Friday, April 01, 2016

RESEPI BUBUR AYAM QUAKER OAT

 Lama dah Kak Pilla tak share resepi dengan you all kan?

 Hari ni special sikit sebab Kak Pilla berjaya buat Bubur Ayam Quaker Oat yang rasa dia nyummmmm sebijik macam bubur nasi perisa ayam gitu.. Tapi yang penting resepi kali ni sangatlah healthy dan sesuai untuk orang yang menjaga kesihatan dan orang yang diet macam ai muahahah..

Terus terang Kak Pilla tak pernah nak cipta kelainan dengan Quaker Oat ni.. Kalau buat pun biasanya yang biasa je, letak air panas, bagi dia kembang then teguk je.. Sesuai untuk sahur supaya rasa kenyang sepanjang hari.. tapi kalau hari-hari mengadap benda yang sama bosan jugak kan?  Korang semua boleh cuba resepi Kak Pilla nak share nie.. sedar tak sedar, habis semangkuk Kak Pilla telan ;)

Rasanya semua orang pun tahu Quaker Oats ni bagus untuk kesihatan tapi sometimes bosan ditelan macam tu je.. Banyak jugak orang yang kreatif siap buat cookies, buat ayam goreng bersalut quaker oat dan macam-macam lagi.  Tapi Kak Pilla nak share ni resepi paling healthy dan sedap sebab Kak Pilla tak gunakan garam, tak guna minyak biasa yang tak bagus untuk kesihatan.  Kita cuba gunakan resepi yang betul untuk capai misi diet yang betul ye kengkawan..

 Kak Pilla gunakan Quaker Oat yang ni.. Ada lagi satu packaging warna merah pun boleh jugak.

 Kak Pilla cuma gunakan ini je untuk hasilkan bubur ayam Quaker Oats ni.. Eh ada lagi sikit bahan korang boleh tengok resepi kat bawah entry ni nanti.

Nilah dia rupa Oats tu..

Jom Kak Pilla share resepi yang lebih padat dan mudah difahami..

Bubur Ayam Quaker Oats

Bahan-bahan
2 sudu makan minyak zaitun
1 inci halia dihiris nipis
1 sudu kecil bawang putih dikisar/dipotong dadu
1/2 sudu kecil lada sulah
sedikit isi ayam (bahagian dada) dipotong kecil
2 cawan Quaker Oats
4 cawan air panas
2-3 titik minyak bijan
hirisan daun bawang
bawang goreng

Cara-cara
Sediakan Quaker Oats di dalam mangkuk dan tuangkan air panas ke dalam Oats.. Kacau rata hingga oats kembang.  Kemudian panaskan minyak zaitun dan tumis halia, bawang putih hingga harum.. Kemudian masukkan isi ayam dan gaul rata sehingga ayam masak. Masukkan bancuhan Quaker Oats dan kacau rata.. Jika terlalu pekat boleh masukkan air dan kacau rata.. masukkan lada sulah dan sedikit minyak bijan.  Tutup api dan hidangkan ke dalam mangkuk.. Taburkan hirisan daun bawang dan bawang goreng.

 Ulang tayang gambar hehehee.. Sedap ok.. Tak rasa macam Oats pon.. rasa macam bubur nasi je tapi ini of course lebih berkhasiat dan lazat ;)

Sambil tu korang boleh join contest yang dianjurkan oleh Quaker Oats.. Share resepi yang menggunakan Quaker Oats dalam hidangan.. Contest ni akan berlangsung selama 8 minggu, setiap minggu 2 pemenang sagu hati dan 1 peserta finalis akan dipilih.  8 orang finalis tu akan menjalani final cook-off yang akan berlaku dalam bulan Jun.. Jumlah hadiahnya bernilai RM50,000, memang dasyat sangat hadiah dia... Kak Pilla dah tentu menang jugak ni.. muahahahahahah.. Ok kalau nak sertai contest ni ataupun nak keep up dengan berita-berita final cookoff, sila layari:

 
Good Luck ye, kalau menang jangan lupa belanja Kak Pilla ;)


 

Love,
Filla.

4 comments:

Ainul Mustafa said...

saya suka buat tomyam oat. sedap

http://jalanabadi172784.blogspot.my/2015/06/resepi-oat-tomyam-sedap.html

Alia Farhan said...

Wah...
Shud try dis one...
Tq kak pila

maslina said...

Tq Kak sbb share resepi.jemput la ke blog sy:www.massya77.blogspot.com

norsadira said...

Terima kasih untuk resepi ni..boleh cuba.. jmput singgah ke blog saya ea.. dirawanhartawan.blogsport.com