Wednesday, October 25, 2017

ISU PANTANG KE TAK BERPANTANG.

Amboi gossip retis plak hahahaa..

Takdelah aku ternampak kat FB pasal isu Amyra Rosli ni kena hentam sebab gaya macam tak berpantang.  

Video yang Amyra Rosli dengan stroller atas belah kiri tu.. Amboi hebatnya orang yang mengecam pon macam kan orang tu takde perasaan je bila baca.

Tapi tulah harapnya artis ni memang dah lali apa orang nak hentam terima jelah dik.. 

Orang dok kecam dia kenapa baru 9 hari macam tu dah berjalan-jalan?  Adoi korang pun, dia gi check up kat sepital je pun siap dia tag location takut orang hentam kot.  Paling dipertikaikan kenapa pakai seluar? Seluar ketat plak tu.. Hahahha aku pun tak pasti, tak boleh yeh??? 

Majoriti komen lah kisah diorang pulak yang pandai berpantang.. 

"saya memang dengan kain batik je 24jam.. dari mula pantang sampai habis pantang"

"saya gi hospital check up pun memang berkain batik je"

"Tu dah jalan laju ke tu? Jaga elok-elok, saya dulu jalan kepit-kepit je"

"Rambut tu kenapa tak ikat tinggi-tinggi???"

Eh matikkkklah nak jawab semua soalan... Elok orang tu sihat boleh meroyan dengan persoalan orang lain hahaha.. Yelah tapi paham jugak ramai yang komen tu akan cakap..

"kitorang sayang awak, sebab tu kitorang tegur"

Amboi dasyat korang punya level sayang retis yeh? hahahahahhahaha... 


Katalah si Amyra ni pakai kain batik gi Prince Court Medical Centre ni.. agak-agak orang komen apa pulak??? 

"kain batik je gi hospital?? pakai lah kain tapi takyahlah kain batik"

"awak tu retis, jagalah penampilan, kang laki carik lain kang"

"akak ni menasihatkan je, sebab akak sayang kat awak"

and list goesssss onnnn and onnnnn.. hahahhaha.. 


Oklah tak yah citer hal orang kita cerita hal kita pulak.. lagi bagus.. Aku dulu berpantang biasa jelah.. Ni nak cerita pengalaman aku pulak.. Masa discharge hospital dulu aku duduk kat wheelchair mohon janganlah aku bertembung dengan orang aku kenal sebab muka aku pon tak muka orang hahahahha.. dengan kembang semangkuk tak surut-surut hahahah.. 

Balik rumah berpantang lah macam orang lain.. PAKAI KAIN BATIK okeh.. Tapi modern, mak mertua jahit pinggang jadi getah dia takut aku berdiri kain aku terlucut kot hahahaha.. Pakai lah segala bengkung tu.. Pakai sendiri.. elok je aku bentang kat lantai pastu aku baring dan aku golekkan diri sendiri atas bengkung sambil mengah-mengah ikat sendiri.. hahahha.. hidup mesti berdikari.

Rasanya dalam seminggu luka jahitan akan pulih.. Kalau nak pakai seluar tak boleh eh??? Apa beza orang pakai kain batik duduk tak rapat dengan orang pakai seluar tapi duduk kepit.. Hahhaha isu yeh?  Bagi aku lah janji ko jaga jahitan luka tu supaya cepat sembuh dan kering.. lepas tu duduk rumah pakai lah kain batik.. kalau keluar aku pon tak reti pakai kain.. Maybe pakai seluar tapi jalan elok-elok lah, jangan lah kau nak berlari ke apa.. Amyra tu pun tau kot apa dia kena buat?

Hahah wow tak habis lagi kisah Amyra.  Rambut ikat tinggi dan ketat tu aku pun buat.. Tapi takde lah sampai 44 hari aku buat camtu.. Masa free hair dulu aku gi checkup bawak baby takde lak aku ikat sanggul tinggi klcc tu muahahahaha...

Aku tak moden yeh, aku sangat ambil kira jugak hal pantang larang berpantang ni.. aku pakai socks dengan selipar.. dan korang percaya atau tak.. orang yang dapat appointment checkup saing dengan aku tu semua lebih kurang aku.. baru sebulan kot bersalin.. Dalam ramai-ramai tu rasanya adalah sorang dua pakai socks.  Orang lain relax je dengan sandal / selipar tak pakai socks.. Amyra Rosli tu tahan jugak lah dia pakai kasut bertutup lah jugak.  Aku siap kerut kening, aku je ke yang berpantang kat sini?????? So bayangkan berapa ramai orang tak peduli pasal pantang ni.. which aku rasa benda-benda penting tu ikut lah jugak demi hari tua.. 

So aku rasa menghentam orang lain dan bandingkan dengan diri kita yang lebih hebat ni memang tak perlulah kot.. Bila kita cakap camni kang, orang akan kata, kita bukan hentam, kita nasihatkan je.. Nasihat dan hentam dua benda berbeza ye.  Mana yang nasihat dengan cara tak menyakitkan hati tu baguslah.. Ni jenis-jenis yang menasihatkan orang tu macam dia lah pakar mengalahkan mak bidan.. hehehehe... 

Tau tak ayat-ayat yang boleh annoyed orang lain?  Ni contoh:

"Elok sangatlah tu.. esok tua baru kau rasa"

"Retis macam tulah, mana berpantang, janji stylo"



Senang ikut jelah cara memasing.. Kalau cara korang berpantang macam tu, teruskan lah hingga ke cucu cicit korang macam tu.. Kalau cara dia macam tu biarkan lah dia dengan cara dia.. Jangan suka sangat nak mengecam orang je kerojenya... Sama jugak macam bangsa-bangsa lain ada cara berpantang masing-masing.. ada makanan kesihatan yang diorang makan jugak untuk panaskan badan... Kita tak kata pun kan cara diorang salah.. sebab tu cara dia berpantang..

Positif jelah yer..

Eh membebel pulak.. Jangan kecam Kak Pilla ye, Awas!! 







Love, 
Filla.

20 comments:

Huda Latip said...

Orang kita ni memang pelik2 tau nak hentam je..Kita dulu masa nak bawak baby check siap pakai jeans je, jalan mmg slow2 sbb takde skirt pulak masa tu..Takkan nak pakai kain batik je pulak ke hosp..Luka kalau bersalin normal biasanya seminggu dah ok dah..Pandai2 je bawak diri, balik rumah pantang balik cam biasa..

Anonymous said...

Terbaekkk kak pilla.....

R.R.Z said...

itulah kan kak..serba tak kena je. Ada je salah. Saya pon org tegur..dah kenapa berseluar kat rumah..seluar palazo ke apa nama besar geloboih.

eh halooo..ikut aku selesa la. Lagipon cser kot. Renyah la perut sakit nak berbatik2 kang tcicir. hihi

Liez Deariescouple said...

jgn sibuk pasalorg..biar lanakpakai sluar ketat ke apa ke kan..
manusia ni mcm2 ragam

Mrs Pip said...

setuju...berpantang biarlah ikut cara masing masing, ikut mana yg kita selesa ...

ain.ya.nun. said...

I rasa orang dulu-dulu sangat menjaga pantang sebab dulu susah. Kalau tiba-tiba sakit effect dari bersalin, nak dapatkan rawatan tu payah. Hospital pun jauh. Nak beli ubat best-best pun takde duit so kena la guna bahan semulajadi dari kampung. Diorang takde pilihan, so kenalah jaga betul lah time pantang.

Orang sekarang jaga pantang ikut peredaran zaman. Sekarang, ubat banyak, service perbidanan pun banyak dan cara berpantang pun makin memudahkan, cuma perlu sediakan duit ajelah.

Lynda Che Lah said...

I suka part kak filla guling-guling pakai bengkung.. kerlass kak.
Pd saya, setiap org ada cara masing-masing. Yang tanggung esok dah tua pun org punya bdn. So, jaga mulut sendiri dah la kan.
Amyra ada byk duit kot.. eh

Anonymous said...

Dalam pantang tak boleh pakai seluar tu tak masuk akal.

Princess Serra said...

Jemput singgah :)

https://messarah.blogspot.my/2017/10/review-shopping-di-website-sgshop.html

Zalia said...

Saya 3x czer. Anak first dulu berkain batik bagai lah. Tp masa tidur asyik terbuka je. Tak reti nak pakai sebenarnya. Last2 pakai seluar harem pants tu. Selesa sgt. Tak kacau pun jahitan sbb cover atas sampai perut. Rsnya berpantang ni ikut keselesaan masing2 la sbb kalau paksa diri sgt last2 hati tak senang terganggu jiwa dan emosi jadi lah meroyan haha

Azura Aziz said...

Qekra sejenis yg kuat berpantang jugak, ikut la amalan orang tua-tua tu. tapi bagi Qekra ikut lah keselesaan masaing-masing. tak payah nak hentam2 orang.

Anonymous said...

salaam


siapa amyra rosli? tak follow la...

rgds

MommaVogueHD Noriza Abdul Rahman said...

Entahlah mulut orang ni kan, kot yer pun nak komen biarlah yang elok-elok saja

Mommysihatanggun said...

Btolni..mungkin dia selesa.. Tp bab aurat tk leh ckp la

Cik Manggis said...

Cara berpantang orang dulu2 dengan sekarang dah berbeza. Zaman mak kita dulu memang pantang ketat...nak makan pun tak boleh yang berkuah. Tapi orang sekarang main langgar je. Mungkin sebab zaman pun dah berubah....
http://yangunguitumanggis.blogspot.my/

zeera lily said...

erkk tak berani nak komen, takut salah cakap pulak

Cik Manggis said...

Cik manggis datang ziarah

SALIZA SACHARI said...

Aisey, saya pun ikut bergosip.. hihihi, apapun setiap orang lain2.. yg penting luka da sembuh sebab itu pengambilan makanan yg tepat perlu supaya luka cepat sembuh..

Julia Tarmidi said...

adehhh. malaysian. benda simple mcmni pun nak kecam huhu

MiYOKO SuKi said...

pantang jgn tak pantang...