Assalamualaikum... Kembali bersiaran hehehe.. Kali ni Day 2 ni terus terang Kak Pilla cakap, terpaling best sekali aktiviti harini.. Eh tapi hari lain pon best... Acaner tu?
Gambar pertama haruslah yang feeling-feeling sikit hehehe, kasi chance sikit ler.
Bangun pagi sebelum check-out dari The Lake View Toya Nonokaze Resort ni kita abadikan lah sekeping dua gambar.. Sayang nak tinggalkan tempat ni huwaaaaaaa.. Pagi-pagi bangun je lepas bersiap terus keluar ke balcony tengok pulak snow tengah turun manja-manja gitu..
Ni sapa tak kenal kan? My Namee-sannnnn hahahhaa.. Selalu je pegi event sama-sama so dah biasa dengan Namee ni.. Tapi trip kali ni lagi kenal Namee ni.. comel je glove asyik hilang kahkahkah... tu belum lagi kalau dia duduk bersila punggah bag dia cari barang tak jumpa.. Apa pun Namee comel je and baik hati.
Ok lah last gambar view dari room Kak Pilla.. Ok bye.
Breakfast kat tempat yang sama kita dinner semalam.. Tapi bila breakfast ni nampak view dari glass tu perghhhhh lawa namati.
Gila tak lawa macam ni? Makan duduk kat tepi tu hah tengok snow dan laut..
Pepagi buta dah memacam food ada.. Tapi pagi Kak Pilla makan simple jer..
Simple kan macam ni? Muahahahhaha.. Nak jugak penuhkan tray tu, rasa tak lawa kalau kosong..
Siap dengan poyonye sekali hahahahha... Eksyen je tu.. pastu Ujang plak pinjam tray haku nak feeling gak amik gambar.. tampa kang.. hahahahha..
Sayonara hotel nan indah..
Lepas check-out perjalanan diteruskan ke Mt. Usu Ropeway.. Dari hotel tak jauh sangat, lebih kurang 20 minit je..
Ok frankly cakap lahhh.. Mt. Usu ni best nak mampos jugak hahahahha.. matilanak semuanya best kau ni Pilla.. Korang tak caya cakap aku, meh tengok gambar..
Korang boleh pegi sini dalam 4 musim.. Tak taulah musim lain lawa ke idok.. Tapi of course winter is the best lah view dia.. Ewah pepandai je kau kan...
Welcome to Mt. Usu Ropeway.
Dalam building Mt. Usu Ropeway
Gambar kat pintu gerbang adalah wajib.
Tu harga tiket kalau tak silap hahaha.. dah tulisan Jepun, manalah aku tau.. agak-agak jela yer..
Adult : 1,500 yen (RM54)
Kids : 750 yen (RM27)
Currency masa ni lah.. Murah je kan nak masuk sini :)
Ok adik-adik, now kita naik ropeway dulu untuk sampai ke puncak Mt. Usu.
Terlalu cantik view dia..
Ini staff kat sini, from Hong Kong.. Ingatkan orang Jepun.. hehehe
Kalau korang nak tau, Gunung Berapi Usuzan ni dah 4 kali dalam abad ke-20 dia meletus.. Still aktif hingga kini.
Kali pertama - 1910
Kali kedua - 1943
Kali ketiga - 1977
Kali keempat - 2000
Lebih kurang 30 tahun sekali biasanya gunung berapi ni akan meletus dan biasanya ditutup buat sementara waktu untuk kerja-kerja membaik pulih kerosakan.
Mendaki ke atas ni rasa tergamam sebab pemandangan terlalu indah.. Sejuk jangan cakaplah, tapi kuredah jua..
Kelas kau Jah.
Orang kampung cengginilah hahahahah
Dekat 8 kali snap kot ni hahahaha.. Pening Jocko melayan ahkak.. "Lompat tinggi sikit, tinggi lagi"
Eh dia ingat berat aku ni 43kg?? hahahahah.. Akhirnya berjaya lah nampak macam tinggi je loncatan ahkak padahalllll hehehehe..
Berapa kali nak tergelincir kat sini.. hehehe.. cantik kan tengok laut kat sana..
Kat bawah sana tu lah tempat meletusnya gunung berapi..
Dah macam hantu pocong kenapa nie hahaha
Merenung masa depan ke sis?
Ok ni gempak walaupun loncatan sampai takat tu je.. mencikkk tauu.
wow macam terlebih pakai blusher jer ni hehehe
Kalau korang singgah sini leh cuba main gelongsor ni.. Fun gila hahahahah.. Tergolek-golek kitorang jatuh kat bawah tu..
Gaya kena ada... Jatuh ke tak belakang kira hehe
Mencapai bintang nama album baru tak lama lagi nak release, nantikan.
Bersama orang kuat Mt. Usu, lupo lak aih nama heheehe..
Jangan lupa pesanan Kak Pilla ye.. Kalau ke Hokkaido make sure singgah sini.. snap gambar banyak-banyak tau..
Now jom Kak Pilla bawak you all naik boat pulak ;)
Toya Lake Boat
Ni dekat je dengan Hotel The Lake View Toya Nonokaze Resort tu.. belakang dia je.. sebab ni kan Lake Toya..
Adult : 1420 yen (RM51)
Kids : 710 yen (RM26)
Beratur di dalam kesejukan..
Dalam boat tu bertingkat-tingkat.. Nak keluar ni naik ke tingkat paling atas pastu hergggghhhh sejuk gilers.. Snap lebih kurang lari turun bawah.. tak tahan sebab windy..
Sambil boat tu round korang boleh tengok keindahan kawasan Lake Toya nie..
Dalam boat ada jugak jual souvenirs.
Snacks and drinks pon ada jual kat sini..
Yeayyy ini yang Kak Pilla nanti-nantikan.. Lunch at "Mingei Goten" yang terkenal dengan Scallop dia.. Jangan risau sebab restaurant ni serve Scallop Meal yang Muslim friendly.
Boleh tahan ramai orang makan kat sini..
Pemandangan pun cantik je..
Tu diaaaaaa.. Siap ada cold noodle eh ye ke nama dia? hahaha.. Pastu ada fresh scallops yang kita grill sendiri..
Ada demo macamana nak cungkil isi dia keluar..
Dahlah kat luar tu sejuk, perot lapar.. dapat pulak makan sup panas-panas mcm ni memang heaven..
Habis je lunch kitorang bergerak ke Rusutsu Resort pulak.. Agak jauh sikit perjalanan dalam 45 minit.
Rusutsu Resort
Sampai je terus di bawa ke Prayer Room.. Besar gila hotel ni korang mungkin akan tersesat hahaha.. Kitorang pon kena refer map sebab besar nau hotel ni..
Then kita melawat tempat training budak-budak sebelum nak main ski..
Untunglah ada training dulu hahaha..
Eish cute je peluk dua orang tu..
Ala-ala food court pon ada selain lebih kurang 10 restaurants dalam hotel nie..
Kitorang ni dah tak sabar nak main ski sebenarnya.. Tapi katanya kitorang kena pegi Ski Snowmobile dulu.. Baiklah, sis ok je.. banyak aktiviti kita nak join ni hhehehehe..
Fuyooo merasa pakai baju and boots salomon ni..
Dah siap pakai seluar, jacket Salomon tu jom kita naik monorail pulak pergi tempat Snowmobile.
Sepanjang jalan tu menikmati keindahan alam.. Subhanallah terlalu indah..
Bagus betul baju ngan seluar ni.. kalis sejuk.. Eh tapi kalis-kalis pon menggigil-gigil jugak..
Pilih size boots dulu.. Lepas pakai boots tukar gloves yang dia bagi pulak.. setakat gloves biasa tu boleh kejung keras tangan kesejukan.
Fuyoooo first time in my life gittew...
Sebab first time, gambar kena up dua.. satu senget sikit, kena up jugak.. ingat senang nak dapat? hahahahah
Lepas dengar briefing, kita dah nak start dah..
Hoiiiii sejuk gila lahhhh!!!! Phone bila terlalu sejuk memang akan buat hal.. Terus jammed phone aku cisssss!! camera pon jam.. aduhhh sayang nye tak dpt amik gambar lebih.. orang lain pun sama.. habis phone jammed hehehe.. Tapi masa ride tu Kak Pilla sempat seluk poket keluarkan phone amik video 15 saat.. Sambil ride yerrrr..
Pastu tengok depan Namee dah hilang hahahahah.. Pucat kejap sebab depan tu ada dua jalan kiri or kanan.. terstop kejap.. orang lain berderet belakang tunggu mana lah si Pilla nak pegi.. tulah sibuk lagi amik video hahahhaha.. Nasib jalan ku pilih tu betul kalau tak, semua sekali sesat hahaha..
Dahlah perjalanan dia agak scary sebab cuaca macam dah nak senja.. Pastu sunyi sepi semak-semak putih je semua.. terus terbayang kalau sesat sorang-sorang kat sini orang tak jumpa aku.. memang sadakallah lah kau Pilla. Sayonara.
Habis je aktiviti Snowmobile, rupanya ada lagi satu aktiviti!! Yeayyy kali ni aktiviti snow rafting pulak.. Tak taulah betul ke tak nama dia cenggitu..
Ni jelah gambar yang kitorang ada sebelum battery semua mampos sebab sejuk hahahhaha.. Guide tu tanya nak yang slow ke nak yang ganas.. Eh apa kelassssss slow-slow romantik.. Kita nak yang lasak-lasak laaaaaaa!!!
Hambek kauuuuuuuuu!! Ujang tu yang duduk belakang Kak Pilla tu.. Penuh dengan snow macam kena kambus kahkahkah... Menjerit-jerit aku dengan Namee dalam tu nasib tak tercampak kat gaung hahahaha.. sampai last sekali paling ganas dia libas kitorang, tali tersangkut kat pokok, boat kitorang jatuh ke lereng.. Guide tu tak leh tarik hahahah.. Dia suruh semua turun panjat ke atas...
Eh nak panjat cemana??? Dahlah sejukkk.. pastu pijak je snow tenggelam sampai lutut.. Huwaaaa matilah ahkak di Rusutsu Resort ni.. Jadi semua tergelak-gelak tak nak lah panik kann.. Dah main tolak-tolak ke atas and bertarik-tarik nak sampai ke atas.. Teamwork sangat katanyeeeeeee hahaha..
Kenangan terindah sangat kat Rusutsu Resort ni...
Lepas tu tangan aku nak tercabut dah sebab masa main snow rafting tu tarik tali tu bertahan takut tercapak kannn.. Ingat boleh rehat, rupanya ada lagi satu aktiviti Ski.. Hambekkkkk nak sangat kannn.. Yang Ujang kemain takut kalau tak jadi main ski..
"Tolonglah nak bergambar dengan batang ski tu kak.. Dapat pegang sambil eksyen amik gambar pun jadilah" Ish ish ishhhh Ujang Ujangggggg.. hahhahaha
Akhirnya impian dia tercapai bila kena pegi main ski jugak.. Rupanya sampai malam boleh main ski kat sini..
Lutut ahkak dah gigit penat ni.. tangan dah lenguh.. kena pulak pakai kasut ski tu.. Korang yang tak pernah try, sila pikir 80kali hahahha.. berat nak mampos kasut ski ni rupanya.. Dia grip macam roller blade tu.. Dah jalan pulak macam robot.. Adoiiii susah lah ongkampung sorang ni..
Dressing kemain lagi kau Pilla hahahhaa..
Dah alang-alang nak poyo mari kita poyo habis-habisan.. Macam budak hip-hop perghhh hahaha
See?? I told yaaaaa... Gempak gila sis main ski muahahahhaha.. Tapi agents kitorang 3 orang tu sangat baik dan sangat helpful.. Sejuk gila ya kat luar ni.. Tapi diorang kelam kabut pegang kitorang takut jatuh.. Jatuh?? Jangan cakap lah.. semua merasa bergolek hahaha.. Jocko 3 kali kot.. Ujang jgn cakap lahhh.. Namee tersasar kemana tah hahahah tetiba menurun je eiii takuttttt..
Pilla-san.
Ok ni jatuh kahkahkah... Bila dah menurun aku dah panik eh apa laju je ni mampos depan tu ada pondok kayu mau aku melekat kat pondok tu.. So solutionnye jatuhkan diri hahahaahah.. Masami agent Kak Pilla tu cakap "I told u to stop like this hahahah" Ewahhh dia siap tunjuk kaki bentuk V terbalik tu.. Ko ingat kalau dah laju je turun bukit ko sempat nak hurup V bagai? hahahhahaha
Ok enough.. I'm tired already.. Kalau main lebih lagi ni mau aku libas kepala orang dengan batang kayu tu..
Yesss ini i suka.. Dinner time kat Hotel Sekkatei Restaurant nama dia and pilih Halal Meal.
Memula ingat ni je makanan yang ada, boleh mendatangkan amarah ni.. I lapaaaaaaaaa okayyyyy!!!! Rupanya ni appetizer sahaja..
Nah sila habiskan..
Semua pun sedap.. Okay badan dah letih.. ni kalau dapat berendam air panas kat bath tub perghhh best ni..
Bilik kat Rusutsu Resort pon thorbaekkkk... Panjang dan luas.. Tido sorang pulak tu.. syorga rasanya..
Yessss.. sementara gosok gigi, kita tadah air dulu jap gi terjun tiruk je..
Toilet pon asing macam ni.. tersangatlah best dan comfortable..
Kak Pilla memang suka teratur je.. Penat cemana pun mesti mandi.. Kemas baju.. keluarkan apa nak pakai esok.. mana yang dah tak pakai terus lipat elok-elok masuk bag.. So esok pagi senang kerja.. tinggal masukkan barang sikit-sikit je..
Bangun pagi selak curtain dan tengok nie depan mata. Sayangnya nak tinggalkan Rusutsu Resort ni.. Huwaaaaaaaaaaaaaa ntah bila akan sampai lagi :(
End of Day 2.
Love,
Filla.
11 comments:
hahahahhahaha klakar..gelak abis bc cite ongkampung main snow.gudjob kak filla-san
kalau pak radie ada mesti lagi bestkan?
Hahah so jakunnnss
Hahah nk nuat camne sesekali travel solo plak 😄
Bestnya Hokkaido.. My wishlist 😍
June baru ni ke Osaka je
Osaka akak pegi last 2 yrs kot, beza gila u should go to hokkaido masa winter!!! Dijamin best giler!
Bestmya kak, nak g hokkaido gak one day!
Naaaaaaakkkk entry day 3 4 5 6.... hehe
".. Jatuh?? Jangan cakap lah.. semua merasa bergolek hahaha.. Jocko 3 kali kot.. Ujang jgn cakap lahhh.. Namee tersasar kemana tah hahahah tetiba menurun je eiii takuttttt"
kak filla tak ckp akak jatuh berapa kali pun....huhu
hahaha kak pilla kalau cerita mmg win.rasa berdebar cam kita lak main salji
FAD
best giler sis, kita mampu i city je hahaha
Post a Comment