Monday, March 02, 2015

PRODUK ELLFIE LULUS KKM.

Tak sempat Kak Pilla nak update pasal kelulusan dari KKM untuk produk Ellfie Beauty ni.. Tapi mungkin korang dah tau sebab dah share kat Instagram : @ellfiebeauty haritu kan..

Alhamdulilah semua proses berjalan dengan lancar.. memang ada 2,3 masalah yang tak dapat dielakkan tapi Alhamdulilah semua dipermudahkan dan kitorang berjaya atasi bersama.. Kiranya macam susah senang kita hadapi bersama.. Bila ada masalah kitorang lebih suka berbincang dan menyelesaikan bersama.. Setiap apa plan yang kitorang nak lakukan bersama, kitorang akan bincang dulu sebelum dapat persetujuan dari ketiga-tiga pihak.. Semua berhak bersuara dan beri pendapat.. 

Harini berlambak parcel Ellfie untuk diposkan.. Kesian Peej terpaksa uruskan sendiri.. Tapi bila ada masa aku ngan Elly akan turun bantu Peej.. InshaAllah kalau di masa depan ada rezeki boleh lah amik pekerja untuk bantu.. Kene lah ada impian barulah kita boleh usaha dengan tekun.. 

Ini satu lagi progress yang melegakan hati kitorang.. Actually jangan risau, sebelum keluarkan skincare Ellfie, semua dah diambil kira.. Kebaikan produk kepada orang ramai, hasil dia, kelulusan KKM semua kita amik kira.. Tapi sebab proses kelulusan memang kene amik masa sikit.. so korang dah nak pakai sangat kan hahahahah.. Jangan risau.. yang dah beli awal tu pon sama je. ni lah kelulusan KKM so memang Ellfie Skincare ni dah terbukti selamat digunakan ;)

 Setiap produk ada nombor KKM dia sendiri ye.. so semuanya ada 4 pcs dalam satu set.. Selepas ni jangan ragu-ragu lagi ok? Cuma ada orang amik masa 3minggu untuk nampak hasil dia.. ada orang lebih dari sebulan.. kulit kita tak sama, so harap bersabar.. produk Ellfie sangat lembut dan takkan bagi perubahan drastik untuk kulit kita.. tapi kalau korang consistent dan ikut instruction cara pemakaian, InshaAllah boleh nampak hasilnya nanti..

Cara penggunaan semua ada tertulis di belakang kotak Ellfie.. Sila rujuk bila nak pakai ok? Dan satu Kak Pilla minta, korang jangan pakai secara berlebihan untuk setiap botol tu.. Kalau cleanser maybe ok lah untuk pakai 3x sehari.. boleh pump dalam 2x macam tu.. InshaAllah celanser 30ml boleh bertahan sebulan.. Macam toner kene pakai 2x sehari.. so ikut ya.. jangan pandai-pandai pakai 4x sehari pulak.. dan jangan lah pump toner banyak-banyak sangat kat facial cotton tu.. cukup 2x pump dan ratakan di seluruh wajah sebelum memakai day atau night cream.. day cream, Kak Pilla suka pakai dengan menggunakan hujung jari, colek sikit pastu tap-tap kan pada bahagian muka dan blend rata-rata.. lepas dah rata baru pakai bedak dan make up seperti biasa.. Kalau hari cuti, boleh pakai day cream je tak yah sapu bedak.. duduk umah je ponnnn kan hahahha... night cream pulak Kak Pilla sapu nipis je sebab tekstur night cream ni macam balm.. pakai sikit pon cukup.. ratakan kat satu wajah.. terus rasa kulit lembut.. pastu boleh tidur.. bangun tido tengok cermin muka elok je takde pon berminyak-minyak ke apa..
ni gambar Kak Pilla beberapa hari lepas masa nak keluar gi makan dekat-dekat area rumah.. tak kuasa nak make up yer.. nampak banyak perbezaan dari dulu tak? now rasa kulit makin sekata dan jeragat dah lighten sikit.. tapi diri sendiri yang pakai, confirm korang sendiri yang akan tau perubahan kat muka masing-masing.. Kak Pilla pakai Ellfie takde merah-merah atau gatal.. cuma ada peeling sikit kat bahagian hidung.. tapi takde lah teruk, mild je.. pastu ok.. ada customer yang ada masalah kulit menjadi merah dan kasar sikit, itu disebabkan kulit jadi kering sikit masa memula pakai.. tapi nanti akan ok.. ada customer yang macam tu, tapi now dah ok dan dia dah happy ;) Kulit kita semua tak sama.. so kesan dia pon confirm tak sama.. 

Loose items akan keluar tak lama lagi.. tolong urut dada sikit supaya bersabar hahahah.. pasni boleh beli:

Cleanser : 50ml
Toner : 50ml

Sebab tu yang cepat habis.. day and night cream kalau ikut cara Kak Pilla pakai, rasanya boleh bertahan lebih dari 2 bulan hahaha.. jimat you olllsssss... 

Set Ellfie

Harga
RM120.00 (Semenanjung)
RM130 (Sabah / Sarawak)
*Free Postage*

How to Purchase
Whatsapp : 0132755197

Facebook : Ellfie Beauty




Love, 
Filla.

2 comments:

Unknown said...

tasabar nk beli yang loose itemmm. nk jelita mcm kak pilla jugak =)

Anonymous said...

saya dah pakai produk ni..mmg best..kawan2 pon dah tegur..hihi..nak tggu loose item sbb cleanser dah nak abis..hihihi...