta aku mesti pakai seat belt.. dulu jenis pemalas jugak nak pakai rasa tercekik huhu.. Tapi bila tengok accident tercampak keluar dari kereta macam tu rasa tak sanggup kot.. tengok video Awal Ashaari share kat ig dia kata pakai seat belt.. ingat orang tersayang.. masa dia accident pon maybe sebab pakai seat belt so takde lah cedera teruk.. ada betulnya tu.. 

Ni lagi satu kes yang baby 9 bulan maut tercampak keluar dari kereta..  sedih tak boleh bayangkan baby tercampak atas jalan raya.. Allahuakbar kesiannya.. tapi kita kat Malaysia ni dah jadi budaya sambil lewa tentang keselamatan di jalan raya.. termasuk aku sekali lah tu.. kalau kat negara luar tu dah biasa baby and toddler semua duduk kat car seat lock dengan seat belt.. andai kata kereta berpusing ke terbalik ke.. at least baby tu lock kat seat dia.. percentage nak tercampak tu dah kurang dah tu.. tapi tulah, anak aku kecik-kecik dulu bangsa tak leh diletak.. meraung menggelupur sampai nangis muntah-muntah kat car seat.. buruk sangat perangai tu.  Kalau lepaskan habis dia panjat segala dashboard tu.. kita nak drive dah nak kene tarik dia pulak.. Amaani tu dulu pernah aku break termasuk pulak kat bawah seat depan.. terus melalak.. tu lah orang suruh duduk diam-diam pakai seat belt ko meraung.. kan dahhhhhh..

Sekarang aku dah ajar Kasih tu.. duduk depan sila pakai seat belt.. walaupun mak kau ni bawak kereta sangat berhati-hati tapi kalau nak jadi kita tak tau kan.. Aku kalau drive mata dah siap pandang jauh ke depan.. dah expect macam-macam.. jangan khayal bawak kereta.. jangan pandang jarak dekat je.. pandang sekali jauh ke depan supaya kita sentiasa dalam keadaan bersedia.. tangan tu kalau boleh dua-dua kat stereng.. kalau satu tangan je apa-apa jadi tak sempat nak buat apa.. senang hilang kawalan.  paling penting jangan pecut di jalan raya.. nak pegi mana pon laju sangat?? tapi janganlah slow sangat sampai bahaya kat orang lain.. ko dah macam siput 60km je dah kenapaaaaa???? duduk lane tengah je elok.. tak yah merempit sangat.. kalau rasa takde kereta then boleh amik kanan.. rasa confident nak laju sikit then laju lah.. ada kereta lagi laju, then ko ketepi bagi laluan.. jangan nak keras kepala duduk jugak lane kanan jalan macam siput sedut.. itu boleh mendatangkan marah.

Bila bawak kereta tu kene alert.. Tengok sikit penunggang motosikal.. diorang tu kecik, kadang kita tak perasan.. jangan sesuka hati je tukar arah.. melambung pulak budak motor.. Jangan ye, laki i bawak motor tu.. dia cakap ramai je bangsa bawak kereta tak pikir budak motor.. main masuk je.. budak motor ko jangan memain.. dia lalu kang dia terajang je body kereta pastu dia pecut.. nak kata apa? Oooooo pasal tu Pak Radie suka pakai boots baru kutahu muslihat dia.. 

Lagi satu pasal side mirror kereta.. Sila jangan percaya sangat setakat tengok side mirror.. kadang kereta atau motor dah dekat sangat tak nampak pon kat side mirror tu.. dah tengok kereta or motor takde, kita kene jeling jugak sikit pakai mata tu.. pusing sikit kepala tu tengok betul-betul.. bila confirm jalan clear baru boleh tukar arah.. 

Sorry lah dah macam instructor di jalan raya dah ni.. tadi kata takde apa nak borak.. Ko bagi keyboard ni kat sini memang silap lah.. sebelum terlajak membebel, izinkan saya mengundurkan diri..

Berhati-hati di jalan raya, tak sayang diri sendiri takpe, tapi ingat orang tersayang yang tunggu kita balik setiap hari.. 

Sekian.
 

Love, 
Filla. 
 

1 comment:

Anonymous said...

Anak i pun melalak jugak letak dlm seat, tapi i buarkan, lantak kau situ, janji bukan aku yang melalak di kemudian hari. Parents yg takut sgt anak melalak dlm car seat sebenarnya tak kisah anak dia mati accident. Sorry i have to say it in a very harsh word. If u nak depends semua pada takdir, tapi xde usaha nak ngelak, then there must be something wrong with u.