Wednesday, May 20, 2015

GUNAKAN WHATSAPP GROUP CHAT DENGAN BETUL.

Apa ni? Bukak je blog, cencaru sumbat, bukak je blog cencaru sumbat.. Tensi tau.

So macamana kehidupan korang semua? Masih berjalan lancar atau tersekat-sekat? Kalau tersekat-sekat tu perkara biasa, mana lah ada manusia kat dunia ni perjalanan hidup dia lancar je sepanjang masa.. Aku alhamdulilah masih bernafas, masih lagi diberi kudrat pegi kerja, hantar dan ambik anak sekolah, memasak hari-hari without fail katanya.. dan masih bersemangat bersama Team Ellfie.. Team Ellfie Beauty dah ramai, syukur alhamdulilah.. 

Pembahagian kerja untuk Team Ellfie dibahagikan dengan baik dan teratur setakat ni.. Kak Pilla memang handle agent dan segala masalah yang berkaitan dengan agent.. so far so good, still can handle and i love my agents very much.  Kak Pilla buat satu group chat khas untuk agent supaya senang nak announce apa-apa.. Takde lah aku terkial-kial nak whatsapp sorang-sorang.. Tapi dulu pikir lapanploh kali nak create group ke tak.  sebab faham-faham lah bila dah ramai dalam group kang macam-macam pulak benda yang tak best timbul nantikan?  Tapi Kak Pilla yakin boleh handle.. 

Bila dah ada group agent macam ni rupanya lebih senang sebab nampaknya semua masih respect Kak Pilla as admin kat situ.. Awal-awal Kak Pilla dah tunjuk gaya kakak pengawas kat situ.. hahaha.. dah cakap awal-awal no video sharing, no copy paste copy paste benda yang takde kene mengena dengan Ellfie..  Hoi cerita pasal whatsapp group chat ni... Kak Pilla ni memang jenis anti social ke apa tak tau lah.. Tapi ramai yang tak faham konsep kenapa group chat ni kita create kan?  Tajuk group chat bukan main lagi.. "ahli lembaga pengarah", "top management exec" amboi bukan calang-calang tu.. ni contoh ye.  Tapi kadang jadikan chat tu tempat berborak-borak, citer pasal anak dah pandai jalan ke? dah start makan ke? FORMAL kotttt group tu??? pastu send emoji hantar flowers, mata love-love.. Eh come on lah.. kalau group tu group kawan-kawan lepak ke apa then ok.. yang kita ni dah serba salah dah.. nak exit group kang, orang kecik hati.. kalau still dalam group.. omg, banyak kerja kot nak buat.... phone kejap-kejap bunyi.. ingatkan urgent, sekali bukak chat tu:

"you ollllssss dah makan ke? i olls makan kehepsi"

*diikuti gambar ayam kehepsi tegolek dua ketol*

yang lain menyatakan kekaguman dan kemengidaman nak makan kehepsi jugak.

ko bayangkan kalau ada 40 orang dalam group tu.. matiklah kerja asyik nak tengok phone takut urgent.  Sorry kalau ada yang terasa kat sini.. Tapi fahamilah kenapa orang create chat tu.. macam group Agent Ellfie so far so good.. baru-baru ni ada kes baru jadi kat agent-agent Ellfie Beauty.. Bagus jugak ada group chat so diorang discuss kat situ dan mengadu kat Kak Pilla... Hoi dunia business ni macam-macam kan? caras-mencaras perkara biasa bagi sesetengah orang.. 

Tiada jalan yang mudah untuk berjaya, usaha tu penting.  Kak Pilla, Kak Elly and Kak Peej usaha gigih untuk perkenalkan Ellfie Beauty kepada orang ramai.  Bukan senang nak yakinkan orang, so itu yang kami cuba lakukan sekarang tanpa henti.. Produk Ellfie Essence adalah yang terbaik bagi kami, alhamdulilah sambutan menggalakkan dan positive feedback pon banyak kami dapat dari customers.  Itu dah syukur alhamdulilah sebab dapat bagi orang lain gembira dengan hasilnya.  Now bila dah ramai agent, rasa bersyukur sebab dapat beri peluang untuk orang lain berniaga dan buat side income.

Kadang rezeki tu Allah s.w.t. bagi dengan pelbagai cara.  Ada lah certain benda jadi kitorang macam tergamamam jugak sebab dipermudahkan sangat.. Tipulah kalau takde difficult time dalam business ni.. Tapi kami bersatu hati lah untuk tangani sebaik mungkin.. Business bersama takde masalah ke? InsyaAllah itu yang kitorang tak pernah lupa untuk ingatkan sesama sendiri.  Tak puas hati cakap, jangan simpan.  Ada idea bagi dan boleh bincang ikut pendapat bersama.  Idea tak diterima? takpe janji dah bagi hahahah.. Pendapat berbeza tu perkara biasa, cara untuk menangani tu yang penting.  Orang tunggu masa tepuk tangan kalau kita berkecai.. itu confirm lah kan.. jadi elak lah dari berlaku benda-benda macam tu.  Kepala gila tu dah tentu, tapi bukan all the time.. ada masa kitorang very serious dan tak main-main. Keikhlasan hati tu penting :)

Ok itu je nak citer.. nanti sambung lagi.. 

Nak jadi Agent Ellfie Beauty? Email : agent.ellfie@gmail.com

Nak beli Ellfie Essence? Dapatkan dari Agent kami :)




Love, 
Filla.

2 comments:

Samsung Galaxy S6 said...

Setuju GUNAKAN WHATSAPP GROUP CHAT DENGAN BETUL.....
Nice..

Mila Hilas said...

haha tahu xpe..sy kdg bnci jugak..jns grup tajuk lain, tp dh rmi2 gtu benda lain yg dorg borak