Sorry lama sangat tak update blog kan? muahahaha ahkak busy you olls..
Hari ni Kak Pilla nak share resepi untuk orang nak kurus ;) wah kelas kau kan.. Actually haritu pi rumah abang aku kat Ampang.. Dia memang jenis kuat semangat.. Kalau dia kata tak nak makan nasi, so memang dia tak makan nasi.. dia cakap nak jadi sado, bagi dia 3 bulan.. ko tengok lagi 3 bulan memang dah sado.. hahahahah pastu kutuk aku.. nyampah sangat.. balik-balik mengumpat kata aku ni cakap nak kurus, tapi tengok ig asam pedas minyak melimpah-limpah, masak lomak cili api.. nak kurus apa nya camtu? berangannnn... Heiii shadap u!
Kalau korang nak tau, dia tu dulu bekas chef kat Ritz Carlton.. aku pernah citer kot dia ni macam-macam benda dia pernah buat hahaha.. dia terjebak jadi chef pon bukan sebab dia amik course yang macam tu.. tapi dah tertulis masa tu dia akan jadi chef.. so jadiklah... aku ingat lagi dulu time dia balik rumah bawak balik salmon.. kitorang makan ramai-ramai tengok ikan mentah rasa nak muntah hahaha.. pastu hari-hari dia masak untuk 150 orang staff nak makan kat hotel tu.. hari-hari dia masak macam untuk kenduri gitu.. kadang teringat dia citer zaman dulu tu kelakar gak la ;)
So haritu gi umah dia.. tetiba dia masak.. rupanya dia masak utk dia nak makan.. salmon grill pastu bawah salmon tu dia guna australian beef yang hancur tu campur putih telur.. lepas dia masak dia bagi kat aku "Nah rasa lah" Hoiiii sedap gila kot.. berebut-rebut makan dengan Kasih hahaha.. Pastu bagi dia balik.. cakap kat dia.. nanti serve salmon grill satu please! Dia masak laju gila.. 10 minit siap. Dapur bersih... sebab abang aku ni dia saiko sikit.. dapur bersih gila.. takleh ada air setitik kat lantai.. sambil masak sambil mengemas terus..
Inilah menu yang dia sediakan hanya 10 minit sahaja. Wow teruja i.. terus tak sabar nak beli salmon.. tapi sampai hari ni tak beli lagi hahahahahaha... syabas sangat perangai tu.
Jom Kak Pilla ajar korang yer.. sebab Kak Pilla tengok dia masak.. dan terus simpan dalam kepala otak.
Dia kata salmon beli kat Tesco murah sikit dan fresh.. If korang tau mana nak beli salmon yang fresh dan murah sila lah bagitau kat i hehehe.. Oh lagi satu dia pesan.. kalau boleh salmon jangan frozen kan.. beli pack elok-elok dalam tupperware letak kat fridge biasa tak yah beku... boleh lah tahan 4 - 5 hari camptu.. Eh ye ke dia cakap camtu? hahaha dah lupa..
Aku bising tanya tak letak garam ke? Dia cakap diam je tengok je hahaha.. sebab dia ajar ni menu untuk dia.. bukan untuk aku.. so kalau untuk dia memang tak leh makan garam sebab garam akan bertukar menjadi air.. dia kan bina badan abang sado.. gedik betul.. takat garam secubit pon tak boleh, rasa nak lempang diri sendiri ke lempang dia?
Senang gila masak ni.. tutup mata also can maaaaa... dia cuma letak White Pepper and Chilli Ground je.
Ok nanti nak gi kedai beli ni.. Aku ingat tabur ngan chilli flakes hahaha.. dia cakap chilli flakes untuk letak bila dah serve makanan ok lah.. Chilli Ground untuk perap nak masak ;)
Oh dia tak perap ye.. dia lumur je pastu campak atas pan nie.
Ni pan kegemaran dia.. Mama belikan birthday dia last year kot.. gila kauuu birthday present untuk abang sado ialah pan masak hahahahaha... dia cakap food untuk dia takde guna oil.. olive oil pon dia tak letak.. dia cakap salmon pon ada oil dah so tak yah la nak sibuk letak oil.. sebab tu dia suka pan ni.. senang basuh dan tak melekat langsung ;)
La Gourmet.. Puas aku cari kat Parkson KLCC and Alamanda.. takde ye jenis nie.. Wan beli kat Sogo kot.. Petua masak salmon ialah tak boleh balik-balikkan banyak kali.. letak sekali biarkan dia.. tutup pan.. pastu terbalik sekali je dah cukup tu..
Korang tak tengok time dia terbalikkan ikan ni.. fuyooo style gila ikan tak pecah pon.. kalau aku mesti kepit-kepit ngan garpu bagi dia tak pecah.. dia swing je sikit pan tu.. terbalik terus ikan ni hahahah.. salmon masak kejap je kalau lama nanti kering tak sedap.. dia kene juicy sikit baru sedap..
Next dia buatkan capsicum pulak.. sama je, tabur pepper and chiili ground je. no oil ye.
Wow nampak dap kan? memang sodap ;)
Dia cakap beef tadi dah habis haha.. so dia gantikan aku punya ni dengan telur.. Abang sado ni makan telur putih banyak tapi telur kuning dia letak sikit je.. so terpaksalah Kak Pilla jadi sado jugak. Sama jugak takde garam ye. white pepper only.
Lagi satu pesanan dia.. kalau rebus broccoli ke, carrot ke tak yah letak garam kat air.. haish mengada kan? celur pastu toskan.. biar sejuk sumbat dalam fridge bagi sejuk.. nak makan baru letak kat pinggan letak lah thousand island sikit.. jangan letak mayo..
Maafkan susu Jenggo dalam cawan pink kat sebelah tu hahahah.. Abang sado ni memang suka berhias.. dia makan sendiri pon dia akan hidang lawa-lawa macam kat hotel..
So terimalah Salmon Grill dari Abang Sado..
Hahah mampos lah aku kene sound ni masuk muka dia kat blog.. dia bukan suka pun.. haritu baru tag nama kat ig pon ramai follow dia.. terus dia sound aku punya pasal la ni.. muahhaha padan muka.
Dia tuang ni je atas salmon tu.. sedap gak pedassssss ;)
Seronok tengok dia masak.. kadang dia buat chicken.. kadang seafood.. Kak Pilla dah paksa Pak Radie tengok masa abang sado masak ni.. Dia tengok setengah jalan je dengan muka bersemangat.. takpe takpe..
Kita tengok je dalam 2-3 hari ni ada tak time turun tangga nak masak, pastu tetiba dia jerit "Seplaissssssssssssssssss!!!! suke tak suke tak????" sambil tepuk-tepuk tangan.. aku tepuk muka dia dulu muahhahahahaha...
Love,
Filla.
11 comments:
kak pilla kiter pnh jumpa dia dgn sorg gul kat klcc time tu...
ckp cm kenal lelaki ni tp sapa yer skli teringat,,hihi..
gurl tu pn cntik gak r...:)
Mujuq la semalam baru pas makan salmon.mau tidak mesti.terliuq
nampak sedap..boleh cuba nnti..
Nampak menyelerakan lah. Rasa lapar pulak. Hihi
hai kak pilla...kak pilla nak cari pan tu ke..sy pernah jumpa kat dpulze cyberjaya..dlm tu ada kedai barang dapur nama kitchen shop..sebelah mph.. :)
hahaha gelak guling2 part seplaaiiss tu... klaka laa korang ni.. :)
aaa...dapnye..ade resepi lagi akak share lg tau...
Kita suka masak simple mcm nie, tapi salu kecundang dengan seasoning pepper ajinamoto tue sebagaiperasa. Patutlar tak menjadi kempisnya.
kak pilaa...blh tak minta abg kak pilla kongsi resepi utk diet..sbb kite dah matik akal nak masak utk laki kite yg nak sadooo jugak ni...haish...plisssssssss sgt2... kite mmg xtau sgt resepi org2 nak sadoo nih... (yang sgt berharap...)
kak pilaa.. terima kasih banyak ya resipi nie!!
Kita tengah diet nie Personal Trainer kita suruh makan Salmon nie salah satu dari diet pemakanan kita.
Sekarang nie kita dah turun 10kg. Best giler tu so sekarang kita tersangat rapat dengan Personal Trainer kita nie abg sado jugak he..he.. lately nie selalu masak untuk dia lah. Pening jugak nak cari resipi untuk dia nie.
Ada lg resipi untuk diet & abg sado tolong share ya !! Senang sikit kita nak masak. Terima kasih banyak.
eeehhh resipi abg sado ke....hehehe...smlm ada org req nk makan salmon...itu yang hr ni sibuk emncari resipi...hehehe...
Post a Comment