Thursday, February 26, 2015

RESEPI MASAK LEMAK CILI PADI PAKU PAKIS

Haritu teman Kak Ti kat office ni gi pasar.. Tapi malas nak turun, so tunggu dalam kereta je lah.. Tetiba masuk kereta Kak Ti cakap dia beli pucuk paku pakis dua ikat.. seikat RM1 je.. "Ko nak La? amik la seikat ni".. Wah terus terbayang masak lomak cili api ;)

Balik rumah campak bag, bukak tudung, sinsing lengan baju, terus melangkah ke dapur siang pucuk paku.. Bahan-bahan untuk lauk ni senang jer..

 Siapa suka pedas, boleh tambah lgi cili padi tu.. tumbuk kunyit hidup, cili padi sampai lumat.. lepas tu hentak-hentak sikit ikan bilis tu.. 

campak dalam periuk, letak air sikit.. Kemudian boleh masuk santan.. sukahati nak pakai santan kotak (1 kotak kecik) pon boleh, nak pakai santan segar pon boleh.. biar menggelegak, api kecik ye.. kacau jangan sampai pecah minyak.. campakkan asam keping tu (size kecik) dan letak garam sikit..

Last sekali masukkan pucuk paku dan kacau hingga pukuk paku menjadi lembut dan empuk.

senang giler kan? heheheh.. Kak Pilla tekak kampung so suka makan lauk kampung.. Pak Radie tak pandai sangat makan nie.. tapi dia tak nak mengaku heheheh

Masa ajak orang rumah ni makan kemain lagi eksyen macam masak 10 jenis lauk.. "Paaaa, Kasih, Amaani, Aleesya, jom makan, cepat kang sejuk tak sedap".. 

Pastu Pak Radie datang muka macam terkejut pastu macam dalam hati berkata "Laaa ni je? ingatkan lauk 8 jenis tadi"

Pegi amik bantal, tido luar!


Love, 
Filla.

Wednesday, February 25, 2015

JOM JOIN CONTEST UNTUK KE LEGOLAND!

*scroll down for new entry*

Hi korang.. Hari ni Kak Pilla nak cerita kisah Kak Pilla dan anak-anak pulak.. Orang ingat being a mother sangat senang.. Senang tu memanglah senang.. tapi bila anak dah tiga ni lain sikit.. Masing-masing ada character masing-masing.. Sebagai ibu Kak Pilla cuba sedaya upaya untuk berlaku adil.. Anak-anak pun ada perasaan cemburu yang kadang-kadang kita tak perasan..

Sekarang yang selalu bersaing untuk dapat perhatian ialah Aleesya dan Amaani.. Kalau kiss Amaani, confirm Aleesya menjerit meluru datang tolak Amaani.. Nanti Amaani marah sebab kene tolak.. hahaha pengsan tau camni ;)

Kasih Aleeya dia yang sulung, so dia dah faham sebab dah matang sikit.. Takdelah dia pun nak bergaduh ngan adik-adik sebab nak peluk mama.. Dia pandai bodek adik-adik dia..

Tapi semua tu lah keindahan dan keistimewaan buat seorang ibu.. Alhamdulilah anak-anak semua membesar di depan mata kami suami isteri.. Anak pertama je yang betul-betul duduk dengan parents mertua dan parents Kak Pilla masa berpantang.. Masa tu tak reti nak handle baby.. anak kedua dan ketiga berpantang rumah sendiri.. Sekejap sangat dari baby tetiba wahhh dah besar? dari baby tetiba je meniarap, merangkak, berdiri, berjalan dan berlari.. rasa nak putar balik masa sebab nak dukung-dukung masa baby ringan sikit hahaha.. dah besar ni patah pinggang nak dukung..

Being a mother memang akan sentiasa ada amazing moment.  Scott's® mengambil langkah untuk menghargai para ibu dengan mengadakan #Momazing campaign sempena menghargai ibu dan anak.. Kak Pilla percaya setiap ibu akan abadikan kenangan indah bersama anak-anak kan? 

Actually Scott's® dah bertapak dari tahun 1875 lagi, no wonder kita yang dah umur-umur mak-mak ni pun pernah makan Scott's® Emulsion masa kecik dulu.  Pengalaman Kak Pilla bersama Scott's® Emulsion pun ada jugak.. Wan (mak) memang jenis very particular bab menjaga kesihatan.. dan Wan sangat disiplin.. Dulu bukannya Kak Pilla tau apabenda yang dia suap, kita telan je.. kalau tak sedap kerut-kerut muka.. tutup hidung laju-laju telan.. tak boleh skip sebab Wan garang.. semua tu ibu lakukan untuk melihat anak-anak membesar dengan sihat.. 


COD Liver Oil.. Ni original flavour, ini lah yang Wan sumbat mulut Kak Pilla masa kecik-kecik dulu.. 
Now bila diri sendiri dah bergelar ibu, apa yang Wan buat dulu memang betul.. Kak Pilla tak nak tengok anak-anak sakit, so kenelah pastikan antibodi diorang ni kuat supaya susah diserang penyakit.. Lagipun Kak Pilla percaya Scott's® Emulsion sebab ni brand yang natural dari tahun 1875 lagi, zaman mak kita pun dah terkenal, sampai lah ke generasi anak-anak kita.. 

Kalau anak nak sakit, memang dia akan sakit sebab itu kententuan Allah SWT.. tapi kita kena usaha untuk bagi mereka sihat..kalau ada supplement yang bagus untuk anak-anak, memang Kak Pilla akan bagi.. sebab tak sampai hati tengok anak demam, selsema, merengek tak boleh tidur.. kita pun tak senang duduk nanti.. 

now lebih mudah sebab Scott's® Emulsion ada jugak yang berbentuk chewable.. cuma dari segi intake kene monitor sebab budak-budak ni ingat gula-gula ;) Aleesya dia ok je makan Scott's® Emulsion jenis liquid original flavour.  Amaani tak suka so untuk Amaani kita bagi dia yang chewable.


Kasih Amaani buah hati Kak Pilla hahah.. ok tak, semua anak-anak adalah buah hati saya.. Tapi setiap anak kan lain-lain character.. Kasih Aleeya manja and emo sikit.. Kasih Amaani independent, mature dan tak suka susahkan orang, Kasih Aleesya budak naughty.. hahahaha.. Taklah dia kecik sangat lagi so tak tau lagi character si kecik tu.. yang pasti dia je asyik nak menang sekarang.. mainan dia tak boleh sentuh.. mainan orang pon jadik mainan dia jugak.. huhhhh!


Anak pertama tetap ada keistimewaan yang lain dari yang lain.. Anak pertama lah yang mengajar kita menjadi seorang ibu yang terbaik.. Anak pertama yang memanggil kita "mama" buat pertama kali.. i really feel #Momazing saat pertama Kasih Aleeya panggil "Mama".. Susah nak cakap cemana perasaan seorang ibu.. saat pertama dia panggil kita mama, kita rasa #Momazing.. saat pertama gigi dia tumbuh pon nak rasa #Momazing jugak.. saat pertama dia berjalan pon rasa #Momazing.. Sebab tu jangan heran, kaum ibu je yang paling suka snap moment anak and share kat social media.. hahah penuhhh muka anak sendiri.. orang menyampah kita pedulik apa, anak kita kan? hahahahah..

Ni lagi satu nak share.. Kasih Aleeya memang jenis sensitif, penyayang, cepat terasa, manja, kuat nangis.. Eh semua dia lah.. ingat lagi masa dia kene marah dengan Papa dia menangis teruk jugak.. Kak Pilla jenis ibu yang takkan tolong yeee.. dia buat salah, so dia memang patut terima hukuman.. semua tu untuk mendidik dia supaya dia takkan buat lagi kesalahan yang sama.. 

Lepas kene marah teruk dia terus duduk dalam bilik tak turun-turun.. tidur lah tu.. tetiba masa nak naik atas, Kak Pilla jumpa surat dari Kasih ni dia letak kat tangga.


OMG.. terus rasa sebak, mata berkaca-kaca hahahah.. walaupun surat bukan untuk mama hahahah tetap nak rasa #Momazing.. terus lari tunjuk surat kat Papa.. papa dia relax je.. cis ni ada perasaan ke tak ni? kenapa i sorang je rasa hiba? naluri seorang ibu? Kak Pilla siap pesan, jangan lupa kiss Kasih, dia siap tulis surat tu.. Pelan-pelan Kak Pilla buka pintu bilik Kasih.. dia dah tidur.. Kak Pilla duduk sebelah dia dan kiss dahi dia.. tapi Kak Pilla tau dia belum tidur.. hahaha pandai berlakon anak aku! heheheh.. 

Scott's® Emulsion kan nak celebrate kita-kita ibu yang #Momazing ni? Jom join contest #Momazing sebab hadiah menarik ye.. Sampai pening kepala nak pilih gambar yang mana untuk #Momazing Contest tu..

Ok lah decide nak pilih gambar Aleesya first time menjejakkan kaki ke pasir.. Menjadi ibu, takde yang salah pon.. Kita boleh feel #Momazing dengan semua achievements anak kita.. termasuk memijak pasir buat pertama kali.. Aleesya tak takut pun, sebab dia berani, i feel #Momazing ;) bagus anak mama! walaupun ada orang akan fikir, Eleh pijak pasir je pun nak feel #Momazing? hahah setiap orang berbeza, ingat tu ;)

Contest bermula dari 1 Februari sehingga 28 Februari 2015

Senang je, upload gambar kat IG/FB then letak caption menarik sikit, pastu jangan lupa letak hashtag #Momazing dan #ScottsMY .. click link kat bawah tu Kak Pilla ada share :)

First 100 Submissions
The first 100 submissions will receive a Scotts® Hamper.
The first 100 submissions selected will still stand a chance to win the grand prize.
Winners will be contacted via Facebook Direct Message.

Shortlisted submissions
A selection of 30 submissions will be shortlisted by a panel of judges to proceed with voting. 
The 30 shortlisted submissions will be upload into an album on Scotts Malaysia Facebook pages for voting.
Voting period: 10:00am 14th March 20 – 11:59pm 31st March 2015.

Final Winners
10 winners will be selected based 100%votes (Likes).

Prize 
‘Malaysia’s Best Momazing Moment’ award plaque
4 X LEGOLAND tickets
Scotts® hamper

Cara-cara nak join contest, boleh layari:

atau
www.scottsmomazingmy.com

Good Luck!

Love, 
Filla.

Tuesday, February 24, 2015

RESEPI DAGING MASAK KICAP PEDAS.

Kat rumah memang jarang beli daging sebab selalu fail nanti daging liat.. Kadang tu beli batang pinang pon ada masa liat.. samada Kak Pilla telah ditipu penjual daging atau Kak Pilla yang salah siang daging.. Daging kan ada cara nak potong.. kita kene lawan urat daging tu.. Masalahnya mata Kak Pilla ni kadang rabun.. so main belasah je potong janji cepat hehehe..

Daging masak kicap bukanlah favourite Kak Pilla, tapi sebab dah lama tak makan so masak jugaklah.. Kat rumah tu yang gila kicap is Pak Radie.. makan je mesti kene ada kicap ;)

Tapi terbayang lauk ni makan dengan nasi.. Nasi tu pulak kene letak dalam mangkuk dan makan dengan chopstick hahaha.. ni pengaruh tahun baru cina ke pengaruh baru balik jepun? diorang kalau makan memang kene angkat mangkuk letak dekat dengan mulut.. pastu ketip-ketip je lauk letak dalam mangkuk pastu ngap.. Korang tak tau.. Kak Pilla masa kecik-kecik suka berangan.. makan nasi pakai chopstick.. walaupun orang makan 10 minit dah siap, Kak Pilla makan 1/2 jam baru siap.. I don't care.. janji macam kewl hahah.. pastu suka makan kacang buncis yang Wan masak tu.. Kak Pilla akan anggap kacang buncis tu cili padi.. pastu buat-buat lah berlakon sorang-sorang sambil makan tu sambil kepedasan.. *tumbukmukasendirisebabkodahkenapasaikosangat*

Jom tengok cara paling senang nak mampos masak daging masak kicap ;) 

Tak kuasa nak tulis bahan-bahan satu-satu ye.. tu pegi google resepi orang lain hahaha.. 

Apa yang ada dalam fridge boleh kita campakkan sekali.. Lebih kurang jugak macam masak paprik.. hentam je.. bawang putih tu hentak-hentak je.. 

daging agak-agak ler yaaa.. 

Panaskan minyak sesenduk.. pastu tumiskan bawang putih.. Kak Pilla memang ada bawang merah blend so campak je sesudu.. 

dah nak garing tu letak satu sudu cili kering blend.. Kalau takde budak nak makan.. letak je 4 sudu hahaha.. 

Kalau tumis cili, kene makesure garing ye.. oh kalau suka halia boleh hiriskan halia jugak.. tapi kali ni Kak Pilla tak letak halia ;)

Selepas tu boleh letakkan kicap manis, ikut suka nak letak berapa banyak.. serbuk lada hitam 1 sudu kecil, dan kicap soya pekat (boleh letak ikut tahap kehitaman yang kita nak) kicap pekat memang Kak Pilla sentiasa ada kat rumah.. sebab kicap pekat tak masin, dia cuma nak bagi warna dalam masakan ;)

Then masukkan daging.. kalau korang beli daging biasa, better rebus dulu daging tu siap-siap sampai empuk.. dah empuk baru masuk dalam masakan macam ni.. curah je dengan air-air rebusan tu yang sodap ;) Kalau pakai daging je terus camni.. sila tuang air panas bagi dia berkuah sikit.. pastu masuk garam agak-agak lah banyak mana ye.. pastu kecikkan api, tutup kuali tu bagi dia empuk.. 

masukkan segala sayuran yang ada.. lastttt sekali baru campak daung bawang.. terus tutup api.. kalau takde budak nak makan.. boleh hentak-hentak cili padi tu dalam 7-8 bijik.. fuhhh lagi sedap.. ni budak kecik ramai.. so siapa nak cili padi tu.. kene kutip dalam lauk ni pastu gigit lah sendiri hahaha.. 

*gambar ulang tayang*

pastu saja masak petola sebab dah lama tak masak petola.. Pastu cakap dengan bibik..

"Bik keluarkan petola saya nak masak"
"Petola tu apa? Tak ada dibeli semalam"
"Eh ada lah kita beli semalam, dia tak masukkan ke?"
*bibik selongkar petiais*
"Tak ada"
"Adaaaaa"
"Ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, petola tu Gambas ya puan?"

apa-apalah bik, Gambas ke Gambus ke.. mano lah den ghoti... den tau petola yooo.. 



Love, 
Filla.

Sunday, February 22, 2015

TANAMANKU

Amboi title tak agak-agak hehehe... memang dari dulu nyampah nak beli daun kesom ni.. pagi tadi g pasar borong penat round satu pasar semua kata daun kesom takde! takpon habis.. i is sad u know?  haritu ada kak zareen bagi daun kesom suruh tanam.. waaaa happy masa tu berkobar konon letak pasu kecik dalam bilik air.. kan daun kesom kene banyak air baru dia subur? memula ok pastu lelama kuning pastu terus mati.. nyampah tau.. rupanya daun kesom kene ada cahaya jugak baru dia hidup.. no wonder la mati pokok aku!
pagi tadi balik dari pasar terus ajak bibik gi breakfast berdua sebab kehausan.. order roti telo ngn nescafe ais.. tgh minum tu nampak kak zareen tengah tapau breakfast.. laju2 citer daun kesom x de kat pasar hahah taktik je tu ;) dan kak zareen pon apa lagi laju-laju ajak dtg umah amik daun kesom suh tanam.. ok setttt!!! 

suka tgk laman kak zareen sebab banyak pokok bunga dan banyak tanaman yg boleh dimakan.. ada daun pandan, pokok kari, pegaga, pokok kesom.. ok nak pegaga jugak hahhaa.. lupa nak amik gambar.. pokok pegaga kak zareen subur ok!! tanam kat dlm tong cat je tp tong tu x nampak sbb ada pokok2 lain keliling dia.. wowww terus terbayang udang masak lomak cili api letak pucuk pegaga :) slurpppppp!!!
ni kak zareen bagi.. tapi kite takde pasu yg bawah dia x berlubang tu.. so mintak pak radie uruskan dulu.. sementara ni kita masuk plastik sekali biar dia berair.. pasni kita pindahkan kat pasu lain.. 
ni pokok pandan kak pilla.. sian dia terbantut.. pasni nak suruh pak radie pindah kat tanah.. tak yah nak pasu2 ni.. aku syak dia terbantut sbb duduk dalam pasu.. sbb umah kak zareen pon ada pandan dlm pasu pon sama bantut.. yg dia tanam atas tanah kemain segar lagi pandan tu...

ok tu je nak citer, tengah mood seronok nak cucuk tanam ala2 petani moden ni.. sila support hahahah.. at least nak masak x de lah haku hangin nak carik daun kesom.. dah lah anak dara kat rumah ni fanatik asam pedas ;)

*update guna phone pon boleyyy ;)


Love,
Filla

Wednesday, February 18, 2015

OSAKA - KYOTO JAPAN TRIP

Assalamualaikum..

Bertemu kembali dalam travelogue Kak Pilla :) Kali ni lebih istimewa sebab Kak Pilla akan bawak you all ke Osaka dan Kyoto.. Jepun adalah antara negara yang termasuk dalam wish list Kak Pilla dari dulu lagi.. Teringin nak ke Jepun sebab nak tengok sendiri budaya, makanan dan cara hidup rakyat Jepun..

Kak Pilla harap entry Jepun Kak Pilla akan dapat membantu korang yang dah plan nak ke sana dan mungkin juga dapat memberi gambaran kat korang yang belum pernah ke Jepun untuk menjejakkan kaki ke negara matahari terbit ni :)  Banyak benda yang membuat Kak Pilla kagum dan membuka minda serta memberi sedikit pengajaran sepanjang Kak Pilla ada kat sana haritu.. Kenangan manis tu jangan cakap lah!! Paling best sebab dapat rasa snow hahahah jakun gila ;) Entry ni akan jadi entry yang sangat detail sebab Kak Pilla memang berniat nak bantu apa yang terdaya untuk panduan korang yang nak ke Jepun especially Osaka dan Kyoto ye..

6hb Februari 2015.  Flight Kak Pilla lewat malam, pukul 11:50 malam dari KLIA.. Tapi hari Jumaat kan, nak elakkan jam, so kitorang gerak awal, lepas kerja jumpa anak-anak berkumpul kat rumah dengan Atok and Wan kiss-kiss semua baru gerak.. Kasih menangis tak ingat sebab risau keselamatan mama ngan papa.. huwaa sedih.. Perjalanan menuju ke rumah Wan sebab dah siap-siap pinjam kunci rumah nak solat dulu sebelum ke airport.. dari Enstek Uncle Rosli and Auntie Rabitah hantar ke KLIA.. sayu je hati tengok kapalterbang lalu kat atas ni.. 

Kalau boleh korang buatlah web check in dulu.. kalau tak sempat boleh buat kat kiosk macam Kak Pilla buat nie.. senang sikit terus dapat boarding pass.

Fuh masa tu terus berdoa semoga perjalanan Kak Pilla dan Pak Radie selamat pergi dan balik ;) 

Kitorang sampai di Osaka Kansai International Airport pukul 6:50 pagi waktu Jepun.. waktu Jepun cepat 1 jam dari Malaysia.. So sampai je sana terus cari surau sebab Kak Pilla dimaklumkan kat sini ada sediakan Prayer Room.. 

Senang je nak cari Prayer Room kat airport nie.. sama level dengan butik Uniqlo.. 


Ruang solat tu dipisahkan for men and women.. prayer room dia bersih, luas dan selesa.. 

Telekung wakaf pon ada disediakan jugak untuk kemudahan kita.. 

Tempat amik wuduk fuh lawaaaanyaa.. Kak Pilla siap duduk atas kerusi tu sambil menggigil kene air sebab sejuk hehehe..

Ok, selesai solat kitorang terus jumpa Idham (my agent/client) dan terus menuju ke bus station untuk ke hotel di Osaka.

Ni info penting jugak.. Korang boleh dapatkan Pocket Wifi kat dalam airport ni ada counter tulis pocket wifi.. korang boleh sewa sebab rasanya korang memang memerlukan wifi sepanjang kat Jepun untuk google apa-apa info penting.. keeeeee Kak Pilla ni sebab sibuk nak update ig? hahahah eh tu pun penting jugak hahaha.. rasanya sewa dia dalam RM30 sehari kot.. pegi 4-5 orang untunglah boleh share-share duit hehehe.. Kak Pilla google jugak "Pocket Wifi in Japan" ada banyak kot yang korang boleh sewa online.. tu pegi google sendiri ye, jangan manja-manja sangat.. 

Jepun memang sangat teratur dan terancang, cuma terlampau banyak station especially train dia.. boleh pitam tengok hahahah.. ok korang boleh carik information board ni dan tengok nak kemana so boleh pegi ke platform masing-masing.

Kak Pilla menuju ke Sheraton Miyako Hotel Osaka.. tengok gambar atas tu, platform 7 siap tulis nama hotel dan tambang.. 

Ok lulus.. dah siap-siap berdiri kat platform 7 tunggu bas..  platform ni kat Terminal 1.  kat tepi tu ada jual ticket bas boleh beli terus.. 

semua bas kat sini ada screen untuk tunjukkan next station.. Perjalanan naik bas lebih kurang 50 minit dari Kansai Airport ke Hotel.

Tiket bas 1550 yen / person.. Duit kita dalam RM47 seorang.

Sepanjang perjalanan ke Hotel, kita boleh nampak ada banyak kilang ala-ala pelabuhan.. Tapi bersih sangat dan takde pun nampak orang melepak hahahah... semua cantik tersusun.. 


Ok kitorang duduk kat Sheraton Miyako Hotel Osaka untuk 2 malam.. Siapa yang tak tau nak stay hotel mana kat Osaka, korang boleh consider untuk duduk kat sini sebab breakfast dia ada Muslim section.. Yeayyy senang sikit nak makan :) dan satu lagi, hotel ni sebelah dia betul-betul ada train station dan bus stop untuk ke mana-mana..  Kitorang just drop bag je sebab pagi lagi tak leh nak check-in.. Lepas drop bag kitorang nak pegi Abeno Harukas.

Nak pegi Abeno Harukas naik bas je senang.

Tiket pon bayar kat sini je masa naik bas.. murah je cuma 100 yen (RM3) nak senang kira camtu je.. 100yen bih kurang RM3 duit kita.. perjalanan cuma 15 minit je dari hotel.. 

Nak keluar masukkan tiket bas tu kat dalam machine tu pastu boleh cakap Arigatou Gozaimasu kat driver bas.. Heheheh.. Kak Pilla suka tengok budaya kerja raykat kat Jepun.. Semua sangat bersemangat, peramah, mesra dan sangat menghormati pelanggan.. suara driver dah macam pakai tape recorder.. macam tekan button replay je hahaha.. setiap orang yang turun dari bas dia akan cakap Arigatou Gozaimasu (terima kasih) Kak Pilla pun apa lagi siap tunduk-tunduk sama je macam diorang hahaha.. 

ni lah bangunan Abeno Harukas.. Apa tu Kak Pilla? Haaaa ni lah bangunan tertinggi di Osaka.. Kalau kita naik building ni kita boleh tengok keseluruhan bandar Osaka sampai lah ke Kyoto.. Orang panggil jugak bangunan Harukas 300 sempena ketinggian dia 300 meters above ground. 

Sebelum tu belanja satu gambar Kak Pilla ngan Pak Radie dulu hahahaha.. 

Ticket boleh beli kat counter dalam building ni jugak.. Suka tengok pekerja kat front desk.. Semangat gila.. siap lambai-lambai angkat tangan suruh orang yang beratur tu pegi kat dia.. takde pun yang muka letih atau malas nak melayan customer.

Gambar kat atas ni if korang nak refer harga tiket ye.. Paham tak tu? Rasanya 18 tu maksudnya dewasa lah.. 18 tahun ke atas.. yang lain tu tiket kanak-kanak. So dewasa harganya 1,500 yen / person.

Ok dah, jom Kak Pilla bawak you all naik ke ketinggian 300m dan tengok lah sendiri betapa besarnya Osaka.. 


Terpegun kejap.  susunan bandar dia padat tapi nampak cozy je.. nampak macam bangunan tak berapa tinggi.. rendah-rendah je tapi tengok??? macam satu lautan kot pembangunan dia.. 


nampak shadow Harukas 300 tak? hehehe

Amik gambar kenangan sekeping.. 

Ini Sky Garden korang boleh keluar dan tengok view dari sini.. outdoor open roof tapi sejukkkk menggigil kejap hahaha cepat-cepat lari masuk dalam.. Ok dah settle kat sini kita lari pulak ke Herbis Plaza.. Jom ikut Kak Pilla.. 

memandangkan pengangkutan utama kat Osaka, Kyoto dan seluruh Jepun memang naik tren.. So better beli kad ni.. boleh beli dan simpan terus hahaha.. next time turun Jepun boleh pakai balik, cuma top up je amount dia ;) Kad ni boleh beli kat machine2 di semua station.

Sepanjang kat Jepun ni je kerja Kak Pilla.. lalu lalang kat gate ni hahaha.. 

Ok dari Harukas nak ke Herbis Plaza korang kene naik kat Tennoyuji Station dan turun ke Umeda Station.. Tambang 280yen, perjalanan 21 minit.. Amik kau punya detail Kak Pilla ajar korang dah macam cikgu ajar murid-murid dah.. Korang pegilah oiii bestttttt!!! hahaha matiklah paksa orang.. 

Sepanjang jalan dari Umeda Station nak ke Herbis Plaza tu best sebab tenang je jalan kaki dan boleh tengok macam-macam.. 

Ni kebetulan ke apa tah.. ada plak show ala samurai kat sini hahaha.. ramai plak tu orang.. 

Lebih kurang macam festival lah.. ada stall-stall jual makanan dan minuman.. buah-buahan.. pastu ada macam mini concert plak.

Yeay dah sampai Herbis Osaka.. Cantik keliling dia sambil jalan Kak Pilla tengok semua... dinding-dinding bangunan pon tengok jugak.. saiko sangat hahaha.. ni keturunan Atok Braim lah ni.. kesian, seluar pon sebelah turun sebelah dah ternaik hahahah.. 

Yiiihaaaaa hahaha.. jangan risau, takde orang tengok Kak Pilla lompat nie, korang je yang tengok haha.. 


Herbis Plaza ni actually macam high end boutique sikit.. so boleh lah jalan-jalan dalam ni tengok cuci-cuci mata je.. nak beli rabak plak poket camno?


vender machine memang berlambak-lambak sepanjang jalan-jalan raya kat Osaka ni.. dan semua berfungsi dengan elok, takde yang rosak ;) nak panas ke nak sejuk semua boleh.. 

bagi chance dia nak background Ikea.

walaupun sejuk cuaca kat sini, tapi diorang dah biasa nak kemana-mana tu naik train atau basikal.. Huish Kak Pilla jalan kaki pon sejuk tak ingat punya.. diorang naik basikal, angin tiup kuat kot.. *tepuk tangan*

Kak Pilla kan akak pengawas.. so kemana pon Kak Pilla pergi, memang suka perhatikan cara dan budaya orang.. kat sini memang respect dengan tahap disiplin rakyat Jepun.. Takde istilah pentingkan diri langsung.. semua bertolak ansur dan berdisiplin.. kebanyakan station ada gambar tapak kasut.. kadang tu siap berdiri betul-betul kat gambar tapak kasut tu.. terus Kak Pilla pun berdiri kat tapak kasut sebelah hahaha.. memang takkan jumpa orang tak beratur kat sana.. cemana kita nak apply benda ni kat Malaysia? penat Kak Pilla fikir cemana nak didik masyarakat kita supaya lebih disiplin dan tak pentingkan diri.. hahaha.. amboi macam menteri plak nak pening-pening kepala.. 

kat sana memang susah nak jumpa sampah sebab jalan dia semua bersihhhhh nya laaa... takde plak nampak cleaner ke asik nak bersihkan jalan.. tapi tetap bersih.. tong sampah ada lah yang jenis macam gambar kat atas ni.. tapi sepanjang jalan tak delah banyak sangat tong sampah, but still sampah takde.. Kak Pilla syak diorang bawah plastik sampah sendiri dan bila ada sampah masuk dulu dalam bag.. jumpa tong sampah baru buang.. *tepuk tangan lagi*

Ok jom teruskan perjalanan.. Now kita nak ke Osaka Castle pulak.. Siapa pegi Osaka dah tentu kene pergi Osaka Castle ni.. Kita naik balik kat Umeda Station then naik Osaka JR Loop line.. then pergi ke Osaka Jo Kouen untuk ke Osaka Castle.. Jangan nangis pulak tengok berlambak line dalam station, boleh pitam ok.. hahahahha.. terus berdiri tegak tak tau mana nak tuju.

Yeay dah sampai.. mana Osaka Castle nya? tak nampak pon? Perghhhhhh jauh gila rupanya.. ok bagus ni, boleh kurus Kak Pilla duduk kat Osaka ;)

Ahhhh cute tak? basikal dia ada carrier untuk baby.. 

ni tak pasti dia buat show kot depan ni.. 

ini baru pintu masuk ye.. huh semput jap berjalan laju sebab kitorang rush nak gi tempat lain pasni.. pitam jap.

diorang tanya, kak pilla ok ke? eh of course lah ok... pastu Kak Pilla tanya.. mana castle dia?? Idham tunjuk "tuuuuuuuuuuuuuuu kat atas tu".. Homai hahahah tersedak kejap. Ok jom lari biar cepat sampai.

Tengok muka relax je dah sampai.. ko tak tau, haku macam nak semput jalan laju non-stop pulak tu.. 

ada show lagi.. amboi tekepak kaki dia heheh

Boleh beli tiket kat kaunter ni.. tiket masuk ke Osaka Castle 600yen / person.   Osaka Castle ni ada kisah dia sebenarnya.. tempat ni di bina dengan luasnya pada tahun 1496  Ishiyama Honganji Era.. Temple ni zaman tu dikenali dengan nama Ishiyama (Osaka) Honganji.. pastu bertukar dan bertukar sampai lah sekarang dah dijadikan Osaka Castle Museum. 

Nak tau lebih detail boleh baca kat sini http://www.osakacastle.net/

Jom kita masuk.. tapi dalam ni banyak tempat tak leh amik gambar.. maap ler yer.. 


ada shop jugak untuk beli souvenir.. 


kisah harimau dan ikan ni pun ada jugak sejarah dia untuk Osaka Castle ni.



Kalau nak merasa bergaya dengan kimono pon boleh ya.. 300 yen / person.

boleh melaram amik gambar tepi tu..

ni model Osaka Castle.. seluas-luasnya patutlah jenuh berjalan nak sampai ke castle tu.. 

Ok ni kat bahagian luar castle pulak.. ada perigi lama yang katanya sedalam 33m


Cerita di sebalik Kimmeisui Well Roof.

Korang boleh amik gambar masa on the way turun atau on the way naik.. Kak Pilla nak cepat pon lari jugak nak amik gambar sebab cantik-cantik tempat dia :)

Ni boleh besarkan gantung kat dinding hahahah over sangat ni.. 

Lepas jalan-jalan kat Osaka Castle, korang boleh cuba naik Osaka Aqua Bus yang located dekat-dekat dengan Osaka Castle jugak.. (walking distance) 

Tambang untuk adults 1700 yen / person dari Osaka Castle Pier ke Yodoyabashi Pier.. Perjalanan dalam 20 minit dan boleh lah tengok-tengok view Osaka :) Oh ye, sila beli tiket kat dalam ni ye.. 

Orang beli tiket, Kak Pilla busy bawak kapal.. ko ader? hahahah

cuaca sedap tapi terlalu sejuk.. beku2 tangan kak pilla tapi time ni ok lagi.. tunggu last day nanti kak pilla cerita hahaha.. lidah kebas, gigi sejuk.. cakap pon bersepah-sepah sebab kebas hahah lawak gila kot.

Ada seat ye, jangan pepandai duduk ikut sukati.. 

Ok jom jom jommm.. 

seronok lah duduk dalam Aqua Bus ni sebab tadi lari-lari dah penat kan.. dapat duduk fuhhh rasa nak tertidur dalam ni hahahah.. 

Jangan lupa ya nanti korang datang sini naiklah Aqua Bus tau.. pusing-pusing Osaka.. 

Kat Osaka ada jugak few times nampak pelukis jalanan.. Ni kat Yodoyabashi Pier.


Ahhh cantikkan? sama kan??? 

Ok korang dah penat ke? Janganlah penat.. Kak Pilla nak bawak you all jalan lagi nie.. Jom kita nak pegi Shinsaibashi pulak. Ni salah satu tempat yang Kak Pilla suka!!! Dari pier ni kita jalan sikit ke Namba Station dan kita pegi Shinsaibashi Station.

Kat sini semua ada.. Nak butik mahal ada, nak murah pon ada.. siapa suka fashion boleh turun sini dah tengok gaya diorang.. 

Idham kata Uniqlo kat sini banyakk.. yang jenis 8 tingkat pon ada.. amboih.. 

Nampak tu? Selamat Datang ye.. bangga Kak Pilla kejap hahahah..

Kat Shinsaibashi ni korang boleh tengok shops dia semua left and right.. macam best pulak.. boots ada yang murah-murah.. Timberland yellow boots ada yang leh dapat RM200 sajer..  cry ok.. yang Kak Pilla pakai ni Pak Radie bagi masa birthday ke apa, masa tu zaman bercinta.. gila lama kan? 

Kat sini semua transport ikut peraturan.. kalau lampu hijau untuk pejalan kaki, diorang akan stop.. sama jugak untuk pejalan kaki dia takkan berjalan kalau lampu merah walaupun takde sebijik kereta pon.. 

Kak Pilla perasan perempuan kat Jepun yang suka bergaya diorang suka bergaya kat rambut dia.. pastu makeup tak sangat kecuali bulu mata hahah.. comel sangat pipi pink, bulu mata mesti pakai mascara atau bulu mata palsu gituh.

kata Idham ni kurang sesak, biasanya lagi sesak sampai laga-laga bahu.. 

Pak Radie suka la nampak boots2 ni semua.. so mari ikutkan je dia.. tapi harga mahal, so duit tak cukup kita pandang sahaja ye.

Siapa gila redwing? Boleh gang ngan Pak Radie.. Kak Pilla jeling je kalau pasal redwing dia hui semangatnya siap polish lah apa lahhh.. pon sama.. tengok je hahahah... Ok dah puas jalan-jalan kat Shinsaibashi jom kita cari tempat solat pulak.. 

Dari Shinsaibashi Station pergi ke Namba Station (2 minit) tambang 80 yen je.. exit ke Namba City B1.. Kalau nak pegi sini jangan tanya Prayer Room takut diorang tak paham.. Korang tanya je Namba City B1 then terus pegi Information Counter untuk mintak pass masuk prayer room.. 

Mula-mula kene isi form dulu ye.. 

Then dia bawak kita gi prayer room untuk 45 minit je dia bagi ye.. 

prayer room selesa dan bersih.. pun sama siap ada telekung warna pink wakaf ;)

Dah siap jom lah jalan lagi.. gigih lagi ke korang hahaha...

kat dalam Takashimaya ni Kak Pilla round kat bahagian food ni 3 kali kot.. hahaha Kak Pilla dan food tak dapat dipisahkan ;)

Orang Jepun sangat appreciate food.. sebab tu makanan diorang sangat segar dan paling penting presentation meletop! diorang mungkin jenis suap makanan dalam mulut sambil pejam mata dan menikmati setiap rasa tu dengan bersungguh-sungguh.. 

colourful pulak tu.. nasib baik takde pak guard yang follow Kak Pilla sebab budak ni buat apa asyik round je kat sini pastu tengok makanan sambil telan ailio.. salad je kot hahaha..

Kimchi pon ada kat Japan.. 

ok cukup tu Pilla.. ni dah jadi blog makanan pulak dah.. hahahahha.. 

Oh ada lagi yang best nak share.. ye tau, ramai yang dah tau pun tapi saja nak share jugak hahahah.. If korang pegi mall yang terror-terror macam Takashimaya or toilet kat hotel.. mungkin korang akan dapat bidet toilet macam kat bawah ni.. Syok ohhhh.. dah lah tengah sejuk.. tetiba duduk warm je terus rasa tanak bangun hahah.. 
 
yang flushing sound tu best hahahah.. agak-agak korang nak guna toilet pastu taknak bagi orang luar dengar bunyi-bunyian korang tu.. sila press flushing sound untuk cover line hahah.. nanti keluar bunyi tengah flushhh lama panjang je hahah.. kalau berenti tekan lagi hahahah.. 

Kak Pilla paling terharu kalau orang boleh fikirkan untuk memberi kemudahan kepada kita ibu-ibu nie.. Kak Pilla pernah kena masa tu Pak Radie bawak Kasih kot.. So Amaani dengan Aleesya dengan Kak Pilla.. pastu Amaani nak gi toilet.. gigih masuk anak beranak dalam satu toilet.. pastu Kak Pilla pulak nak guna toilet.. takkan nak suruh Amaani yang 3 tahun kot masa tu untuk dukung Aleesya??? bayangkan cemana haru biru dalam toilet anak beranak time tu?? so bila nampak ni terus rasa kagum gila.. kan senang, mak tengah guna toilet letak anak kat chair tu.. siap boleh agah-agah ba-ba-chak lagi sambil ermm ermm hahhaa.. *tepuk tangan kagum*

Ok lom habis lagi ye.. jom Kak Pilla nak ajak korang gi Hard Rock Cafe Osaka.. dari Namba Station tadi kita naik line yotsubashi ke Hommaci, tambang 180 yen, perjalanan 3 minit sahaja. pastu keluar Exit 9 dan jalan kaki ke HRC Osaka.. tu pepandai carik sendiri.


Nah tu address Hard Rock Cafe Osaka untuk kegunaan korang di masa akan datang.

Kak Pilla kan collect fridge magnet and bear HRC.. so selit jugak dalam itinerary, nasiblah hahahha.. 

Lepas shopping certain amount dapat pulak voucher ni.. sebab valid kejap je.. so kita bagi jelah Idham. Eh kak pilla rasa fridge magnet kat Osaka ni murah lah.. dalam 1000 yen seketul.. beli kat HRC Melaka pon RM80 kot? hahha ke aku yang silap ni?

Ok ni last nak gi satu je lagi tempat sebelum dinner time.. Kitorang nak pegi Tsuutenkaku Tower..

Kat Osaka orang naik escalator semua beratur ke kanan.. lorong kiri siapa yang jenis nak laju boleh jalan so sila jangan halang.. rasanya kalau kat Tokyo beratur belah kiri.. kanan untuk siapa nak laju.. *kagum tepuk tangan*

beratur ya adik-adik

Dari HRC tu naik midosuji line dan turun ke doubutsuenmae station.  Lepas tu sukati nak jalan kaki kalau larat, tak larat sila naik teksi. hahaha.. 

Idham tunjuk, "tak jauh Kak, tu je" Kak Pilla pun pusing dengan penuh bergaya.. "mana?".. 'Tu yang menara warna warni tu".. "Itu tak jauh??????? matiklah ahkak kau ni".. tapi gigih ye jalan laju-laju dalam kesejukan tu.. kau nak sangat sejuk-sejukkan? nah hambek... berasap-asap mulut sambil berjalan.. last-last jalan tutup mulut dengan muffler tinggal nampak mata je.. hahahah

sepanjang jalan seronok tengok kedai-kedai makan.. sebijik macam citer Jepun yang selalu tengok kat tv..


jalan laju ni tapi kepala kejap kiri, kejap kanan.. hahah seronok tengok life diorang.. kerja diorang asyik beratur je.. 

Akhirnya kami sampai jugak.. ni lah dia tower yang kita nak naik tu.. Tsutenkaku Tower ni antara yang terlama di Osaka.

Masa ni mungkin Kak Pilla dah letih dan rushing.. pastu diorang suruh berdiri kat signboard ni.. beriya Kak Pilla posing macam nak tunjukkan ketinggian.. rupanya tu harga tiket ye.. bukan ketinggian tower.. *nangis* tulah diorang ni tau nak rushing je takut restoran crab tu cancel booking sebab lambat sampai.. kepala ingat ketam tapi kaki kene melangkah ke tower.. hahahah.. Harga tiket adult 700yen / person.. 

Kalau kat Abeno Harukas kita tengok pemandangan Osaka waktu siang.. now dari Tsuutenraku Tower kita boleh tengok view Osaka waktu malam.. Fuh cantiknyaaaaa... 

Nampak tak building tinggi tu? tu lah Harukas yang kita naik siang tadi.. 

jom turun lif.. dalam lif tetiba pandang atas, huih mcm seram je.. 

ni model tower ni zaman dahulu.. Oh ya kat Tower ni ada big clock tau.. actually ni lah the biggest clock in Japan.. dan LED lighting kat tower ni ada 6 colours... dalam setahun dia akan ikut season.. time Kak Pilla pergi  ni Jan & Feb tema dia White:Snow.. so warna dia purple.. kelas kau Jah sangat tau.

kat IG semua pesan jangan lupa amik gambar dengan glico nie.. dah ini je yang sempat.. Kau dah kenapa tangan macam tu salah Kak Pilla.. tu karate kid nama dia.. 

Baru perasan salah laju-laju betulkan.. haha Pak Radie sound.. tangan dah kenapa? hahahah shadap u.

dalam ni ada cafe kalau nak minum-minum or makan ringan-ringan


agak-agak emergency nak gambar boleh bergambar kat booth macam ni ada merata-rata.. 

Kak Pilla perasan orang Jepun suka amik gambar buat sign peace walaupun selfie tetap peace jugak.. comel kot? ok jom kita buat jugak hahahahah.. masa ni perot Kak Pilla dah lapar tahap gaban dah.. Jom makan kat Restoran Ketam.. Dari Tsutenkaku Tower kitorang naik teksi sebab tak tahan sejuk nak berjalan.. turun kat Shinimamiya Station.. Then naik Nanki  takano line untuk ke Namba.. tambang 150 yen je..  Sebab tu korang kene ada Suica card or IC card nama dia.. senang je, dah nak habis kita top up je.. 

Pastu jalan kaki je kat street paling best nie.. nama dia Doutonbori ada macam-macam kedai kat sini.. kedai makan, kedai barang-barang murah tu.. tapi Kak Pilla dah tak lalu tengok semua tu sebab lapaaarrrr!!!! 

Nama restoran kitorang ni ialah Kanidouraku.. Kani tu maksudnya ketam dalam bahasa Jepun ;) Semua menu dalam ni adalah berasaskan ketam.. kat jalan ni je ada 3 restoran ni.. Kitorang makan kat Naka.. 

Sampai je kami disambut mesra gitu oleh pekerja restoran.. 

Kat restoran ni senang je.. sebab banyak menu dia jenis Set.. Set yang akan kitorang makan jap lagi ni ialah Asahi Set yang berharga 4,968 yen / person (tax included) dalam RM150 / person.. Tapi memang puas hati.. kenyang gila sebab diorang serve sikit-sikit sampai nak pitam bila last menu sampai hahahahah.. 


makan style Jepun.. duduk bersila kat tepi ada tingkap boleh tengok kat luar yang sibuk dengan orang ramai tu.. happening sangat.

Ni yang pertama sampai.. belah kiri tu ala-ala rebus, ketam cuka nama dia.. makan cicah ngan sauce kuning tu.. yang kanan tu raw crab.. memula macam takutnya buatnya allergy malam ni bibir bengkak mampos Kak Pilla hahaha.. kang orang bajet Kak Pilla gi Jepun buat bibir plak hahahahah... tapi sib baik ok je ;)

Dia sediakan chopstick dan pengorek isi ketam.. 

first time makan raw crab.. sedap gila kottttt... terus ikut style Jepun makan sambil pejam mata dan menikmati.. hahahah over.

Kemudian Chawan Mushi plak sampai.. Nyamsss sedap ada ketam dalam dia.. 

then baked crab in cheese pulak.. ni terbaek jugak!!

kene makan dengan sudu kayu dia bagi tu.. mengada sangat hahahah.. sejuk-sejuk tu makan plak ni.. perghhhh... creamy sedap!

next is ketam tempura.. diorang ni buat tempura tak oily langsung sedapnya.. 

Sushi Ketam

Sup Ketam

Pastu last ada buah-buahan.. tapi lupa nak snap.. sepanjang kat sana TheKasihs asyiklah nak ber facetime je hahah.. bagus betul teknologi moden nie.. hilang jugaklah rindu dengan anak-anak.. 

hahah buat lawak betul.. tanya dia "Kasih nak strawberyy?" "Nakkk sedapnya mama makan".. pastu cakap kat dia "Ok bukak mulut sekarang meh mama suap" hahahah.. kelakar betul budak-budak ni siap bergaduh semua nak masuk muka dalam screen ipad.. siap ada sesi merajuk lagi sebab asik dia je nak cakap ngan papa mama.. 

benda macam ni dah biasa dah.. Kak Pilla suka tulis supaya ingat.. 

Bye Naka Restaurant.. Kalau datang sini lagi mesti Kak Pilla akan datang sini sebab rindu nak makan ketam dia yang sedap tu.. 

Meet my agent, Mr. Idham.. Thanks membuatkan Kak Pilla kurus sikit hahaha asyik jalan and lari je.. 

Moh ler kita balik.. Eh bangga lagi sekali sebab nampak KLCC dan bendera Malaysia kat situ :)

Balik naik teksi je.. Singgah jap nak beli lip balm.

Comelkan pikachu.. Sana macam-macam fashion diorang, suka lah tengok ;)

Balik hotel tidoooooo esok nak bangun awal!!

Tunggu next entry Kak Pilla letak gambar Sheraton Miyako Hotel Osaka and trip ke Kyoto pulak ye ;)

Sementara tu kalau korang berminat untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang melancong di Japan, boleh lah layari laman web http://muslimguide.jnto.go.jp/eng/



Love, 
Filla.