Thursday, December 26, 2019

KOREA TRIP - Part 2 (Gyeongbokgung Palace / Halal Kitchen / Namdaemun / Myeongdong Street Food)

Hari kedua di Seoul ni Kak Pilla plan untuk ke Gyeongbokgung Palace.  Ini Palace paling dekat dengan Myeongdong.  Budak-budak ni berangan nak pakai hanbok (pakaian tradisional korea).  So marilah kita merealisasikan impian diorang hehe..

Berjalan time sejuk ni mencabar sikit sebab fuhhh sejuknyaaaa pepagi.. Nasib diorang semua ok jer takde masalah ;)

Hanbok ni ada je yang korang boleh rent online siap-siap tapi Kak Pilla tak nak buat macam tu.. Sebab nak pegi tengok sendiri dan boleh pilih-pilih.. so kita redah je.. Tempat sewa kat mana pon kita tak tau.. Jalan punya jalan.. Akhirnya dah nak sampai pintu gerbang Palace tu.. Elok je depan palace tu (seberang jalan) ada building kuning tu untuk rental hanbok.. So marilah kita melintas..

Gyeongbokgung Palace


Senang je nak cari.. Betul-betul opposite palace tu..


Dia kat tingkat 2 tu.. Kat sini tulis 2F tu maksudnya 2nd floor.. So kitorang pun naiklah ke atas..

Harga sewa hanbok ni dia charge ikut jam.  1 jam, 2 jam, 4 jam pun boleh.

Kak Pilla haritu sewa 2 jam.. Lebih dari cukup tu kalau amik 2 jam sebab terlalu sejuk.. Lelaju snap gambar terus pi hantar balik hanbok ni hahahahha

Sewa hanbok 2 jam:

Adults : 15,000 won
Child : 10,000 won

Pilih kak jangan tak pilih :)

Baju dan skirt dia boleh pilih sendiri nak warna apa untuk matching kan..  Hiasan kepala simple utk budak-budak pun dia bagi je foc.


Kak Pilla amik semua warna pastel hehehe.. Harga Kak Pilla sewa tu pakaian sahaja yer.. Diorang ada jugak tambahan harga kalau nak tambah accesories atau dandanan rambut.. Pastu dia ada sediakan locker supaya korang boleh simpan apa yang patut sementara nak berjalan masuk Palace dengan gown kembang-kembang tu kahkah.. 

Oh ya, siapa yang pakai hanbok boleh masuk FREE je ya.. Macam Pak Radie tak pakai hanbok dia kena bayar tapi tak mahal dalam 3,000 won je for foreigner.

Kak Pilla bawak jacket jugak sebab sejuk namati kat luar tu.. Dah taknak type dah... Layan gambar je dulu hahaha






 







 


 










 





Masa ni kitorang layan tengok pompuan-pompuan belah sana buat video menari-nari hahaha

 Nampak tersilau-silau macam panaskan? Padahal Ya Allah menggigil-gigil semua kesejukan hahhaha.. sampai satu tahap Icha suruh peluk sebab dia dah tak tahan sangat..

 Bagi chance lah gambar dia sorang hahahhaha..

Ok settle dah kat Palace ni jom kita gi lunch.. Dari Palace ni korang boleh naik bas.  Guna google maps je untuk ke Halal Kitchen.  Tak jauh sangat tapi still kena naik bas :)

Lunch : Halal Kitchen

Icha kecayangan mama ni..


 
Suka sangat gambar dia berdua ni heheh


Ok dah sampai.. kalau korang jalan straight pastu kena tengok tangga-tangga ke kanan tu.. Sebab rumah korea kan jenis berbukit kena lalu ikut celah tangga.. So jalan tu toleh-toleh ke kanan takut terlepas pulak.. 

Kena tulis nama kat waiting list.  Comel je kan hahah.. 

Meja paling besar rasanya ada dua je dekat pintu masuk tu.. kiri dan kanan boleh muat enam orang each table macam tu lebih kurang.. So kalau group besar memang tak muat.. lagipun ramai tunggu turn nak masuk.. Belah dalam lagi ada meja kecik-kecik yang boleh muat 2 or 4 orang kot.. 

 Hoiiiii dah lah sejuk beku macam duduk dalam fridge pastu kena melanguk dulu tunggu orang kat dalam siap makan hahaha.. Jangan risau dia ada sediakan kerusi-kerusi untuk menunggu, cuma ko tahan jelah beku kat luar tu kahkahkah

Tu ada fb and website sila google 

Dan aku perasan menu kat Seoul ni jenis tak banyak pon.. Kalau kat Malaysia ko pegi mamak or kedai kelantan.. macam buku dah menu memacam ado hahahha.. Sini menu dia ko bukak je, eh itu je??? hahahah Kak Pilla amik yang 4-5 person tu.. Pastu mintak extra rice.. Tu pon dah kenyang gila.. sebab dia bagi dua pot beef tu siap ada extra beef untuk masak kemudian lagi.. 


Hoiiii sedap sangat ni... Menitis ailio hahaha... Budak-budak pun suka sangat.. Ko nampak macam selambak daging tu kan? Tidak ye.. periuk tu sebenarnya kat bahagian letak daging tu dia menggelembung ke atas.. so daging tu nampak macam menggunung hahahah.. Tapi don't worry cukup je!!!  Kalau korang gi Palace tu better try makan sini sebab Kak Pilla dah buat survey, the nearest Halal Restaurant dari Palace tu ialah Halal Kitchen hehehe..

Ohhh owner dia Korean Muslim.. Dia tolong masakkan daging tu sambil explain in English pasal menu tu.. (Eh kalau betul yang serve kitorang tulah owner dia hehehe)

Halal Kitchen
Address : 86-4, Samcheong-ro, Jongno-gu, Seoul 03053 South Korea
(0.6km from Gyeongbokgung Palace)


Namdaemun Market

Dah selesai makan kitorang ke Namdaemun pulak by bus je.  Apa yang ada kat market ni? Kat sini takde apa sangat pun.. Dia jual pakaian kat street je.. Lebih kurang macam kat Petaling Street.  Tapi lebih kepada pakaian yang biasa-biasa je.. Untuk cuci mata oklah... Stall makanan pun takde apa yang nak makan sebab dikhuatiri tak halal. 

 Dah bawak balik sekor kucing pulak dah.. huhu

Kak Pilla pergi sini sebab nak beli brooch je!  Susah nak bagi tau kat mana nak beli ni.. Tapi korang just cari building E-WORLD tu sebab kat dalam tu jual brooch banyak..

Zoom skit.. So korang naik lah tangga ke atas yer.

Brooch di Namdaemun

 Gigih diorang buat brooch kat sini..


 Over tau pompuan tudung pink hehehe..

 Kak Pilla pilih few brooch yang besar-besar tu untuk mak mertua sebab dia terlalu suka yang Kak Pilla and Wan pernah bagi dulu..

Mak mertua Kak Pilla still jenis suka pakai brooch besar ni.. mengelippp gi meeting hahahah.. Batu-batu brooch dari Korea memang terkenal kualiti dia.. sinaran dia lain macam kahkah.. dan tahan lama!

Bukan jual brooch je tau.. ada jugak jual rantai, gelang, cincin dan accesories wanita lawa-lawa kat sini.. Kasih pon ada beli jugak ;)

Ni suasana di Namdaemun market.. Korea petang cepat gelap..


Ala pasar malam.. 

Kak Pilla ada apps Google Translate jugak dalam phone.. Memang memudahkan sebab kadang bila korang google maps jalan, dia keluar tulisan korea.. Bolehlah translate Korean - English..Pastu boleh guna untuk translate ingredients dan lain-lain.

Namdaemun dengan Myeongdong sebelah je.. Kalau korang gigih korang boleh jalan kaki jer hehehe.. kitorang pon gigih je jalan kaki dari sini balik ke Myeongdong.

Back to Myeongdong Street

Korang akan jalan sampai ke Shinsagae.. Shinsagae ni besar gila kat Myeongdong.. Dia ada mall besar gitu.. Sebab tu Kak Pilla pilih nak duduk kat Myeongdong ni.. Lapar je terus turun cari ice cream panjang ke, pototato twist ke.. 


Ni nama dia Bungeoppang.  Ni memang sedap giler!!!! Filling dia korang boleh pilih.. Kak Pilla dah rasa red bean and nutella.. Both pon sedap gila.. Dahlah tengah sejuk, makan ni berasap-asap panas.. Harga dia won 3,500 seketul.. Dalam RM12.50 kahkah.. kocik yooo..


Roti dia tu rangup manis-manis macam korang makan roti bom tu.. Tapi filling dia padat dan memang puas hati.. Siapa ke Seoul wajib cuba!


Potato Twist ni amik powder cheese ke powder onion ke ok je sedap..


Ice Cream 32cm ni boleh pilih nak mix ke, nak vanilla saja ke.. Suka sebab tak meleleh pon hahahha.. sampai habis makan takde meleleh,, adakah disebabkan cuaca sejuk ke macamana?


Ni jalan je kat Myeongdong Street confirm nampak.




Tu hah yang tinggi tu Hotel Nine Tree kitorang.. Letih seharian jom balik hotel.. Esok kita sambung lagi jalan..

Nanti sambung entry Day ke Snowy Land ya..

Bye korang ;)

Part 1
Part 3
Part 4
Part 5


Love, 
Filla.

4 comments:

Solly Salihah said...

kak Fie,
Please update cepat.
Dekat IG Dah khatam dah tri akak ke Korea ni.
Suke :)

Unknown said...

tq kak share... info jugak untuk kami2 nk g cuti nnti..doakan sy smpai sana jugak

Anonymous said...

Artikel yang sangat bermanfaat,, thanks....
kunjungi juga kampus terbaik yang tidak banyak orang tau uma.ac.id

Rizziela said...

Ya ALlah.. .bestnya