Monday, October 07, 2013

My Scandal.

Hari tu sebelum aku attend course kat PD tu... aku ada kerja sikit kat Bangsar.. lepas tu terus gi PD.. so aku bawak officemate aku Kak Tie tu sekali..hahaha.. Kak Tie tu aku anggap macam mak-mak gittew.. so aku angkut dia terus gi Bangsar kahkahkahhh.. sebelum sampai BSC tu kitorang breakfast dulu kat Pelita.. eh ye ke Pelita? hahah..  pastu call Anny suh join breakfast sekali.. dia ok je.. lepas gi Pelita aku gi BSC jap.. lepas settle kerja aku merayap plak pegi Bangsar Village.. whatsapp Anny lagi kot-kot dia dah habis appointment.. kebetulan dia nye appointment pon dekat je ngan Bangsar Village.. so mari mari mari..

Tu dia.. penuh kasih sayang rasa nak penyepak satu kali.. hahahhahaha... kitorang lunch kat Ben's sebab terbayang-bayang terung masak kicap tu ;)

Aku hasut Kak Tie suruh beli power bank jugak.. haaaa pandai korang bila battery phone memasing dah low.. menggagau kan? nasib ahkak ni bijak bawak powerbank yang semua phone boleh tumpang charge.. 

Mak Iti ;)

Hahahah.. pompuan ni asal nak amik gambar je stress tutup muka.. 

ko tengok tu... ko tengokkkkkk!!!! 

Anny ni makin lama aku tengok dah macam orang Korea.. kulit dia dah lah putih melepak.. bersih plak tu.. aku pegang pipi dia pon dia takut kuman.. tampa kang.




Anny kata Kak Tie ni macam orang muda.. nampak sihat, kuat.. eh memang pon.. aku kalau berjalan ngan dia.. sikit pon dia tak penat ok.. 

aippp dagu tu daguuuu tuuuuu... 

macam ni la baru betul.. amik gambar dagu kene cover line skittt.. 

hambek kau.. ni makanan orang diet.. roast chicken (half) with ceaser salad.

tu terung kicap sedap ;)

habis ok.. 3 orang makan ;)

Anny takde kopi dia boleh meroyan.. so nak bagi dia senyap.. turutkan je kemahuan dia.. 

cantikkan ben's nie? kalau gi Bangsar Village.. singgahlah sini.. eh promo plak ;)

Hahahhaha... kan? macam orang Korea.. Anyehusayooookkkkk... 

Ok itu je nak citer... nak warm up dulu...monday kan.. banyak lagi entry ni.. tapi aku blur gambar banyak sangat.. pelan-pelan lah kayuh ok? 


-Ads-


Air dari sinki dapur rumah anda BERKARAT?
Ahli keluarga selalu sakit-sakit?

Air merupakan unsur asas untuk tubuh badan kita beroperasi dengan sihat, jika air tercemar, tubuh badan bukan sahaja gagal beroperasi dengan baik, malah organ seperti hati dan buah pinggang terpaksa menjadi seperti penapis pula. Bahan cemar dalam air seperti karat (ferrous oxide), mendapan tanah, logam-logam, klorin florin berlebihan, racun serangga dan rumpai, asbestos dan plumbum, walaupun dalam kuantiti yang sikit/ surih akan menjadi banyak terkumpul setiap hari dalam tubuh badan.

Sanggupkan anda menghidangkan air dan memasak nasi setiap hari menggunakan air tercemar?

Penapis air Dr Sukida menggunakan teknologi penapisan Nano, dapat menapis bahancemar. Malahan, ianya bukan air suling semata-mata, penapis-penapisnya khas mengandungi mineral dan oksigen yang tinggi, serta bebas bakteria, virus dan parasit.

Bonusnya, kesihatan anda dan keluarga terpelihara dengan mengelakkan dari mengambil air tercemar, dan insya allah, penyakit yang berpunca dari keracunan micro ini dapat dipulihkan.

Segera hubungi Shahrell0105@gmail.com untuk maklumat lanjut atau whatsapp/ call 017-2840281 untuk penghantaran ke pintu rumah, pepasangan, maklumat dan servis yang PERCUMA.

Kesihatan adalah kekayaan.

4 comments:

ayunidati said...

ayam tu menarik betulll.... memang merosakkan diet....

Unknown said...

cantiknyaa anny! kulit dia takde masalah lgsg!!

strawberi said...

cantik bens situ.nmpk tenang..kalo klcc...pack sgt la rasa...

Miss Brenito said...

wah makin comel n sedikit berisi la filla.. tapi tetap anggun