Wednesday, October 26, 2016

PROMO DEEPAVALI 2016.


Jom beli Set Ellfie Essence dan Set Ellfie Gold Serum sempena Promo Deepavali ni.. Bukan selalu pihak Ellfie Beauty nak bagi promo ni, so better beli dalam masa 3 hari ni je.

Promo selama 3 hari bermula:

26 Oktober 2016 (Rabu) - 28 Oktober 2016 (Jumaat)



Set Ellfie Essence
Harga Asal : RM120 (Semenanjung Malaysia)
RM130 (Sabah / Sarawak)

Harga Promo : RM100



Set Ellfie Gold Serum (10 botol)
Harga Asal : RM130 (Semenanjung Malaysia)
RM140 (Sabah / Sarawak)

Harga Promo : RM110

*Free Postage*

Kita bagi adil dan saksama.. Orang Sabah dan Sarawak pun dapat harga Promo jugak.. So ni lah masanya untuk korang yang asyik berfikir nak try tapi tak try-try lagi.. Beli masa harga promosi sebab penjimatan berbaloi-baloi.

Kepada pengguna tegar Set Skincare dari Ellfie Beauty ni silalah stock up masa tengah murah ya.. Selepas pukul 12 malam 28 Okt 2016 promosi habis tau jangan menangis di bucu katil ye.. Jom whatsapp sekarang.


Whatsapp: 013-2755197



"Happy Deepavali"


Love, 
Filla.

Tuesday, October 25, 2016

Kongsi Diet Cara Kak Pilla, walau pun belum terbukti berjaya.

Aku tak tau if diet dan angan-angan nak turunkan berat badan ni berjaya ke tidak.. Sebab kalau korang baca blog, follow ig dan lain-lain korang tau kot ni kali ke berapa puluh ratus ribu kali aku diet heheheh... 

But this time aku tak stress sangat masa berdiet.  Aku relax dan go with the flow.. Memang lah kalau tengok makanan tu rasa tertelan ailio sebab normally aku akan masak setiap petang untuk dinner sekeluarga.  Wan pulak cakap, masa semua makan jangan lah mengadap orang makan.. Masalahnya dah 12 tahun aku kahwin ni, aku memang dah terbiasa makan bersama.. hahahah bagus jugak Pak Radie ni sebab pasal dia aku jadi camni.. Family aku kalau bab makan ni kitorang jenis "Nasi Malaya" Wan memang rajin masak masa kitorang kecik-kecik, tapi Wan kerja, Atok kerja polis shift so memang takdelah selalu dapat makan semeja anak beranak.. Mama akan masak dan tinggalkan lauk kat atas dapur.. so siapa lapar, konsep dia cedok nasi sendiri amik lauk sendiri pegi lah kau makan, janji kenyang.. 

Pak Radie masa bujang pun hampeh jugak.. Ingat lagi mak mertua dulu pernah cerita.. "Radie tu kalau mak masak, dia bukak tudung saji tengok tak berkenan je dia memang amik kunci terus keluar makan kat luar".. Wow.. kalau aku, memang aku piat-piat telinga dia.. berani bukak saji tengok lauk tak kena selera terus blah.. Tapi mak mertua memang jenis sempoi, ko nak makan kat rumah ke kat luar lantak ler.. janji mak kau dah masak.

So kami berlainan sebenarnya.. tapi sejak kahwin dan ada keluarga sendiri ni.. aku banyak terikut cara dia yang makan kena sama-sama.. pinggan makan kena atur atas meja.. lauk kena hidang.. gelas, air semua kena ada atas meja siap-siap.. OMG aku kawin dengan anak raja ke apa ni.  in a way memang bagus sebenarnya sebab seronok tengok diorang semua makan lauk-pauk aku masak.. Pastu tak berkesudahan berpuluh tahun tetaplah aku tak bosan tanya

"Pa sedap tak ma masak?" 
"Kasih dap tak?"
"Amaani sedap tak mama masak?"
"Icha dap tak?"

Padahal Icha makan nasi dengan kicap letak telur dadar je kot.. "Pandaiiii mama masak" wow kembang kempis pom pom pom meletop mak kau.  

Eh melencong pulak.. Aku nak cerita pasal diet aku dah seminggu ni.  Ramai yang cakap aku takde lah gemok mana.. Ye aku ni jenis badan kecik bahagian atas.. bahagian bawah je selalunya kembang.. Kalau aku ni main hentam je makan dari dulu aku percaya aku dah jadi labu sayung huhu.. Dari dulu aku jarang gila breakfast makan nasi.. tapi nampaknya tak berjaya jugak kurus... Aku bukan nak kurus gila.. cuma lately ni baju kat bahagian pinggul macam tersekat je.. dan kain baju kurung macam sendat je.. lagi nak biar ke? Nooooooooooooo takut.. 



Breakfast
Pagi kat office aku akan makan 2 keping wholemeal bread letak tuna and salad.. buat ler nes letak 1 sudu kecik gula.  Walaupun korang suka bagi perbandingan "Kak, 2 keping roti bersamaan 1 pinggan nasi, so baik akak makan nasik je"  Ye aku memang tak pandai dan tak kuasa nak kira-kira kalori semua ni.. Aku tau badan aku sendiri.. Kalau aku tak makan nasi, memang aku turun berat badan dengan cepat.. Kain pun rasa tak berapa sendat walaupun baru seminggu.. perut pun dan kempis sikit.. 


Lunch
Biasanya kalau lunch time ni aku pemalas sikit.. food court kat office ni belambak makanan tapi still aku malas nak pegi.. Kecuali aku lapar sangat aku seret jugak lah kaki.. beli sayur-sayur je buat ratah-ratah.. kenyang dia boleh tahan lah sampai ke lewat petang.  Lagipun aku memang suka sayur-sayur goreng atau sup.. Aku tak diet giler-giler sampai tak boleh ada minyak ke apa ye.. aku cuma kawal pemakanan aku supaya tak terlebih makan ;)

Petang
Aku takde kudap-kudapan petang ke? Memang takde kalau aku dah amik lunch.. Aku lebih kepada makan yang heavy-heavy terus.. dari dulu macam tu.. So selamat lah sikit sebab aku takde teragak nak kudap-kudap.  Tapiiii kalau aku just breakfast je dan tak lunch.. Ko giler.. masuk pukul 3:30 macam tu terus menggelupur hahahaha.. so aku ami Kasih balik sekolah dalam kul 5 petang tu makan lah roti seketul buat alas perut.


Dinner

 Oats.

Sayur Wan masak.. 

Rutin aku biasanya sampai rumah aku akan masak untuk diorang nak makan.. Kitorang akan dinner awal.  Sekarang maghrib dah cepat kan.. so maghrib dulu siap-siap pastu terus makan.. orang lain memang makan nasi.. Kak Pilla kadang makan sayur, kadang sup sayur.. atau kadang buat quaker oats makan dengan lauk.  Ahad pagi haritu Pak Radie tapau puri, tertelan ailio ai olls hahaha.. Tapi aku buat oats makan dengan kuah kari ngan letak kentang yang lauk puri tu.. Pergh lazat.  Oat pun jangan lah kau tala semangkuk besar.. buat mangkuk comel je makan dengan lauk-lauk.. serious takdelah seteruk yang korang bayangkan.. sedap je rasa macam bubur nasi makan dengan lauk je.. 

Sekian saja Kak Pilla share diet Kak Pilla yang baru seminggu ni.. Kita chill je jangan stress atau ada target sangat... sebab bila ada target ni selalunya kita jadi stress sebab nak achieve target tu.. Pastu nanti end up putus asa.  Ni aku weight scale pon takdo kat rumah hahahahah.. Nantilah beli.. so sekarang jaga-jaga jelah bab makan tu.. nanti lelama biasa lah kot.. Korang bila nak start diet? Jomlah kita sama-sama cuba.. kita tengok siapa kecundang dulu kahkahkah..

Kalau Kak Pilla tak istiqomah sila jangan kecam ye.. Awas kalau kecam.



Love, 
Filla.

Thursday, October 20, 2016

Wow Pilla Update Blog.

Wow jarang berlaku ni.. semalam dah update, tetiba harini update lagi.. fewiitttttt hehehe..

Baru lepas melepaskan lelah ni... meja kerja berlonggok tapi ahkak dah settlekan semua kerja baru boleh tarik napas lega sambil bersila peluk bantal duduk kat kerusi ni.. 

Ahad haritu keluar dengan Atok and Wan gi Ikea.. Budak-budak ni bangun tidur melonjak gi mandi hehehe.. Budak memang suka pegi ikea kan? Singgah umah Pak Long dulu amik Wan ngan Atok.. Wan banyak nak tengok-tengok pasu comel-comel, nak beli rack kecik lekat kat dinding.. sebab Wan dah berkemas dapur Wan yang duduk kat luar tu.. meja kecik tu dah campakkan ke rumah sewa.. so now meja baru ;)

 Makan dulu.. Aku kalau bab makan ko tak yah citer lah.. Semua benda rasa nak makan.. beli meat balls 3 pinggan total (50 ketul meatballs) hahahha ingatkan cukup, rupanya tak cukup hahahahahah... belikan atok chicken grill ke apa tah.. beli chicken wings lagi.. Pastu Wan pulak bangun nak tambah lagi meatballs.. Sekali Wan datang balik, dia bawak meatballs, garlic bread, cake, mushroom soup.. Homaiiii.. perangai sama ni dengan anak dia.. dedua suka je cuit sana cuit sini.. pastu Wan ngadu 

"Mama pun rasa macam dah gemok sikit"

Ooooooo.. pastu dah balik, esoknya Wan send gambar ni:

Lagi dasyat Wan ni kan?  Kalau aku duduk dengan dia je berdua confirm badan ai bagai di pam-pam.. sungguh mengerikan... Ni pon Wan dah call tadi, dia ada beli macam rak tu kat HomePro pastu dia try pasang sendiri tapi tak reti hahaha.. banyak nau skru ni.. dah lah mata mama tak nampak.. nak datang umah ko lah minta tolong radie pasang.. 

"Eleh, pasang rak pun tak reti?"

"Ko pandai ke?"

Hahahha eh gaduh pulak.. Kitorang memang teruk bab pasang-pasang ni.. Pak Radie je suka benda-benda macam tu.. Ingat lagi dulu beli rak pinggan yang kena pasang dengan skru.. berpeluh-peluh aku pasang dengan Atok Braim.. pastu berjaya siap "Yesss Yesss!!!" dengan Atok.. sekali rupanya pasang terbalik muahahhahahahah sesama gelakkan diri masing-masing.. so like father like daughter.  Radie terbalikkan mata je tengok perangai aku.

Ni Wan dah pesan tak yah masak.. mama masak bawak sana.. Haishhhhhh bergegar nafsu makan acaner ni.. Wan cakap dia masuk sayur je untuk aku.. Ok kalau sesiapa kat rumah tu nampak aku amik nasi dengan lauk lain sila cucuk tangan aku dengan garpu.  #adiktakkuadddddd

Eh apa merapu banyak sangat ni hahahhaha.. Sambung lagi gambar Ikea.

Anak dari intan payung ketipang ketipung.. Kasih Aleesya atau Icha atau Ncha.  Dah bulat pipi.. badan debab, dagu berlipat.. bakal mewarisi Ani time kecik, mewarisi Kasih time sekarang hahaha.. Ni pun selalu bergaduh ngan aku gak.. menjawab no.1.  nak ikut perintah dia je.. cantik muka?  dengan Papa boleh, dengan mama sorry.  

 Comelkan baju Ncha tu? Beli kat Bali haritu.. Pagi tu bergaduh sebab dia tak nak pakai baju tu.. pastu aku cakap "kalau tak pakai, tak yah ikut.. duduk rumah dengan bibik".

Terus dia senyap tapi mata hitam berpusing ke belakang.

Ramai yang cakap Amaani dah kurus.. A'ah betul dia dah kurus.. Biasalah budak-budak.. teringat dulu Kasih darjah 1 pun kurus sampai boleh kira tulang kat badan melengkung macam gitar.. Ko tengok sekarang perot dia kedepan.. kalau melompat bergegar satu badan hahahahah.. so don't worry ok? Amaani alhamdulilah sihat dan berselera makan.. 

 Lawa tak tempat makan and lepak Wan ngan Atok?  Wan dah lama cari-cari meja untuk kawasan belakang ni.. Wan cakap suka tengok kat Korea rumah diorang semua meja makan kayu macam ni.. So yang designkan ni sapa lagi kalau bukan Pak Radie.. siap ada bench ada penyandar.. bench tak de penyandar.. dan single chair dua ketul.. 

Comel sangat.. terbayang Wan ngan Atok berdua makan kat sini.. sebab diorang tak suka makan kat meja makan kat dalam tu.. ni keluar je dari pintu dapur terus ke sini.. Haritu masa dah keluarkan meja lama tu.. Wan cakap dia bentang tikar makan dengan Atok.. olo lo looo sweetnya.. 

Atok kan cerewet? Pastu baru ni Wan citer yang Wan tercalarkan meja ni sikit.. Wan kan dah letak pasu ikea yang beli aritu.. pastu wan tarik kot tercalar.. hahahah Wan takut kot.. cover sikit letak apa tah atas tu, pastu wan keluar gi kelas.. balik dari kelas terus kena soal dengan Atok kenapa meja tu calar.. hahahahahah Atok Braimmmmmm memang pantas ya.. dari kitorang kecik lagi.. dia suka belek barang-barang.. calar tak leh, habuk tak leh.. semua tak leh.

Terus Wan bentang table runner.  heheheheheeh.. Kak Pilla hadiahkan set meja makan ni.. Wan siap bising-bising cakap tak payahlah tak payahlah.. Aku cakap takpe saja je sempena Wedding Anniversary Wan ngan Atok 6 November.. bersamaan tarikh lahir arwah adik aku.. So sad.  

Painting tu belikan masa gi Bali aritu.. sebab dah tau Wan ngan Atok nak elokkan sikit tempat makan tu kan.. tu saja beli.. Tak sabar nak balik Enstek sebab kitorang suka berlonggok duduk belakang ni.. Kalau Wan masak aku lepak kat sini.. heheheheh.. 

Semoga ayah dan mama panjang umur, sihat sejahtera.. Tak boleh bayangkan kalau takde ayah dengan mama.. I'm manja like that, what to do.. aku memang anak pompuan sorang.. itulah tempat bergaduh, itulah jugak tempat nak berborak luah perasaan.. sebab tu kepantangan aku orang usik family aku.. buatlah apa je kat aku, aku ok.. tapi jangan buat mak aku menangis.. dari dulu bertahun-tahun dulu aku pernah cakap don't ever bagi mak aku menangis tak kira kau siapa pun.  

Dulu jahil sikit, aku cakap aku takkan maafkan siapa yang buat mak aku menangis dan kacau family aku.. tapi Wan marah, jangan putus silaturrohim Allah benci dan Allah kata, kau putuskan silaturrohim kau dengan orang lain, maka aku putuskan silaturrohim aku dengan kau.. Ok takut.  So aku maafkan, tapi seriously aku serik dan takkan simply percaya dan lebih berhati-hati memilih kawan.. orang tua-tua cakap berkawan berpada-pada.. bercinta berpada-pada.. Gitew.  Now dah tua baru aku paham.

Eh banyak pulak bunyik.. Nak citer pasal ikea dengan meja je kot.. 

Ok tata semoga terhibur ;)



Love, 
Filla.

Wednesday, October 19, 2016

MEMBESAR BAGAI JOHAN.

Sorry lama betul Kak Pilla tak muncul di blog :(

Busy mengalahkan menteri kabinet hahahahah.. Kehidupan sekarang ni agak sibuk sikit.. Asal nak type je terhenti tengah jalan, atau belum mula lagi dah terpaksa off pc ni.. Kena atur betul-betul apa nak buat lepas ni.. 

Korang semua sihat ke? Semua busy jugak macam ahkak Pilla ke? So marilah kita bebel sikit-sikit ok... 

Sekarang ni Kak Pilla tengah stress sebab rasa macam makin 'membesar' dan 'memberat' je ni.. Si bibik tu lagi aku stress dengar pengakuan ikhlas dia..

Aku: Bik, saya rasa macam gemok sikit lah.. gemok ke?

Bibik: A'ah puan, memang nampak berisi dari dulu.

Aku: Naik banyak ke? Eishhh dulu masa kamu baru kerja sini saya baru habis pantang rasa kurus je.. sekarang pulak gemok.

Bibik: Iya masa saya mula kerja, memang puan kurus.. kurus banyak lagi, sekarang agak berisi.

Eh shadap u.  hahahah takde lah.. ai layan bibik ai baik tauuuu.. Memacam yang aku plan nak start buat dari sekarang.. antaranya ialahhhhhhhhhhh:

1. Bangun awal weekend dan ajak suami berjogging.
2. Balik dari kerja, settle masak nak tukar baju sukan dan workout dalam bilik tidur.
3. Lari 1000x (setempat)
4. Buat 10 minutes abs workout
5. Buat sit-up at least 50 kali sehari.
6. Join zumba semula
7. Skipping
8. DIET

Ok mari kita pecahkan lagi isu DIET ni.. Aku plan nak makan healthy food.. macam amik wholemeal bread.. TAK NAK MAKAN NASI.. nak buat salmon or chicken breast grill, malam bancuh quaker oat dan makan dengan lauk je.. no nasik.. or just hirup sup-sup je.. 

Tapi dari no 1 sampai no 8 takde satu pun aku start buat lagi.. muahahahhahahah rasa nak luku kepala sendiri.. Masalah aku ialah AKU SUKA MAKAN... aku takde belanja sangat untuk diri sendiri seperti beli baju, beli seluar.. aku takde masa nak beli semua tu.. Aku suka belanja duit beli makanan sedap je.. Herghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... 

 Gulp.

Gulp.

Gulp.

Gulp.

Caner nak kurus kalau tengok makanan rasa nak baham je.. Dulu aku tak macam ni pun.. Why why why???? Ada sesiapa bersama Kak Pilla tak? i'm not alone kan??? So agak-agak bila kita nak berubah ni... Suka tengok few kengkawan aku dah kurus.. Kawan masa belajar dulu nama dia Mimie.. Dia bukanlah besar sangat pun.. biasalah mak-mak dah ada anak-pinak ni.. Hari-hari aku tengok kat ig dia gambar lauk (healthy food) pastu letak caption ke hashtag tah #thicktothin.. Suka tengok semangat dia.. pastu sorang lagi Mimi Hamid tu.. aku kenal Mimi Hamid ni since dia bercinta dengan suami dia dulu.. Encik Awak ye? hahahhaha.. Mimi ni pernah datang umah aku masa aku buat birthday party Kasih kot.. Kasih baru 2 tahun ke 3 tahun macam tu.. Now Mimi pun dah kurus banyak gilaaaaaaaa!!! Suka jugak tengok gambar makanan dia yang berkhasiat tu.. 

Ok setakat suka je tapi aku still masak dan pastu terbayang makan dengan nasi panas-panas perghhhhhh hahahhhahaha.. Ku tak mampu melawan nafsu.

Koranggggggg jom kita start diet nak??? Kain ahkak dah sendat dah ni, sebab tu ahkak stress pagi ni..

Kalau korang ada resepi simple-simple tapi sedap untuk dijadikan lauk dinner sempena berkobar nak diet ni.. mohon share lah ya.. masak still kena masak untuk orang kat rumah tu.. cuma nak masak lauk diet untuk diri sendiri.. Help me k.






Love, 
Filla.

Friday, October 14, 2016

Kak Pilla nak bagi Voucher bernilai RM80.

 Sekejap je dah tiba masa nak sambut Anniversary :)

Jangan tekejut pulak setahun berkali-kali pulak celebrate Anniversary hehehe.. Actually ni nak cerita tentang The BIG 1 Year Anniversary U for Life.. Kak Pilla dah sign up dengan U for Life ni last year August kalau tak silap.. Wow dah setahun bersama!

Ni lah syarikat insurans paling sempoi sekali pernah Kak Pilla tahu.. Siapa ingat lagi Kak Pilla cerita pasal Insurans U for Life ni? Kalau lupa sila click SINI.

Bayaran bulanan bermula daripada RM9.85 sahaja.. Depends umur jugak.. Last year umur Kak Pilla baru 36 tahun wowww BARU 36 tahun ye... Masa isi online form tu.. Kak Pilla cuma perlu bayar RM12.95 je sebulan.. untuk insurans bernilai berapa yek?  RM100,000.00 ye adik-adik.  Seronoknya dengan U for Life ni ialah cara nak apply tu macam petik jari je.. click click click terus dah dicover dengan insurans.. Eh tak caya lah.. Yes kisah benar ni tak tipu.. Less than 10 minutes korang boleh submit dan immediately covered dah.  minimum ialah RM100,000.00.. tapi jangan risau.. ada duit lebih sikit kita amik lah yang cover RM500,000.00.  

Pastu kannn.. tak yah lah korang nak isi form tebal-tebal yang rasa nak pitam banyak benda nak sign.. main sign je pahamnye tidak jugak hahahah.. dah tu nak submit dan kena tunggu berminggu-minggu pulak.. lulus ke? gagal ke?  dengan U for Life ni lepas click submit.. Lepas payment confirmed, terus dah dicover dengan insurans takyah tunggu approval dah.  Medical check up camne?? Eish tak yah susah-susah nak gi hospital bagai.. tak perlu semua tu.. Insurans U for Life ni mudah, bukan jenis menyusahkan orang.. Itu yang kita nak.. tak nak serabut-serabut kepala otak.

Sejak dah ada insurans, hati rasa tenang sikit.. Kalau tak tu terfikir jugak apa jadi kat anak aku kalau aku takde? Apa jadi kat aku kalau laki takde? Eish memang sensitif, siapa suka nak fikir kemungkinan yang tak best.. tapi itulah kehidupan, kena realistik.. Kita selalu fikir, eish tak baik fikir benda-benda tak elok.. Ini bukan sebab kita nak sangat benda tak elok terjadi kat kita dan family.. But what if??? masa tu baru nak menangis dan menyesal? Macamana nak besarkan anak ni? Duit cukup untuk makan je.. Sebab tu perancangan masa hadapan tu penting.. Kena selalu berhati-hati dan plan future elok-elok.

 Kesayangan ;)

Ok, sempena The BIG 1 Year Anniversary U for Life ni.. baiklah korang sign up je e-form tu dan submit.. Umur berapa? 36 tahun? Kalau 36 tahun x lebih RM13 sebulan.. kalau lagi muda dari tu lagi lah murah.. kalau lebih dari tu pun takkan mahal mana..

Kak Pilla nak ajak korang sign up sebelum 31 Oktober 2016 ni supaya korang boleh dapat voucher bernilai RM80.  Eish dah lah monthly murah.. dapat voucher RM80 pulak.. tunggu apa lagi... 

Senang je kan? Kalau sign up dapat voucher bernilai RM80.. Kalau introduce kan ahli keluarga atau kawan-kawan korang leh dapat RM50 untuk sorang yang berjaya sign up. 

Nak tau lebih detail boleh visit U for Life ya.





Love,
Filla.

Monday, October 10, 2016

NAK BELI FAME COSMETICS? NAH LIST STOKIS PI WHATSAPP ;)

Ni untuk korang yang malas nak carik agent / stokis Fame Matte Lip Cream dan Fame BB Cushion.

Meh akak senangkan kerja you all.. Nak beli tapi nak beli kat mana?

Fame Matte Lip Cream now ada 7 warna, you all boleh refer gambar bawah ni untuk warna-warna yang kita ada.. Cuma RM29 sebatang.  Kalau tak clear jugak boleh visit ig @fame_cosmetics ok..



Set Limited Edition pula seperti gambar di bawah ni.. Satu set RM70 (excl. postage)


▪Perlis
(stockist needed)

Sila whatsapp stokis-stokis di atas ni kalau nak ye.. boleh tanya diorang jugak kalau korang nak COD kat kawasan korang, diorang boleh pass kepada agent-agent bawah diorang ;)




Fame BB Cushion

BB Cushion Fame ni cuma RM55 sahaja.. ada dua code.. Kalau Kak Pilla pakai Code Fair.  So tengok bawah ni stokis-stokis BB Cushion:


Stokis

▪Kuala Lumpur 
Usmi : 0192782041
Suraiya : 01110734047
Mia : 0176098343
Ika : 0193713149

▪Selangor
Letchummy : 0123230198
Fizah : 0172092515
Baiah : ‪ 018‑324 0682‬
(1 stockist needed)

▪Melaka
Shuhada : 0176650135

▪Terengganu
Zuhaira : 0196544787

▪Penang
Nana : 0179409005

▪Negeri Sembilan
Hazlin : 0137447906

▪Johor
Noraini : +60 17-752 1506


▪Perlis
(stockist needed)

▪Kelantan
(stockist needed)

▪Perak
(stockist needed)

▪Kedah
(stockist needed)

▪Pahang
(stockist needed)

▪Sabah
(stockist needed)

▪Sarawak
(stockist needed)

Ok itu je.. Silalah contact mereka-mereka ni untuk membeli ya.. dan mana-mana negeri yang stockist needed tu korang yang nak mencuba menjadi keluarga Fame Cosmetics jom whatsapp.. InshaAllah kita boleh jual jangan risau... bermula dari sekarang kita sama-sama tambah income InshaAllah..

Whatsapp 013-3760466

Thank you korang..


Love, 
Filla.

RESEPI SAMBAL BILIS KENTANG KERING-KERING.

Harini nak share cemana nak masak sambal ikan bilis kentang..

Tapi Kak Pilla suka buat yang kering-kering supaya kekal rangup ;)

Cara dia senang je.. Pastikan korang ada bawang merah and putih blend.. cili kering blend.. 

So memula goreng dulu bilis tu sampai rangup.. lepas tu kentang tu potong wedges dan asingkan.. 

Panaskan kuali dan minyak.. Minyak tu biar lebih.. letak je 3 senduk macam tu.. bila minyak dah panas.. cedok je 2 sudu besar bawang merah blend, 1 sudu kecil bawang putih blend.. tumissss... pastu masukkan cili kering blend dalam 2 senduk.. masukkan sedikit garam dan sedikit gula.. masuk sekali 1 asam keping.. kacau rata sampai cili betul-betul masak dan hampir berbuih-buih.. 

Pastu terus masuk bilis dan kentang.. kacau sampai sebati pastu angkat letak dalam tapis besi tu, toskan minyak tu.. so nanti takde lah bilis korang tu selekeh-selekeh dengan minyak.. sebenarnya kalau ada kentang, bilis tu takkan rangup sangat esok-esoknya tu.. kalau nak sambal bilis kering tu tahan berhari-hari rangup, tak yah masuk kentang.. ni sebab nak makan terus ;)

So itu jelah pun masak dia.. senang nak mam kan? sila buat ni.. makan dengan nasi panas.. rajin sikit gi buat telo mata kobau.. buh kicap.. perghhhh terangkat..



Love, 
Filla.

Friday, October 07, 2016

PARENTING JADI MUDAH DENGAN MAXIS ONE KID.

Hi korang ;)

Harini Kak Pilla nak cerita pasal Maxis ONE kid pulak.. Apa tu Kak Pilla.. Yeszaaa ni lah satu-satunya jam tangan pintar sesuai untuk anak-anak kita yang dah melangkah ke alam persekolahan dan ada masa-masa yang mereka terpaksa berjauhan dengan kita.  Bila berjauhan dari anak, mesti kita akan terbayang, anak makan apa? anak buat apa kat sekolah? Kak Pilla pasti ibu-ibu lain pun ada perasaan yang sama dengan Kak Pilla betul tak? Setiap detik tu asyik teringat anak tengah buat apa ;)

Well normal lah kan sebagai ibu bapa, otak kita ni memang fikir tentang anak-anak je.  Terima kasih kepada Maxis sebab melancarkan device dan plan for kids!  Jam ni ala-ala "smartphone" yang direka khas untuk kanak-kanak.. Jam ni warna-warna dia so cute and catchy, function dia mudah digunakan oleh kanak-kanak dan memang memudahkan tugas kita sebagai ibu-bapa nak berkomunikasi dan nak track anak kita berada di mana :)


Amaani kemain lagi dia nak gi sekolah hahahaha.. So canggih anak ai hahahah.. Dah pesan kat dia, kalau pakai jam ni jangan buka!! Jangan bagi kat orang lain.. 

Setahu Kak Pilla, Maxis adalah telco pertama yang mengeluarkan kid phone and plan ni.. So canggih, thumbs up Maxis sebab mengambil kira keperluan ibu bapa macam kitorang ni.. Sejak ada kids watch ni, Kak Pilla and Pak Radie selalu boleh call Amaani.. Kadang dia yang call kitorang.. Amboi kemain lagi dia tu hahaha.. Sebab apa kid watch ni best? Sebab kita boleh set 10 orang paling rapat untuk kita install number telefon dalam kid watch tu.. So senang dia nak call 10 orang tu.. Boleh letak nombor mama, papa, Wan, Atok, Nenek, Ibu, Mama Yatie.. Tu baru 7 orang hahaha.. Paling best sebab dia unlimited calls to all 10 contacts tu.

Best kan?



Konsep dia ialah anak kita pakai Kid Watch tu.. dan kita kena download apps mwatch macam gambar kat atas ni.. So bila kita dah linked dengan jam tu.. automatically kitalah yang registered as Admin kepada jam tu.  Macamana tu? 1 Admin untuk Kid Watch ni.. Tapi Kak Pilla as admin boleh assigned 3 orang untuk jadi Guardian kepada watch ni.. Maknanya Guardians pon boleh monitor anak yang pakai jam ni.

Kak, anak saya 3 orang, kalau saya nak belikan 3 jam ni untuk setiap anak macamana? Kena ada 3 orang Admin ke? Jawapannya Tidak! 1 Admin untuk 3 jam also can ;)  Senang sangat kan?

Kenapa kita nak kena assigned Guardian?  Haaaa guardian ni lah yang ada laluan untuk monitor location anak kita, receive SOS dan location notifications via parent's application tu.. 

Apa lagi function Kid Watch ni? 

So canggih ya, Kid Watch ni siap ada camera hahaha.. Amaani boleh send picture yang dia snap tu kat Kak Pilla dan semua 10 orang contacts yang ada dalam Kid Watch dia.. so cool kan? heheheh..  Watch ni boleh buat phone call dan voice message kepada contacts jugak ;)

Simple dan senang digunakan anak-anak

Siap ada family chat whahahah comel sangat

Bahagian belakang jam.. Nak charge pun senang je.. charger tu punya cable macam magnet.. terus melekat belakang jam ni dan kita charge macam biasa.. Battery life dia pun lama bertahan.. Let say kita charge sampai full 100% dia akan bertahan 3 hingga 5 hari.. Watch ni kita boleh tukar strap dia dan boleh bukak jugak, bawak watch je tanpa tali hehehe.. 


Jangan lupa call Mama ngan Papa harini ok? Kalau Amaani free boleh send picture Amaani harini tau? 

Memang seronok bila ada Kid Watch ni.. rasa dekat walaupun berjauhan.. siap boleh track location dia pulak tu.. so tau lah dia kat safe zone or dangerous zone.  Siap boleh silent call tau.. kalau silent call kita boleh dengar environment dia.. boleh try buat silent call masa dia kat dalam kelas hahahahahhaha... 

You guys boleh check youtube video kat bawah ni ok? Letting her go doesn't mean to let her go, stay in touch with your kids, no matter how far :)


Untuk maklumat lanjut tentang Maxis One Kid boleh check link ni ok:



Berbaloi-baloi ;)



Love, 
Filla.

Wednesday, October 05, 2016

MUA Event at Orchid Room Majestic Hotel

Baru-baru niu ni Fame Cosmetics ada buat event kat orchid room, Majestic Hotel.  Tujuan kita buat event ni ialah untuk memperkenalkan Limited Edition Fame Matte Lip Cream.. Now kita dah ada 7 colours yang remain dan Limited Edition ni ada 2 lip cream in a set.. colour tu ialah Topaz dan Glam which korang boleh purchase set tu dengan harga RM70 sahaja.

Set tu dah mula di jual di pasaran September lepas, tapi event ni kita terpaksa buat lambat sikit untuk distribute kepada MUA pulak.. Happy sebab semua MUA tersangat suka dengan dua colours dalam set ni.. Selain tu event ni diadakan untuk menyampaikan rasa terima kasih kami kepada MUA2 yang always support Fame Cosmetics.

Suka dengar bila MUA cakap ramai yang kenal Fame Cosmetics ni.. Selain dari MUA2 yang selalu gunakan Fame ni, tak lupa jugak kepada stokis dan agent Fame yang banyak membantu untuk memperkenalkan lagi Fame Cosmetics.. Untuk stokis kita dah bagi reward bag LV haritu sempena sales meletop dari top-top stokis.. dan Kak Pilla dengar stokis pon baik hati juga ada buat reward untuk agent-agent bawah diorang ni..

Kami di Fame selalu kata tak rugi kita spend lebih kalau ada rezeki lebih.. apa salahnya rezeki yang ada kita kongsi-kongsi sebab kita kerja dalam satu team.. Dropship pon banyak membantu, sebab stokis-stokis semua ada bagitau Kak Pilla diorang ada ramai gila dropship.. siapa nak bagi extra income kan?? cari customer je pun lain semua stokis uruskan.. janji rajin ;)

Cantik sangatkan Orchid Room ni? Romantik je rasa ;)

 Sebelum event start, makan dulu supaya tak menggigil kelaparan hehe

Ikut plan asal, Kak Pilla macam tak dapat join sebab nak berkejar dari office takut tak sempat.. So makeup pon last minute je.. ingat make up jelah sendiri, tapi hazab jugak rupa tu kalau make up sendiri hahahah.. Sib baik MUA Ferra sedih tengok muka Kak Pilla make up sendiri macam tak make up.. Sib baik dia make up kan, sekali bila MUA2 ni sampai, hambik kau, meletop-letop masing-masing.. hahahah

Tulah paling besar mata Kak Pilla boleh bukak.. tak biasa pakai fake lashes ni.. mata sedia ada memang dah kuyu sepet... dah pakai ni lagi lah berat hehehe


 with Elly theme haritu ialah white.

 hadap ler ya muka belambak heheh

 with salah sorang MUA

Jangan terkejut ye sebab ramai lelaki jugak hehe.. sebenarnya semua ni MUA terkenal jugak.. 

tengah try Limited Edition.

Sedapnye ;)

 gorgeous semuanya

 candid katanye

 all of us



 Fame Cosmetics Founders


 sebenarnya haritu Kak Elly yang bercakap, tetiba dia minta aku ngan Peej plak sampaikan 2,3 patah kata-kata cisss tekejuit akak.


in Topaz.

Ok itu je update kali ni ya.. Kalau nak tengok lagi colour2 menarik selain Limited Edition ni you all boleh visit ig @fame_cosmetics ya

Thank you ;)




Love, Filla.