Curi masa sikit update cerita ke Kelantan haritu.. Kali ni kita ke Kelantan untuk 2 event.. pertama tu Fame Cosmetics sebagai penaja utama malam Gala Dinner for 100 MUAs yang diadakan di Tanah Merah, Kelantan. Yang kedua pulak kita turun padang untuk join make up class by MUA di Felda Kemahang 1, Tanah Merah sambil promote dan jual product fame.
Booked flight ticket sabtu awal pagi.. Flight pukul 6:30 pagi dari KL.. sampai Kota Bharu awal pagi hehehe.. Sebab by 2 dah kena ada kat Tanah Merah.. Haruslah kitorang nak gi jalan-jalan dulu kat Pasar Siti Khadijah heheh
Sampai je sana terus tanya kat FB dan IG mana tempat best nak breakfast.. ramai suggest breakfast kat Kopitiam Kita.. So apa lagi on waze so mari kita terjah :)
Orang Kota Bharu mesti semua pernah pegi sini.. Kitorang jakun sikit hehehe.. Last Kak Pilla gi Kelantan 11 tahun dulu.. Pergh lama sangat tu.. masa tu pun takde pegi Kota Bharu ni semua.. so ibaratnya ni first time ke sini :)
Ramai suggest makan Roti Titab ni.. ni lah first time dengar nama ni.. Rupanya sedap giler hahahaha.. Pak Radie suka giler kot.. ni memang jenis-jenis makanan yang dia suka.. belah tepi sana.. sepanjang-panjang makanan ada.. kebanyakan jenis nasi.. Orang Kelantan memang terkenal breakfast makan nasi..
Sampailah kami di Pasar Siti Khadijah.. aku memang pantang betul tengok sayur-sayur ni.. geram je rasa..
Heheheheh kelam kabut aku dengan Elly sebab kejar masa.. nak belikan family kaftan, nak cari batik creep, nak beli kain sampin, nak cari kaftan anak, kaftan bibik, keropok kering goreng lagi.. Macam kartun kitorang ;)
Now memang trend batik creep jubah kot.. Huwaaaa suka tapi dia jarang so memang kena cari dress putih kat dalam kalau nak pakai jubah ni.. dalam gambar nampak biasa.. tapi sebenarnya dia ada batu-batu terabur so rasa glam je :)
berkenan so mari beli hahaha
Settle kat Pasar Siti Khadijah kitorang terus gerak ke Tanah Merah.. Lapar boleh tahan tapi kitorang plan cari makan kat area Hotel je.. sampai je nak kena siapkan gift untuk malam Gala Night tu.. bersila aku dengan Elly menyiapkan gift masuk paperbag.. settle baru turun bawah cari cafe nak makan.
Eh Spicy Wantan Noodle ni sedap ok.. licin Kak Pilla makan hehehe
Malamnya bersiap-siap untuk ke Event tu.. Pak Radie and Win dah usha tempat ni masa diorang keluar petang tu.. dekat je dari hotel dalam 10 minit je..
Wow dinner by the pool gittew.. Memula tempat ni gelap.. mati aku tercekik time makan kalau gelap gelita.. rupanya bila event start baru gilang gemilang gitu.. Untuk event ni ada 100 orang MUA termasuk bridal Kelantan yang join.. Orang Kelantan memang sporting sangat.. aku dengan Elly macam segan sikit memula tu.. tapi lelama ok memang fun sangat.. siap ada karoake bagai ;)
Pembukaan event tu Kak Elly ke depan untuk memperkenalkan produk Fame Cosmetics kepada semua tetamu yang datang malam tu.. Kak Pilla duduk tepi tepuk tangan and amik video je muahahahhaha.. pastu kena tolak suruh sampaikan hamper.. hahah.. now kena berani ke depan untuk bercakap, kitorang banyak belajar perbaiki diri, belajar untuk berdepan dengan orang ramai, belajar untuk ke depan jumpa orang sana sini.. experience yang bagus jugak sebab lama-lama dah kurang sikit rasa takut dan dapat bina confident dalam diri..
Gelap ler pulak.. Kak Pilla sampaikan hamper kepada pemenang cabutan bertuah malam tu.. Ko tak tau, kaki sakit gila dah lama tak pakai heels... keluar dari event tu.. aku bukak kasut jalan kaki ayam pegi kat kereta T___T Elly terus 'omg Filla, dasyat betul perangai pengasas jalan kaki ayam' Kaki aku sikit lagi nak cramp asyik terjongket je berjalan huahhhhhhh..
Esoknya pukul 8 pagi dah keluar dari hotel.. breakfast nasi kerabu kat area dekat-dekat situ sebelum meneruskan perjalanan ke Felda Kemahang 1.
Silapnya event ni buat hari Ahad.. Kelantan kerja hari Ahad huhu lupa plak.. tapi takpelah ramai jugak yang datang... Kalau tak lagi penuh dewan tu sepatutnya.. ramai jugak yang mengadu kenapa buat kat Tanah Merah? Kenapa tak buat kat Kota Bharu... ramai rupanya orang Kota Bharu yang nak datang tapi jauh sangat huhu.. Takpe ada rezeki kita turun lagi Kota Bharu ye.. Banyak lagi tak shopping kat Pasar Siti Khadijah tu.. Eh? hehehe.
Seronok orang Felda Kemahang ni bermakeup dan cuba Fame Matte Lip Cream and Fame BB Cushion :)
Alhamdulilah satu pengalaman yang menyeronokkan dapat turun sama-sama untuk perkenalkan Fame.. InshaAllah kita turun lagi ke negeri-negeri lain pulak lepas ni ok?
Sampai rumah terus meluru ke gate rumah nak jumpa anak-anak.. sampai je kat pintu terus Kak Pilla jerit.. Ichaaaaaaaaaa rindu mama tak? Kelam kabut dia salam, mata tak pandang pun aku.. berlari dia kat gate jerit-jerit "Papa Papa Papa!!!!"
OMG ko rasa nak amik pisau tikam dada sendiri ke apa ni? Helloooooooooo??? Aku terkebil-kebil kot kat tepi pintu.. dia lari terus pegi kat papa.. peluk papa tak ingat punya... Eh tekanan jiwa aku tau.
Pastu malam tu jugak Kak Pilla bagi kat budak-budak ni kaftan sorang satu..
Hahahah Icha suka gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kaftan ni tolonglahhhh.. aku plak bijak beli sehelai je untuk dia haritu.. hari-hari ya dia pakai ni.. basuh cepat-cepat sidai supaya malam karang dia nak pakai dah kering T__T menyesal tak beli lebih..
Sebab dia rasa kaftan tu terlalu cantik, terus cium-cium mama... Mama ni comel lah.. mama ni cantik lah.. mama ni pandai lah.. Sudahlah... lakonan semata-mata..*matakeatas*
Kepada orang-orang Kelantan, terima kasih daun keladi untuk experience berharga buat kami Team Fame Cosmetics.. Doakan kami berjaya dan nama Fame Cosmetics terpahat di hati semua ;)
Bye.
Love,
Filla.
7 comments:
Lawa baju elly yg black and white tu. If dont mind, boleh tanya beli kat mana?
Comel gelagat icha
-sha
Kaftan tu klu org kelantan, kami panggil baju kelawar je k.filla... 😂😂😂
felda kemahang 1 tu kg kiteww...tp syg x balik time kak pilla datang, klu tak mesti boleh join jgk
budak2 kecik pakai kaftan mmg comel fila.. semoga terus sucsess
Icha macam senyum terpaksa je kak..haha
filla, cuba datang ke kraftangan sempena promosi Kuala Lumpur International Craft Festival (KLICF) kat jalan conlay... belakang prince court hospital je... dari 24 nov hingga 27 nov ni ada jualan kraf dr dlm dan luar negara... usahawan2 dari kelantan dan terengganu pun ada... kalau nak cari kaftan untuk kanak2, selalunya usahawan ada jual... nk cari barang kraf dari luar negara pun banyak... tapi untuk 4 hari ni je la...
Post a Comment