Monday, August 25, 2014

TIDO SAMBIL SENYUM

Hari tu last day puasa ganti.. Alhamdulilah dah selamat mengganti.. Tekak teringin sangat nak makan noodles gitu.. Tak nak makan nasi sebab selalu sahur makan nasi.. Pastu teringat ada mee kuning kat rumah.. pastu dah ada sayur sawi.. Oklah kita masak mee hailam je.. Bibik pon ganti puasa ngan aku jugak.. So takde sapa boleh tolong rasa garam hehehe.. Tapi ok aku tak letak garam pon sebab tau lah kan kuah hailam dah letak kicap nanti masin.. 

Bibik tak pernah makan Mee Hailam.. Aku pecah-pecahkan cili padi campak dalam ni.. ngan lada putih lada hitam semua.. Hamik kau, berpeluh-peluh makan heheh.. Siapa nak resepi boleh refer SINI. Zaman tok kadok dulu pernah buat.. Aku pun selalu blank.. bila nak masak lupa cemana. So kadang aku google balik resepi yang aku pernah masak dulu :) Oklah, habis cerita pasal masakan kita cerita bab lain ye.. 

Aku sebenarnya dah naik saiko sebab barang tak muat dah nak sumbat kat kabinet dapur.. Dapur aku kan comel.. So bila berhajat nak beli barang-barang sikit harus kene pikir lapanploh kali mana nak sumbat.. ai is sad like that :(

Pastu kalau ada space pon aku nak letak barang, cuma kat area washing machine.. sempit pon nasib kau lah labu.. Sebab aku tak suka nak semak-semak kat kawasan dapur.. Aku nak kalau masuk je rumah nampak luas.. nampak bersih.. Kalau nak semak, biar semak kat area yang orang tak nampak hehehe.. 

Pegilah Ikea haritu.. Ajak Peej teman pastu dia pon main sauk-sauk jugak masuk troli kahkah.. Gila kau, pegi ikea tak beli apa? Memang takkkkk laa.. So aku dah set my mind, aku takkan beli benda merepek, aku target nak cari rack yang kemas, at least yang sama macam yang sekarang.. Tapi tu dah tak de.. yang lain plak yang ada.. Eh tapi terbeli memacam jugak hahahahah..

Tengok ni.. Waaaaaaaaa sukaaaa!!! Perasaan tamak menguasai diri.. terus terbayang macam-macam boleh susun kat sini ni.. dah macak rak kat hypermarket ni.. wow i like! Terus call bibik..

"Bik, kalau saya beli rak muat ke letak kat sebelah rak lama? Kamu ada tali pengukur tu? Tolong ukur berapa cm lagi yang kosong untuk nak letak rak baru?"

"Puan, tali pengukur tak ada, macamana ni?"

"Kamu kira pakai jengkal, tau jengkal?"

"Iyaa tau tau.. Bentar ya"

"Rak lama ni ukurannya 3 1/2 jengkal jari saya, boleh tolak ke sana sikit, ruang yang kosong ni ada kurang lebih 6 jengkal"

"Oh boleh!! Rak baru ni 5 1/2 jengkal jari saya"

"Yaaa ok tu puan!"

"Kamu tak tersepit ke nanti celah washing machine???"

"Ah tak lah, tak mungkin lah hahahah"

Ok dah tu bik, tak yah nak happy sangat ye.. So aku pon berbunga-bunga rasa hati ni ;)

Masa nak gi amik rak tu ternampak pulak almari ni.. Huwaaaa sukaaa!! Ni boleh letak kat bilik Kasih.. Kemas je... boleh letak baju Amaani ngan Aleesya.. Ok nanti nak serang lagi lah Ikea huhu.. Lawa kan? Nanti atas tu boleh hias-hias letak cermin kat wall, pastu letak pasu bunga ikea yang cute-cute.. 

Ni harga dia.. aku suka lah warna putih, tak tau kenapa.. rasa bersih, rasa modern dan kemas.. tak berserabut bijik mata ni.. 

Dah tu lari ke Publika nak makan sekali ngan Popo Elly.. Lapaaaaaar weh.. Order Oglio Olio.. Nice!

dan ini Potato apa tah.

Beli jugak scented candle ni.. bau Vanilla.. sedap! Amaani kata macam bau cupcake.. hahahah.. Tapi letak kat bilik air berjelaga pulak terkena kat frame putih cermin tu.. Ai is angry u know? Ni semua salah peej.. Dia lah mempengaruhi Kak Pilla ni.. So aku tukar letak kat bilik pulak.. Pak Radie dah kerut-kerut kening.. Pastu membebel nanti kene langsir terbakar cemana? Ek elehhhh... Jauh gila kot langsir ngan lilin ni.. Lagipun bukannya langsir aku jenis berterbangan sampai boleh kene candle.. Langsir berat tak bergerak kot? Don't make me angry ye. 

Benda-benda macam ni memang suruh laki je lah.. Teringat zaman dulu beli rak pinggan kecik je pun nak letak tepi sinki.. nak dekat setengah jam aku pasang ngan Atok Braim.. Fuh berpeluh-peluh.. Pastu baru nak lonjak suka, rupanya pasang rak tu tebalik.. Apa pon tak bleh lah Atok ni.. Eh tetiba Atok yang kene? muahahahhahaah.. 

Ok ni Kak Pilla namakan ruangan semak di rumahku.. Hahahah dia macam lorong nak ke toilet.. So dari hall memang tersembunyi.. Ahkak sukeeee sangat.. now stock detergent dah tak perlu letak bawah sinki.. Susun je yang belum bukak letak ke kiri sikit.. yang tengah pakai letak sebelah ngan washing machine.. pastu beli botol ikea yang besar-besar boleh letak memacam jenis tepung.. rak tu khas untuk barang-barang buat cake.. Konon laaa hahah.. kalau semangat dah berkubur sok, kita letak lah barang lain.. hehehe.. 

Ok tu je.. Kak Pilla senyum dalam tido hahahah.. Oh rak ni sebenarnya Kak Pilla beli 2 set.. 1 set tu ada 3 level.. tapi kita boleh tingkat kan yang set kedua tu atas dia.. so jadilah 6 level macam Kak Pilla punya ni.. 1 set tu RM119.. Sekian melaporkan ;)


Love, 
Filla.

Thursday, August 21, 2014

AKU ANAK MERDEKA!

*scroll down for new entry*

Bila sebut pasal Merdeka aku mesti terbayang iklan Hari Merdeka yang selalu keluar beberapa hari sebelum Hari Merdeka.. Yang paling lekat dihati ialah iklan ala-ala throwback yang bapak dia kejut anak dia bangun pagi.. dia mandikan anak dia.. bersiap lawa-lawa..pakaikan bedak sampai putih muka anak dia..pastu dia pikul anak dia kat bahu.. Wahhhh tersentuh.. Aku pasti remaja zaman sekarang tak dapat merasakan apa yang orang-orang dulu pernah rasakan semasa melaungkan perkataan MERDEKA dengan sepenuh hati.. 

Zaman aku kecik dulu, balik kampung aku suka dengar cerita Arwah Atok.. Macam-macam aku nak tau.. Salah satu cerita zaman penjajahan.. Arwah Atok kata dulu zaman negara kita dijajah memang sengsara sangat.. sembunyi dalam lubang.. buat lubang kat tanah.. kalau penjajah datang menyerang semua kelam kabut sembunyi.. Masuk dalam lubang tutup lah atas tu ngan daun ke dengan papan ke.. Zaman dulu susah, sampai dah lepas merdeka pon, ayah aku kata bukan nya senang nak makan sedap-sedap.. dapat makan ayam pon time hari raya.. pastu dia 5 beradik.. Adik bongsu dapat makan paha ayam.. Ayah aku dapat ayam sembunyi bawah nasi supaya boleh dapat ayam lagi.. rupanya arwah nenek tau taktik dia.. memang tak dapatlah.. hehehehe.. Kita? Nak makan ayam? Bila-bila masa pun boleh.. siap membazir lagi.. Huwaaa tak suka macam tu!! Sebab tu aku selalu sangat pesan kat anak-anak, jangan membazir makanan, berdosa.. Ramai lagi orang susah yang tak dapat makan :(


Negara kita dah lama Merdeka.. "Tanggal tiga puluh satu, bulan lapan, lima puluh tujuh, Merdeka, Merdeka!!! Tetaplah Merdeka!! Ia pasti menjadi sejarahhhhh!!" Meremang bulu roma kan dengar lagu Allahyarham Sudirman.. Walaupun kita lahir dari generasi selepas merdeka, namun sejarah tetap sejarah.. Atok Nenek kita pernah melalui zaman kesukaran sewaktu dijajah dan mereka ada sewaktu Hari Bersejarah Negara kita merdeka.. 

Sempena Hari Merdeka yang akan menjelma pada 31 Ogos 2014.. Kak Pilla nak ajak you all sama-sama menghargai hari kemerdekaan negara kita Malaysia.. Memula Kak Pilla nak ajak korang tengok short video dari Narmi yang berlatar belakangkan lagu Warisan dari Sudirman.. 

Bestkan??? 

Haaa ni lah masa yang ditunggu-tunggu hahahaha.. Kak Pilla pon join buat 3 minutes short video.. Check out version Kak Pilla tentang Hari Merdeka yang turut menggunakan lagu 'Warisan' sebagai tanda penghargaan kepada Allahyarham Sudirman.. "Di siniiiiii.. lahirnyaaa sebuah cintaaaaaaaaaaa" aaaaaaaahh meremang bulu roma dengar lagu ni.. Video ni version Kak Pilla untuk menyampaikan betapa bertuahnya Kak Pilla dan keluarga dapat menjadi anak Malaysia yang hidup dalam keadaan aman, damai dan sentiasa maju kehadapan.. Saya bangga menjadi anak Malaysia!!!! 



Kak Pilla nak tengok korang pulak buat video Merdeka version you all.. boleh tak?? This is a contest yang dianjurkan oleh celcomESCAPE.. anda berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM157,000!!


Cara-cara menyertai contest:

1. Shoot video berdurasi 3 minit dengan menggunakan apa-apa device.  Make sure video tu ada menggambarkan Malaysian spirit.

2. Tema video mestilah ada barisan pertama lagu Sudirman (Warisan) iaitu "Di sini Lahirnya Sebuah Cinta".. Tak kira nak masukkan lirik lagu tu di minit ke berapa pun boleh.. janji wajib ada!

3. Submit video anda through YouTube link atau DVD by 
9 September 2014.

Layari www.celcomESCAPE.com untuk menyertai contest!  

Semoga Berjaya!!

I LOVE MALAYSIA!!!! 



Love, 
Filla.

Wednesday, August 20, 2014

RESEPI PIZZA FILLANIE.

Sorry, tengok pizza sendiri masak sendiri telan ailio.. Caner tu? 

Ni first time Kak Pilla buat pizza sendiri.. bukan instant ye.. ni dough buat sendiri.. Kemain bangga lagi padahal senang gila kot buat dough dia hahaha.. Tapi Kak Pilla yakin ramai tak confident atau tak terlintas nak buat sendiri.. Mesti korang ingat leceh kan? baik order je Pizza hut or Dominos ke.. Eh janganlah camtu.. Kalau ada oven kat rumah, jom try. senang je ;)

Benda-benda camni memang makanan Pak Radie.. selamba tapir je dia boleh habiskan 4-5 slice.. takde hal punya..  Kak Pilla ajar step by step, nanti last baru Kak Pilla masukkan resepi ok?

Kena ada Instant Yis mauri-pan ni ye.. tak silap satu ni 80sen ke RM1 je..  Sediakan 1 cawan 1/2 air suam.. air suhu bilik pon boleh kot?... pastu masukkan yis ke dalam air tu..tapi Kak Pilla tak habiskan 1 paket ni.. suku tu buang ke tong sampah hahaha dan masukkan sesudu gula.. kacau dan biarkan 5 minit.

Sementara tu ayak tepung gandung 4 cawan.. masa ayak masukkan 1 sudu kecil garam dan ayak sekali.. 

lepas dah ayak, buat lubang kat tengah tepung tu.. letak suku cawan olive oil.. pastu tuangkan air yis.. amik pisau dan kacau dengan pisau.. 

nanti dia jadi melekit camni.. uli je.. 

sediakan papan penguli atau tray besar taburkan tepung gandum.. sebab bila uli tu melekit-lekit.. boleh tepek-tepek ngan tepung gandum.. uli sampai tak melekit dah.. pstu amik mangkuk besar sapukan dalam tu dengan olive oil.. masukkan dough tadi ke dalam tu.. pastu sapu sikit olive oil kat permukaan dough.. 

tutup mangkuk tu dengan kain basah/lembab. Biarkan 30 minit.

Amboi gebu sangat.. Nanti dia akan naik jadi 2x ganda.. korang kene tumbuk-tumbuk bagi dia kempis sikit.. keluarkan.. pastu uli-uli buangkan angin dia tu.. kalau ada roller tu boleh guna.. Kak Pilla kan serba kekurangan hahahah.. so penyek-penyek je kat pizza pan dengan tangan.

Camni hehehe.. Oh boleh beli pizza pan ni kat kedai buat kek ada jual.. kat hypermarket pon ada rasanya.. dia ada lubang-lubang kecik kat pan tu.. 

Pemalas macam Kak Pilla boleh tiru hahah.. Guna je Prego Sauce yang Tradisional tu.. Ada setengah orang siap tumis masak bagai.. Arghh tak kuasa.. Ratakan sauce tu ye.. sebelum letak dough tu sila sapu pan dengan butter dulu ye..  satu adunan ni boleh dapat 2 keping pizza ;)

Tabur mozarella cheese.. aku tak pasti cheese apa nak guna yang lebih bergetah-getah bila dimakan tu.. boleh share tak siapa tau?

Kak Pilla guna Beef Pepperoni ni je.. beli kat Cold Storage kot? lupa dah.. 

Budak-budak kat rumah ni suka Pepperoni Pizza.. So Kak Pilla buatkan ni.. Tapi cheese tu kurang sangat.. patut kasi lebih lagi ;) Sebelum bakar dalam oven make sure dah siap-siap panaskan oven tu ok?
Bakar 220c selama 15 minit.. Agak-agak lah.. masak pizza senang je boleh jenguk-jenguk tengok korang nak garing ke atau camne ke.. ikut suka ok? 

Tadaaaaa..Kak Pilla siap beli Pizza Cutter yang bulat tu.. zassss cantik je potong ;)

Ni pizza kedua.. Kak Pilla letak bawang, capsicum, daging hancur ramly tu Kak Pilla gaulkan ngan white pepper and black pepper dan sedikit garam.. pastu tabur je atas nie.. hahaha.. tu je.. 

Last tabur cheese banyak-banyak

Makan panas-panas.. Hoi heaven oiiiiii.. yang crust tu rangup nyammmmmsss.. 

Pak Radie puji kitewwww.. terus kitewww malu lari masuk bilik... pastu Pak Radie kejar kitewww dia tanya kenapa awak malu? Kitew jawab lah.. awak tak pernah puji kitewwww.. ni awak puji kitew malu laaaa..

Pecaya ke citer nie?

Pak Radie nak buat camtu? Kim salammmmmmmmmmm... Tapi dia puji lah.. dia cakap sedap nak mampos.. Amboi menangis hiba hati Kak Pilla dengar pujian dia.. Dia siap buat aksi jilat pinggan.. Rasa nak hempuk je dengan pinggan tengok gaya dia.. heheh..

Oklah takyah arr tulis resepi.. Korang pepandai salin sendiri ok?

Selamat mencuba ;)


Love, 
Filla.

MAKAN-MAKAN RUMAH KAK PILLA.

Sebenarnya tak plan nak buat pon.. Ingat senang ke nak buat open house nie? Tapi sebab haritu dah gi makan-makan umah Elly.. Diorang pulak tuntut nak datang umah aku.. So ni bukan open house lah.. Ni kawan datang makan kat umah.. Pastu bila tanya korang nak makan apa? Semua nak nasik.. Ye oklah, ai masaklah.... 

Jemput mak Peej sekali and Watie jugak.. Dah lah macam jejak kasih.... Watie and mak peej rapat kat alam cyber katanya.. Aku ajak sekali BFF Anny and Atta.. Petang ajak Kak Nana and Kak Tini ngan family.. 

Aku ni memang jenis panik tak tentu hala.. Takut nanti orang datang makan tak sedap.. makan tak cukup.. Eiii takut... Takkan orang makan nasi je? Bukan kene ada benda manis-manis ke untuk pencuci mulut? Ok bertabah Kak Pilla buat cupcakes.. Maybe budak-budak boleh makan cupcakes yang warna-warni kan?

Hijau and Pink tu Kasih yang pilih.. Kita tibai je letak sekali 4 warna ye..

Ah camtu.. Kesilapan kali ni maybe terpenuh sangat dalam cup dan terlama sangat masak dalam oven.

Merasmikan cake tier stand yang menang masa deco ice cream Wall's haritu.. Kemain merekah lagi cake hahahah.. Ramai comment cakap over cooked... Ramai kata oven ni lain-lain so tak leh percaya sangat kat resepi.. kene amik lidi cucuk tengah.. kalau licin dan tak melekit kira dah masak.. Okay, thank you semua.. Next time kita cuba lagi ;)

Kak Pilla masak lauk biasa-biasa je untuk makan tengahari.. Takde yang special pon.. 

Sayur Campur

Sambal Tumis Udang Petai

Ayam Masak Lemak Cili Api

Ulam-ulam dan ikan masin.. Tapi aku rasa ikan masin habis so yang datang kemudian sorry hahaha.. 

Sempat buat puding castard jagung pagi tu.. This time guna creamy corn tu.. baru sedap dan lemak.. Hidang jugak cake tak jadi tu.. last-last ke tong sampah pegi nya.. Oh ada jugak buat spaghetti.. Cuma lupa nak snap gambar.. gambar kat bawah ni ada lah terselit sikit heheh

Tetamu pertama sampai.. Gila kul 12 dah sampai.. Aku ngan baju tido tak mandi lagi bepeluh-peluh kat dapur.. terus jadi panik.. padahal dia yang pepandai sampai awal.. Anny cerita ada reader aku tegur Anny selalu tutup muka.. Hahahahha... geram je dia.. Anny kan anti-social korang tak tau ke?

Ko tengok ko tengok.. laki dia pon urut dada kot tengok dia.. hehehe

Thank you Anny and Alan sudi datang umah Fillanie

Elly and family tetamu kedua sampai.. Terus cakap lapar.. Kak Pilla suruh Popo Elly and family makan dulu tak yah tunggu Peej.. sebab meja Kak Pilla muat 6 orang je.. kahkahkah.. Tak sempat amik gambar Elly sekeluarga.. 

Tak lama pastu Atta pulak sampai.. Aku ingat dia pakai shawl belit kat leher.. rupanya dia pakai neck support tu.. last month macam tu Atta seliuh tak sangka rupanya teruk.. Now dia under treatment kat Tawakal.. Kita doakan dia sembuh cepat ok?

Pastu Peej, Ben, Auntie Nanie and Noy pon sampai.. Elly tetap penghias meja kat situ.. dia je alert ngan camera kan.. Aku peratiiiii je perangai dia.. hahahah

Kak Pilla panik sebab tak pandai nak masak banyak. Almaklumlah selalu masak untuk family je.. bila banyak ni takut cair ke apa.. Tu pun sambal tumis udang tu memula cair.. aku siap cedok 3 senduk kot buang kuah hahahah.. nasib lelama dia pekat balik.. phewwwww *lappeluh*

Watie Shahrin sampai tak lama lepas tu.. Dia memang ke Putrajaya haritu, then terus ke umah Kak Pilla.. Sian dia tak leh makan pedas.. Nasib ada ayam panggang Ayamas.. hehehe.. Tapi husband Watie ilekkk je makan... sorry Watie lauk kita pedas.. 

Noy bawak bertenang ye.. siap kuatkan volume tengok Michael Jackson.. Tau lah peminat tegar klon MJ datang audition AF.. terus semua kerumun tengok tv sambil geleng kepala tengok MJ ni.. hahah.. Eh ok lah at least dia boleh tiru gaya MJ ye.. ko mampu? 

Oh rumah aku kuih raya dah habis.. so dalam kul 11 camtu suruh Pak Radie gi beli muruku ke kerepek ke.. sekali dia bawak balik ala-ala jajan Tam-Tam.. Oklah.. pon boleh lah dari takde.. 

Noy kekenyangan.

Ok ni 2nd round.. Paksa diorang makan spaghetti pulak.. Kesian muka diorang muka terpaksa hahahaha.. Budak-budak ni kat atas tak turun-turun.. tu pun Kasih cakap, Kasih suruh Amaani ajak anak-anak Elly naik atas sebab Kasih malu.. Amaani ketua kumpulan.. aku naik atas tengok sorang bawah katil, sorang belakang pintu.. Amaani tengah tutup mata sambil mengira.. hehe kelaka.. kalau umah banglo doploh bilik boleh la korang sembunyi.. 

Makan ye Peej.. Next kan rumah ko??? Hahahahhaha kitorang tak kira ye...  

Tetiba Ben snap gambar.. Pastu semua kesian kat phone dia... gambar gila old school sangat.. macam zaman aku kat U dulu.. stok mata ada lampu macam Elly and Noy tu.. 

Watie and husband mendengar kisah Auntie Nanie.. Kitorang dah dengar dah kisah cinta mak Peej.. memang romantik habis ok.. 

 
Tak lama pastu Kak Nana (left) and Kak Tini (right) pulak sampai.. Kak Nana ni jiran seberang.. dia kat Alpinia je.. 10 minit dah sampai.. Kak Tini pulak dari Kajang.. so dah dekat, mari singgah.. 

Sekali aku panik sebab Spaghetti ni macam tak cukup je.. Rasa nak hentak kepala kat dinding.. Memula rasa banyak.. sekali dah makan-makan alamak.. pucat jap muka.. hahaha.. lauk ada lebih lagi tapi nasi pulak tinggal sikit.. Haishhh... 

Masa group ni tengah makan.. tetiba Pak Radie cakap jiran depan rumah (2 family) nak datang singgah.. OMG.. mampos aku.. diorang cakap tak yah susah-susah minum je.. sebab lepas tu diorang nak ajak Pak Radie gi umah neighbour aku sebelah yang chinese ni ada makan-makan sempenah wife dia baru habis pantang 30 hari.. Tapi takkan lah orang datang umah tak makan kan? So tengah panik-panik aku amik je spaghetti lebih tu ngan kuah dia.. tumis bawang.. goreng je.. Jadik spaghetti goreng.. Muahahahaha.. Belasah lah...Tapi gambar jiran tak sempat snap.. 

Anak-anak

Mak Bapak

Kebetulan semua ada converse.. Hahah so mari posing ;)

Ok itu saje cerita makan-makan umah Kak Pilla.. Yang tak dapat Kak Pilla nak ajak harap jangan kecik hati ye.. Kak Pilla tak nak lah ajak orang ni tapi tak ajak orang tu.. kang ada yang kecik-kecik hati tak best lah macam tu.. Kalau nak ajak semua sekali kena pakai caterer.. Boleh pitam Kak Pilla kalau nak masak sendiri hehehehe.. InshaAllah ada rezeki kita buat k.. 

Oh kalau ada yang tak tau.. Nuffnang akan buat #NNRaya
Masa tu Open House Raya Nuffnang tu, Kak Pilla akan masak.. Kak Pilla masak apa? Ada lahhhh.. Jangan tebalik periuk sudah.. Macam live masak rancangan Maggi haritu.. sikit lagi tebalik hahahaha... So kepada yang invited tu kita jumpa di sana :)



Love, 
Filla.