Tuesday, November 22, 2011

Singapore

Nak mintak pertolongan kengkawan di alam maya sket boleh?

Kalau 3 rooms Apartment kat Singapore mana nak carik? aku dah google lebih kurang.. adalah dapat info sket-sket.. mana lah tau kan.. ada yang biasa stay kat sana? or maybe singaporean yang boleh bantu? 

kalau ada website yang korang nak recommend kan bolah lah yer... nak yang dekat2 town sikit.. maybe nak gi USS tu.. ni baru plan.. tatau lagi jadi ke tak.. so nak kumpul infos dulu... 

kalau korang tak de keje.. tak busy.. boleh jugak bagi few infos pasal S'pore yer.. macam nak beli USS ticket.. how much per person... kalau drive bawak masuk kereta sendiri cemana cara dia.. ada bayaran dia kan? berapa it costs.. eh suka sangat mintak tolong orang kan.. hahahaa.. bantu membantu kan amalan muliasssss.. hahah

ok babai







EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US 
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE 
THE CHEAPEST RATE SO FAR 
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME 
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE 
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS 
http://www.framekasih.blogspot.com/ 
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com

25 comments:

Anonymous said...

nape xapply rumah penginapan under BPH je?lebih kurang rm100 je semalam kalo xsilap ar..double check balik ngan BPH k

MyLifeJournal said...

Kak Filanie,boleh refer blog I di sini http://nocoincidenceinlife.blogspot.com/2011/10/kota-singa.html

Unknown said...

woihh bila ko nak gi singapore nih? aku patutnya pergi december ni xmas. tapi akak aku plak tetiba takleh amik cuti. so..postpone ke March. ini macam leh pergi sekali nih. haha..
tapi, mcm kitaorang..amik package untuk masuk Universal Studio Singapore saja. Stay kat johor coz cheaper. package yang kitaorg amik.. dia include transport dr hotel ke tempat bas tu..masuk singapore sekali dengan ticket. 1 hari kat sana. malam diaorang hantar balik hotel. the next day, tak amik package dah coz johor & singapore tu dekat sgt.. so, baik masuk & ronda sdri cheaper. hotel pon jauh lebih murah. tujuan amik travel agent utk masuk USS, sbb kalau tak guna agent, kalau tak silap harga mahal lagi & masa kitaorg book tu xmas so..takut susah nak dpt ticket. so, guna travel agent semata2 utk USS. tapi kalau dah bulan march ni.. tak sure ticket senang ke tak. tapi senang ngan agent.

tapi kalau nak tidur singapore, jap..aku tanya cousin aku dia dok johor maybe dia tahu.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

LUM PENAH G SINGAPORE FILLA... MMMMM TAK LEH NAK BANTU

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

Filla, nanti email aku... Aku baru booked hotel dgn tix uss. Nanti aku gitau caranya.. nazathulhamimi@yahoo.com

shimahz said...

hai kak filla..
ni ada satu pakej by rakyat travel. tp stay kat jb, then naik shuttle bus (also included in the pakej) ke uss. satu kepala rm250 for 2 days one night and RM350 utk 3days 2 nights. i and fren dah book pakej ni (tp nak g jan 2012) sbb rs senang sgt, lgpun nak bw keta msuk spore takut jem plak (dgr org kata je ni...)

pakej tu termasuk hotel + tiket masuk uss + shuttle bus + breakfast kat hotel

kalau berminat u ble call en kadar rasman @ email

wanrasman@rakyatravel.com.my
tel 0326812761

NenetPenne (NP) said...

hari tu masa i pegi booking hotel jer thru internet tapi lupa namanya.. isshhh tak membantu langsungkan... gamoda kot... tapi i duduk kat hotel grand central dekat dgn orchard road.. 90 dollar semalam...

kalau naik kereta sendiri nanti kat imigresen singapore kena buat auto pass... nanti kat situ dia akan tengok road tax kereta pastu ada kaunter untuk beli auto pass tu..isi form rasanya..rega dia 10 dollar singapore kot, pastu kena top up kat 7E.. auto pass tu mcm touch n go lah kan.. tapi kita tak tahu bila duit kena deduct .. selalunya kalau ada ERP.. kalau tak silap fee masuk USS tu 68 dollar kalau hari biasa, kalau hari minggu 78 dollar kot..

ni i ingat2 lupa..maklumlah dah tua kan.. tapi nak jugak tolong

Anonymous said...

Hi Filla,

Saya org Singapore & Malaysia. Sila beri email Filla dan saya akan hantar semua details yg Filla perlu.

Sally

Anonymous said...

Hi Filla,

Kalau you drive in pada hari Sabtu, Ahad dan Public Holiday, entry adalah percuma dan Filla cuma perlu bayar tol di Singapore Checkpoint. Kalau Filla guna Second Link Tuas, kena bayar tol masa masuk Singapore dan keluar Singapore. Tol adalah S$3.40 one way di Tuas Checkpoint.

Kalau Filla guna Woodlands checkpoint, bayar tol satu kali saja masa keluar dari Singapore. Tol di woodlands checkpoint dalam S$1.90 (ini masa tahun lepas. dah lama saya tak guna woodlands checkpoint. Saya biasa guna tuas saja pasal takde jam. kalau woodlands selalu jam. tapi, saya rasa kalau naik pun dalam S$2.20 macam tu)

Tol ni Filla kena bayar pakai autopass kad. Kad autopass ni sama macam touch and go Malaysia. Dia warna biru. Katakan Filla first time drive kereta ke Singapore, bila di kaunter check passport tu, Filla cakap je dengan officer, Filla tak ada kad autopass nak bayar toll. Nanti officer akan suruh Filla park kereta kat tepi dan pergi beli autopass di autopass kaunter kat checkpoint tu. Kena stamp passport dulu, baru boleh drive dan park dan beli kad autopass tu.

Filla sediakan S$20 untuk beli autopass tu. Kalau nak senang, suruh org kaunter tu topupkan kad filla sampai S$50. Kad autopass ni ada nombor kereta Filla dan cuma boleh digunakan untuk 1 kereta. Dia mcm IC untuk kereta lah. Tak boleh di tukar milik or diguna oleh kereta lain.
Setiap kali masuk dan keluar singapore, kena insert autopass ni di dalam slot autopass di kaunter check passport.
More details on the autopass is here : http://www.lta.gov.sg/motoring_matters/motoring_guide_fregis_carbus_sub.htm
Sally

Anonymous said...

Kalau Filla masuk Singapore hari isnin ke jumaat, ada VEP toll untuk kereta malaysia. S$20 per day.

Setiap kereta malaysia akan dapat 10 free entry untuk satu tahun. Saya rasa Filla tak pernah pandu ke Singapore, jadi Filla ada 10 free entry yang Filla boleh guna jika Filla enter Singapore Isnin ke Jumaat. Katakan Filla enter Isnin dan keluar Rabu, kiranya Filla tinggal di Singapore 3 hari dan masa Filla keluar Singapore Hari Rabu, Filla kena siapkan lebih dari S$60 untuk autopass kad. S$20 tu cuma VEP toll, toll checkpoint tu lain, mcm saya dan explain tadi. Tuas checkpoint S$3.40 - entry and exit dan woodlands is S$1.90 one time only during exit. Autopass ni boleh top up di mana2 7eleven. Biasanya sebelum area checkpoint pun di tepi jalan ada 1 top up booth. Biasanya ada signboard yg tunjuk - this way to autopass/cashcard topup (ini sebelum area checkpoint ok), bukan dekat checkpoint. Topup di 7eleven dan autopass booth tu kena bayar service fee 50 cent ya

Sally

Anonymous said...

kalau Filla lupa nak topup, masa filla exit singapore, bila masukkan kad dan amount tak cukup, nanti filla akan kena denda S$10. Biasanya officer akan suruh park kereta dan pergi di kaunter autopass dan bayar semua toll dan denda sekali. semua bayaran dalam S$ SGD dan kad kredit tak di terima. Sangat penting, setiap kali enter sgp dan exit sgp masa stamp passport tu, mesti wajib ingat masukkan autopass tu dalam mesin kat kaunter ya.

Sally

Anonymous said...

VEP tol untuk isnin ke jumaat adalah S$20. Selepas 7pm ke 2am hari berikut adalah free. eg, filla enter hari isnin 7pm dan keluar sebelum 2am hari selasa, S$20 filla tak perlu bayar.

Di singapore juga ada ERP. Ini macam tol lebuhraya. Cuma di singapore ni, takde kaunter tol mcm kat msia. Dia ada ERP gantry, yg biasanya electronic dan mcm signboard. Jadi kereta filla pass by any ERP, mesin tu boleh capture. Masa Filla exit singapore, dia akan deduct terus dari autopass Filla bila Filla masukkan kad tu dalam slot di kaunter passport ya.

ERP gantry tu biasanya ada di kawasan2 bandar mcm orchard road, suntec city, etc

Sally

Anonymous said...

Banyak carpark di shopping mall, etc guna autopass system juga.Filla just masukkan kad autopass dlm slot dan dia akan deduct bila filla keluar dari carpark.

Sally

Anonymous said...

untuk USS, filla kena booking online dan beli tiket in advance. Lepas bayar online, tiket akan diemail pada filla dan filla perlu print sendiri dari rumah and bawa ke USS ya.

Ini link untuk booking tiket USS tu - http://www.rwsentosa.com/language/en-US/Attractions/UniversalStudiosSingapore/Tickets

Anonymous said...

sekarang ni, singapore pun cuti sekolah ya, jadi weekend tu, mesti mana2 pun crowded. mungkin filla boleh consider pergi masa weekdays.

Sally

Anonymous said...

Regarding apartment in Singapore, setahu saya, tak ada kecuali serviced apartment. Tapi yg mcm tu mmg mahal sangat. Saya suggest Filla stay je di mana2 hotel di kawasan city.

Apartment yg Filla dah dapat info tu, maybe filla boleh forward pada saya di sallydinesh@yahoo.com. saya boleh tolong check. Cuma takut apartment tu mcm hostel (tak best, biasanya ada student or pekerja2 mcm prc, bangla, filipina semua) - tak sesuai untuk org2 yg pergi holiday dgn family ya.

Regards,
Sally

Anonymous said...

Lagi satu, Filla boleh juga consider stay kat hotel di JB lepas tu drive in ke Singapore. Jb ke singapore kan dekat je :) cuma, kalau ikut jalan woodlands tu, kenalah tengok timing. saturday, sunday mesti jam. Kalau ikut tuas second link, no problem.

Sally

mami charice said...

Hi kak filla, im your silent reader. Da follow blog ni sejak tahun lepas lagi. Suka sangat baca blog ni :-)
Nak tanya sikit dgn kak filla, masa g hong kong hari tu , ammani si comel tu ada amik apa2 vaccine tak for influenza? Coz january ni saya nak bawa anak saya yg sebaya ammani ke china. Tapi takut pula dgn virus2 bahaya ni. Thanks yer kak

salam tuk both kasih's yer

erma said...

tiket kalau pergi weekday $68, weekend $74. senior citizens dapat 50% off. boleh beli online through website resort world @ beli on the spot pun tak apa. tapi kalau nak pergi weekend better beli online. USS opens at 10, and normally by 9am orang dah start datang. it's best to go early sebab Q nak naik rides dia sangat panjang. if malas nak tunggu, beli express pass. top up $30 boleh potong line. muahaha

pasal parking lak. ada 2 options. one is to park dekat uss, tak ingat berapa sejam, tapi max dia $26. ni entrance dia http://youtu.be/CTE1F_e11No
the other option is to park dekat pulau sentosa. kalau tak silap it's slightly cheaper tapi kena jalan jauh. park dekat sentosa ada kena bayar tol+parking fee. USS bayar parking fee je



err, pasal bilik... tak pasti

Zarith said...

http://zarithzarudin.blogspot.com/2011/09/uss-universal-studio-singapore-sedikit.html

Farah Deeb said...

Salam. Anda kena tag suda! Meh dtg blog saya unt amek tugasan okeh! ;P

Filla said...

sally: thanks much for the infos ye sally.. ;)

all: tengkiu jugak.. still searching ;)

mami charice: hi, amaani time tu tak amik apa2 vaksin pon. alhamdulilah, dia ok jer ;)

Unknown said...

i pegi singapore time christmas break last 2 years, masa tu USS belum bukak lagi, but Sentosa Island is damn packed! nak naik rides kitorang kena beratur almost sejam each ride...coz banyak tourist datang time tu..

but christmas shopping memang heaven laa, ZARA , mango etc mmg sale and banyak choice as compared to KL...

kalo boleh try to have a handy list of halal restaurants, tak semua benda halal kat singapore, even subway pun non-halal meat, kitorang makan tuna /seafood je kalo tak yakin..tapi arab street banyak halal food :)

havva nice trip to Singapore..mesti seronok kasih n amani pg USS nanti ;)

HN said...

Salam filla, sy pown tgh gugel pasal uss sbb sedara mara drp kay ell nak dtg nk pegi uss , that brought me to this blog, malu lerr host tak tahu cecara ke uss hehehe

All thanks to tukang komen

Sedara mara drp kay ell tu duduk kat 3 room apartment kat jb (guesthouse kat kondo persiaran tanjung) , kalo nk ke s'pore boleh pilih nk lalu woodland atau tuas (2-2 easy access). So pepagi buta tu bertolak drp jb ke uss , tp make sure tiket uss tu dah bli sesiap thru agent or online

Ana said...

Salam....
tumpang bertanya,saya bercadang untuk melawat Singapore dengan menaiki kereta, masalahnya saya sedang mengandung 8 bulan.
Bolehkah saya memasuki Singapore macam biasa kerana saya difahamkan wanita mengandung melebihi 6 bulan memerlukan surat sokongan doktor dan kerajaan... Betul ke?

TQ