Thursday, April 09, 2015

LAGI MENU UNTUK ABANG DAN AKAK YANG INGIN MENJADI SADO.

Hoih geli je Abang Sado hahahah.. Masaklah Pak Long pasni.. Kalau dia dah tak sado memang mari gelakkan dia beramai-ramai ;)

 Sebelum Pak Long kawin haritu, Kak Pilla bawak semua the kasihs ni pi rumah Pak Long.. Gila lah anak 3 ni sekali pack kain baju ngan barang-barang rasa macam nak pindah.. penuh satu kereta hahaha.. sebab kitorang stay dari hari khamis malam.. sampai Ahad.

Malam tu ada lah order Nasi Lemak, Sambal Sotong, Ayam berempah dengan Satay sebab ada lah tetamu datang rumah Pak Long.. Tertelan-telan ailio tengok nasi lemak.. tapi sebab aku dah janji tak nak makan nasi (sesuap dua tu boleh lagi ye) so takkan nak makan nasi lemak pulak? Pak Long tu punya lah bertahan, so kita kene jadi macam dia.. itu semua nafsu jeeee... godaan syaitonnn semua tu.. hehehe

Aku tengah nak maghrib dengar Wan jerit-jerit.. "Cepat lahhhhh, abang nak masak dah ni, kata nak tengok?".. Haishhhhh stresssss ok.. semua nak cepat.. sabar lah jap haaaa... 

Turun tengok dia dah sampai level ni.. Tak reti sabar betul tau dia ni.. Stresssss Kak Pilla.

Nak sampai kat tahap ni senang je.. racik-racik je bawang besar sebijik, bawang putih 5-6 bijik.. hiris-hiris kacang buncis.. Takde tumis-tumis ye.. Kalau nak sado, tak leh makan minyak.. olive oil pon Pak Long tak guna.. dia campak je semua dalam ni.. 

Sila guna minced beef yang macam ni.. Australian Beef.. Ini mahal sebab dah siap wrap.. Kalau beli yang timbang kilo lagi murah ;) .. Makanan orang sado ni leh tahan mahalnya.. Kalau aku 5 beranak, tekincit jugaklah nak masak segala salmon, beef camni.. hahahahah

Pak Long masukkan 5-6 biji telur kot? Tapi putih sahaja.. telur kuning dia masukkan 1 bijik je.. 

Pastu campakkan serbuk kari... Hentam je lah korang nak banyak mana.. takde istilah nak bagi sukatan berapa sudu- berapa sudu.. semua dia main lambak je aku tengok.. 

Pastu nampak dia masukkan ni.. Alaaaa kita takde ni.. Korang hentam je pakai Ground Chilli macam dia masak salmon haritu pun boleh jer..  Pastu masukkan lah black pepper sikit, white pepper skit.. Sebab aku pun dah lupa apa lagi dia tabur dalam tu hahahah.. Tapi dia langsung tak letak garam yeeeee.. Aku tak tau lah orang bina badan memang tak leh makan garam ke apa?

Api kecik je.. pastu tutup.. pastu terbalikkan sikit.. dia suka daging tu garing sikit macam murtabak..

Selingan kejap.. Kesayangan Wan nie.. Kalau dia buat Wan marah, nanti dia pandailah amik hati balik.. Aku perasan lah bila kitorang berdua dah berumur ni (bukan tua ye) dah tau dah cemana nak handle Wan.. Kalau Wan bising-bising diam je jangan menjawab.. Wan bising sebab stress je.. Kalau ko menjawab tu carik nahas nama dia.. Eh perangai Kak Pilla sangat kan? Like mother like daughter ;)

Eh Kak Pilla ada satu gambar ngan Pak Long gak masa dia tengah masak nie.. Paksa dia peluk bahu.. dia tu pemalu ke Encik Kaku ke apa tak tau lah hahahahha.. Ada lah gambar tu tapi muka Kak Pilla macam makcik-makcik sangat.. Cisss tak yah lah masuk sini hahahahha... 

Tu diaaaaaaa.. Nampak tak siap ada plak Salmon parking atas dia hahahahah.. Romantik habis nie... Pak Long served Kak Pilla tau... dia masak untuk kitorang berdua sebab dua-dua poyo tak leh makan nasi lemak.. mengada sangat Wan kata hahahahaha.. 

Close up satu.. Tapi Pak Long cakap kalau diet tak leh lah makan daging hari-hari.. seminggu sekali dua tu ok lah... 

Dulu Pak Long badan leh tahan boroi.. nak tengok?

Mampos kene penerajang ni masuk gambar dia hahahahaha.. 
































After 6 months.. Aku tengok badan dia macam lipan geli iollssss hahahahah nasib dia jenis badan kecik.. Kalau jenis badan yang muscle besar kepala orang tu lagi haku muntoh... 

Tapi seriously determination and discipline tu penting.. tu yang aku takde sekarang ni hahahahhaa... dulu lain, sekarang ahkak dah tuo dik.. semangat tu dah hilang sikit.. baru naik tangga setingkat dah semput macam nak mintak nyawa..

Tapi takpe.. kita slow-slow sikit jaga pemakanan kita, at least untuk kesihatan.. jangan sampai kene beli baju baru sebab baju yang sedang pakai sekarang tak muat.. baju dulu jangan cerita.. dah bertahun tunggu memang tak muat-muat.. *ai is sentap*

"Yakin Boleh"


Love, 
Filla.

Wednesday, April 08, 2015

NUFFNANG 8TH BIRTHDAY!

Hoi berzaman dah kot Nuffnang 8th Birthday Party ni hahahah... Al-maklumlah, busy to the max dan bila sampai rumah je terus energy level tu jadi paling low sekali.. Actually aku plan nak pegi sekali ngan Elly tapi pukul 7pagi tu jugak Elly call tak dapat pegi sebab dia baru balik klinik sebab sakit perot.. Kak Pilla sambung golek atas katil sambil pikir, macamana ni? nak gi ke tak nak? malasnya nak gi event macam ni sorang-sorang takde kawan :(

Tapi tetiba teringat Denise from Nuffnang dah pesan, Kak Pilla nanti ada session untuk Kak Pilla.. tak lama, dalam 3 minit je.. kene bagi speech.. Gila langsung tak prepare apa mende speech pon.. lantaklah.. hahahah.. Akhirnya Kak Pilla bangun jugak mandi dan bersiap untuk pergi.. 

Make up sendiri hihi.. Katanya tema dia 1960's "Breakfast at Tiffany's"

Hoi tak reti nak pakai apa... hentam je.. kata 60's kan? So kita tebalkan eyeliner je lah bagi eyecat sikit.. kononnnnn padahal mata sepet nak eyecat-eyecat hahahahah.. 

Sib baik ada Suraya Sulatin ada jugaklah orang nak diajak berborak dari aku menjadi kayu sengsorang kat dalam hahahaha... dah lah takde belt.. tu belt zaman muda pinggang kecik lagi.. tapi nak pakai jugak, so kene tarik naik atas sikit, kalau tak nescaya ada orang pengsan tak leh bernapas kat sini nanti.. 

Ok sudah-sudahlah tu Pilla jom masuk.


Mereka-mereka ni antara yang rapat dengan Kak Pilla.. from Left, Melissa, XingYi.. Dua-dua pon comel... Ramai lagi yang Kak Pilla tak sempat nak bergambar pon.. 


Orang dah ramai dan Kak Pilla mula panik dan rasa nak muntah.. hahahah dari dulu Kak Pilla tak leh nervous sebab nanti nak muntah.. Tapi muka selalunya pandai cover line.. nampak relax je ;)

Oh sebelum tu.. Ni nama dia Syahira fashion blogger.. First time jumpa, masih muda dan dah berkahwin.. nak kawan boleh, nak lebih-lebih cannot ye.

So ini agenda untuk haritu.. Pukul 12 ada Media Interview with Co-founder.. Eish tak sangka media interview pon Kak Pilla and KampungBoyCityGal pon kene pergi jugak.. lap peloh terus hahahaha.. Nasib baik ada Timothy Tiah back up bloggers sikit :)

Pastu 12.45 tu ada Veteran Blogger Sharing Session.. Tu actually yang buat Kak Pilla peluh-peluh hahahha.. 

Emcee kita haritu ialah Careen Tan..

cake pada hari itu disponsor oleh ForetBlanc.



Syahira and Suraya

Tak lupa juga thank you to Milkcow sebab sponsor ice cream yang sedap tu..

Sempat jumpa Budiey, but sorry Budiey, terpotong pulak kepala hahah.. selalu jumpa Budiey masa event.. especially event makan memang muka kitorang ada hahahah.. 

Sedap, tapi kene makan ice cream awal pagi sejuk perot ahkak.

Untuk yang masih tak tau siapa orang kuat disebalik Nuffnang? Nilah dia co-founder Nuffnang iaitu Timothy Tiah.. Nuffnang sekarang dah ada 7 cawangan seluruh dunia.. (kalau tak silap lah hahahah) So tahniah diucapkan kepada Team Nuffnang kerana mampu melebarkan sayap ke seluruh dunia, semoga lepas ni akan terus maju dan maju bukak banyak lagi cawangan.. 

cake cutting session bersama Nuffnang Co-founder and Country Manager.

Ni antara Nuffnang Team bersama boss.. Alaa ada yang tak muat masuk camera hahahah..  

Bersama blogger dan bukan blogger hahahaha.. Elis kawan Sue ni sweet and happy go lucky (right) suka tengok dia..

Masa ni tengok semua orang nak amik gambar dengan cake.. So Kak Pilla pon amik jugak sekeping hehe.

Comel la tu pegang belon.. ni sebelum kene halau turun stage hahaha.. 

Ok tetiba masa yang dinantikan penuh debaran pon tiba.. Terpaksa buat muka relax je.. dalam hati nak meletop jantung... Session ni dinamakan Veteran Blogger Sharing Session.. Terus kitorang saling berpandangan "why veteran?" hahahhahaha i muda ye i mudaaaaaaa! 

Heheh takdelah, veteran tu maksudnya dah lama berkecimpung dalam dunia blogging.. So pada haritu Kak Pilla rasa sangat dihargai sebab diberi peluang untuk berkongsi pengalaman Kak Pilla kepada semua yang ada.. 

Nampak tu muka ketakutan tapi cover line hahahha.. Sebelah Kak Pilla ialah husband and wife blogger yang share blog mereka yang diberi nama kampungboycitygal pon dah lama berblog.. Kak Pilla pernah pegi event jugak dengan kampungboy dia baik sangat... sangat respect orang.. citygal pon baik.. seronok dapat share pengalaman bersama.. 


Apa yang Kak Pilla nampaklah dalam dunia blogging ni, kita saling memerlukan.. Blogger sangat penting untuk Nuffnang, dan Nuffnang sendiri sangat penting untuk blogger.. Kerjasama tu penting dan untuk bekerjasama tu tak susah.. Untuk blogger baru yang selalu tanya, macamana nak dapat iklan dari nuffnang? macamana nak dapat income? Sebenarnya pastikan berblog itu adalah passion bagi korang.. Kak Pilla berblog since 2004 kalau tak silap.. Lebih 11 tahun Kak Pilla disini.. Macam-macam dugaan dan cabaran dah dilalui dalam dunia alam maya ni.. Ada banyak benda yang bantu Kak Pilla menjadi lebih matang, membuka minda, memandang lebih luas.. Tak semua orang positive kepada kita, ada jugak yang tak suka.. 
Untuk kita berdiri teguh, kita kene ada personaliti yang kuat.. Jangan trying too hard untuk disukai, dikenali dan di'notice' oleh pihak-pihak tertentu.. Bodek-membodek ni paling lah kepantangan Kak Pilla.. sebab sorry to say, orang suka membodek adalah sangat annoying..  Jaga hubungan, buat baik, berbudi bahasa itu dah cukup ;)

 Jadi orang yang ada karakter dan tampil dengan cara sendiri.. Bila bekerja, kita akan terlibat secara langsung dan tak langsung dengan pihak lain.. Ada banyak mata yang memandang cara kita, disiplin kita, professionalisme kita, time management kita semua tu penting untuk berjaya.  Jangan sombong dan mendongak ke langit sangat.. sentiasa fikir, kalau kita rendah ada orang lebih rendah dari kita, kalau kita rasa kita dah tinggi, ada orang yang lebih tinggi dari kita.. 

Ada yang tanya masa sesssion tu.. bagaimana menangani haters? Ada banyak cara, tapi Kak Pilla rasa cara paling berkesan ialah IGNORE THEM.  Tapi kadang kita ni manusia biasa, ada perasaan marah jugak, tapi cubalah kawal.. dan paling berkesan ialah JAUHKAN DIRI dari orang-orang yang negatif.. orang yang suka mengumpat, orang yang suka bercakap pasal orang lain yang ntah betul ntah tidak.. jauhkan diri dari terlibat dengan orang-orang negatif macam ni.. sebab lama-lama kita akan jadi macam tu dan semakin hari kita akan jadi semakin down.. semakin mundur.. 

Jom tengok best dress haritu :)

Comel kan?


Ok itu saja nak cerita hari ni..

Kepada Nuffnang, semoga terus berjaya dan berdiri dengan lebih teguh lagi.. Thank you kepada semua team Nuffnang sebab jaga Kak Pilla dengan baik.. My manager (Adrian), my good friend Melissa, Denise, Pui Yee, Enwei, Jo Yee, Rebecca, Vivien, Xing Yi dan ramai lagi yang Kak Pilla tak sebutkan nama kat sini.. Thank you sebab selalu layan Kak Pilla yang selalu blur-blur.. korang selalu gelakkan Kak Pilla kan? hahahahahhahaha... 

Ok itu je nak cerita, kerja rajin-rajin yeeeee... tata titi tutu.. byeeeee..



Love, 
Filla.

Tuesday, April 07, 2015

KAK PILLA DAN HiDY NAK BELANJA YOU ALL

Hai korang.. Sihat tak harini? Ceria ke tak ceria?  Kak Pilla penat sikit, tapi hati tetap bunga-bunga ;)

Yang follow ig Kak Pilla mesti dah tengok baju Kak Pilla dari www.hidy.com.my ni dah sampai kan? Haishhhh suke suke suke berganda-ganda senyum sampai telinga hehehe...

Seriously sekarang ni Kak Pilla dah jatuh cinta dengan collection dari HiDY.. kalau korang dah lama follow Kak Pilla, mesti korang dah tau taste Kak Pilla kan? Kain linen, shantung, design yang praktikal dan simple macam ni memang Kak Pilla suka sangat!!! 

Actually masa celebrate Anniversary Hidy haritu, Vanidah Imran dah pakai baju ni.. tapi masa tu baju ni tak launch lagi.. Huwaaa i cry you know.. So bila dia keluar je, laju-laju Kak Pilla beli sebelum terlambat.. 


Korang tengok tu.. Sebab suka punya pasal, amik dua helai terus tapi warna lain-lain ;)

Kain dia very comfortable!!! Paling Kak Pilla suka sebab pocket dia tuuuu.. comel sangat! Pegi food court masuk je handphone dalam pocket.. Pastu feeling macam doktor hahahaha.. Tak sabar nak pakai lagi sehelai.. Pastu kain ni tak panas dan tak jarang.. Haish kenapa tak buat 5 kaler? hahahaha

Model pakai.. Ok yang Kak Pilla pakai tu size M.. so korang agak-agak lah size korang yer..  

Ni pulak baju kurung.. Kak Pilla jarang gila beli ready made baju kurung sebab Wan kan boleh jahit? Tapi ada masa nak jugak baju baru dan tak nak lah menyusahkan Wan nak jahit.. Tapi Kak Pilla cerewet sebab selalu Wan yang jahit so confirmlah perfect kalau Wan jahit.. Ada lah beli yang siap.. tapi kat bahu tak sedap, kat ketiak tak best.. rasa tersekat-sekat.. tak terletak!

Haritu pegi HiDY Boutique saja fitting.. sekali fitting je wahhhh terletak kat badan.. length tangan pon ngam-ngam je.. takde apa nak alter, just perfect! Terus angkat ;)
model pakai.

Masa akad nikah Noy haritu Kak Pilla pakai Kurung Pelekat Pesak Gantung from HiDY jugak.. Sebab majlis akad nikah kena lah sopan kan.. Yang penting nak selesa sebab Peej dah bagi tau lauk kampung untuk hidangan lunch.. haha buruk perangai.. mesti nak makan banyak..so baju kurung ni lah yang paling sesuai hehehehe.. 

model pakai

Ok kalau korang pun pencinta kurti macam Kak Pilla.. sila lah cuci mata dan order kurti-kurti yang meletopsssss kebabommm dari HiDY collection nie.. 






Atas ni semua NEW collection.. Tapi kalau korang nak tengok yang tengah SALE pon bolehhh.. 

Dannnnnnnnnnnnnnnnnnnn ni ada berita baik... HiDY dan Kak Pilla nak belanja you all ni.. Baik cepat sebab korang boleh guna untuk tempoh 1 bulan ni je tau.. 

Sila gunakan Code ni untuk dapatkan 20% discount untuk belian lebih dari RM100.. Berbaloi-baloi sangat :)
Discount code: KASIH20

Valid from: 6 April to 6 May 2015

Enjoy 20% OFF for all purchases above RM100

Orang selalu tanya Kak Pilla, baju beli kat mana? kat mana? Boleh beli online ke HiDY nie? Of course lahhh!! Kalau Kak Pilla tak sempat nak gi shopping kat boutique HiDY, Kak Pilla pon shop online je..  Now kan semua di hujung jari je.. If korang nak walk in boleh lah ke HiDY Boutique di:

No.46, Lorong Dataran Wangsa,
Datarang Wangsa Melawati, 
Wangsa Melawati 
53300 Kuala Lumpur.
Open : Tues - Sun (11am - 9pm)

Ok ada satu lagi berita baik nak announce ni.. HiDY boutique yang kedua akan dibuka di BANGI soon!!!!! OMG itu ahkak suka hahaha.. tak yah gi Wangsa Melawati, nak gi kat Bangi je heheheh..  InshaAllah May 2015 ni.. Lagi senang korang nak serang kan? Lunch time kita lari jap gi HiDY.. Date nanti kalau dah confirm Kak Pilla bagitau korang yer?  Siapa dah pernah shop kat HiDY boleh lah share your experience and why you guys love HiDY collection.. nak gak Kak Pilla tau hahahahah.. 

Shop at www.hidy.com.my now and use your Discount Code (KASIH20) and enjoy 20% discount!



Love, 
Filla.

Monday, April 06, 2015

PAK LONG KAWIN.

A photo posted by fillanie (@fillanie) on

Untuk pengetahuan, Pak Long a.k.a Abang Kak Pilla dah selamat melangsungkan perkahwinan.. Sebab tu lah Kak Pilla busy sejak kebelakangan ni.. abang kawin, urusan Ellfie, urusan rumah tangga, anak sekolah, urusan pejabat lagi.. Phewww Alhamdulilah dah selamat dah semuanya..

Pasal wedding nanti-nantilah Kak Pilla update ye.. sebab kita buat majlis, memang sibuk dan tak sempat nak snap gambar.. so kalau nak gambar cantik kene lah tunggu gambar dari photographer.. Lagipun Pak Long tu low profile dan tak suka sangat glamour2 sana sini hahah.. Kalau boleh haritu dia cakap dia nak kawin tak nak duduk pelamin.. dia nak masuk hall, pastu terus lepak dengan kawan-kawan dia.. Gila dia ni.. tak pernah dibuat orang ye..

Oh ramai tanya pasal baju family Kak Pilla hehehe.. Baju Kak Pilla tu kain lace tu beli kat Gulatis depan Ampang Point tu.. kain pon beli sana.. pastu hantar tempah kat Medan Mara.. Rupanya kat situ berlambak tailor, now tempat tu dah cantik.. Baju Leecha, Amaani dan Kasih pon tempah kat situ.. Actually tak puas hati sangat sebab tak berapa kemas baju Kasih tu.. dah lah dia tu cerewet dan Kasih tu badan dia senang gatal-gatal.. kulit dia senang allergy tapi senang recover jugak.. masa baju dah siap, Kak Pilla tak sempat collect, so Wan tolong collect.. Masa try baju tu kat rumah, Kasih muka dah sentap, dia cakap kat ketiak tak selesa.. dia macam 'tercekik' kat ketiak tu.. So Wan buang span kat bahu.. Then ok sikit, but still dia cakap tak selesa ketiak.. Rupanya tau kenapa? lebar tapak tangan kot kain berlebih kat bahagian dalam ketiak tu.. patut gunting lah bagi tinggal 1/2 inci ke apa.. mana lah budak tu tak gatal-gatal and rasa something kat ketiak.. hoi tak kemas, Wan tu tailor memang jenis nak perfect kemas.. lepas Wan alter balik baru ok.. 

A photo posted by fillanie (@fillanie) on
Baju Leecha ni actually Kak Pilla suruh buat sampai buku lali.. tengok-tengok sampai setengah betis je.. Tangan baju pon ngam-ngam singkat je.. Hoi tu nak buat pakai sampai raya tu.. kang pakai sekali je.. pastu pergelangan tangan Leecha tu kecik gila.. punya lah susah nak pakai.. nasib lah Wan tu terror.. betulkan balik besarkan dah buat button kecik so dah besar sikit ;)  Baju Amaani je ok, tu pun kain longgar maybe Amaani dah kurus kot.. so Wan betulkan pinggang.. Thank you Wan menjadi penyelamat ;)  Lagi apa korang nak tanya? hahaha.. Baju Atok and Pak Radie tempah kat BAK.. kat situ lawa lah dia buat baju melayu.. Baju Pak Long pun tempah kat BAK jugak.. 

Nanti kalau ada masa kita sembang lagi ok?



Love, 
Filla.

Wednesday, April 01, 2015

Parents - Teacher Meeting at Little Caliph.

 Last week ada parents meeting kat school Amaani.. If aku belum cerita, Amaani aku dah tukarkan ke Little Caliph.. Kalau orang tanya which one yang better? Smart Reader ke Little Caliph? Sebenarnya tengok kawasan lah kot.. Aku rasa Smart Reader kat Ampang lagi active compared kat rumah aku ni.. walaupun owner dia sama! 

Kisahnya kenapa Amaani tukar sekolah sebab Wan bagi suggestion jugak.. Wan nampak ada one group budak-budak Little Caliph kat kedai minum kat Enstek.. masa tu budak-budak tu dengan teacher dia.. Pastu comel-comel sangat.. communication pon in English.. Sempat lah Wan borak dengan teacher dia.. Little Caliph ni Islamic sikit lah pembelajaran dan konsep dia.. Tu tak kisahlah, sebab Smart Reader yang Amaani pegi masa 4 tahun pon aku amikkan yang Islamic jugak.  Lagipun takde apa yang aku nak push sangat, dia baru 4 tahun masa tu.. Now dah 5 tahun pon aku tak push apa sangat.. Sebab aku hantar dia pegi sekolah awal sejak umur 4 tahun supaya dia bergaul, bersocial, bermain, belajar adab, belajar doa, belajar surah-surah pendek dan belajar yang basic-basic... Aku pun amik half day je.. Daripada dia duduk je kat rumah mengadap bibik hahah.. memula bibik sampai, lepas berapa bulan tetiba Amaani cakap Indon.. Tekejut mak nak..

Gi kedai runcit nak amik ice cream.. pastu dia bukak lah glass yang boleh slide untuk amik ice cream tu.. pastu dia nak tutup.. dia boleh cakap kuat pulak tu.. "Nggak bisa tutup".. pitam aku kejap.. mamat cashier tu pandang aku, aku pandang dia.. pastu dua-dua sengih hahhaha.. pastu anak patung dalam kereta dia cakap 'Boneka Amaani" fuyohhh boneka ok.. 

Ingat lagi masa first time bagitau Amaani yang dia 5 tahun kene tukar sekolah.. dari Smart Reader ke Little Caliph.. Menitik-nitik air mata tak nak pindah :( sedihnya aku masa ni tuhan je tau.. Tapi buat-buat biasa je tak nak tunjuk kat dia.. Aku start google Little Caliph kat youtube, bagi Amaani tengok.. aktiviti diorang.. lagu-lagu diorang.. supaya dia seronok sikit.. Pastu aku tipu cakap kawan-kawan SR pon pindah sekolah bila diorang 5 tahun.. ;)

So far now dah genap 3 bulan Amaani kat Little Caliph dan aku boleh nampak macam-macam improvement dia.. Entry ni not to say yang Smart Reader tak bagus ye.. dan tak jugak cakap Little Caliph tu bagus.. macam aku cakap tadi, depends pada tempat lah.. dan cara pembelajaran Little Caliph lain sikit.. dia ada buku dia dan cara dia.. mungkin pendekatan yang dia guna untuk ajar students dia cara membaca dengan cepat dan mudah.. Pastu Little Caliph ni fees dia lebih murah dari SR.. dan untuk setahun tu semua dah include masa kita bayar yuran tahunan tu.. sports day, graduation day, school trip.. semua dah include.. cuma yang tak include bayaran untuk photographer datang end of year utk amik gambar graduate tu.. masa SR banyak benda nak kene bayar even dah bayar masa bayar yearly fees tu.. menyirap gak lah hahaha.. pegi sports day kene bayar, pegi concert kene bayar per head, sampai bawak anak-anak lain pon kene kira jugak.. katanya untuk food.. Ada je parents yang tak bayar untuk food.. datang tengok concert anak, then terus balik..  rasa tak best lah sebab semua tu kita dah bayar awal-awal dulu.. pastu bayar lagi.. sports day pon kutip lagi donation untuk sponsor medal lah, sponsor macam-macam dapat surat suruh tick nak sponsor apa.. hmmmmmm... sorry kalau ada yang terlibat dengan sekolah SR tempat Amaani dulu baca ni.  Aku cuma rasa tak berapa telus lah.. patut awal-awal masa nak register dulu bagi tau jelas-jelas.. takde lah kita parents rasa macam ni.. kejap-kejap duit kejap-kejap duit..

Ni Amaani semalam.. Happy sangat datang bawak buku suruh mama ajar baca.. Oh nak cerita masa parents meeting tu jumpa lah teacher dia.. Pak Radie tak naik sebab takde parking plak kat bawah.. so aku naik dengan Amaani, Kasih ngan Aleesya je.. First sekali teacher tanya "Puan kalau kat rumah ada ajar Amaani membaca ke tak ye?".. Hoih soalan ni terus terkejut mak kau hahaha.. "Hmmmm tak" pastu laju Kasih jawab, "Kasih ajar jugak Amaani baca buku dia tu"... Pastu teacher cakap "Saya tanya sebab Amaani cepat membaca, sebab tu saya ingat Puan sambung lagi ajar dia kat rumah, kakak ajar ye?".. 

Teacher kata Amaani independent, buat kerja laju, membaca pon dah sampai buku 2 sebab kawan-kawan semua still buku 1.. Wahhhh terharu nya mama rasa nak berkaca-kaca mata, padahal anak baru 5 tahun, jangan over please.. pastu dia kata Amaani rajin, selalu Amaani akan siap cepat kalau bagi apa-apa kerja.. Lepas tu dia akan tolong kawan-kawan siapkan dan ajar sekali.. Amaani ok, kalau suruh nyanyi dia nyanyi, suruh menari pon dia menari.. Pastu dia ada bestfriend kat sini, nama dia Dania.. Asyik berkepit dengan Dania.. pi dapur minum air pon sama-sama.. Pastu paling tak tahan bila teacher kata Amaani suka bercakap, bersembang, mulut dia bising.. So kitorang ingat tak nak panggil dia Kasih (kat LC ni semua panggil dia Kasih) kitorang nak tukar panggil dia Cik Kiah sebab dia kaki bergossip.. hahahahhaha.. tersipu-sipu Amaani bila teacher cakap camtu. 

Pastu sejak masuk Little Caliph ni English dia makin ok.. Dulu tak ok ye.. Kalau aku guna simple English pon dia akan kelip-kelip mata tak paham.. sebab kat sini teacher akan guna simple English, instruction semua in English..

Amaani memang jenis excited sikit, even kalau ada homework pon dia teruja lebih-lebih nak siapkan.. Aku tanya jugak, perangai dia kat school ok tak? dengan kawan-kawan ok tak? kaki bergaduh ke tak? Teacher kata Amaani ok, Amaani baik takde bergaduh pun.. Alhamdulilah anak mama baik :)

Aku tanya sebab kalau kat rumah dia punya terpekik kalau bergaduh ngan Aleesya hahahaha.. takut pulak kat school ko pekik anak orang kannnn.. hehehehe.. 

Itu jelah nak cerita pasal Amaani.. Aku tak expect pon nak dia struggle sangat score semua subject ke apa.. Aku nak dia happy, aku nak dia belajar bergaul, belajar berdikari, belajar basic-basic agama.. Jauh lagi perjalanan dia.. Kita bagi je apa yang terbaik untuk dia, kalau dia boleh score dalam academic dia, syukur alhamdulilah tu bonus.. 

I'm a happy mama..  Ani, muah cikedddddd.. 


Love, 
Filla.