Friday, November 18, 2016

RESEPI PASTA PREGO

 Hai :)

Harini mesti semua suka sebab Kak Pilla nak share cara-cara masak carbonara with angel hair dan spiral pasta.. wow nama dah canggih dah tu hahahahah.. Rajin sangat ni masak dua resepi..

Kak Pilla memang sentiasa ada stok Prego kat rumah sebab itu jelah penyelamat kalau sesekali nak tukar selera sebab jemu dengan masakan melayu.. Kat rumah ni anak-anak semua penggila pasta ;)  Stok button mushroom dan daging hancur pun mesti sentiasa ada supaya senang kalau nak guna..

Normally Kak Pilla akan masak bila anak-anak request nak makan spaghetti.. Kat rumah ni tekak lain-lain sikit.. Amaani suka carbonara, Kasih suka spaghetti bolognese.  Aleesya pulak suka pasta jangan letak apa-apa dia makan macam tu je.. haihhhh nasib anak ada 3 je heheheh..

Kak Pilla nak sahut cabaran Prego Friday sebab rasa nak try setiap hari jumaat ialah Hari Prego hahahah.. Selalunya hari jumaat Kak Pilla lebih suka makan kat luar sebab esoknya sabtu kita tak kerja.. so boleh lah bersuka ria makan kat luar.. Tapi semenjak dua menjak ni hoihhh malas betul nak keluar.. rasa duduk kat rumah lagi best sebab tak yah nak bersiap.. boleh makan spaghetti dengan family dan relaks-relaks je dengan family tengok tv bila perut dah kenyang ;)

U know me kan.. family moment tu paling diutamakan.

Eh menceceh banyak sangat ni, jom tengok apa Kak Pilla prepare di hari Jumaat sempena Prego Friday hehehe.. 

SPIRAL PASTA WITH PREGO TRADITIONAL

 Kak Pilla guna Spiral Prego ni.. Nak masak pun mudah sebab cuma perlu rebus 5-8 minit.. Depends lah masing-masing.. Kak Pilla suka dia kembang dan lembut sikit so dalam 8 minit tu dia memang lembut betul.. Korang just rebus letak garam sikit.. dah siap sila toskan.

 Actually apa-apa masakan guna Prego ni senang je sebab Prego sauce tu sendiri dah sedap.. Tapi kita nak tambah bahan-bahan sikit bagi dia lagi power.. sila jangan pemalas sangat ye heheh.. Ini je pun bahan Kak Pilla guna.. bawang besar holland tu potong dadu, cendawan butang slicekan, setengah paket daging kisar, satu sudu cili kering blend, sedikit garam.. dan satu tin Prego Traditional.

 Panaskan minyak dan tumis bawang..

 Masukkan satu sudu cili kering blend dan daging kisar.. kacau rata hingga daging masak..

 Masukkan satu tin Prego Traditional dan kacau rata..

 Masukkan cendawan butang dan kacau hingga sebati.

 Boleh letak sedikit garam.. Kak Pilla tak masukkan air langsung sebab Kak Pilla suka Prego ni dia very thick dan kalau kita goreng dengan pasta kita nak dia pekat baru rasa umph!!

 Last sekali masukkan Prego Spiral ni dan kacau rata.. kemudian boleh tutup api dan hidangkan cantik-cantik ;)

 Tadaaaaaaaa siap satu menu.. boleh nampak sauce Prego tu meresap cantik je kat Spiral tu kan.. cukup rasa dan lazat nyamssss..

Ok jom tengok resepi kedua pulak..

CARBONARA WITH ANGEL HAIR

 Ini pun senang sangat nak buat.. budak darjah 6 pun boleh masak ni hahahaha.. Untuk carbonara ni sebenarnya boleh guna macam-macam jenis Pasta.. Prego pun ada macam-macam pilihan pasta untuk korang gunakan kalau nak masak Carbonara ni.. Ada Angel Hair, Spaghetti biasa dan Fetuccini pasta.

Tapi kali ni Kak Pilla saja nak guna Angel Hair ;) rebus pun sekejap je dan lembut.. 5 minit siap!!! 

Kali ni gunakan 4 biji bawang putih dipotong dadu, 1/4 biji bawang holland dipotong dadu, sedikit isi ayam dipotong kecil, 3 batang sosej dihiris, 1/2 gelas cawan susu segar dan sedikit lada putih.

 Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar..

 Masukkan isi ayam dan kacau rata hingga isi ayam masak..

 Masukkan sosej.. kemudian masukkan satu tin Prego Cendawan / Mushroom.. Oh ya, Prego Cendawan ni pekat (refer gambar di atas)  Sebab tu rasa dia sedap, thick, rich and creamy gitu.. Perfectly balanced taste omputeh kata hahahaha.. 

 Untuk satu hidangan keluarga tu cukup kalau guna 1 tin Prego Mushroom tu sebab dia pekat.. so boleh tambah 3/4 air..

 Boleh juga letak 1/2 gelas susu segar kalau nak.. Kalau tak nak pun ok je.. 

 Last sekali boleh letak sedikit garam dan sedikit lada putih untuk menambah perisa ;)

 Sekelip mata je siap 2 resepi ringkas menggunakan Prego Pasta dan Prego sauce ni.. Semudah 1,2,3 gittewwwwww... petik jari 3 kali je siapppp semua atas meja.. ecewahhhh..

 Licin sepinggan Amaani makan.. lepas tu yang spiral pun dia makan jugak.. cukup 2 pinggan..

 Kasih eksyen.. memula nak yang spiral je, dah habis spiral tu dia rasa kuah carbonara pulak.. terus amik pinggan baru makan carbonara pulak hehehehe

 Ncha pulak jangan kacau dia.. Dia suka makan pasta kosong je.. ni pun sama eksyen jugak.. pastu bagi dia rasa kuah carbonara terus terbeliak mata dia cakap sedap.. pastu dia amik sendiri kuah tu letak kat spiral dia hehehehe

Kak Pilla lah ibu paling gumbira sebab inilah masakan paling mudah nak disediakan, ingredients dia pun sangat berkualiti dan jangan risau sebab semua produk Prego ada certified Halal by Jakim.  Paling happy sebab satu keluarga suka.. tak payah susah-susah tanya soalan "sedap tak mama masak?" hahaha confirm diorang yang akan cakap "sedapppp mama masak" sebelum Kak Pilla tanya.. Hebat sangat ni.. sila beri tepukan gemuruh hehehehe.. 

 Prego ni ada dalam bentuk jar dan ada yang dalam bentuk can.. Yang dalam jar ni ada dua size.. 350g dan 680g.  Semua stok Prego Kak Pilla ada macam-macam jenis dan perisa hahaha.. can ada jar pon ada.. penuh dalam rack hehehehehe... 

So jom kita jayakan Prego Friday ye.. tak yah sibuk makan kat luar.. Hari Jumaat ialah hari masakan simple dan berkhasiat di rumah :)

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Facebook : Prego Malaysia
Instagram : @PregoMalaysia

Love, Filla.

7 comments:

JMR said...

ok. balik petang ni nak kena masak ni..eh suru bini masak

Alia Farhan said...

Suka yg carbonara dia tu...
Nyummmmy sgt2

cikpuanhady said...

peberet anak saya juga ni..

jemput singgah ke blogshop saya, http://mymodestycloset.blogspot.my/

Mazni Azmi said...

Sedapnya. Makan pasta time petang ahad bersama keluarga memang best

mrs kayrul said...

prego nie memang favourite kitorg satu family..wajib sentiasa ada stok kat umah

mrs kayrul said...

prego nie memang favourite kitorg satu family..wajib sentiasa ada stok kat umah

Sis L said...

i love the carbonara sauce from prego. so delicious and very easy to cook! ;)

http://leinafanna.blogspot.my/