Monday, June 04, 2018

BAPA TENDANG ANAK.


Hari ni saja nak share tentang topik lelaki panas baran.  Benda ni menghantui jugak diri aku ni beberapa hari lepas kejadian tu.. nasib ni dah ok dah..

Rasanya last week kot aku gi lepak kat NZ dengan Pak Radie, Elly and Win.. Minum dan makan-makan pukul 10 malam macam tu.. Lama sangat dah tak makan sup dengan roti dan nak release tension sikit so marilah kita lepak kejap pun jadiklah.. NZ ni kalau duduk kat open area dia tu boleh mengadap KLCC lawa gila lah.. memang ramai orang amik gambar dari NZ tu.. So kita perhati jelah gelagat orang yang macam-macam ragam tu. 

Tengah makan/minum tu tetiba ada sorang lelaki lalu marah-marah sambil pegang car seat carrier tu. Nampak ada sorang perempuan (isteri dia) dan sorang anak lelaki berumur lingkungan 5 tahun.  Aku pulak memang duduk tepat-tepat mengadap arah lelaki tu lalu.. Tiba-tiba lelaki tu tendang belakang budak lelaki yang umur 5 tahun tu.. Ya Allah terkejut beruk aku terpinga-pinga tak tau apa masalah kau ni????? Mak budak tu terus paut anak dia.. kalau tak dah tertiarap dah budak tu kat jalan tuu.. Aku rasa yang dia tendang belakang budak tu tak ramai orang perasan.. Aku pulak perasan sbb kejadian betul-betul depan aku.. Orang yang lepak kat NZ tu start berdiri sebab bapak budak tu melintas jalan nak ke kereta dia yang parking seberang jalan tu sambil menjerit marah.. 

Pastu aku nampak dia campak carrier tu dalam kereta.. Rupanya dalam tu ada baby!! Eh tolonglah.. apa ke saiko sangat bapak dia ni.. Sorang dah meluru pegi kat kereta tu bukak pintu kereta and suruh lelaki tu keluar dari kereta nak bawak ke balai.. Pastu Win husband Elly bangun meluru ke sana jugak.. Siap ada orang tahan tak bagi pegi.. Wadehek tak bagi pegi??? Kalau dia bantai lagi budak tu cemana? Tak yah campur urusan orang jugak ke?

Pastu aku dengan Elly duduk diam-diam dan perhati dari tempat duduk kitorang.. Pak Radie, Win dan ramai orang dah kepung kereta tu.. Polis yang jaga kawasan situ pun ada.. Tetiba aku nampak dia start kereta blah macam tu je.. Ishhhhhhhhhhhhhhhh sakitnya hati.. kenapa boleh blah camtu je? Ko tendang budak kecik kot?  Aku takut nanti dah balik rumah ntah apa dia kerjakan lagi budak tu.. Depan orang pun kau boleh buat anak macam tu.  Mak budak pulak menurut je ke kereta masuk dalam kereta tu..

Rupanya Pak Radie cakap dalam kereta tu dia bantai lagi anak dia.. Patut lah bergoncang kereta kitorang tengok.. dia libas kepala anak dia kot.. Radie cakap budak kecik tu handsome gila dan tak melawan dan langsung tak menangis.  Pastu rupanya ada mak dia sekali.. Tak pasti mak mertua or mak kandung lelaki kurang ajar tu.. Menangis kat luar kereta sebab ketakutan nak masuk dalam kereta.  Mamat saiko tu pulak peluk baby dia sambil usap-usap kepala baby tu.. Orang kat luar dah naik geram dah kot.. Tapi polis suruh dia sabar... tu yang sabar sangat agaknya usap-usap kepala baby tu.. aku rasa ntah-ntah baby tu pun tercampak dalam kereta sebab aku nampak dia campak je carrier tu dalam kereta.. Tu yang aku tak rasa pun ada baby dalam tu.. Jilake betul lah manusia macam ni.

Terus aku dengan Elly sambung discussion.. Aku cakap kat Elly yang aku takkan maafkan orang yang sanggup buat anak aku macam tu.. Kaki kot ko naik kat badan anak aku? Boleh jalan jantan macam ni aku tak harap pun nak hidup dengan jantan keparat macam tu.  Mungkin isteri-isteri kat luar sana ada alasan kukuh kenapa masih bersama dengan jantan kaki pukul macam ni.. Mungkin tiada pendapatan sendiri? Mungkin jika suami takde, mereka tidak boleh hidup berdikari dan memberi anak perlindungan dan makanan?  Belum bersedia untuk menjadi single parent?  Terlalu bergantung?

Tak kira apa pun alasannya aku tak boleh terima jantan pukul bini, ni kan pulak pukul anak.. Anak tiri ke kandung ke aku tak pedulik.. Tapi budak kecik kot?? Apa kesalahan dia yang kau tak boleh maafkan sampai kau kene tendang sepak terajang dia?  OMG memang ada masalah otak betul lah orang macam ni.. Kalau si ibu tak bertindak sekarang, bila lagi? Nak tunggu anak terkulai kat atas pangku sampai tak bernafas lagi?

Bila benda ni jadi depan aku, terus aku emo dan asyik terbayang-bayang kat otak aku dia tendang belakang budak tu.. Huwaaaaaaaaaaaa... Terus aku terbayang kisah-kisah yang pernah jadi kat Malaysia ni dulu.. Yang mati kena pijak, usus pecah.. kena terajang sampai mati.  Sebab tu bila ada video viral kat FB macamana budak kena sepak terajang tu aku seboleh-boleh tak nak tengok.. Tapi kadang tertekan jugak 'play'.. Terus tak leh tido malam mengenangkan ada manusia kat muka bumi ni yang kejam, zalim dan takde otak.

Rasanya peranan ibu paling besar untuk menangani masalah ni.. Kau yang tengok depan mata sendiri macamana jantan ni buat kat anak kau.. Kenapa masih bertahan? Kenapa tak fikir kemungkinan yang akan berlaku kalau tak bertindak sekarang.  Sanggup ke kalau anak tu meninggal dunia di tangan bapak dia sendiri?  Kalau aku, apa nak jadi lepas tu nanti baru kita pikirkan.. Yang penting, selamat tinggal kau pegi berambus.. Memang aku buat report polis terus.  Bapak sepatutnya melindungi anak tu.. ini dia pulak yang sepak anak dia sendiri.. Gilo ke apa..

Aku terbayang budak kecik tu.. Lagi-lagi bila Pak Radie cakap dia langsung tak menangis.  Kenapa? Dia dah lali ke kena tendang terajang?  Dia nanti akan membesar dengan dendam? Apa perasaan dia bila tengok orang lain hidup normal.. ada bapa penyayang.. tertekan kot? Balik rumah asyik kena pukul.. Dia mungkin jadi pendendam, mungkin jadi pemarah, jadi seorang yang takde keyakinan diri dan macam-macam dia boleh jadi.. Kesiannya :(

Untuk orang kat luar sana yang ada sikap panas baran, tolonglah kawal diri.  Anak dan isteri bukan tempat untuk melepaskan rasa marah..  Banyak cara lain seperti pegilah hantuk kepala kau kat batu biar bagi belobang kepala tu baru kau rasa sakit ke tak kan.

Huh terus emo ni.. Take care kengkawan.. kalau tau dan nampak kes macam ni sila pergi report kat balai polis.. biarlah orang nak cakap kita ni Makcik Bawang ke apa.. Sebelum kejadian tak diingini berlaku kannnn.. 






Love, 
Filla.

13 comments:

Anonymous said...

Polis pun boleh biarkan aje ke?

Mizya said...

Bkn lg bodoh. Ptutnya dterajang ramai2 to biar dia pulak yg rasakan.. bodoh melampau

yana2605 said...

uwaaaa kak pilla tak boleh dengar cite2 cmni..sedih rasa mcm di retap2 jer hati ni..husband sy selalu gk marah ank2 or pukul dgn rotan..YES dgn rotan smpai berbirat.. sy tau tujuan dia utk mengajar tp ank sy baru 4thn dgn 2 thn kot..dorang bkn tau apa pn wpun sy geram gk la dgn dorang ni sbb biasa la tak dengar ckp..tp sy ada gk ckp dgn hsband bkn cmtu cara jg ank tp dia ckp tu cara dia..tp tak pernah la dia tendang2 ank2 and pernah la dia tolak kpala ank dia tp sy sound jgn main kpala..

Filla said...

Ni polis yg jaga kawasan tu ntah polis apa kita panggil tu... baju biru gelap tu..

Filla said...

Kann x de excuse.

Filla said...

As long x mencederakan anak.. and depends apa kesalahan anak tu jugak...

miss shrekie. said...

Alaaaa kesian nye budak tue. Mesti dah lali kena pukul sampai tak nangis. Kurang ajar punye jantan. Nak tunjuk kuat pegi cari org yang sama besar dgn kau la.

yasmine said...

Filla sakitnya hati baca ..

Anonymous said...

Samalah kite pun x boleh tngok vdeo bdk kne pkol spak terajang baby kne buang... rasa kemurungan je patu dok pkir mcm mne bnde tu klo jd kat kite...

Siti Yang Menaip said...

aduhai parents kenapa macam tu.. banyak lagi cara yang sewajarnya nak didik anak2.. bayangkan ramai lagi diluar sana nak kan anak.. ni da ade da dapat tak hargai jaga elok2. anak tu besar nanti buat balik kat dia..

Anonymous said...

Takde reason nak pukul budak. Full stop. Nak mengajar konon. Patut direpot polis. Sebagai mak, tolonglah jaga hak anak2 kita. Kalau physical, emotional abuse ke apa, cepat2 angkat kaki. Kecuali kau jugak nak kaki naik muka kau sendiri. Ye, bunyi keras tapi apa hak nak pukul orang lain, lebih lagi anak yang diamanah Allah kepadanya.

-JH-

Anonymous said...

Mohon jantan macam jgn membiak.. tak appreciate langsung apa yg dia ada.. kalau tak ready tak perlu kahwin.. kesian anak bini..

Nutasyah said...

argghhhh!!

Dah la baca entry ni pagi2...terus mood ke laut ni..

semoga anak2 dia sentiasa dalam lindungan Allah swt dan semoga maknya cepat2 ambil tindakan untuk pisahkan anak2 dia dr lelaki mcm tu.

TAK LAYAK DIPANGGIL BAPA!