Wednesday, March 18, 2015

RESEPI SALMON GRILL UNTUK ORANG DIET.

Sorry lama sangat tak update blog kan? muahahaha ahkak busy you olls.. 

Hari ni Kak Pilla nak share resepi untuk orang nak kurus ;) wah kelas kau kan.. Actually haritu pi rumah abang aku kat Ampang.. Dia memang jenis kuat semangat.. Kalau dia kata tak nak makan nasi, so memang dia tak makan nasi.. dia cakap nak jadi sado, bagi dia 3 bulan.. ko tengok lagi 3 bulan memang dah sado.. hahahahah pastu kutuk aku.. nyampah sangat.. balik-balik mengumpat kata aku ni cakap nak kurus, tapi tengok ig asam pedas minyak melimpah-limpah, masak lomak cili api.. nak kurus apa nya camtu? berangannnn... Heiii shadap u!

Kalau korang nak tau, dia tu dulu bekas chef kat Ritz Carlton.. aku pernah citer kot dia ni macam-macam benda dia pernah buat hahaha.. dia terjebak jadi chef pon bukan sebab dia amik course yang macam tu.. tapi dah tertulis masa tu dia akan jadi chef.. so jadiklah... aku ingat lagi dulu time dia balik rumah bawak balik salmon.. kitorang makan ramai-ramai tengok ikan mentah rasa nak muntah hahaha.. pastu hari-hari dia masak untuk 150 orang staff nak makan kat hotel tu.. hari-hari dia masak macam untuk kenduri gitu.. kadang teringat dia citer zaman dulu tu kelakar gak la ;)

So haritu gi umah dia.. tetiba dia masak.. rupanya dia masak utk dia nak makan.. salmon grill pastu bawah salmon tu dia guna australian beef yang hancur tu campur putih telur.. lepas dia masak dia bagi kat aku "Nah rasa lah" Hoiiii sedap gila kot.. berebut-rebut makan dengan Kasih hahaha.. Pastu bagi dia balik.. cakap kat dia.. nanti serve salmon grill satu please! Dia masak laju gila.. 10 minit siap.  Dapur bersih... sebab abang aku ni dia saiko sikit.. dapur bersih gila.. takleh ada air setitik kat lantai.. sambil masak sambil mengemas terus.. 

Inilah menu yang dia sediakan hanya 10 minit sahaja.  Wow teruja i.. terus tak sabar nak beli salmon.. tapi sampai hari ni tak beli lagi hahahahahaha... syabas sangat perangai tu.

Jom Kak Pilla ajar korang yer.. sebab Kak Pilla tengok dia masak.. dan terus simpan dalam kepala otak.

Dia kata salmon beli kat Tesco murah sikit dan fresh.. If korang tau mana nak beli salmon yang fresh dan murah sila lah bagitau kat i hehehe.. Oh lagi satu dia pesan.. kalau boleh salmon jangan frozen kan.. beli pack elok-elok dalam tupperware letak kat fridge biasa tak yah beku... boleh lah tahan 4 - 5 hari camptu.. Eh ye ke dia cakap camtu? hahaha dah lupa.. 

Aku bising tanya tak letak garam ke? Dia cakap diam je tengok je hahaha.. sebab dia ajar ni menu untuk dia.. bukan untuk aku.. so kalau untuk dia memang tak leh makan garam sebab garam akan bertukar menjadi air.. dia kan bina badan abang sado.. gedik betul.. takat garam secubit pon tak boleh, rasa nak lempang diri sendiri ke lempang dia?

Senang gila masak ni.. tutup mata also can maaaaa... dia cuma letak White Pepper and Chilli Ground je.

Ok nanti nak gi kedai beli ni.. Aku ingat tabur ngan chilli flakes hahaha.. dia cakap chilli flakes untuk letak bila dah serve makanan ok lah.. Chilli Ground untuk perap nak masak ;)

Oh dia tak perap ye.. dia lumur je pastu campak atas pan nie.

Ni pan kegemaran dia.. Mama belikan birthday dia last year kot.. gila kauuu birthday present untuk abang sado ialah pan masak hahahahaha... dia cakap food untuk dia takde guna oil.. olive oil pon dia tak letak.. dia cakap salmon pon ada oil dah so tak yah la nak sibuk letak oil.. sebab tu dia suka pan ni.. senang basuh dan tak melekat langsung ;)

La Gourmet.. Puas aku cari kat Parkson KLCC and Alamanda.. takde ye jenis nie.. Wan beli kat Sogo kot.. Petua masak salmon ialah tak boleh balik-balikkan banyak kali.. letak sekali biarkan dia.. tutup pan.. pastu terbalik sekali je dah cukup tu.. 

Korang tak tengok time dia terbalikkan ikan ni.. fuyooo style gila ikan tak pecah pon.. kalau aku mesti kepit-kepit ngan garpu bagi dia tak pecah.. dia swing je sikit pan tu.. terbalik terus ikan ni hahahah.. salmon masak kejap je kalau lama nanti kering tak sedap.. dia kene juicy sikit baru sedap.. 

Next dia buatkan capsicum pulak.. sama je, tabur pepper and chiili ground je. no oil ye.


Wow nampak dap kan? memang sodap ;)

Dia cakap beef tadi dah habis haha.. so dia gantikan aku punya ni dengan telur.. Abang sado ni makan telur putih banyak tapi telur kuning dia letak sikit je.. so terpaksalah Kak Pilla jadi sado jugak. Sama jugak takde garam ye. white pepper only.

Lagi satu pesanan dia.. kalau rebus broccoli ke, carrot ke tak yah letak garam kat air.. haish mengada kan? celur pastu toskan.. biar sejuk sumbat dalam fridge bagi sejuk.. nak makan baru letak kat pinggan letak lah thousand island sikit.. jangan letak mayo.. 


Maafkan susu Jenggo dalam cawan pink kat sebelah tu hahahah.. Abang sado ni memang suka berhias.. dia makan sendiri pon dia akan hidang lawa-lawa macam kat hotel.. 

So terimalah Salmon Grill dari Abang Sado.. 

Hahah mampos lah aku kene sound ni masuk muka dia kat blog.. dia bukan suka pun.. haritu baru tag nama kat ig pon ramai follow dia.. terus dia sound aku punya pasal la ni.. muahhaha padan muka.

Dia tuang ni je atas salmon tu.. sedap gak pedassssss ;)


Seronok tengok dia masak.. kadang dia buat chicken.. kadang seafood.. Kak Pilla dah paksa Pak Radie tengok masa abang sado masak ni.. Dia tengok setengah jalan je dengan muka bersemangat.. takpe takpe.. 

Kita tengok je dalam 2-3 hari ni ada tak time turun tangga nak masak, pastu tetiba dia jerit "Seplaissssssssssssssssss!!!! suke tak suke tak????" sambil tepuk-tepuk tangan.. aku tepuk muka dia dulu muahhahahahaha... 


Love, 
Filla.

Tuesday, March 17, 2015

SKINCARE UNTUK MASALAH JERAWAT.

Memula nak ucapkan ribuan terima kasih dari Team Ellfie kepada semua customer kami yang setia.. Alhamdulilah kita dapat ramai new customer dan yang paling penting customer lama majoriti repeat order.. Bagi team Ellfie sendiri, berapa banyak terjual itu soal kedua, soal pertama ialah kita nak customer lama repeat order so that kita tau yang mereka berpuas hati selepas pakai set pertama ;)

Masa mula-mula Elffie Essence ni berada dipasaran, kitorang jenis tak confident dan sedikit takut.. Tapi kitorang dah buat sehabis baik dengan test sendiri produk Ellfie.  Kita seboleh-boleh nak bantu orang lain yang ada masalah muka supaya dapat memperbaiki masalah kulit masing-masing.. After few weeks orang mencuba sendiri Ellfie ni, kita mula received good feedbacks.. Alhamdulilah ;)

Macam-macam soalan yang orang whatsapp.. Mana yang boleh jawab kita jawab lah.. contohnya ada yang tanya if muka berjerawat sesuai tak produk ni untuk haluskan kulit dan mengatasi masalah jerawat?  Ye of course lah boleh sebab Ellfie Essence memang skincare untuk mengatasi masalah jerawat, mencerahkan dan membuat kulit wajah sekata dan tidak bercapuk-capuk, mengecilkan liang-liang roma yang besar.. 

Ini contoh customer yang menghadapi masalah jerawat..

Masa mula-mula order dia macam saja nak try sebab takdelah menaruh harapan yang tinggi..

Ini gambar selepas 3 minggu menggunakan Ellfie.. Memang dia sangat berpuas hati sebab sepanjang proses menggunakan  tu jerawat dia mula mengecut dan kering.. selepas tu yang merah-merah pun dah mula pudar dan tak merah.. selepas 3 minggu jerawat semua dah mati dan parut mula nak pudar.. Now customer kita ni dah start pakai set kedua.

Ini pulak testimonial dari our Chinese Customer.. Dia baru jugak pakai dan so far dia happy sebab dah mula nampak good result.. Nanti kita tengok after 1 month cemana ya.. 

Hari ni Kak Pilla share pasal masalah kulit muka berjerawat je dulu ok? Sebenarnya Ellfie Essence bukan saja sesuai untuk muka berjerawat.. Ramai customer yang muka jenis tak sekata now dah cerah sekata.. untuk muka berjeragat pon bagus sebab dia akan lightenkan jerawat... 

Skincare sebenarnya kita kene try and error sebab kalau ada 10 orang, mungkin akan ada 1 orang yang tak sesuai.. sama macam kalau kita beli produk yang mahal-mahal dan ternama.. Ada orang pakai meletop terus lawa sebab sesuai dengan harga kan? tapi ada orang tak sesuai.. so kene lah cari yang sesuai ;)

Set Ellfie Essence ni tak mahal mana.. Harga ialah RM120 (Semenanjung) dan RM130 (Sabah/Sarawak) dan free postage.. Day and Night cream boleh bertahan hingga 2 bulan macam tu.. Selalunya cleanser and toner je yang habis dalam masa sebulan.. Tu pun tak jadi masalah sebab now korang dah boleh beli loose Cleanser 50ml and Toner 50ml.. sebab dalam set tu 30ml jer.. So jimat kan?

Nak tengok lebih banyak testimonial dari pengguna boleh visit ig: @ellfiebeauty

*Agen kita akan buka minggu hadapan.. So dah boleh bersiap sedia if berminat nak jadi agen ok? Kita nak agen di seluruh negeri kalau boleh.. supaya customer kita dari negeri-negeri lain lebih senang nak beli ;)
itu nanti kita announce ok? 

Harga set
Semenanjung : RM120.00 (Free Postage) 
Sabah dan Sarawak : RM130.00 (Free Postage)  

Harga Loose
Cleanser 50ml : RM55
Toner 50ml : RM55
Buy Cleanser + Toner = RM100
(Free postage)
Info Ellfie Essence
Facebook : Ellfie Beauty

Hubungi kami melalui:
Whatsapp / Sms : 0132755197



Love, 
Filla.

Thursday, March 12, 2015

ZAMAN UiTM.

Malam ni saja nak share cerita zaman study kat uitm dulu.. aku ni merata-rata aku pernah duduk time study.. zaman menggelabah mmg camtu ;)

So setiap rumah lainlah penghuni dia.. ni masa zaman aku duduk kat section 7. alamak section 7 ke? omg lupa plak hahah.. masa tu duduk ramai2 kat rumah sewa tingkat atas.. shoplot tapi dia tingkat atas la.. ada byk pintu dalam satu rumah tu.. tapi aku x baik sangat ngan budak2 pintu lain.. mostly pintu lain tu faculty lain so macam x leh ngam.. actually masa tu aku x sewa sana, aku tumpang je kadang2 je tido sana sebab aku byk buat hal dulu so Wan suruh aku drive ulang alik hehhe.. 

masa stay kat sini kitorang bergaduh ngn budak bilik depan.. pasal bilik air, pasal dapur, eh macam2 lah, tak paham duduk satu rumah tapi masam muka hahah.. budak2 baru nak up biasala.. mana lah tak bergaduh diorang masak kat dapur lepas tu tinggalkan rice cooker sampai keluar sawang ok! pastu apa lagi amik kertas tulis "sila basuh periuk nasik ni kalau tak kitorang buang" amboi garang. pastu berbalas2 note tampal kat pintu bilik air.. hentam menghentam bab bilik air kotor hahah.. tapi yang aku x leh lupa sekali.. bila budak bilik depan tu main badminton dalam rumah pastu kelentang kelentung shuttlecock dia kat pintu bilik kitorang.. gila ke apa? kul 3-4 pagi kot.. masa tu tak ingat la apa kitorang serang balik..

pastu ada gak aku penah duduk kat section 2 rumah teres.. rumah ni ok sikit sebab majoriti semua budak faculty aku (budak2 secretary) tapi ramai senior la.. kat hall ada satu meja study panjang tp memang aku x penah duduk situ sebab study??? apa tu??? hahahaha kerje memerap dalam bilik je.. ni lagi terror sebab owner rumah ni bijak.. ko boleh bayangkan tak, rumah teres biasa tu dia renovate jadikan 6 bilik and 3 bilik air.  saiko sangat ok! masa tu kitorang siap kira kot berapa sewa rumah pakcik ni collect sebulan.. rasanya dekat 20 kepala ye dlm satu rumah.. dekat 3-4k dia dapat sebulan utk rumah teres.. saiko sangat pakcik ni.  

tapi best duduk sini sebab dekat je ngan uitm tu.. kitorang jalan kaki ke depan naik bas.. bila balik kelas pon naik bas.. aku kan kaki tido.. perjalanan 15minit pon boleh tido nasib ada member tukang kejut tiap kali dah sampai.. pastu turun singgah gerai sec2 beli nasi bungkus.. ingat lagi makcik gerai sound aku sbb masa cedok lauk aku siap cium bau lauk.. "dik takyah nak cium, elok lagi tak basi" eh makcik ni, org cium sebab lapaaa, nak amik bau pon marah.. 

pastu usung plastik nasi tapau tak sabar sampai umah nk makan.. ok aku guna meja study panjang tu untuk makan je hahaha.. nasik macam gunung tapi tak gemok pon, kurus melidi lagi ada.. tu zaman dulu pillaaaaaaa!

sempat la aku pakai kereta kancil duduk sini.. lagi panjang langkah ye.. penah sampai JB, genting.. lek je gi genting dgn anny.. gi sana sebab nak makan maggi goreng yg kitorang tapau dari SS15.. on the way balik mata rabak, sampai rumah tido macam lembu krohhh krohhh.. 

pastu duduk sec9 plak.. ni lagi best sebab feeling anak ong kayo.. condo kot siap ada swimming pool.. tapi satu umah dok 10 org sardin sgt.. petang je terjun mcm kat lombong.. anny pon stay sekali masa ni.. kitorang siap bela kucing nama boboy.. masa kutip keruh gila ok.. siap kutu, mandikan bilas byk kali dgn pantene haha mabuk boboy sbb wangi sangat.. petang2 letak kat balcony aku ngan anny cari kutu boboy.. pastu bajet pompuan hot bawak boboy naik kereta jalan2 lepaskan dia kat area istana atas bukit.. pastu boboy takut menggelupur dia lari masuk longkang tanak keluar.. pucat aku ngan anny takut dia hilang..

oh pastu aku ada duduk kat banglo lama kat sec2.. scary sikit umah ni tapi hantu pon takut ngan kitorang ni.. hahahah tapi masa ni aku dah gang ngan budak lain.. 

lama kot aku kat shah alam tu dekat 5 tahun.. sampaikan takdir kawin ngan org shah alam haahah.. asik ada kat gerai sec2 je muka pak radie tu.. rambut panjang sampai pinggang.. dgn belagak boleh tahan wow ai like hahahah.. 

tapi siapa budak uitm shah alam masa zaman aku dulu mesti rindu suasana happening gerai section 2 kan? now dah roboh :( kat situ kalau malam happening gilaaaaa.. tempat mencari jodoh hahahah.. 

ok lah, saja je teringat kisah lalu.. ai ngantok, nak sleep, kbye!

Wednesday, March 11, 2015

RESEPI MACARONI GORENG

Rasanya dah banyak kali Kak Pilla share resepi Macaroni Goreng ni.. Tapi cara Kak Pilla masak pon lain-lain hahaha.. kadang letak ayam, kadang letak button mushrooom eh ke masroom? hai bibik ;)

Ini yang Kak Pilla masak weekend haritu.. Selalunya weekendlah yang ada masa nak masak apa-apa untuk breakfast.. kalau sabtu dengan ahad tu.. hari sabtu makan kat kedai mamak, hari ahad masak.. kang kene lempang plak asik nak makan kat luar hihih

Resepi ni paling simple sebab malas nak keluarkan bahan seperti ayam yang keras macam kayu.

1. Celur macaroni sampai lembut kemudian toskan letak tepi.
1. Guna sekeping daging hancuri (ramly) basuh dan toskan.. pecah-pecahkan siap-siap.
3. setengah biji tomato dipotong dadu (buang yang lembik-lembik tu)
4. 2 biji telur gred A (amboi siap gred)
5. 1 biji bawang merah dipotong dadu
6. Bawang putih 2 sudu (blend)
7. Cili kering blend (1 sudu) takut pedas anak tak leh makan.. kalau nak pedas letak banyak ye.
8. 1/2 kiub ayam
9. Olive oil / minyak masak
10. sedikit garam

Panaskan kuali.. Masukkan 1 senduk olive oil / minyak masak.. tumiskan bawang merah, bawah putih, cili kering blend dan kiub ayam.  Bila dah wangi dan agak masak masukkan daging hancur dan kacau hingga daging masak.. masuk garam sikit.. kemudian masukkan macaroni dan kacau rata.. kemudia buat satu lubang ditengah-tengah dan pecahkan 2 biji telur. kacau telur ditengah-tengah kemudian ratakan, masukkan tomato dan kacau dengan keseluruhan macaroni.

Dah itu je pun.. Tapi kalau banyak bahan lagi sedap la.. kalau ada ayam dadu boleh letak, capsicum, carrot, button mushroom slice.. tapi budak-budak ni kalau letak macam-macam banyak plak dia punya complaint kan.. so buat kosong je macam ni senang diorang nak makan tak banyak bunyik. 

selamat memasak ;)



Love, 
Filla.

Tuesday, March 10, 2015

Happy 1st Anniversary Hidy

Haritu Kak Pilla was invited by Hidayah untuk attend Hidy 1st Anniversary Private Party.. Actually haritu Kak Pilla ada kat Shah Alam (rumah PIL) so Kak Pilla drive dari sana, nasib baiklah ada waze ;)

Majlis ni Hidayah buat tak ramai sangat jemputan, just a small gathering for friends dan rakan artis gitu.. Wah rakan artis gitu, Kak Pilla langsung tak tau pun yang ada artis hahaha.. 

Venue kat Shila Lama Cafe kat atas Hidy Store.  Kak Pilla datang sana sorang diri je.. So pepandailah nak mencarik kawan ke apa nanti ;)

Ada lah sikit tulis kat sini.. tapi tak amik gambar.. mana boleh, confidential ok hehehe.. 

Simple yet elegant kan? 

Nama ada sikit kesilapan hahaha.. Amboi kemaian hurup Q.. tup tup nama depan tu Dynas.  Erk kene duduk depan Dynas ke?

Dari dulu suka tengok Hidayah.. so friendly walaupun first time kenal.. suka buat orang keliling rasa comfortable ;)

Haish semua dessert sedap-sedap.. balik tu nangis makan banyak sangat ;)

suka kan tengok food comel-comel camni?






Gamba food je dah penuh entry hahaha.. Sopan sangat Kak Pilla makan tu je? Yelah, sebelum datang sini dah makan nasik 2 kali.. 

Tapi ni sedapppp.. nak buat sendiri tak pandai so mari makan jelah sampai kenyang ;)

Kemudian majlis dimulakan dengan ucapan dari Hidayah selaku pengasas Hidy Boutique.  Majlis tak formal so cuma gelak-gelak je ;) 

Pastu ada acara potong cake.. Wah dah lah cake betul-betul kat meja kitorang.. ngap lagi.. huwaaaaaa semua benda manis je acaner tu?  Oh sebelah Kak Pilla tu Vanidah Imran.. Baik sangat dan kelakar boleh tahan.. bersembang berjam-jam sampai Kak Pilla takut ni dah lama sangat ni dah janji nak balik umah awal hahahahah.. 

Sebelum Dynas turun bawah nak bershopping kat Hidy Boutique, kita snap lah sekeping dua gambar.. punyalah pendek Kak Pilla ni, ke Dynas tu yang tinggi sangat? ada plak yang photobomb kat belakang hihi.. 
Both shoes from Cipela Shoes .. 

Kasut Dynas tu lawa kan? Dah try haritu tapi rasa nak tumbang hahaha orang tak biasa pakai heels mcm tu la ;) All shoes from Cipela Shoes

Kiri ngan kanan Vee tu dua-dua cikgu tau.. Itu yang citer jadi panjang lebar duduk semeja haha.. Vee anak 2, Kak Pilla 3, cikgu-cikgu semua pon ramai anak.. So jadilah perjumpaan ibu-ibu.. semua nak tau pasal sistem pendidikan, amik kesempatan betul mentang-mentanglah cikgu ramai muahahhaha.. Thanks cikgu-cikgu for infos sharing haritu ;)

Dah lama kat atas tinggal Kak Pilla, Vanidah, ngan cikgu-cikgu je.. sambil borak mulut mengunyah makan cake.. pastu siap tapau dessert hahah.. comel sangat perangai mak-mak ni semua.

Vee tak bagi masuk gambar ni sebab buruk sangat siap bimbit bag bekal banyak hahahahah.. takpe tetaplah comel kan? dari dulu suka tengok Vanidah Imran sebab muka dia manis je kan.. bila jumpa dan dah borak-borak rasa macam bagusnya Vee ni.. korang tak dengar citer dia garang jaga anak hahahaha.. thumbs up sangat.

Ok ni tak bimbit bag hehe.. Baju Vanidah Imran pakai tu tak sure dah keluar ke belum sebab tu new collection takde lagi kat Hidy Boutique masa tu.. Now if dah keluar nak grab cepat-cepat sebab design dia comelll.. siap ada pocket macam baju doktor hahahah.. yang pink Kak Pilla pakai tu 2015 collection tapi dah ada dah.. boleh pilih nak shocking pink or white ;) Baju hijau kat tepi Kak Pilla tu Vee amik 2 helai.. Kak Pilla amik selai ;) 

Dah rasmikan Sabtu lepas heheh.. Sukaaaaaaaa sangat sebab length tangan dia just nice, kain dia sejuk sebab nipis tapi still tak yah pakai inner sebab tak jarang.. One thing Kak Pilla suka baju-baju kat Hidy ni sebab banyak kurti design which is sangat comfortable.. dan paling penting baju labuh menutup punggung.. bila pakai dengan seluar rasa best je.. dan kalau gi kerja pon boleh pakai dengan kain so dia macam 2in1 lah konsep dia.. pakai dengan kain dah nampak macam baju kurung ;)

Ni baju Kak Pilla ;) haritu on sale ni dah takde sale hahah rugi la korang ngeh ngeh ngeh... Tapi takpe.. dia selalu buat sale, now tengah sale baju-baju lain korang boleh tengok ;) 





Geram kan? Semua lawa-lawa.. Haritu Kak Pilla beli 2 pasang baju kurung.. satu tu ala-ala songket tapi pastel colour huwaaa sukanyaaaa!! Next week Kak Pilla nak pakai, nanti Kak Pilla tayang kat ig ok? 

So siapa berkenan nak cuci mata ke nak borong terus ke boleh lah ke www.hidy.com.my

Oh ye siapa free jom pi Shoe Festival 2015 di KL Convention Centre (Hall 6) boleh borong Cipela Shoes.. Dah tengok ke kasut Cipela? Lawa-lawa ye dik... Rugi tak beli masa festival ni.. Nah ni ig @cipelashoes atau boleh tengok kat www.cipelashoes.com .. Ramai artis pakai cipelashoes tau.. nak bajet retis tak? hahahah jom lah kiter ;)

Untuk yang nak walk in boleh ke Hidy Boutique terus.. boleh fitting best sikit.. ni address:

No.46, Lorong Datarang Wangsa,
Dataran Wangsa Melawati, 
Wangsa Melawati 
53300 Kuala Lumpur
Open: Tues - Sunday from 11am to 9pm



Love, 
Filla.

Monday, March 09, 2015

KEPALA TELENG NAIK MOTOR.

Seriously sejak Pak Radie tukar motor baru aku belum pernah naik lagi.. Dulu KTM jugak tapi dulu tu dia jenis tinggi kurus.. nama model aku tak tau yer... So dah tukar yang baru ni KTM dia rendah sikit tapi lagi besar sikit.. dah lama kot tukar yang baru.. Aku? bukan jenis excited yeh nak ala-ala minah rempit tekepit-kepit peluk orang depan hahahah... Haih tapi kalau tak peluk kene marah.. aku lagi suka naik motor pastu tangan letak kat paha sendiri.. dah macam jantan hahahahhaha... 

Tapi bila motor besar dia bawak laju.. gila tak peluk.. kang tau-tau aku dah terbang melayang tersangkut atas pokok (sila imagine kak pilla ni kurus kering boleh melayang ditiup angin) muahhaha nak jugak.

So ni cerita semalam kitorang ada urusan kat area Bukit Dukong? Jalan Cheras, Kajang.. Tak paham aku, dah Cheras, pastu Kajang pulak.. Pak Radie tau lah jalan tapi still dah dekat-dekat dia suruh aku on waze.. amboi sambil motor laju aku kat belakang kene tengok waze nie.. kemain genggam gila-gila phone.. Kalau terbang phone aku, sila ganti iphone 6.. citer banyak tak mau yer.

So lepas dah sampai tu macam biasa lah, bukak helmet terus rasa ada janggut geli-geli.. Tapi sekarang Kak Pilla dah makin hebat.. dah takde pon nak jerit-jerit suruh dia slow.. padahal dia bawak 130km/h kot... Tapi tak suka time dia selit-selit kiri kanan tu.. kalau straight ok lagi la.. tu pun aku kat belakang ni sibuk senget kepala ke kanan nak tengok cara dia bawak motor.. selamat ke tak.. so far ok terror la hahahah.. 

Pastu aku dok perati tangan dia kiri kanan.. kan pakai glove.. bodoh tak bodoh lah, aku dok pikir tangan mana pulas minyak ni???? selalu motor LC tu tangan kanan kan? ni aku tengok tangan kanan dia jari telunjuk ngan jari hantu kat brake, jari manis ngan kelingking kat handle.. pastu aku jeling tangan kiri.. Ok confirm tangan kiri lah pulas nie.. 

Dah balik aku tanya..

"Awak pulas tangan kanan ke kiri nak jalan?"

"Kanan la"

"Dah tu kanan tu kan tangan awak kat brake?"

"Jalan macam tu tangan kene kat brake la, apa-apa hal dah standby.. nak tunggu dah nak tesodok baru nak tekial-kial carik brake habis lah"

Pastu aku senyap.. tapi otak tengah fikir lagi.. tak puas hati.

"Dah tu camana nak pulas minyak kalau tangan kat brake?"

"Jari manis ngan kelingking kan ada"

"Boleh ke pulas dua jari je?????"

Pastu aku tengok Pak Radie dah blah malas nak layan lettew.. Eh nyampah sangat..  Korang tak tengok.. kalau korang bonceng belakang dan tengok pon korang akan pikir, tangan mana pulas, tangan mana brake.. 

Balik dari Bukit Dukong aku suh dia hantar kat area Equine tu nak gi facial.. Betahun-tahun kot tak buat facial.. Korang, facial kene buat ye at least sebulan sekali.. So masa facial tu siap ada urut bahu semua tu.. boleh tahan sakit hahaha.. well aku kan tak leh sakit-sakit ni dulu masa pantang pon rasa nak tendang je bila urut sakit sangat.. habis mak bidan urut 3 hari tu terus tadah tangan kesyukuran..

Dah settle facial balik umah.. petang tu dah start sakit tengkuk.. Pastu ngadu kat Pak Radie cakap kat dia tengkuk sakit tak leh pusing kepala.. dah macam robot nie.. mesti buat facial ni orang tu urut kuat sangat.. Pak Radie cakap "eh boleh ke sakit? saman la".. Eh eh dia ni over.. malam tu aku tido telangkup kepala senget sebelah je bantal rendah.. rasa nak meleleh ailio time tido.. dah macam baby tido tangkup tu.. pastu nak buat susu pon tak leh tunduk.. Eish ada yang gi klinik besok ni gi mintak MC.. tapi memang tak la.. pegi jugak kerja.. then bila fikir balik memang confirm sakit ni bukan sebab urut tu.. ni mesti sebab naik motor..

Korang tau tak helmet tu berat gilaaaaaa.. so bila bonceng kat belakang.. ko tak leh lah duduk tegak mengadap kepala orang depan yang bawak motor.. kang kejap-kejap terhantuk ngan helmet dia.. so aku memang sengetkan kepala ke kanan sebab nak tengok jalan.. pastu angin punya lah kuat.. so kita akan guna kepala untuk melawan angin.. sebab kalau tak lawan, mau kebelakang kepala..

So sekarang kita nak saman sapa ni?????



Love, 
Filla.

VIDEO SEPANJANG DI OSAKA DAN KYOTO JAPAN.

Haritu tak sempat nak share video ni.. So hari ni Kak Pilla share ok?  Pak Radie susah payah buatkan video ni untuk Kak Pilla... hahah padahal kene paksa T____T

Neway gambar ni lain feel dia.. Tapi bila ada video baru puas sikit nak tengok.. InshaAllah lepas ni kalau gi travel memang nak amik video dan buat macam ni.. 

So kat video ni korang boleh tengok secara 'live' perjalanan Kak Pilla dari 6-10 Februari 2015 ke Osaka dan Kyoto Jepun.

Happy Watching!


I Miss Japan :(


Love, 
Filla.

Friday, March 06, 2015

Sikit Perubahan Dalam Pembelanjaan, Besar Impact Dalam Keluarga.

 Hari ni Kak Pilla nak share tentang tips berbelanja dengan bijak untuk mendapatkan nilai yang lebih.. Seriously barang semakin mahal semenjak dua menjak ni.. Barang basah kat pasar mahal, barang kering untuk dapur pon mahal.. Tak lama lagi GST pulak akan berkuatkuasa, dah ready ke belum nak manage kewangan dengan bijak? 
Haritu Kak Pilla terbaca satu article tetang tips shopping untuk mendapatkan lebih nilai.. Maksudnya yang menjimatkan wang kita.. Kak Pilla rasa cara Kak Pilla shopping selama ni ada kesilapan sikit :( Sebelum ni Kak Pilla suka beli barang dapur dalam kuantiti yang banyak tanpa fikirkan kualiti produk.. Ramai kot kita yang macam tu? Contoh kalau pegi kat softener section kat hypermarket.. Kak Pilla akan jalan pelan-pelan dan mata akan cari yang harga murah tapi kuantiti (ml) banyak.. So itu yang Kak Pilla akan grab.. Tapi lepas tu bulan depan kene beli lagi dan lagi dan lagi.. sebab kalau guna sikit pakaian takkan lembut dan takkan wangi.. kene tuang 2 cup penuh barulah wangi sikit.. ni contoh ya..

So hari ni Kak Pilla nak share 3 langkah bijak dalam berbelanja yang akan menjimatkan wang anda.

1. Beli produk berdasarkan prestasi 
Benda ni yang Kak Pilla ceritakan kat atas tu.. Itu kelemahan kita semua.. Semua orang suka harga yang murah, kesan dia tak berapa bagus pon tak pe, janji murah.. Beli fabric softener yang harga murah, lepas tu kene guna 2 penutup penuh (yang agak besar) untuk satu cucian.. wangi sekejap je pastu dah tak wangi sangat macam mula-mula sidai :( dah lah kena pakai 2-3 kali ganda kuantiti untuk setiap cucian .. ni apa cerita ni? memang lah murah, tapi pakai seminggu dah habis.. dah buat hal kene beli lagi.. so dimana penjimatan kat sini?  Sekarang Kak Pilla tak pandang yang murah.. yang berkualiti pun bukan mahal sangat, kadang tu perbezaan dalam rm2 tapi kita boleh pakai hingga 3 minggu.. so fikir-fikirkan sebelum membeli.  Beli dengan bijak.  Now Kak Pilla dah tukar pakai downy warna merah.. detergent pulak pakai Dynamo.. memang meletop wangi dan lembut..

 Haritu Amaani tanya "Kenapa towel Amaani wangi? lembut je" Kak Pilla tanya dia balik "Kenapa selalu tak wangi ke?" hahaha terus dia jerit "Selalu busukkkk sebab Kakak suka pakai towel Amaani kan???" hahaha budak-budak.. asyik gaduh je ;)

Dia tak tau sebenarnya mak dia dah tukar detergent and softener downy ;)

Tengok penutup downy tu kecik je ok.. pakai half a cup sahaja.. Tak payah pakai 1 cup penuh... JIMAT!!! dan lepas tu sila bau pakaian yang korang basuh tu.. wangi sangat.. lepas ni Kak Pilla nak try Downy warna hitam pulak.. 

2. Tempoh hayat produk
Ini pun penting.. Kita selalu tak perasan yang sebenarnya kita banyak berbelanja untuk benda yang tak patut.. Contoh lah kita beli detergent / sabun cuci pakaian yang agak murah.. tapi kita kene pakai dalam kuantiti yang banyak untuk sekali cucian.. So resultnya produk cepat habis, dan tetiba kita kene pergi kedai untuk beli detergent lagi.. Sekarang Kak Pilla dah tukar cara berbelanja.. Kak Pilla pilih Dynamo sebab Wan pakai Dynamo.. Masa cuci baju kat rumah Wan haritu.. Wan kata just guna 1 cup je cukup walaupun masa tu Kak Pilla nak tumpang basuh cadar yang besar dan penuh satu mesin basuh.. masa tu tak confident je guna 1 cup.. tapi memang betul, cadar bersih,  stain hilang, bau pun harum.. sejak tu memang Kak Pilla guna Dynamo sebab tak perlu guna banyak.. 1 penutup dah cukup.  Bila fikir balik.. ulang alik ke kedai sebab membeli barang yang habis stok ni.. buatkan kita lagi berbelanja banyak tapi kita tak perasan duit tu keluar laju macam air paip... singgah kedai nak beli 1 barang, tapi end up akan capai macam-macam huhuhu..

Produk-produk yang tahan lebih lama juga membantu Kak Pilla jimat masa.. macam mana korang tanya? Hah tengok.. bila produk kita cepat habis, maka perlulah ulang-alik pergi kedai beli produk.. cuba fikir kalau 1 produk tu boleh last untuk 1 bulan, tak payahlah kita susah-payah kejar sana-sini.  Jimat-jimat masa tu, bolehlah Kak Pilla gunakan masa tu untuk spend time dengan keluarga Kak Pilla, mengeratkan hubungan silaturahim, kan bagus..

3. Nilai Tambahan
Ok ni tips penjimatan jugak.. Kalau korang membeli tu, check jugak if produk tu ada offer tambah nilai.. contohnya bayar amount ni untuk pack besar dan kita boleh dapat free 200ml.. atau pun beli shampoo 3 in 1 yang siap conditioner sekali... contohnya Head and Shoulder yang siap ada conditioner dan anti kelemumur.. ini dapat menjimatkan duit jugak.. tak perlu beli produk lain untuk lembutkan rambut.. ini kang, untuk rambut je dah 3 jenis produk nak guna untuk bagi rambut takde kelemumur, bersih, lembut dan harum.. Takyah! beli satu cukup, janji function dia bagus untuk semua masalah rambut ;)

Sekarang pula, dengan pembelian product P&G berjumlah RM60, korang berpeluang memenangi kad petrol Shell berjumlah RM10!




Korang bolehlah tengok video di bawah ni untuk summary yang cepat tentang 3 pillars yang Kak Pilla jelaskan tadi..




Jom berbelanja dengan lebih bijak :)




Love, 
Filla.