Thursday, July 14, 2016

BERBUKA PUASA DI AKHIR RAMADHAN.

Selamat Hari Raya!!! Adoi entry tulang sihat kemain lama dari bulan puasa hahahaha... Beraya sungguh Kak Pilla ni hahahha..

Entry kali ni Kak Pilla kumpul semua gambar and buat satu entry.. semoga kita bertemu lagi tahun hadapan ;)

Anak bongsu kesayangan.

Minggu last Ramadhan haritu ada buka puasa bersama Team Ellfie and Fame kat The Majestic.. Food kat sini memang terbaek.. 

Suka Majestic sebab semua jenis food ada kat sini.. Nak nasi lauk pauk ada, western food ada, segala udang, ketam apa semua ada.. sushi pon ada.. tempura ada.. indian food ada.. italian food segala pasta, pizza semua ada dan jenis order baru chef masakkan untuk you all kat situ.. wow sangat.. saya bagi 5 bintang.

sotong kurita pon ada ;)

Kambing golek pun ada.

Banyak lagi makanan tapi tak snap gambar... Sup ekor terbaekkkkkk!!!

Ni jelah gambar reramai kat meja makan yang proper.. Pak Radie takde sibuk amik makanan lettew.

Semua perempuan hahaha.. anak-anak Kak Pilla and Kak Elly.  Tapi Icha tu rasa nak tumbuk kan?  Suka nau buat muka time amik gambar..

Team laki bini.. Alhamdulilah setelah bertungkus lumus dengan Ellfie dan Fame, harini rehat makan puas-puas.. Mula dari bawah bersama-sama dari modal sekecik-keciknya.. sampailah sekarang dah ada office dan dah ada pekerja dan dah ada ramai stokis dan agents.. Banyak lagi impian yang belum dicapai dan masih dalam perangkaan tapi InshaAllah akan direalisasikan dengan pantas.  Dalam perniagaan ni tak boleh lambat langsung.. kene sentiasa bergerak dan kalau boleh lebih pantas dari orang lain.. Siapa lambat memang bye.. Marketing strategy pon paling penting sekali.. Semua kena plan betul-betul.. apa next? apa next?

Alhamdulilah semua jenis faham kemana arah tujuan business ni.. dan semua pantas dan bekerjasama.  takde salah seorang memang lumpuh.. semoga persahabatan dan persefahaman ini akan berkekalan sampai bila-bila.. Itu memang dari hari pertama lagi sering kitorang tekankan..  dan selepas beberapa tahun tak pernah sekali pun bermasam muka.. banyak kerja nak buat dan nak fikir.. tak sempat nak sentap or masam muka hahahah.. 

Selain mama dan ayah.. suami dan anak-anak ni lah yang banyak bagi kekuatan kat Kak Pilla.. Semua Kak Pilla buat pun untuk orang-orang tersayang.. Tapi napa Icha posing gitu?  Tak malu betul dah lah ramai kat depan tu tengah snap gambar dia buat derk je..

Kitorang bukan macam pengasas lain ye.. Semua jenis bersila buat kerja sama-sama dengan staff.. takde sapa dibenarkan bergaya ala diva.. eh bukan tak dibenarkan, tapi dah biasa turun padang buat kerja jugak.. Sesekali gi makan-makan camni je baru semangat nak melawa sikit hehehe.. 

Ingat lagi masa exhibition kat Mood Republik haritu.. Aku layan sorang customer ni pakaikan fame matte lip cream and bb cushion kat muka dia.. terjebak dia beli... pastu siap tumbuk-tumbuk manja kat bahu aku.. "Akak ni jahattttt tau... semua nak beli niiiii.... acaner ni muka terus hilang jerawat pakai BB cushion ni.. mesti akak dah lama kerja kat sini kan? pandai hasut orang" "A ah dah lama kerja sini dik" hihihi

Tsunami sangat senget kesebelah dilanda ombak hehehe

Puteri-puteriku from left: Kasih Amaani, Kasih Aleeya dan Kasih Aleesya.  Muka sepesen je kan hahahahah.. 

Itu je cerita berbuka puasa sebelum hari raya.. Cerita raya esok pulak hahahahah.. 




Love, 
Filla.

1 comment:

reen shazarina said...

Muka amani dah macam muka kasih dah.. hehe..

Selamat Hari Raya kak filla..