Monday, January 06, 2020

KOREA TRIP - Part 4 (N Seoul Tower / Apartment Airbnb near Seoul Station / Nami Island)

Hari ke5 dah kat Seoul ni.. Kira oklah sebab dah berjaya pergi macam-macam tempat dan buat macam-macam aktiviti.. Hahahah.. bukan senang nak pegi selalu yer.. so sekali kita pergi ni kita cubalah pergi dan buat semua aktiviti yang ado..

Tapi aku paling suka kalau Free and Easy takde kejar apa-apa program.. Contohnya hari kelima just nak pergi Namsan Tower lepas tu terus pindah ke apartment.  So pagi tu bangun boleh relaks golek-golek dulu..

Bubur nasi Knorr pon boleh jer.. Makan plak dengan sambal bilis bawang ni perghhh.. Ini semua diperlukan saat-saat travel ;)

So kitorang plan untuk check out siap-siap dan letak bag kat lobi jer.. Balik kang baru collect bag dan terus cari apartment.  Cadangan asal nak gi Namsan Tower tu pukul 10 hahaha.. Last-last, pukul 12 jugak baru gerak hehehe

Tengok tu, Transportation Card (T-Card) ni merata ada jual.. Kat Hotel Nine Tree ni pon ada machine boleh beli card.


N Seoul Tower / Namsan Tower

Kak Pilla amik package kat Klook jer.. Lebih murah dari beli tiket kat kaunter.. So mana-mana yang ada penjimatan semua Kak Pilla akan book online siap-siap.. Tapi korang kena tetapkan date siap-siap dan rancang supaya korang ikut betul-betul itinerary korang dah buat.  Boleh click SINI untuk package N Seoul Tower yang Kak Pilla pilih.  Kalau ikut currency masa aku pegi tu:

Klook Price
Adult : RM20
Child : RM18

Kak Pilla amik Observatory Only Package macam kat bawah ni:





Selected Package Details


Instant Confirmation

No Cancellation

Show Mobile or Printed Voucher

Collect Physical Ticket

Open Date Ticket
Package Description
  • The voucher is valid on or before the selected date

Inclusive Of:

  • One day admission ticket to N Seoul Tower Observatory

Not Inclusive Of:

  • Other personal expenses
  • Other items not listed
Terms & Conditions

Confirmation:

  • You will receive a confirmation email and voucher instantly after booking
  • In the event that you do not receive an email from us, please check your Spam folder or notify us via email

Cancelation:

  • No cancellations, refunds or changes can be made
How To Use
  • You can present either a printed or a mobile voucher for this activity
  • The voucher is valid on or before the selected date

Redemption Information:

  • Please redeem admission ticket with your voucher at the automatic ticket machines on the entry date
  • Automatic Ticket Machines: N Seoul Tower PLAZA 5F (Obeservatory Deck Entrance)
  • Please see the instructions on how to exchange your voucher

Opening Hours:

N Seoul Tower
  • Sunday-Friday: 10:00am-11:00pm
  • Saturday: 10:00am-12:00am
  • Last ticket redemption time: 9:00pm
  • Last admission: 30 minutes before closing
  • Actual opening hours subject to weather conditions and operating schedules

Address:

  • 105 Namsangongwon-gil, Yongsan 2(i)ga-dong, Yongsan-gu, Seoul. Please check the map for assistance

So dari Hotel Nine Tree Myeongdong jalan kaki ke bus stop dan naik bas ke Namsan Tower.  Guna googlemaps tu dia suruh naik bas 05 dan dia tulis jugak (Tour Bus) macam tu..

Naik bas dan touch je screen tu guna T-card. 

Aku memang serah bulat-bulat kat Pak Radie bab cari jalan, cari bas apa nak naik, bus stop mana, station subway apa.. Cuma kadang bila silap kena patah-patah balik tu ada sikit hangin sebab dahlah sejuk, pastu kaki aku sakit nak mampos.. rasa nak nangis je huhu.. Kalau kaki elok, aku cakap kat dia, aku boleh berlari tau tak? hahaha

Bas 05 tu akan bawak korang sampai ke atas terus.

Tapi sampai sini jelah.. Pastu jalan ler slow-slow ke menara tu.. Nampak je jauh tu.. dekat je sebenarnya.. Cuma perjalanan jadi susah dan lambat sebab aku sakit kaki.  Mengenangkan dah sampai Seoul ni dan demi anak-anak, aku jingkit-jingkit jugak jalan.. Kadang berpaut kat Kasih or Radie.. Sampai cramp-cramp betis aku sebab asyik berjingkit je.. Tu kenangan pahit sikitlah untuk trip kali ni huhu.. 

Sebelum pergi sini, yang aku tau Seoul Tower ni ada padlock boleh tinggalkan kat sini.. Tapi aku takleh imagine kat bahagian mana mangga tu nak kita letak? Rupanya ada banyak spot mangga-mangga ni.. 

Walaupun ada lif, ko tercongok je depan lif tapi lif tu tak bukak-bukak pun hahhaa.. Sudahnya gigih panjat tangga huhu

Sampai patah kerusi.. Hebat bukan?

Tu muka nak start membebel lah tu hahahha.. Dok ajar dia buat mini love heheh

 Nilah BFF selamanya.. Kawan gaduh, kawan borak.. suka duka.. Muka je garang dia ni.. tapi dalam hati ada taman.. Suka buat muka kerut-kerut kening tu konon marahlah.. Kak Pilla kerut balik kening pastu tanya "haaa napa?" terus sengih.  Eiii suka nyakat.. anak-anak dia sukalah.. Papa best, Papa kelakar.. No telefon pon hafal no papa je.. Sentap mak.




Ice Cream ni ada jual tapi tak beli.. Kita kena berjimat kahkah.. seketul dah berbelas hinggit, tak yah membazir ye nakkk.. heheheh

Lega tengok bila berkasih sayang macam ni.. Dia berdua ni rapat jugaklah.. Icha lah, sayang nau kat Ami dia tu.. Kalau dengan Acih nak gaduh je memanjang.


 Padlock ada jual kat NTower ni tapi mahal ler.. So siapa nak kunci cinta dia di pagar ni, beli siap-siap kat luar sana hahahaha..


Ok balik pun sama jugak.. Jalan jer dari tower ke bus stop No 05 ni.. Dia ada tulis tu korang boleh kemana dengan bas 05 tu.

Balik tu terus jalan ke Restoran Kampungku.. Hoi lapar gila dah pukul 3 ke 4 masa ni.. 


Semua order Nasi Goreng Cina yang Icha order haritu.. icha gak bijak.. Apa dia order confirm sedap hahahaha..

Lepas makan kitorang balik ke Nine Tree Hotel untuk collect bag.. Huhu sedih je nak tinggalkan Nine Tree tu sebab happening tempat tu.. Ramai tanya kalau dah best kenapa nak pindah?

Sebab aku pergi sekeluarga, ahkak kena masak dik sebab tu kena tukar dok apartment.. Ada kelebihan dan kekurangan dok hotel dan apartment ni..  Hotel best sebab location dia mmg hot spot sangat.. turun-turun je dah mengadap myeongdong street.. Tapi agak sempit dengan anak beranak 5 orang ni.. Pastu tak leh masak. 

Kitorang tak kejar apa pun so slow-slow heret bag.  Pak Radie cakap naik bas lagi senang dari subway.  Baik boss kita ikut je.. Gila betul dengan seret bag naik bas hahaha.. Aku tak leh bayangkan boleh ke naik bas dengan bag-bag ni? hahaha Pak Radie jerit "yesssssszzzz we can do it" kahkahkah..

Bas sampai je turun naik pak radie angkat bag.. Jangan anak tertinggal kat bawah tapi bas dah gerak sudahlah hahaha.. Pheeewww tarik nafas dalam-dalam sambil teruskan perjalanan mencari apartment.

Anak-anak aku lawak gila malam tu masa mencari apartment.. Si Kasih dok bebel "I'm speechless maaa"

Amaani mulut dia lagi dasyat "OMG, are serious??"  "Are u kidding me???" sebab lorong tu gelap dan kedai-kedai bodoh-bodoh je otw nak ke apartment tu.. Aku dah terbahak-bahak sampai nyangkung sebab budak-budak ni buat lawak.. 

Ni gambar waktu siang kat apartment tu:

Kerusi dua ketul tu tempat Kak Pilla lepaskan penat sebelum naik apartment.. Kena jalan ke arah kereta tu ada pintu belah dalam tu.. 

Dari depan apartment tu jalan straight menurun sikit ada 7Eleven.

Belah kiri tu pintu kitorang.. Aku biasalah berapa hari dok sini pon asyik nak bukak pintu depan tu.. hahahha bebal betul.

Sila panjat tangga dengan luggage belambak.. Kesian nak patah pinggang laki ahkak sebab turun naik angkat bag.

Pintu apartment pakai digital lock tu.. Nanti 1 day before check-in host tu akan email password.

Kak Pilla book kat airbnb apartment ni.. Walking distance ke Seoul Station.  Dia tulis 7 minit, tapi ko berjalan 20 minit atau lebih jugaklah kahkahkah.. Eh aku tak kisah, janji boleh jalan.. Ko tengok ni kaki sakit.. kalau tak sakit sejam pon selamba je aku leh jalan hahaha..

Apartment ni RM1,954.60 untuk 4 malam.. Lebih kurang RM488/night.  Boleh muat 7 dewasa hahah sebab katil besar..

Check in 3pm and check out 11.00am

Kalau berminat nak usha-usah korang boleh click SINI

Macam paid advert plak aku promote ahjumma ni kahkah.. 


Gambar atas ni Room 1.. Mak ngan Apak dia tido sini.. depan bahagian kaki tu ada ruang lagi.. Ada cermin besar nak bersiap.

 Room 2 ni besar gilaaaa... Dua king size dia gabungkan.. Ko bayangkan budak-budak ni tido bertiga kat sini.. 

 Bilik diorang tu kat bawah kaki tu tengok luas dia.. Selamba nak bentang-bentang bag.. Lega aku hahaha.. Kalau sempit-sempit ni rimas betul nak mengemas kain baju.. 

 Ada fridge, microwave, rak kasut.. dan belakang pokok bunga tu now ada vacum yang wireless tu.. kelas kau.

Ada washing machine dan dapur memasak.. Tempat makan boleh muat 5 orang sebab ada 5 kerusi.

Dia ada sediakan benda basic macam coffee, tea, sugar, salt, chilli pepper, cooking oil.. Tapi cooking oil Kak Pilla beli sendiri kat sana. 

 Luas kan? Yang ada bag tergantung tu bilik Kak Pilla, Kanan tu bilik budak-budak yang besar tu.. depan bilik bebudak tu toilet.  Dia ada bidet gak.

Takyah berat bag bawak shampoo ngan shower gel, semua disediakan.. 
 Tu pintu masuk.. So macam tulah keluasan apartment ni ye adik-adik.. 

Ni guna apps google translation..

Satu yang tak best apartment ni takde translation pon untuk suis-suis dia.. Dahlah semua tulisan korea.. hampeh betul.. Nasib ada apps.

Washing machine pon sama.. Kalau apartment masa kat Jepun tu elok je detail dia tampal manual in english cara nak guna.. Ahkak translate lebih kurang pastu laki bini tibai je tekan hahaha.. nasib berjaya hehe

Bidet toilet pon semua tulis korea.. kahkah tq google.

Siapa tengok igstories aku tauler aku hangin sebab tak reti nak guna rice cooker.. Kat youtube pon takde yang betul-betul sama macam ni.. Ko dah translate pon tak paham gak hahaha.. Nasib dapat video call dengan member opis dia tu layan drama ngan macam-macam pasal korea.. so dia paham sikit-sikit hehe

Aku pm jugak host ni.. Tapi dah malam sangat maybe dia dah tidur.. Esok nya dia ajar siap bagi gambar hahahaha.. Pelik diorang ni patut ko host dah tentu foreigner yang akan duduk rumah ni.. Cuba siapkan manual elok-elok tampak je kat dinding dapur tu.. Ko ingat orang paham ker bahasa korea.. kang habis rosak barang letrik sebab orang tibai je tekan macam-macam hehehe.. 

NAMI ISLAND
Round Trip Transfer and Admission Ticket

So esok pagi kita nak ke Nami Island pulak.. Kali ni pickup point pukul 9:30am kat Shinsegae DFS (duty free) Myeongdong.  Ni senang sebab dah selalu nampak Shinsegae mall ni.. 

Kak Pilla booked dari klook.com.. boleh click SINI untuk package ke Nami Island.. siap bus transfer dan admission ticket.  Total masa pegi tu untuk berlima tak sampai RM400.  Now mahal sikit kot... kena tengok currency jugak. 

Dari Seoul Station naik subway turun kat Myeongdong Station Exit 5.. jalan kaki dalam 5 minit.


Ok dah sampai.  45 minit awal hahahahah.. 




Perjalanan naik bas dalam sejam lebih kot.. Muahhahah semua tempat aku amik dekat-dekat je tak nak lebih dari 2 jam.

 Kasih Aleeya dah Form 3 dah sekarang.. Cepat betul membesar.. 


 Teringat lagi sampai je Nami tu Ya Allah sejuk gila.. Menggigil rasa.. 

Terus naik ferry nak ke Nami Island tu.. Ferry kejap je 10 minit pon tak sampai hahaha


Bangga tau.. 

Pondok ticket tu senget..

Ni pun buat hal.. Sampai je terus makan dulu.. Pagi tu aku buat nasi goreng.. tak sempat makan kat apartment so kita tapau.. letak sambal bilis sikit.. Macam anak burung memasing makan.. licin.. hahaha ni baru je sampai tak berjalan pon lagi..  

 Sedih betul gambar family hahahah.. Letak kat tanah je pakai timer..


Tengok kalau ai snap.. siap ada NUR lagi kat wajah hehe

3 anak dara Pilla

Basikal dalam satu babak Winter Sonata.




Drama Korea pertama aku layan dulu.. Winter Sonata.. Berkesan gila citer ni kat hati..


 
Antara kenangan manis maa ke Nami Island ni dengan budak-budak ni.. Kitorang banyak lepak kat padang yang pemandangan dia tenang dan cantik tu.. Tengok dorang main kejar-kejar.. Pastu kitorang buat video clip.. Memang gelak-gelak pecah perot.. Bestnya masa tu...  

Kasih ni boleh jadi travel buddy dah.. Tapi dia slow gak bab train-train and bas ni.. Kalau tak kita dah boleh pergi berdua je kasih.. Tapi sama teruk level kita kita.. so tak dibenarkan travel berdua kat tempat kene naik bas and train. hehehe.. 

Ok bawah ni simpan gambar budak-budak ni.. Tak nak tengok sila scroll lelaju yek..

 

 









Icha ni ko akan pening yer.. Dia banyak soalan.. Haritu soalan siapa cipta duit? Duit datang dari mana? kenapa boss yg bagi duit? Boss dapat duit dari siapa? 

Semalam soalan dia bulan tu berat ke? Kalau berat kenapa dia tak jatuh? kenapa dia kat atas tu?  Bapak dia jawab sebab ada graviti.. hahaha pitam jawapan tu tahap saintis sangat.. Pastu dia cakap "Oh kalau takde graviti jatuhlah?"  Pastu banyak lagi lah soalan bumi lah, kenapa berpusing, kenapa kita tak berpusing pon.. Nak muntah pikir jawapan.. hahahah







My Amaani mok-mok ni.. Boleh harap jaga adik kat sekolah.. I love u Ami.

Kat Nami Island ni ada Halal Restaurant so tak perlu risau.



Antara menu di Asian Kitchen.


Tapi Kak Pilla plan nak makan kat Lunch Box ni.. Dia kat building yang sama tapi belah tepi.

Better makan awal sikit.. Kak Pilla dtg lambat sikit.. dah pukul 2 kot.. makanan pon banyak dah habis. huhuuuu..  

So ini je yang ada.. Boleh lah. Makan sup panas-panas dengan nasi.

Lunch Box (Nasi Goncang) dah habis.. yang ada tinggal 2 box je for kids.. So size kecik jelah.. 
Dia sediakan glove sebab panas.. so korang goncang-goncang baru bukak dan makan.

Eishhh sedapnyaaa... 

Sepanjang trip Kasih banyak menempel dengan Kak Pilla je.. so dah macam bff pulak hahaha.. Pastu sepanjang sakit kaki kat sana.. kasih banyak tolong pegangkan mak dia ni.. dah macam orang tua sangat hahahahah.. 

 Sekian saja perjalanan di Nami Island.

Balik tu aku dah tak larat jalan sebab kaki sakit gila.. Cakap dengan Pak Radie nak naik cab.

Korang pilih taxi kelabu macam ni tau.. Jangan amik taxi hitam mahal.. Tapi surprisingly harga taxi kat Korea tak mahal sangat.. Lebih kurang je macam kitorang berlima naik bas.

Naik cab tapi tak balik apartment hahahaha.. turun kat Lotte Outlets.  


Lotte Mart and Outlet ni sebelah-sebelah je dan bersambung terus dengan Seoul Station.

Gagahkan diri masuk mart nak tengok apa boleh beli.. Nampak Udang.. tak mahal sangat.. sebab ada promo kot.. satu bekas besar udang tu baru RM25 kalau tak silap.. Mahal lagi kat KL hahahahah.. So belilah salad, telur, udang dll.. 

Balik tu Kak Pilla jalan dengan budak-budak balik apartment.. Dalam 20 minit kot.. Pak Radie masuk balik dalam tu nak carik aluminium foil dengan plastik.

Sampai apartment capai kerusi duduk depan sinki nak kopek udang.. Dugaan betul bila kaki sakit.. Masa sakit tu bila tengok orang jalan laju dan selesa terus insaf.. Bersyukurlah bila Allah bagi kesihatan tubuh badan, boleh berjalan, boleh berlari.. sebab bila ko tengah sakit tu baru reti nak appreciate. Baru kau tau kepayahan berjalan bila kaki sakit.. 

Adoi lapar plak tengok ni..  

Telan ailio.. 

Cili kering blend memang siap-siap bawak.. Wan tolong masak siap-siap dengan bawang putih/merah.. Kira dah siap tumis.. So bila travel senang.. pecahkan telur boleh, letak sardin boleh.. sambal udang boleh.. Aku ni ayam je takde.. kalau tak, dah siap ayam berlada atas meja tu hahahah

Tak boleh tahan tengok salad kat Korea ni fresh gila.. keras-keras.. bila kunyah krup krap.. Hari-hari ai makan snasi berulam salad sepinggan penuh hahaha

Ni Pak Radie masak.. Oihhh Icha terpejam-pejam mata cakap sedapnya papa masakkkkkk... sedapnya.. ulang ulang ulang cakap..


Sentap mak kau.

Panjang berjela entry ni, lantok korang hahahahahha.. 

Nanti sambung entry Everland pulak yer.. 

Tata.









Love, Filla.

3 comments:

Umi Nazrah said...

paling tergoda dalam semua gambar ialah gambar salad. best nya kalau ada kat malaysia ni. haha

Unknown said...

Kitorang pun stay dekat airbnb tu..hahaha..cntik kan rumah dia..😂😂

UmmMaryam said...

menarik dan teruja betul! InsyaAllah ada rezeki nak ke sana pula! Bila la agaknya...