Pagi tu bangun awal bersiap-siap untuk pergi Island pulak.. Kali ni kitorang pilih Tour ke Raya Island and Coral Island. Macam biasa kalau korang amik Island Tour Package ni, transportation disediakan.. Dia akan pickup dari hotel, nanti dah settle semua pon dia akan hantar balik ke hotel.. Pagi tu pickup time is 8.00am.. Sempat breakfast dulu... Oh masa ni kitorang siap-siap check-out hotel terus.. Letak luggage kat counter untuk diorang simpankan.. So balik dari snorkeling nanti boleh amik bag dan terus check-in hotel lain..
Persinggahan disini untuk briefing sikit.. Package yang kitorang amik ni Raya Father Tour Package.. Ni tempat dia ler...
Masa briefing dia galakkan untuk kita sewa fin ni.. Selain untuk keselamatan masa buat snorkeling (takut terpijak benda tajam dan berbahaya) fin ni bagus supaya bila kita snorkeling rasa macam pro je hahaha.. serious laju je nak ke sana ke sini.. rasa macam ikan dugong duyung pulak.. hehe
Sewa fin kat sini cuma 100 bant (RM10) je.. Nanti dia akan bagi ikut size kaki memasing ;)
Ramai yang berkumpul kat sini.. Nanti kene pakai tali ikut warna.. Warna hijau ni yang pergi 2 island.. Tali pink untuk yang pergi 1 island..
Package ke Raya Island dan Coral Island ni 900baht (rm90) per person.. (lunch included) dan dalam boat dia sediakan orange juice / pineapple juice, mineral water sejuk dan buah tembikai dan nenas.
Dia ni yang bawak team kitorang.. Apa tah nama dia.. lupa dahh..
Kemudian kami di bawa ke Chalong Bay Jetty.. dekat je dalam 10 minit kot naik kereta.
Best sebab boat selesa dan bersih.. Takde mabuk pon ye..
Sibuk lumur sunblock takut kulit tebakar.. nanti pedih..
Ok tu dia.. kita dah sampai Raya Island! Eh kalau korang pegi Krabi or Phuket.. make sure pergi Raya Island ye.. sebab huwaaaaaaaaaa cantik sangattttt...
Tengok tu.. air dia hijau jernih...
Bila sampai kene dengar lagi briefing.. Haih bosan betul briefing jee manjang hahah... kitorang kat sini dia bagi 30 minit.. sukati lah nak berendam ke.. nak lepak bawah pokok ke..
Dia cuma brief aktiviti hari tu.. pukul berapa kat sini.. pukul berapa makan.. pukul berapa snorkeling..
Tudiaaaaaa.. Hahah dah tukar pakai swimcap hahaha.. Kali ni dah takkan terjadi kes inner tertarik sampai keluar setengah kepala hahahaha.. swim cap ni birthday preset dari Azlin yang now dah jadi kaki divers.. So diorang pakai benda ni.. Kelas kau.. bajet divers jugak hahaha.. Thank you Azlin..
Eh napa muka Kak Pilla macam tu.. Hahha panas terik i tak leh bukak mata yang sepet ni.. huhu..
bawak bertenang.. doplohpatjam berkerut je hahahah
mandi kejap je.. pastu sibuk duduk bawah pokok hahaha.. Orang melayu memang camni ke kitorang je camni? hahahah
Raya Island
Oh kat sini pon ada resort / hotel.. Rasanya kalau korang datang Phuket ni tak book hotel lagi.. boleh je amik package yang boleh book hotel kat sini sekali.. Lawa gilsss ok.. So siapa yang pegi island stay sini.. nanti lepas dah lunch terus tinggal kat sini..
Oh dah.. Jom naik boat kita nak gi snorkeling pulak..
Amboi bersemangat sangat ni.. Kitorang snorkeling kat Siam Island.. pon lawa gila kot... tapi baju biru ni kata yesterday cannot snorkeling because raining.. kalau hujan air jadi keruh dan tak lawa.. So dia kata kitorang very lucky sebab hari ni panas terik so tempat nak snorkeling tu jernih sangat air dia..
Ok jommm...
Pastu kat Siam Island ni tak dalam sangat... tapi still banyak ikan lawa-lawa...
Eh eh eh ehhhh... Ni nak menari ke apa hahahah... Gambar underwater tak banyak sebab Pak Radie pakai lens merah.. Lens merah tu actually untuk yang buat diving laut dalam.. Nyampah ai tau.
Si itik ni punya pasal laaa.. huh.
lawa kan air dia.. hijauuu je..
Ada lah aku jumpa gambar yang tak pakai red lens tu.. geram tengok ikan..
Amboi ni Pak Radie nak snap gambar aku ke gambar apa ni???
Kat sini kitorang snorkeling for 45 minutes..
Dah letih... Eh macam mancis je kan Kak Pilla tu hahahah..
Lepas lunch kitorang balik semula ke Raya Island untuk lunch.. The Racha ni lawa gila kot.. Tak tau plak berapa satu malam..
Jauh sangat ke dalam tempat makan.. Slow je Kak Pilla jalan hihi..
Pon boleh.
Ok dah sampai... Ingatkan makan buffet rupanya makan berhidang.. satu meja 4 orang.. Tak berapa best lah if satu meja semua kengkawan ok lah.. Ni bila dengan orang lain.. masing-masing rasa segan..
Kitorang duduk ngan couple ni.. Dia from China.. Tapi tak borak sebab dia tak reti English.. Cuma tau dia from China je.. romantik sangat.. dalam boat pegang tangan je.. Terus pandang Pak Radie, jeling sikit. hahah..
Kat Phuket ni, tomyam memang sedap sangat.. mat salleh ke orang cina ke.. semua pon suka.. Melayu dah memang confirm lah kan..
Ok jom pulang ke laut semula.. Lepas lunch kitorang akan gerak ke Coral Island pulak..
Bye Raya Island :(
Aku imagine Coral Island ni confirm lebih meletop lagi.. Nama pon Coral mesti air jernih gila dan pasir putihhhh bersih... rupanya sangkaan ku meleset.. Eh air laut still cantik hijau lah.. cuma rupanya kat sini dah macam pasar.. ramai sangat orang... pastu ada jual-jual buah, jual baju, jual ice cream.. dah macam kat PD pon ada hahahah..
kat sini terkenal nanas kecik comel... Tapi Kak Pilla tak suka makan sebab nanti sakit lidah..
ko tengok tuuu.. tak best langsung kerusi banyak gila macam nak tengok bola ke apa ni? hahah.. Oh ye, kat Coral Island je satu-satunya tempat boleh buat terjun parachute, banana boat, diving dan ada few activities dalam air lagi.. sebab tu ramai kot..
ini siapa yang join diving.
walaupun camtu, air laut dia tetap win laaa.. hijau bersih je.. Tapi Kak Pilla bukan jenis suka menyelam-nyelam main air semua.. Kak Pilla lagi suka cari tempat berteduh pastu baring dan buang masa hahah..
Pak Radie suka nau benda ni.. Macam budak kecik... Banyak kali dia offer tapi aku tak nak.. Pastu dia tak puas hati kalau orang tak nak makan.. sibuk nak paksa-paksa.. Aku bukan makan benda masam-masam ni.. Tapi masa duduk ni try lah sikit.. Eh macam sedap pulak hahahahahah..
Dah boring gila takde apa nak buat tetiba dia menggali.. Oh depan kitorang couple tu asik snap gambo je.. ngan gaun kembang sampai paha warna kuning.. dengan straw hat besar gila.. lari-lari snap gambar.. pastu yang boifren dia pon lari-lari gf tolong snap jugak.. aku ngan Pak Radie perati je aksi diorang..
Oh ini rupanya Pak Radie nak buat..
Ok lah kita layan je lah kehendak dia.. walaupun ada macam perasaan malas nak layan hahah.. Oh kat sini dia bagi 1 jam.. sangap ok.. aku amik bag alas kepala tertido kejap.. Tau-tau Pak Radie kejut.. nasib dia tak tinggalkan ai..
Pastu tunggu transport kat Jetty ni untuk balik hotel..
Dari Crystal Beach Hotel kitorang amik tuk tuk ke Safari Beach Resort pulak.. Safari ni location lagi dekat dengan Patong Beach.. Jalan depan je dah beach..
Berlengas gila tak sabar nak check in hotel baru nak mandi..
Tambang 200baht.. Eish dekat je pun kena 200baht.
Ok dah sampai dahhhh...
over gila.. rasa nak flying kick satu kali.
Ok lah kan? kat Safari ni aku booked 3 malam.. total RM826 kalau tak silap..
Dah rehat kitorang siap-siap nak gi carik makan malam pulak.. Matiklah asyik fikir pasal makan je hahah
wearing thekasihsshawl.
malam-malam kat sini happening..
geram tengok hello kitty, tapi anak-anak takde pon yang suka hello kitty ni.. Aleesya fanatik upin ipin je.
Ni nampak macam menarik tapi tak try.. Tapi best tengok dia buat ice cream ni..
dia ratakan macam tu.. nanti dia kaut.. pastu ratakan balik kacau-kacau hentak-hentak dengan sudip dia tu..
pastu masa kaut dia jadi roll macam tu.. susun dalam cup.
ni pun macam menarik..
muay tay ni best ke? memang aku tido lah kalau tengok tinju2 ni..
comel sangat
masa resize gambar ni kul 12 malam kot.. tak pandang pon gambar ni, pandang dengan ekor mata je hahaha.. budus sangat.
Macam biasa. KFC je yang terpikir halal kat sini.. so jom.
Dah lah lapar gila.. order kemain tamak.. apstu tak abis.. siap bawak balik bilik.. konon esok leh makan.. pon tak makan..
Besar gedabak air dia..
Ok itu je ending Day 3.. Nanti tungu Day 4 pulak nak citer pasal Pak Radie buat Bungy Jumping hehe..
Tata.
______________________________________________________________
Update TheKasihsShawl
CHIFFON SHAWL
High quality chiffon
Size: 180 cm x 80 cm
PRICE: RM35
(including postage)
Sabah/Sarawak: please add RM5
PROMOTION PRICE
(including postage)
Sabah/Sarawak: please add RM5
Buy 3 - RM100
Buy all 4 colours at RM130 only
click HERE for more details.
Email : framekasih@yahoo.com
whatsapp (Peej): 0122758575
Love,
Filla.
4 comments:
just info, kalu ke phuket cr kedai mkn area bdpn dgn masjid..kalu x silap kat jalan phatbaramee.. sume restoran halal n harga bpatutan, kak filla cpt update tau x sabr nak dgr cite n tgk gmbr2 yg cun
BESTNYER KAK PILLA..
Ala masa p phuket dulu tak p sini pun.next time leh la p.kak pilla tak p phuket fantasea ke.
FAD
dah kenape mancis? hahaha lawak la kak pilla ni :D
Post a Comment