Sunday, September 10, 2017

RAYA HAJI 2017

Berlalulah sudah raya haji... Kali ni beraya rumah Wan and Atok dulu.. Petang raya baru balik ke Shah Alam pulak...

So kitorang dah plan nak masak Nasi Daging dengan Wan.. Sib baik jadik since ini yang pertama kali kita cuba ;)

Kalau tak, balik-balik rondang, nasik impit, lontong.. Ituuuuu je berbelas tahun dah lauk tradisi raya keluarga Atok Braim hahaha.

So jom tengok table setting umah Wan ni..

Wan memang terlalu suka meja makan hias hidang semua nak perfect teratur dan lawa.. Nampak tu siap ada pinggan pink and hijau tu peninggalan arwah nenek Melaka rasanya.. Wan buat wajik.

Eh macam lawa pulak Kak Pilla belikan Wan table runner masa gi China aritu.. Kemain berseri-seri.. wow puji diri sendiri hahahah.. 

 Harap satu hari nanti aku pun macam Wan.. Rajin menghias meja makan macam ni.. Teruja sangat hahahah.. Makan pun semua jadi sedap.

Baru perasan takde family photo hahahah.. Nasib lah kau sana labuuu.. Yang ada cuma gambar tengah makeup anak-anak heheheh.. Kemain lagi masing-masing dapat pakai lipstik mulut ternganga je semua takut nak makan.. nanti lipstick habis hahaha.. 

 Icha anak dara bongsu ai.. Sekejap je dah 4 tahun.. Next year bulan 2 dah 5 tahun.. Phewwww anak dara dah ni.. Kesayangan Papa.  Eh dia yang sayang papa lebih.. Mama selalu disisihkan.. Tapi dia takut jugak dengan Pak Radie.. Kalau Kak Pilla cakap cepat kiss mama.. dia akan buat tak tau je.. Bila aku jerit "Paaaaa Icha tanak kiss".. Pak Radie pandang sound sikit je "Icha, kiss mama".. Terus dia akur hahahahha.. takut lettew. 

So far kat school pun ok.. Dia suka menghafal.. Hari-hari ko akan dengar dia ulang-ulang Monday sampai Sunday.. Pastu hari-hari dia akan tanya "Hari ni hari apa" Omagaddddd dah bertahun dia terlalu suka soalan tu hahahahahha.. Now dia pengganti Amaani masak kecik.. Mulut terlalu becok dan cakap macam orang tua.. Walaupun dalam adik beradik dia paling pelat hahahha.. Nasib dah tak pelat dah hehehe.. 

 Ni Amaani buah hati Kak Pilla.. Anak dara yang suka bangun awal.  Tapi dia ada perangai jugak.  Dia cepat naik hangin dan sensitif.. Tak leh cakap sikit terus menangis and sentap.  Tapi cepat sejuk.. Tangan memukul orang pun laju ni.. main libas je.. Kak Pilla selalu tanya Kasih.. "Amaani kat sekolah cemana? gangster ke tak?"  Nanti kasih cakap "Tak, dia selalu pukul Kasih je.. kat sekolah tak pulak".. Ko jangan macam-macam ya Ami.. Ko buat anak orang ko siap ye... Bab belajar pun dia terang hati sikit.. cepat pickup and rajin buat homework.. Harapnya berkekalan lah kerajinan tu ya.. 

Amaani ni bahaya sikit sebab dia jenis tak pernah meminta-minta.. tak pernahlah nak ini nak itu.. Dia kewl je.. tapi jangan main-main ya.. ada masa dia akan luahkan jugak.. Haritu bibik bagitau Amaani mengadu "Semua asyik beli untuk Kakak dengan Aleesya je, untuk Amaani takde pun.. Amaani ingat, bukan Amaani tak ingat"..

OMG.. ko ghaser aku nak cuak ke apa ni? huhuhuu so hati-hati if ada anak yang jenis memendam rasa.. Bahaya yer.. Jenis simpan dalam punya huhu.. Pastu dia da perangai kalau dia cakap dia TAKNAK ikut kitorang gi berjalan.. tolong jangan paksa dia.. haritu gi IOI mall, aku nak bawak diorang makan-makan.. sampai bergaduh nak ajak dia.. Tapi dia tak merajuk pun, just dia kata dia TAKNAK ikut dia nak duduk rumah.. pelik-pelik je.. tapi aku monitor gak.. Tanya bibik apa dia buat kat rumah? kenapa dia tak nak ikut? Bibik kata ok je takde pulak dia merajuk ke apa.. nanti dia makan, tengok tv, borak-borak dengan bibik or siapkan kumon.

So ada masa aku akan lebihkan dia sikit dari orang lain.. Sebab Amaani ni jenis manja jugak walaupun dia cepat naik hangin.  Dia yang jenis suka kissing-kissing muka aku ni.. Harap yang lain huhhhhhh.. 

 Aku tak nafikan Kasih anak sulung memang segalanya lebih.. Dalam pada aku nafikan tu, aku tak leh tipu diri sendiri jugaklah.. Walaupun aku selalu sentap dan sakit hati kadang tengok perangai dia.. Sebab Kasih ni siapa baca blog ni dari dia kecik memang tau perangai dia ni cemana.  Ada dia punya perangai yang kadang saja nak sakitkan hati kita hahahha.. Haritu aku cakap dia tak nak dengar dan lengah-lengah dekat 3 kali kot aku suruh mandi dia buat bodoh.. Aku terus lari kat depan dengan batang mop.  Dia relaks je naik tangga.. takde pulak macam kecik-kecik dulu nak drama macam kena dera tu.. Ni relaksssss je malassss je naik tangga tu.. fuhhhh lagi aku sakit hati.. Dapatlah aku libas kaki dia dua kali.. 

Tapi aku dengan Kasih macam bestfriend sikit hahahha.. Selalu kalau dapat peluang keluar berdua rasa gembira kahkahkah.. Kasih dah meningkat remaja dia lebih rapat dengan aku dari bapak dia.. Maybe tak lama lagi, aku akan heret dia je teman shopping.. sebab kalau keluar beramai-ramai memang muka memasing macam bengang je kena teman aku gi carik baju heehehe.. 

Good luck for your UPSR kasih... 

Eh nak citer pasal raya, tercerita pasal anak puler.. 

 Aduh tengok lauk lapar la puler..

 Peh peh perghhh.. Air asam tu buat sedap tu..

 Kesayangan ni.. 

Atok tak boleh kalau takde kuah lodeh.. Ai pun sama hahahaha.. Pitam Wan tu nak melayan hehehe.. Aku tukang tokok tambah.. "betul tuu.. mana cukup nasi daging je.. kuah lontong ni wajib pagi raya, so memang kene masak"

Last-last duduk kau bersila sana tolong potong sayur-sayur semua hahahha.. Makan pulak dengan sambal udang / sambal sotong.. Perghhh meghecikkkkkk...

Ok lah tanak bebel dah.. Lapauuuu..





Love, 
Filla.

6 comments:

Sheila Adziz said...

memang cantik setting meja wan sis... sedap-sedapnya menu... memang jilat jari la ni... :)

Ainul Mustafa said...

sedap semua menu...

Kuazue Mohamad said...

Semoga Allah memudahkan urusan Kasih untuk jawap upsr.
Wah bestnya juadah raya. Kita raya sendiri2 saja di rumah sendiri

Anonymous said...

nak resepi nasi daging tu boleh?

Anonymous said...

Kalau nak try nasi daging ,originally made from rempah nasi daging utagha Kami Ada lunch pack delivery setiap jumaat ke putrajaya/ Bangi Dan Kwsn sekitar Di Ig nasilemakhalbaoriginal & arora_eshope

Anonymous said...

kak pilaa...share resepi nasi daging n kuah asam tu,,,,