Tuesday, December 02, 2014

PHUKET - DAY 5

Pagi tu breakfast pukul 10.30 pagi.. Relax jugak hari ni takde apa plan.. Cuma kitorang nak ronda-ronda tengok beach-beach lain selain Patong Beach.. Hishh korang tak tau panas gila naik motor ok.. Lumur sunblock pon tak tahan kulit mak ni tauu... Especially kat kaki.. Dah lah pakai selipar jepun je.. kene terik matahari tu perghh tebakar kejap.. 

Makan macam ni je lagi sedap.. Lepas breakfast terus merempit ;)

Ni on the way to Kamala Beach.. Actually Patong ke Kamala Beach tak jauh sangat.. dalam 10 minit je naik motor.. Tapi tu yang border Kamala.. Kalau naik lagi sampai ke atas-atas sana ada lah dalam 20 minit.. Memula aku dah nak booked dah 2 malam kat Kamala Beach ni tapi tak jadi.. Sebab aku dapat rasakan life kat sini kurang happening kalau malam.. Kalau Patong memang happening banyak jual-jual dan macam-macam lagi.. Untuk percutian nak tenang, nak romantik dan takde ganggung korang boleh book hotel kat area Kamala Beach.. Kalau aku dengan Pak Radie baik takyah.. Kitorang lagi suka merempit dan pegi tempat yang ramai-ramai orang.. 

Sepanjang kat sana tengah ada Asean Beach Games.. Sponsor terbesar ialah Phuket Fantasea.. Kitorang tak pegi pon Fantasea tu sebab aku tengok macam show binatang-binatang, show gajah.. Eh malas lah nak pegi.. Kang Pak Radie menguap tido plak caner?

Ini persisiran Kamala Beach.. Yang aku perhatikan Kamala ni lebih tenang.. Ada penjual-penjual yang jual macam-macam sepanjang jalan nie.. Dan mostly hotel je dekat persisiran pantai ni.. So sambil jalan leh tengok hotel kat sebelah kiri tu.. Lebih kurang macam Krabi gak lah hotel tepi pantai dia.. Dan satu lagi kat Kamala ni lebih ramai muslim.. Kat Patong takde ye... Susah nak carik.. Kalau ada pon kedai-kedai makan Bangladesh je.. 

Kitorang tak makan pon ni.. Jalan je.. Dah lama aku dengan Pak Radie ni, sampai dah terikut cara dia.. Dia tak berapa sangat makan benda-benda macam ni.. Kalau gi pasar malam kat sini ke.. walaupun ada jual yang halal pon dia tak suka nak try.. dia tak try makanan pelik-pelik.. So aku dah terikut-ikut dah cara dia.. Padahal aku ni tengok semua benda pon berselera je.. Tapi bila nak makan, dia tak nak, terus terbantut seleraku gituh.

Soap Carving ni bersepah-sepah jual.. Best ke? Siapa lah yang nak beli? Aku pakai shower gel picit-picit je.. Tak kuasa lah nak sabun bunga-bunga bagai.. hahahah

Terdampar ikan paus di tepian.. Hoi tak panas ke diorang ni? 


Depan-depan ni banyak tempat massage.. kemain sedap lagi kene urut di tepian pantai ;)

Try gak nak romantik-romantik tapi kenot lah hahahah.. 



Pastu stop kejap tengok ada wedding photoshoot kat tepi pantai.. Kebetulan ada kerusi, so kitorang rehat-rehat sambil tengok.. 

Masa duduk ni ada couple mat salleh depan kitorang.. kaki mat salleh tu sakit.. so dia jalan terjengket-jengket masuk air laut.. 

Aku tak perasan.. Tapi Pak Radie yang perasan.. Dia kata couple mat salleh tu saja nak dengki ngan pengantin.. Aku cakap kenapa? Dia cakap dia perati je dari tadi.. Asal photographer tu shoot je gambar.. Macam-macam aksi mat salleh ni.. Pastu asal nak shoot je couple mat salleh ni mesti tengok camera tu.. Ko tengok siap tiru aksi lagi hahah

Tapi memang ye ok.. Kong ajo sangat nie.. Kalau aku pengantin tu, harus aku amukan bila tengok wedding picture aku background penuh muka couple ni je.. 

Kat tepi pantai ramai yang jual macam-macam.. jual baju, accesories, ice cream.. 

Wow dia macam tau-tau kitorang memerlukan ice cream.. Haus tekak okeh.

Thank you abang ice cream ;)

Ah comel sangat couple melayu ni hahahahhaha.. 

Tetiba datang sorang makcik ni nama dia Zainab.. Tanya 'where are you from?'.. Dengan bangga aku jawab "Malaysia".. Then terus sembang.. Satu aku suka bila travel ni, aku suka tengok life local people kat sini.. Aku nak dengar cerita-cerita kat tempat yang aku pergi.. So borak panjang lebar dengan Makcik Zainab nie.. Dia sendiri cakap Muslim banyak kat Kamala.. kat Patong tak banyak sangat.. Tapi Patong tu ramai je Muslim tapi gaya hidup dah jauh tersasar dari ajaran agama dah.. 

Makcik Zainab cerita pasal penduduk Thailand.. siap map lagi.. kelas Makcik Zainab nie.. Pak Radie pulak memang banyak tanya pasal Yala and Narathiwat.. Ngeri aku dengar cerita.. betapa orang Islam ditindas dan kanak-kanak hilang mak bapak semua.. Ok tak suka :(

Makcik Zainab baik sangat.. English pon ok senang nak communicate sebab ada sesetengah orang tempatan dia tak paham English.. macam driver taxi masa baru sampai.. Adoih.. tanya lain jawab lain.. kadang tanya, dia tak jawab pon.. so terus aku diam tak bercakap-cakap hahahah..  

Makcik Zainab cerita pasal Tsunami jugak.. Aku tanya kat Kamala Beach ni kene teruk ke? Dia terus pusing ke belakang tunjuk restoran belakang ni air tu sampai atas balcony tu.. Masa tu dia dengan abang dia berniaga jual baju kat situ.. Pagi kot pukul 7 macam tu.. Tetiba air tu datang.. Diorang berlari bertempiaran nak selamatkan diri.. Makcik Zainab jatuh sampai luka koyak lutut dia.. Lepas tu aku tanya, abang dia selamat tak? Dia cakap selamat.. God saves his life.. Sebab actually abang dia dah lemas kot.. tapi tiba-tiba macam ada orang tarik dia naik ke permukaan air.. Tapi tak tau siapa.. Ramai sangat orang terkorban masa tu.. Kat Patong lagi ramai dia kata.. Pastu Makcik Zainab kata Tsunami tu terjadi ada hikmahnya.. Sebab kata dia muslim kat sana teruk sangat.. macam lupa diri.. minum arak pastu dan tak de pegangang agama langsung.. Allah nak tunjuk, Allah bagi sikit je kot.. Eh aku pon seram.. sambil Makcik Zainab cerita aku tenung laut yang terbentang depan mata.. Nampak tenang sangat air laut.. Macam tak mungkin akan berlaku dan telah berlaku pun Tsunami.. Kehendak Allah apa yang berlaku, itulah kebesaran Dia yang selalu kita buat tak endah.. jom kita ambil sedikit buat pengajaran atas apa yang dah berlaku.. 

Hope to see u again Makcik Zainab.. Semoga kehidupan Makcik Zainab diberkati selalu dan sentiasa di bawah lindungan Allah SWT..

Lepas buang masa kat Kamala Beach, kitorang pon patah balik ke Patong.. Atas lagi dari Kamala Beach ni ada Surin Beach kalau aku tak silap.. Tapi kitorang tak pegi.. 


Wow Pak Radie romantik sangat.. hahaha.. Padahal dia suruh straightkan kayu tu.. Cisss.. ingat nak peluk ai.. 

Cantikkan hotel kat Kamala.. 

Pak Radie suka ceiling kayu macam tu.. Tapi memang lawa sangat.. Pa nak ceiling kayu jugak rumah kite???

Aku dah berpeluh-peluh time ni.. Tapi kutahan jugak.. 

Kat sini kalau korang tengok baju sama... kain pon sama kaler.. belah tepi macam ni.. Haa tu tempat massage.. Pantang orang lalu.. "Masaaajj masajjjjjj".. Kalau aku ada takde lah dia tarik-tarik.. Kadang tu siap main tarik-tarik tangan lagi.. Tapi tarik tangan lelaki ye.. Tangan org pompuan tak laku ye..  

 Hah nampak? Siap berjiran.. sana kain biru.. sini kain merah.. siapa lagi cun? hahahah

Then misi seterusnya ialah belikan family dan kawan-kawan souvenir.. Beli t-shirt je senang.. dan kat kedai ni murah compared yang jual betul-betul area patong beach tu.. 

T-shirt dewasa beli 10 free 1.. (sehelai RM13)
T-shirt budak beli 5 free 1 (sehelai rm10)
Kain dia pon jenis yang ok.. sedap dipakai.. 



Tu nama kedai.. T-Shirt Shop S,M,L 100B.

Kedai ni jalan lagi ke depan tu belok kanan dah sampai Patong Hospital.. Siapa sewa motor boleh pusing-pusing cari kedai ni ye.. 

Kat sini gagal betul sistem wiring dia.. hahah Berselirat ok.. kalau terbakar lah, habis semua kot.. 

 Then perot lapar jom makan lagi ;)

Pak Radie nak ratah deep fried shrimp sahaja.. So apa lagi ke San Sabai Restaurant lagi.. 

Arghh sedap sangat ok!! Pulut dia tu lembut lemak je kene ngan santan tu.. mangga pulak manis-manis masam sikit.. heaven gila hahaha

Tu harga.. Taklah murah sangat.. Tapi aku memang puas hati makan kat sini ;)

Nak Try seafood spaghetti pulak.. pon sedap... aishhh kecoq ailioq plak dah lah tengah lapo nie.. sepinggan ni 180baht.

Sibuk dgn motor kat sini.. Idaman lah, dapat sewa best lah itulah inilah.. malas aku nak layan.. 

Ok balik hotel kejap.. 


Ni lah hotel kitorang.. strategik sangat.. 


depan-depan hotel pon ada massage..

Pastu keluar balik.. Gi tengok Asean Beach Games kejap.. Aku? Tengok sukan? Hahahhaha tengok boleh ah tapi tak paham hehehe

Wow hooters.. diorang datang sini pastu edar-edarkan pamphlet The Hooters tu suruh orang gi sana.. 

Malam tu dah plan nak gi Malin Plaza.. Aku tak tau pon tempat ni.. cuma ada ternampak masa round-round naik motor.. 

Ini kira famous pasar malam kat Patong lah gitu.. 

Tengok boleh, nak makan ai cannot hahaha.. 

Sini fresh-fresh ok seafood dia.. pastu terus pilih-pilih panggang situ.. murah pon murah.. 


tapi sebab takde pon halal sign, so aku tak makan.. kalau ada pon kene tengok jugak muka peniaga tu. haha

wow itik cucuk.



sushi pon boleh jual kat pasar malam.. kelassss.. 

Ok ni BBQ.. adik nak apa? semua daging ada sini hahah.. crocodile huwaaaaaaaaaaa... 

aku tak pernah makan udang lipan nie.. Serammmm tengok badan dia.. kaki dia tu macam geli-geli.. erkk.. 



oyster fresh-fresh lagi.. kat pasar malam je.. 

Nak try makan buaya tak? hahahahahaha siap kepala buaya lagi tu.. 

Ni paling best.. Tak leh amik gambar ok.. If nak amik kene bayar dulu.. 

So Kak Pilla bayar 10 baht.  Nah tengok lah korang.. sanggup makan tak?

Eh meremang la tengkuk aku tengok nie.. Euwwwwwwwwwwwwwwww.. how to eat?????

Ye, abang nak 1 mangkuk? ke 2 mangkuk?? 


Fear Factor sangat nie.. Dia siap bancuh ngan curry powder lagi tau.. 

Join group mat salleh diorang beli and makan.. agaknya cabar mencabar lah ni.. Pastu seronok plak dia bila kitorang borak dgn dia.. siap snap gambar.. Terus dia makin excited nak makan hahah


Dia paksa Pak Radie makan hahahah.. Pak Radie terus "It's ok, no no, no thanks" hahaha.. 

Happening siap ada kerusi meja utk makan.. 

Next kitorang merempit ke Banzaan pulak.. Lebih kurang jugak pasar malam.. 



Sini pulak siap ada kerusi meja kat setiap stall so orang boleh order and makan terus.. 

Yeay jumpa pon.. 

Kak Pilla order Pad Thai.. Makan ni dengan air mineral baru kene 60baht.

Tapi Kak Pilla tak berapa suka sangat Pad Thai sebenarnya.. Tapi boleh lah saja nak makan-makan.. 

Semeja ni yang pompuan-pompuan tu Sabahan.. Ok lepas kenyang terus balik sebab nak massage..

Oh nanti sambung citer ye.. Berpinar dah mata Kak Pilla tengok gambar ni.. Nanti ada last entry ye.. Bye...


Love, 
Filla.

8 comments:

sharon m.q. said...

kak pilla, suka entry yang ni especially part yang akak jumpa makcik bernama Zainab tu..

Unknown said...

kak pilla ohh kak pilla, penat scroll cari day 5. tetiba sgt lompat day 6.

A.I said...

ya amponnnnn! terliur2 aku tengok makanan kt psr mlm tu. kalau aku, nak je aku try mkn ulat tu. hehe..sume pun nmpk cantek, fresh..

FadMN said...

Rugi plak dulu p sana tak merempit.nak kena p lagi sekali merempit pulak.baru dapat explore pasar2 tu semua.
FAD

Nana said...

kat hkt sbnr nya ada premium outlet tapi ulu2 sket ar.. setiap thai pnya region ada tapi tak banyak org tau..

Chekgu Azrine said...

Ada geli2 sikit tgok makanan fear factors tuh..hahahaha..gelik

Unknown said...

Best betul bc cite kak filla..terbaik!!!

fina.S said...

best gilee entri nih, plg suka part makanan dan beach tuh . haha, nakal eh that mat saleh kapel. hahaa~