Friday, March 06, 2015

UNIVERSAL STUDIO JAPAN AND RINKU PREMIUM OUTLET OSAKA - PART 3

*scroll down for new entry*

Bertemu kembali dalam entry final untuk trip Kak Pilla ke Osaka dan Kyoto Japan :)

Sebelum tidur dah set jam untuk bangun subuh.. So macam biasa, bangun mandi dan solat subuh.. Lepas tu terus bersiap untuk meneruskan perjalanan.. Tapi sebab masih awal sebab harini tak rushing sangat.. Kak Pilla termenung kat tingkap hotel dan inilah pemandangan dari bilik Kak Pilla di Sheraton Miyako Hotel Osaka.. Dalam hati berkata, selamat tinggal, kejap lagi dah nak check out dari hotel yang best nie.. ntah bila akan datang menjejakkan kaki ke sini lagi.. InshaAllah ada rezeki kita jumpa lagi ye..

Honestly Kak Pilla suka Osaka.. bangunan dia pesat membangun tapi tetap ada keistimewaannya.. Orang kat sini semua sibuk dan jalan laju-laju especially hari berkerja.. tapi cuaca dan jalan-jalan kat sini tetap tenang.. tak serabut kepala sebab kereta kat jalan raya sini semua sopan.. pejalan kaki mengikut peraturan dan saling menghormati antara pemandu dan pejalan kaki.. sebab tu rasa aman je bila kita berjalan kaki kat sini.. takkan kedengaran bunyi hon kereta pun.. takde orang marah-marah pun ;)

Last day kat Hotel baru perasan ada coffee comel kat bilik haha.. nampak sangat malam baru balik, penat terus tidur.. esok awal pagi dah keluar.. sampai tak sempat nak bancuh kopi hahah..

Aaaa comelnya.. siap ada penapis serbuk kopi.. tuang je air panas dan tunggu air turun ke dalam cup..

siap ada sudu kertas yang kene kelepet kan dia menjadi sudu comel hehehe.. Ok sempat minum kopi dengan Pak Radie sebelum bawak turun luggage untuk breakfast dan check out..

Sebab tu Kak Pilla cadangkan korang stay kat Sheraton Miyako Hotel Osaka.. Hotel ni memang Muslim Friendly sebab ada section untuk Muslim.. 

So ini bahagian untuk Halal Food.. walaupun tak banyak sangat, tapi Kak Pilla suka effort Hotel ni untuk sediakan halal food, terasa welcome sangat duduk sini :)

Ni rasanya macam nasi.. tapi beras dia macam lain sikit.. maybe ikut selera Arab kot hehehe..


macam makanan Arab kan? tapi still ok, tekak masih boleh terima..


So ini breakfast Kak Pilla pagi tu.. kenyang Alhamdulilah..

Eh lupa nak bagitau ke mana arah tujuan kitorang.. Pagi ni check out dan terus menuju ke Universal Studio Japan!!!! Yeayyy tempat yang diidam-idamkan hahaha..

Pukul 8.30 pagi lepas breakfast terus keluar dari hotel nak naik Uehommachi Nara Line turun ke Nishikujou Station..

Tu diaaaa tengok ada berapa banyak line kat situ hahah.. Tapi kalau pegi sorang atau berdua boleh belajar lagi nie.. Ok pastu tukar pulak ke JR Yumesaki Line terus ke Universal City Station

Nampak tu? dengan tolak bag lagi berlaga-laga dengan orang nak pegi kerja hahaha.. masa ni hari Isnin so memang time ni lah orang pegi keje dan kitorang sibuk nak pegi Universal Studio hehehe..


Tempat duduk khas untuk warga emas, perempuan mengandung dan untuk yang kurang upaya.. kat Jepun diorang sangat alert.. kalau takde yang memerlukan kerusi ni kita boleh duduk.. tapi bila nampak orang yang lebih memerlukan, memang kelam kabut bangun untuk bagi diorang duduk.. memang respect cara diorang ;)

Yeay dah sampai dah.. excitednyaaa!!

Ishhhhh terus terbayang anak-anak time nie.. Pak Radie tu lagi lah.. dia memang close gila dengan anak-anak.. nampak je ni terus dia cakap "kesian budak-budak tu, kalau diorang ada mesti diorang suka nie" aishhh emo plak dia hahaha..

Sebelum masuk ke Universal Studio, korang akan jumpa City Walk ni dulu.. ada macam-macam kat sini tau.. antaranya Hard Rock Cafe, Bubba Gump Shrimp Co. dan ada macam-macam restaurants, cafes and fast food kat sini.. lebih kurang 30 ada kot.... City Walk ni ada 5 tingkat termasuk parking di tingkat 1 dan 2..Kat tingkat 4 pulak ada Osaka Takoyaki Museum..

Pagi tu terlalu sejuk kat sini.. angin pun kuat jugak.. bila angin tiup je laju-laju nak lari sembunyi kat dinding bangunan hahaha..


Little Osaka ni ada jual macam-macam termasuklah biskut dan chocolate..

Tak sangka plak kat sini ada Hard Rock Cafe.. Kak Elly ada whatsapp nak kirim t-shirt HR Osaka tapi masa tu Kak Pilla dah keluar dari HR Osaka yang pegi masa first day tu.. siapa suruh pesan lambat.. so bila nampak ni laju-laju masuk dalam belikan t-shirt dia kirim.. rezeki betul ;)



Haaa tu diaaa dah nampak dah Universal Studio Japan yang terkenal tuuu.... Eh diorang ni gi sembunyi kat situ plak hahaha.. terus Kak Pilla jerit suruh snapkan gambar heheh

Fuyo melintang-lintang roller coaster.. sorry ye, i penakut.. 

Bergambar kenangan depan pintu masuk USJ..

Fuyooo ramai gila orang beratur nak masuk ni..

Pagi lagi dah penuh beratur

Kalau korang nak beli ticket kat kaunter pon boleh.. Ticket Booth dibuka 1 jam sebelum park dibuka.. dan tutup 2 jam sebelum park ditutup.

Ok ni Kak Pilla share harga tiket untuk masuk ke Universal Studio Japan
*price may varies  from each entrance date.

For Adult (1 Day) lebih kurang RM202, with tax jadi RM218 macam tu.. 


 Refer gambar kat atas ye.. Kot-kot korang nak amik Express Pass pilih lah nak yang mana satu..

 Ni pon sila amik.. Banyak membantu untuk korang plan mana nak pegi dulu..

Untuk maklumat lanjut tentang Universal Studio Japan sila click SINI

Gambar kenangan lagi ;)

Teruja bila melangkah masuk ke sini..

Semua muka ceria je.. Orang Jepun especially remaja-remaja dia semua jenis happy go lucky dan suka senyum-senyum.. 

Korang nampak macam panas kan? tapi Ya Allah sejuk gilers hahaha.. kejap pakai glove.. nak snap pic bukak lagi glove..

Staff yang sentiasa tersenyum dan ceria menyambut visitors.


Haish tengok roller coaster je terus Kak Pilla sakit perot.. hahaha

Nampak angin tiup tu.. huwaaaa menggigil...

Staff yang sentiasa memastikan USJ bersih ;)

Ehhhh ada Sesame Street laaa..

Ok tempat pertama yang kitorang akan pergi ialah Harry Potter World haha.. 

Siapa pernah tengok dan minat gila Harry Potter sila angkat tangan!! Siapa yang dah pernah tengok movie je akan memahami tempat ni dan korang akan rasa seperti betul-betul berada di alam Harry Potter.. Kak Pilla tengok setengah jalan je dulu muahahah.. Pastu masuk sini terpaksa berlakon macam paham hahaha..

Haaa comelkan diorang ni? Siap bag Hello Kitty.. 

Ok ni pun boleh framekan.. hahah pengsan lah camni.. Sian anak-anak confirm jealous ni hehe

Melangkah je masuk dalam ni terus macam ternganga-nganga sebab kagum sangat diorang boleh bina tempat ni sebijik macam dalam movie..



Hah tengok tu.. tak nganga korang tengok? Kak Pilla nganga jugaklah sebab jakun hahah

Butterbeer ni memang ada dalam movie jugak kan? 

Scary kan? Siap ada burung hantu plak melepak kat atas tu..

Macam berada di alam fantasi je kat sini..

Kawasan ni memang ramai orang bergambar sebab background ada castle lawa tu

Ok jom ikut Kak Pilla masuk dalam ni..

Alahai comelnyaaaaaaa.. nak beli boots untuk Leecha lah jugak hahah.. tapi pakai dalam rumah je lah hahahahah..

Kejap lagi nak naik ride "Harry Potter and the Forbidden Journey".. so sila baca tu betul-betul ya.. syarat-syarat untuk naik ride ni.. 

Kak Pilla macam cuak-cuak.. apa ni macam seram je?? Tapi Idham telah meyakinkan Kak Pilla if tak naik ni adalah satu kerugian besar.. hahahaha ok ok okkk.. akak naik lah..

Siapa beli express pass boleh lah laju sikit.. kalau tak memang agak berjanggut jugak.. Tapi percayalah, walaupon korang kene beratur sampai janggut keluar, memang seriously berbaloi-baloi ok!!!!!

Kat dalam ni dah gelap dan tak dibenarkan snap gambar.. so Kak Pilla citer jelah ye.. Ride ni guna state-of-the-art 4K technology.. Korang kene duduk kat kerusi pastu lock diri kat kerusi tu.. dan bersedialah untuk terbang bersama Harry Potter dalam magical journey.. Fuhhh best gileeerrr percayalahhh!!! rasa memang terbang betul-betul laju gila feeling dia sebab merentasi gunung ganang, hutan dan berselisih dengan segala raksasa.. menjerit-jerit jugak Kak Pilla dalam tu.. i kan over hahaha.. tak tau jerit sebab gayat atau sebab seronok sangat.. 

Ingat pesan Kak Pilla, kalau korang sampai kat Universal Studio Japan ni, Harry Potter and The Forbidden Journey ni WAJIB try ok?

Ok settle tu jom kita jalan-jalan lagi.. Eh tapi nak try jugak minum ButterBeer.


Don't worry, Non-Alcoholic ya.. nama je macam tu hahah.. 

Muka jangan serious sangat pleaseeee.. hahahah.. stress ke apa ni.. korek-korek carik duit dalam bag hahahah..

Over kan budak 3 orang ni? Haritu ice cream.. ni ButterBeer pulak.. Eh tapi macam lawa gambar ni kan.. Ok kita nak framekan ke tak? *tumbukKakPillaberamairamai*

Tengok tu siap dia design ice tajam-tajam gituuu.. Kat sini ada shops yang jual semua barang-barang berkaitan cerita Harry Potter.. So siapa yang fanatik movie ni silalah korang pegi beli dalam tu.. 

Ni ada show kejap.. 

Tolonglah.. Kak Pilla tengok Harry Potter movie tak habis dulu.. so macam blur-blur kenapa katak??? and why the kataks so biggggg??? Euwwwww..

Kalau tengah berjalan-jalan tu haus, jangan risau, bak keluar je duit.. banyak minuman tu haaa..

Uii ni kalau bawak anak memang kene paw habis-habisan nie..

Amity Village.. Ramai beratur nak amik gambar..

Ok lah, i nak balik rumah dah ni.. byeeeee..

Sebelum Kak Pilla terlupa meh Kak Pilla share General Information kat korang yer.

Kat USJ ni no outside food allowed ye.. for breastfeeding mom ada bilik untuk baby.. pastu utk baby feeding, diaper changing pon ada disediakan.. equipped with hot water lagi tau.. microwaves pon ada utk panaskan baby food.  Stroller rental and Wheelchair pon ada disediakan.. 

Coin-operated lockers pon ada just in case ada yang nak simpan barang kat locker boleh ye..ATM pon ada kot-kot nak shopping duit tak cukup jangan susah hati ;) Oh ye, smoking area juga ada disediakan kat dalam USJ ni tak leh sesuka hati merokok merata-rata..

Berangan sangat dia ni..

Banyak sangat gambar nak share.. muntah lah korang ngadap entry Kak Pilla hahaha

Lagi satu attraction kat sini ialah Jurassic Park.

Food Court pon ada kot-kot nak membasahkan tekak ke apa sila lah singgah ;)



korang boleh try Jurassic Park - The Ride kat sini ok..

Puas jugaklah berjalan tak habis-habis kat sini.. Lawa-lawa shops dia..

Kalau lupa nak amik pamphlet boleh singgah sini

Kat sini boleh check berapa lama masa nak beratur untuk rides and shows.

Tak paham kenapa gaya berjalan melentik macam ni hahaha

Sebagai coca-cola collector haruslah amik gambar kat sini ;)

dengan gaya paling memukau hahaha

Hellooooo anybody home???

Ok ni boleh framekan tunjuk kat anak cucu hehehe.. gangster sangat nenek korang ni heheh

bersama kekasih hati.. Idham jangan muntah please.

Mesti dia kesejukan time ni.. 

Pipi Kak Pilla dah keras kebas time ni sebab sejukkkkk... kat sini ada The Amazing Adventures of Spider-Man - The Ride.. tapi Kak Pilla tak masuk sebab kitorang tak leh lama kat sini.. kalau nak beratur memang tak sempat.. 


Pak Radie kesejukan hehe

Eh Kak Pilla cuba buat aksi apa ni.. 

Oh nak buat aksi comel rupanya.. tengok budak-budak kat belakang tu.. diorang lagi comel tau..

Siapa minat Terminator boleh singgah depan tu.. ada Theater Show.

Agent saya En. Idham.. dah kenapa gaya tu??? 

Oh Idham kata kene buat free style.. Ni pon boleh lah yer..

Kak Pilla ajak Pak Radie singgah sini jap nak tengok if ada benda boleh beli untuk TheKasihs..

Ok ni pon boleh.. Kasih suka pen.. comelkan?

Kat luar ni ada face painting.. siapa berminat boleh try ;)

Siapa suka comel-comel boleh singgah kat Pink Cafe ;)

Eishhh rasa nak gigit lah si Pink nie.. 

budak-budak excited tengok Hello Kitty..

Masa ni kelakar.. sebenarnya ni tengah gelak sebab tetiba ada macam snow turun..terus Kak Pilla jadi jakun..tapi kitorang confuse ni snow ke apa.. last-last semua setuju yang 'snow' tu sebenarnya keluar dari corong bangunan belakang ni.. konon-konon diorang buat snow lah.. padahal memang betul snow ok!!!!

How i wish my Kasihs semua ada kat sini :(

Ok lah cukup tu.. Jom kita keluar..

Nah.. lagi satu gambar bersama glico... keluar dari USJ ni kitorang kene jalan kaki ke bus stop untuk balik ke Kansai Airport sebab nak check in Hotel lain.. rupanya bas nak ke airport tu bukan selalu ada.. masa tu kitorang cuma ada masa 15 minit ke apa nak lari ke bus stop tu.. Hoiii jauh kotttt!! dahlah kene tarik bag.. macam orang gila memasing berlari bila nak sampai kat bas.. ngam-ngam ok kitorang sampai kat bas ni.. Lambat seminit memang sayonara la jawabnya heheh..


Ni bus stop nak ke Kansai Airport..

Tambang dari Universal Studio Japan ke Kansai Airport ialah 1550 yen / person dan perjalanan memakan masa selama 1 jam.  Masa bas baru bergerak tetiba snow turun!!! Baru lah kitorang yakin yang tadi kat dalam USJ tu memang snow betul..



Nampak kan snow? Kak Pilla sempat amik video ni masa bas baru bergerak meninggalkan USJ..

Tepat 1 jam kitorang pon sampai ke Kansai Airport.. Perot dah lapar masa nie.. Jom makan jom!!
Ok ni best sebab kat dalam Kansai Airport ni ada Halal Restaurant.. So kalau lah korang turun kat Kansai Airport, jangan lepaskan peluang makan kat The U-don SANUKI ye? boleh lah merasa makan Japanese Food dengan penuh keyakinan sebab ianya Halal ;)



Restaurant yang biasanya ada jual Udon dan Tempura semuanya lebih kurang sama.. diorang buat ala-ala food court tu.. 

Nampak tu? Korang akan lalu dekat bahagian Noodles dulu.. Oh kat sana korang boleh pilih nak noodles tu sejuk atau panas.. Macam nak try Mee udon sejuk tapi macam pelik je??? so amik yang hot.. Tapi Idham kata orang Jepun suka jugak makan yang jenis sejuk.. Ok, pastu korang boleh pilih jenis noodle dan order, siap ada size ye.. nak small ke large ke.. pastu jalan lagi ke depan ada Oden.. pilih lagi.. masa ni korang bawak tray sekali..

Ni pon boleh pilih.. yang besar bulat tu lobak putih.

Ok ni Kak Pilla punya.. Sedappp nye mee tu.. slurppp rindu nya nak makan lagi.. tempura kat Jepun memang sedap nak mampos ye.. cemana diorang masak pon tak tau lah.. very crunchy tapi dalam lembut sangat.. pastu tak oily... 

Kak Pilla saja nak try Salmon Onigiri.. Ok lah, tapi lagi sedap nasik ngan sambal ikan bilis hahahaha..

Satu lagi makanan yang korang akan sentiasa jumpa kat sana ialah lobak putih.. diorang memang suka ok!! Tapi lobak putih kan memang bagus, so sejak balik Malaysia, Kak Pilla memang beli lobak putih.. Ish harini nak buat sup lah ;)

Selepas makan korang kene angkat tray dan letak kat kaunter yang dikhaskan.. Biasanya kaunter tu open macam ni dan berdekatan dengan sinki untuk diorang membasuh pinggan mangkuk.. Nanti bila kita letak tray kat situ.. diorang sambil basuh pinggan akan pandang muka kita sambil senyum dan semangat dia akan cakap "Arigatou Gozaimas" .. best kan feeling tu? dia ucap terima kasih sebab kita dah memudahkan kerja dia mungkin.. dan kita rasa seronok sebab dia ucapkan terima kasih kat kita.. 

Budaya macam ni dah lama kot kat negara luar.. Kak Pilla selalu ajak anak-anak buat macam ni tiap kali lepas makan.. Kalau makan kat Mc Donalds biasanya suruh diorang angkat tray dan buang sisa makanan dalam tong sampah tu lepas tu susun balik tray.. Eventhough ada pekerja yang akan buat.. tapi apa salahnya??? bekas makanan kita kan? kalau tak boleh nak buat pon.. at least, Kak Pilla akan kemas dan lap meja dengan tissue dan kumpul semua sampah dalam tray supaya senang staff tu nak angkat tray.. Jangan makan bersepah-sepah meja lepas tu main tinggal je.. it's very rude u know?

Sila lah makan kat sini ok.. sedap dan selesa..

Kat airport pon ada machine untuk beli IC card.. Better korang beli siap-siap kat sini, so nanti senang.. bila amount dalam tu dah berkurang tinggal kita nak top up je ;)
Pilih IC tu.. 

Ini kalau single ticket / pass.. tu nampak gambar orang warna kuning tu.. Rupanya boleh pilih kad untuk family sekali.. best kan??? 

Semua canggih kat Jepun ni.. Semua yang diorang buat dah tentu untuk memudahkan rakyat dia dan juga pelancong.. Tapi sebab diorang terlalu canggih, so kita kene kejar lah jugak kecanggihan dia tu.. Kalau tak confirm ternganga-nganga depan train hahaha..

Perot dah kenyang jom kita nak gi check in kat Nikko Hotel pulak.. Senang je, dari airport tu melintas je macam tu dah sampai.. Bagus kalau last day korang nak duduk kat Nikko Hotel sebab nanti tak risau sangat terlambat ke airport kan.. 

So ini bilik dia.. lawa kannn??? Kak Pilla tidur sini, Pak Radie tidur bilik sebelah.. boleh yek camtu? pastu Kak Pilla menyemak kacau dia kat bilik sebelah.. pastu tebongkang Kak Pilla tido masa Pak Radie tengah kemas bag.. 


Toilet tak terlalu kecik dan tak terlalu besar.. tapi selesa ;) 

Kitorang just letak luggage je lepas tu keluar balik sebab nak ke Rinku Premium Outlet pulak.. Kak Pilla suggest korang pergi Rinku Premium Outlet ni last day sebelum korang fly untuk balik.. Pastu korang stay kat Nikko Hotel.. Memang senang macam tu.. sebab dari Kansai Airport nak ke (RPO) ni 10 minit je ;) so last day tu korang habiskan duit Yen hahahaha then esoknya boleh balik dengan tenang dan gembira hahaha..

Nak ke Rinku Premium Outlet paling senang hehehe.. Pegi je Terminal 1 pastu beratur kat Platform 12.. 

Tiket cuma 200 yen / person (RM6) dan perjalanan cuma 10 minit.. Masa on the way tu salji turun banyakkkkkk sangat.. Terus Kak Pilla tepuk-tepuk tangan sambil jerit Hip Hip Hurray haha.. *tipu*

beratur vending machine kat sini.. silalah pilih nak air apa :)

Rasanya kat Rinku Premium Outlet adalah yang terpaling sejuk sepanjang berada kat Jepun ni hahah.. Sejuk dia sampai satu muka rasa kebas.. pastu bila bercakap tu lidah macam kebas pastu cakap macam orang pelat hahahaha.. terus Kak Pilla tutup mulut tak nak cakap sebab nak cakap pon ntah apa-apa bunyi dia yang keluar.. 

Ngam-ngam kitorang sampai snow turun makin lebat.. Nampak kan kat baju Kak Pilla putih-putih tu snow..

Mata mana Pilla? Mata mana??? heheheh... tetiba sorang-sorang berdiri tengah-tengah sejuk ni.. Orang lain semua dah lari masuk dalam shops sebab tak tahan sejuk.. ni Kak Pilla plak saiko bediri tegak hahaha.. Idham pon dah hilang dah time nie.. heheheheeee

Mari saya bawa anda ke Information counter untuk nak tanya pasal Prayer Room ;)

Kat sini dia akan explain kat kita shops apa yang ada bagi discount semua..

Kita akan dapat coupon book jugak.. Actually tunjuk passport kat counter shops pon boleh dapat extra discount sebab kita pelancong dan bukan rakyat tempatan.. 

Ok Kak Pilla ada tanyakan Prayer Room kalau nak solat kat sini.. Terus dia minta kita ikut Security dia ke sana.. 

Bilik ni berkunci sebab tu kita kene bagitau nak guna prayer room masa kat information counter ;)


Ruang solat ni takde pisahkan lelaki dan perempuan.. so kalau bukan mahram tu.. sila lah take turn duduk luar dulu yerrrr.. 

Pastu tanya Idham ni tulis apa? Idham cakap ni telekung wakaf sebab ada orang Malaysia yang tertinggal telekung kat sini dan tak amik balik.. Tapi Kak Pilla tak tau kat sini kekurangan telekung, kalau korang ada telekung elok lagi.. boleh lah bawak letak kat sini untuk diwakafkan :)

Rinku Premium Outlet ni besarrrrrrrrrrrrrr sangat.. Nak best sila datang awal-awal baru boleh explore tempat ni..

Amik map lah senang sikit nak mencari apa yang ada ;)

Pucat lesi muka kesejukan heheh

Dia terbahagi kepada dua bahagian.. korang kene naik bridge ni untuk ke sebelah sana pulak.. 

Hah nampak tu? Ni seberang jalan pulak..

Lawa kannn tempat ni?

Macam-macam ada kat sini.. antaranya Coach, Banana Republic, BCBGMaxazria, GAP, Folli Follie, Replay, Quicksilver, Timberland, Vans, Lacoste, Levi's, kate spade.. dan banyak lagi.. yang Kak Pilla bagitau ni yang boleh dapat discount. ada banyakkkk lagi boutique lain kat sini.. Ada almost 210 outlets kat sini.. Sila layari http://www.premiumoutlets.co.jp/en/rinku/ for details.


Kitorang takde beli apa pun untuk diri sendiri.. Sempat beli untuk TheKasihs je.. Memang nak habiskan duit Yen pon sebab esok dah nak balik.. Berpinar-pinar biji mata tengok Sale kat Gap ni sampai 40-50%... pastu tunjuk passport masa kat cashier tu dapat lagi 8%.. Berbaloi-baloi, kitorang main agak-agak je size baju ngan seluar budak-budak nie.. Jeans budak dapat dalam RM20++ je.. lawa-lawa plak tu.. 

Furla pon ada.. berkenan kat satu handbag warna hitam.. Tapi macam takde keperluan nak membazir beli bag buat masa ni.. cuci-cuci mata je ;)

Yeay akhirnya belikan diorang LEGO je.. tapi LEGO takde discount kat sini.. tapi bila dah jadi mak bapak ni, hati cepat rasa bersalah kalau pegi mana-mana tak belikan untuk anak-anak.. diorang hari-hari facetime tanya ada tak belikan toys untuk diorang.. bila dapat belikan sikit terus hati tenang semula.. hehehe

Nampak tak plastik tu? semua untuk anak-anak.. cakap dengan Pak Radie "Pa, kita takde beli apa pon untuk kita sendiri kan? awak tak kisah ke? semua untuk budak-budak je".. Pak Radie cakap "Eh, pa memang takde la nak membeli untuk diri sendiri, biarlah budak-budak happy sikit, awak kenapa tak beli apa-apa untuk diri sendiri?" Auwwwwwwww duduk Jepun terus Pak Radie jadi budiman gitu.. hahahah.. Aku? tak nak apa pun sebab travel tu yang aku suka.. travel tu dapat puaskan hati dan luaskan pandangan sebab dapat tengok negara dan budaya orang, dah cukup buat Kak Pilla happy ;)

Nak naik ni pun boleh.. Tapi takde orang naik pon sebab weather terlalu sejuk, semua lari masuk dalam shops.

Dah takde apa nak beli, jom cari makan pulak..

Kitorang pening nak buat decision.. nak makan sini ke makan kat airport? Mana-mana lah, i ikut jer..

Drug Store pon ada untuk kemudahan orang ramai..

Last sekali kitorang makan sushi je kat sini.. Jom tengok kitorang order apa..

Salmon kat sana fresh sangat.. masuk mulut, tutup mata, kunyah slow-slow dan telan.. sedappp!!

Kat tempat ni kalau nak green tea sila bancuh sendiri.. Ni tengok ni.. Idham yang tertumpah habis hijau-hijau botol sauce tu.. Aiyokkkk!!

Air panas ada je kat tepi meja.. senang kan konsep dia? 

Nah hamek.. membuak-buak telur ikan dia.. 



Gambar kat atas ni je Kak Pilla fail masa makan hahahaha.. selalu ok, tapi tak tau ni ikan apa ntah rasa dia tak leh nak telan.. tapi telan jugak.. terkembang-kembang hidung masa nak telan hahha.. pastu pass kat Idham paksa dia yang makan habiskan lagi satu.. 

ni sedap ;)

ni lagi lah sedap.. meletop-letop dalam mulut.. my fav :)



Sila jangan confuse.. gambar atas ni bukan ayam.. ni ikan!! hehehe.. kecik je ikan ni boleh tahan sedap jugak.. 

Perut kenyang terus tengok jam.. Oiii bas dah nak sampai jom lariiii gi bus stop.. gilo, perot kenyang ni ada yang muntah tepi jalan hahahah.. 

Untuk kemudahan korang.. nah akak letakkan gambar schedule bas Kansai Airport - Rinku Premium Outlet.

 From Kansai Airport to Rinku Premium Outlet
Jadual di sebelah kiri untuk Sat, Sun dan Holiday.. Weekday sebelah kanan.
Boleh tunggu kat Terminal 1 dan naik di Platform 12.

From Rinku Premium Outlet to Kansai Airport
Last bus pukul 8:00 malam.. 

Sebab tu kitorang kelam kabut lari ke bus stop hahaha.. Kat Jepun semua punctual yer.. siapa jenis terhegeh-hegeh memang bye-bye lah.. 

Sampai je Kansai Airport, Kak Pilla ajak Idham lepak sekali nak belanja kopi-kopi kat Starbucks.. Dari first day nak minum kat starbucks, tapi jadual sangat pack so sempat jeling je hahaha.. Masa ni dah last day, esok dah nak balik, so jom lah kita lepak dan borak..

On the way nak ke Starbucks ternampak satu lagi Halal Restaurant kat Kansai Airport nie.. Wah gembira hati ni, padahal perot dah kenyang dah.. So korang jangan risau ye, Kansai Airport ni banyak Halal Restaurant.. makanan Jepun plak tu!!!

Kat Jepun memang terkenal buat menu-menu untuk display macam ni.. apa tah kita panggil ni yek? sana siap ada kelas untuk belajar buat ni.. terror sangat sebab nampak memang real giler rasa macam tempting nya. terus rasa nak makan bila tengok nie.. 

Sila lah berkunjung ke SOJIBOU kalau nak try Halal Food kat Kansai Airport.. Kak Pilla tak sempat try, perot dah nak meletop kekenyangan ;)


Kalau TheKasihs minat pokemon ni, dah lama belikan sorang sekor.. tapi diorang tak minat, selamat duit mak kau.. 

Kat Kansai Airport ada Coin Lockers.. so kalau ada luggage nak simpan sini dulu pon boleh, pastu pegilah merayap-rayap sebab kat Kansai Airport ni pon banyak gila shops, segala Uniqlo pon ada.. Kak Pilla ni punya sibuk, Uniqlo pon pandang dari luar je.. Huwaaa tak sempat nak singgah..

Borak panjang malam tu sebelum balik ke hotel.. pastu balik hotel. Pak Radie kemas bag bilik sana, Kak Pilla kemas bag bilik sini.. pastu berwhatsapp lagi ngan Peej and Elly hahah dah gaya orang bujang, laki kat bilik sebelah.. agak-agak dah sangap duduk sorang.. terus pi lompat bilik sebelah nak kepoci tengok dia buat apa.. still mengemas rupanya.. ok sila kemas dulu.. Kak Pilla baring tepi tu kejap.. tau-tau terjaga dah nak subuh hahahaha.. tak sedar bila masa terlelap ;)

Pagi tu 10 Februari 2015 adalah hari untuk pulang ke Malaysia.. Perasaan happy dan sedih bercampur baur.. Amboi ayat nak novel je kann.. hahahha.. Jom pi breakfast kat Nikko Hotel Osaka ni pulak.. nak tengok jugak best ke? 

sana wajib ada ikan.. dan wajib ada vege.. 

Kak Pilla orang kampung, so dah biasa kene makan nasi pagi-pagi.. nasib ada ikan bilis dengan kuah curry.. Hebat ni, diorang pon reti masak sambal ikan bilis tau ;)

Tauhu and mushroom kat sana fresh.. so mari hirup sup..

Dah kenyang, lari amik bag kat bilik dan terus check-out.. Orang ramai sangat kat airport, takut lambat.. Kitorang balik Malaysia, Idham pulak flight balik ke Tokyo.

Thank You Idham sebab mengiringi kitorang sepanjang kat Osaka-Kyoto.. walaupun jadual kita agak padat, tapi Alhamdulilah semua tempat kita dapat pergi dan bawa balik kenangan tu dan coretkan di sini.. Mungkin pengalaman ni boleh memberi manfaat kepada orang lain, Alhamdulilah.. dan yang penting, kenangan manis tu akan terpahat di hati Kak Pilla selamanya.. 

Semoga kita bertemu lagi jika ada rezeki dan panjang umur.. Kalau balik Malaysia silakan whatsapp, akak masak sedap-sedap, datang singgah rumah ye ;)

Terima kasih yang tak terhingga kepada Japan Tourism dan Nuffnang untuk peluang yang tak mungkin di lupakan ni.. Terima kasih juga buat Idham ;)

Dalam Flight Malaysia Airlines System, ada pilihan nak Nasi Lemak or Japanese Pasta? Of course i nak Japanese Pasta!!!! I love Japan *tetibaplak*

Jangan lupa layari laman web http://muslimguide.jnto.go.jp/eng/ untuk maklumat lanjut.. Click yer.. Kak Pilla ada dalam website tu ;)





Love, 
Filla.

16 comments:

Anonymous said...

Kak Pilla, yg pic atas mcm nasi tu namanya couscous kot

sharon m.q. said...

omggg kak pilaaaa...saya ni dahla peminat tegar Harry Potter! Harus pergi Japan ni... semata-mata nak g Universal Studio je..hahahah..

salwana nordin @ che'wa said...

membuak2 tgk entry jepun ni..

alahai...ntah bila dpt merasa..

rezeki awak la filla..alhamdulillah..

p/s cuma nk betulkn perbezaan muhrim dan mahram..

muhrim utk org yg sdg melakukan mahram haji atau umrah, mahram adalah org yg haram berkahwin dgn kita..so biasanya perkataan mahram itu kita gunakan ye :)

okies..no offense :)

JMR said...

baca entri kak pilla ni, rasa mmebuak2 nak ke sana lagi..best2..muslim pun mkin senang nk mkan skang ni..paling penting kicap ABC tu pun ada hahaha

Dunia Mommy Comel said...

Bestnya kak pilla.. huhu bila lah boleh smpi jepun. tengok entry Kathy pun nak menangis.. seronok xle bayang kalau dapat pegi jepun

Anonymous said...

Kak Pilla,

Nak tanya sikit ni.Apa beza 1 day pass dengan universal pass?
Nak tau jugak pleaseeeee..Senang nanti nak pergi ...

Anonymous said...

Hello kak pilla, nak tanya ni. Macam mana kak pilla nak contact dengan agent di Jepun tu ? hotel and flights tu sendiri urus ataupun agent uruskan untuk kita ? thanks :)

Kuazue Mohamad said...

Pengsan saya baca kak.
Dah mcm saya pula p jepun ..
sangat seronok baca.
by teh way saya dah link blok kak pilla ke blog saya.
http://kuazue.blogspot.com
t senang saya nak p melancong ikut blog akak lagi

Filla said...

sharon m.q.: hahah best yeh harry potter? tapi kat USJ memang best gila kot ride tu macam real je terbang hahaha

Filla said...

salwana: thanks, dah edit dah ;)

Filla said...

JMR: a ah now dah senang kat Jepun sebab diorang dah banyak sediakan prayer room dan halal food ;) kicap ABC pon ado hahah

Unknown said...

Terbaiklah

A said...

OMG rindunya Osaka & USJ!!! I wish I'd gone with you T.T

Unknown said...

Terbaekk entry nie. Early dec saya akan ke hiroshima utk seminggu (ulang alik hiroshima-osaka-kyoto-nara). Seronok tengok pilla gie USJ. Niat di hati mmg nak pegi dan masukkan dlm itinery tapi bila teringat anak2 x join, saya cancel niat tu. Takut nanti sedih pulak dia orang. Mungkin nxt year insyaAllah bawak dia orang (jika kewangan mengizinkan). Itinery pilla simple tapi padat. Saya suka. Tapi memandangkan saya akan ke sana seminggu, itinery saya agak panjang. Cumanya saya nak tanya pilla,osaka tu boleh tak cover dlm sehari termasuk namba? Pastu antara subway dgn bas mana lagi senang dan cepat kalau jalan2 dlm osaka? Kalau gie kyoto,sempat tak kalau gie Arashiyama dalam sehari? Tq pilla.

Unknown said...

Salam Kak Pilla :) Excited saya bace entry ni sebab bulan depan nak pegi Osaka!!! HAHAHA haaa nak tanye, sejuk sangat ke Osaka time tu eh? Agak agak beli baju sejuk kat sana lagi berbaloi atau beli kat KL je? Hehehe thank you, jadi tak sabar nak pegi sane haha

Hazsya said...

Assalam kak pilla. Sushi 🍣 tu, semua boleh makan or kena hati2 juga?