Harini nak citer kisah anak dara kesayangan Pak Radie Hamid ni... Muhahahahah sebab dah lama tak tulis blog maybe ada yang dah lupa anak Kak Pilla berapa orang..
Ni anak bongsu ai.. Anak ketiga.. Macam Kak Pilla cerita dulu semua anak Kak Pilla lain-lain peel dia.. yang Aleesya ni memang paling close dengan apak dia..
Kitorang panggil dia Icha dari kecik.. Sebab dulu dia pelat teruk kahkahkah.. Tapi sekarang mulut dia kalau becerita macam orang tua.. Now dah 5 tahun and next year masuk 6 tahun dah kat Little Caliphs.
Kalau apak dia balik dari kerja dia akan kelam kabut lari amikkan air.. Kesian nau kat papa tu haus katanya.. Sampai tumpah-tumpah air sebab kelam kabut nak bagi papa punya pasal.. Kalau ai yang balik takde pulak nak lari-lari amik air? huhhh
Kak Pilla dah tulis sikit pasal Little Caliphs ni kat IG.. Tapi sebab caption ig tak leh nak tulis panjang sangat.. so Kak Pilla abadikan entry ni kat sini mana tau esok-esok dah besar rindu leh baca balik.. since zaman icha ni Kak Pilla dah jarang update blog hehehe..
Actually LC yang Kak Pilla hantar ni.. dulu Amaani pun kat sini masa umur 5 and 6 tahun.. Masa 4 tahun Amaani kat Smart Reader.. masa tu agak tak puas hati sangat.. so Wan suggest kita tukarkan Amaani kat LC kita tengok camne..
Well teruja gila sebab banyak improvement Amaani masa tu.. sampailah habis dia belajar kat sana.. Amaani naik darjah 1, Kak Pilla hantar Icha pulak kat LC ni.. Icha start dari umur 4 tahun.
LC ni ada FB yang aktif gila.. Kadang Kak Pilla yang selalu terlepas pandang FB tu hahaha.. tau-tau dah belambak aktiviti dan muka anak dalam tu hahahhaha.. Diorang akan share aktiviti ikut kelas masing-masing..
Antara aktiviti dia ada market day.. masa ni murid kena bawak sayur. Nanti diorang buatlah jual beli macam kat pasar tu.. Siap label kan nama jenis buah dan sayur in English.. so ada lah yang jadi penjual dan pembeli.. gituhh.. Ada science day buat kat Bangi haritu tapi Kak Pilla tak dapat join sebab apak dia bawak ke Putrajaya hari merdeka tu.. Concert pon best buat kat hall cantik and selesa.. Eh macam-macam lagi aktiviti diorang..
Memula Kak Pilla risau sikit sebab Icha ni agak pelat sikit.. Lancar bercakap tapi pelat hahahha.. pastu dia dah biasa dari lahir membesar dengan bibik.. sebab tu umur 4 tahun Kak Pilla dah hantar ke LC supaya dia leh mingle around dengan kengkawan.. dan kenal orang lain jugak selain keluarga dia je.. Umur 4 tahun kat LC takde push budak-budak on akademik pon.. Banyak bermain sambil belajar gitu.. Banyak menghafal doa-doa ringkas.. Belajar instruction pendek-pendek.. Contoh:
"Teacher, i want to go to the toilet"
"Teacher can i go home"
Banyak lagi yang simple-simple..
Start umur 5 tahun Icha dah start banyak tahu pasal doa, surah, membaca in Malay and English.. Tetiba macam Eh?? Bila dia pandai baca ni? hahhahaha..
Pastu Icha pulak jenis akan membaca berpuluh kali.. Dia ni pelik sikit perangai.. Dia suka buat puzzle and dia akan bukak pasang sampai puluh kali.. Muntah lah dia paksa mengadap dia buat puzzle.. Sama macam dia membaca.. dia akan baca and ulang-ulang banyak kali sampai lancar.. tapi dia suka paksa huwaaaa.. Paksa dengar and duduk dengan dia.
Now dia akan amik latihan Kumon Amaani yang dulu-dulu tu.. and padam semua dia buat maths pulak tambah dan tolak tu.. Bagus anak mama, tapi suka paksa tu tak bagus ya hahhahaha..
Baru ni diorang ada buat praktikal mengerjakan umrah kat school.. So teacher dah message utk pakai telekung dari rumah.
Alahaiii comel-comel semua..
Hahahhah gambar-gambar ni semua Kak Pilla amik kat FB school dia.. syabas teacher rajin share gambar setiap murid-murid.. so mak apak pun happyyy tengok muka anak masing-masing hahha
Pastu dalam last month kot ada school trip ke tempat kuda kat Shah Alam.. Kemain pagi tu apak dia tengok sampai Icha naik bas dari sekolah.. Malam tu dia excited gila cakap nak naik kuda.. Kak Pilla pun apa lagi.. berkali pesan kat dia.. "Icha, nanti kat sana ramai tu kawan-kawan nak naik kuda.. nanti mama takut icha tak sempat naik kuda.. so Icha kena berani.. Jangan duduk belakang-belakang nanti tak dapat naik kuda.. pegi depan-depan sikit ok?"
Icha angguk tanda paham.
Napa anak aku nampak besar tinggi dan gemok? muahahhahaha
Yeay dapat sikat bulu kuda..
Pergh dapat naik kuda jugak hahahha.. Misi mak kau berjaya.. Balik tu tanya dia.. macamana dapat naik kuda?
"Icha pegi depan-depan sekali pastu Icha angkat tangan cakap Teacher, saya nak naik kuda"
Muahahahahahhaha... dasyat anak aku.. Ini kalau kat sekolah menengah akan dipulau ni.. minah poyo muahahahha.. Icha cakap terus teacher bagi naik.. Ramai kawan Icha tak dapat naik sebab diorang tak cakap nak naik... pastu ada yang takut nak naik..
Pastu tunjuk gambar ni kat dia.. Dia cakap "Mama, kitorang makan nasi goreng... sedap gila.. Nasi goreng Icha je habis licin"
Muahhaha ni lagi satu.. jangan kau tapau amik orang punya pulak hahahha
On the way nak gi naik kuda :)
Inilah dia anak dara buah hati pengarang jantung.. Dia kuat menyakat and panjang akal ni kalau kat umah.. Pastu kalau panggil suka buat tak tau.. Pastu bila cakap harini tak hug mama lagi kan? Dia rasa dia nak hug dia akan datang.. kalau dia tanak dia akan jerit "Tak nakkkk" Perghhh pastu dia gelak and lari tinggalkan kita... Amaani dulu mendengar cakap ai tau.. walaupun dia garang sikit.. Amaani dulu dan sekarang suka cakap "Ye nanti.. Ye jap mama" tapi dalam nada tak menyakitkan hati.. tapi terlalu banyak alasan.... hahahahhaa tulah kerenah anak namanya.
Fuh lentik hahahha.. dan dalam ramai-ramai Aleesya paling suka berangan depan cermin.. paling suka bergaya.. suka rambut berdandan tocang bagai.. baju seluar skirt semua dia yang tentukan mana nak pakai... Overrrrrr..
Walaupun papa lah segala-galanya bagi dia.. Tapi bila nak tido malam-malam dia akan paksa mama teman dia tido and peluk.. Peluk tu sebab dia takut mama lari secara senyap tinggalkan dia hahaha.. Tu jelah buat ai rasa macam orang penting sikit huhh..
Eventhough papa is everything for you, i still love u so much daughter.
Love,
Filla.
8 comments:
alololololo pandai dia berhias. siap berposing tu. memang gojes la ^_^
Sama rupanya peel anak ketiga kita. i pun anak perempuan jugak, daddy's girl sangat,over, dulu pelat tapi sekarang banyak cakap, banyak akal gak, tak reti diam, dan nak ibu dia time tidur je lain semua tak penting pun huhu
Cutenya icha..semoga jd ank yg solehah dan berjaya dunia akhirat..aamiin
hahaha.. kelako la Icha ni, tapi bagus sbb dia ada pendirian.
Satu lagi Budak yg besar ni memang biasanya berani
LC mmg pra-sekolah yang best, byk activiti yg budak2 belajar.. anways comel jer anak sis hehehe
Cute nya kasih, pandai bergaya
Takut tengok gunting cikgu tu. Besau naw.
Kak fila.. tambah ler anak lagi.. semua cute2
Post a Comment