Assalamualaikum,
Lama betul tak update blog ni. Sebenarnya bila dah umur-umur macam ni rasa dah tak tau nak share apa hahaha.. Takut apa kita share tu tak bermanfaat, takut nak merepek hahaha.. Dulu sukati aku lah blog aku hahahaha... Faktor usia mungkin.
So harini curi sedikit masa untuk menulis. Nak tulis apa lagi? Hari ni nak share pasal debaran menanti keputusan UPSR esok. Buat masa ni Kak Pilla takde rasa debaran tu.. Maybe malam ni baru terasa debar kot?
Sekarang ni timbul isu macam-macam tentang cara penyerahan / pemberitahuan result UPSR kat sekolah.. Kementerian Pendidikan dan keluarkan amaran supaya result tidak diumum dan tidak diraikan di Sekolah. Sebenarnya ramai bertelagah tentang isu ni.. Mana yang ada anak-anak bijak dah tentu tak setuju dengan arahan ni. "Mereka dah usaha, apa salahnya diraikan di sekolah? Ini untuk menghargai usaha gigih anak-anak bijak tu"
Mana yang anak tak mampu untuk dapat banyak 'A' pulak memang bersetuju dengan arahan Kementerian Pendidikan tu. Last year ramai kawan Kak Pilla ada anak yang amik UPSR.. Cukuplah tengok ke'stress'an parents ni semua.. Haku pulak jadi stress masa tu..
Anak-anak dikumpulkan di dewan, parents menanti di sebelah tepi dewan.. Still boleh eye contact dengan anak... Result pelajar 6A diumum satu persatu.. Nama disebut berkumandang di dalam dewan.. Nama anak yang dapat 6A confirm menangis, melonjak kegembiraan.. Stress berterusan bila sebut nama untuk pelajar 5A.. kemudian 4A.. kemudian 3A..
Mentally abused ni. Eh betul ke ayat tu... Pendapat Kak Pilla majlis macam ni sangat tak sesuai. Anak kita berperang dengan perasaan masing-masing masa tu.. Kawan satu persatu maju kedepan dengan result cemerlang di tangan.. Awak duduk tercongok tak dipanggil-panggil pun nama. Mak Ayah duduk tepi tak dapat nak peluk or sokong dia masa tu.. Kita yang melihat usaha gigih anak-anak study siang malam, buat homework menggunung hari-hari.. Perasaan malu dan rendah diri mereka waktu nama tak dipanggil di depan.. Kecewa, hampa dan sedih. Ok, aku memang orang yang suka sebak dan fikir terlalu mendalam.. Now type ni pun dah sebak.
Masa nama tak dipanggil maybe anak tu dah tunduk tak berani angkat muka.. Please aku tak boleh berdepan dengan situasi macam ni.. Ada yang aku tak pegi sekolah sebab tak sanggup mengadap situasi penuh emosi macam tu. Cara nak sedapkan hati sendiri "UPSR je punnnn, bukan penentu masa depan pun"
Kita tak boleh lihat satu sudut sahaja. Berjaya akademik tak bermaksud berjaya dunia akhirat dah.. Kalau seimbang Alhamdulilah, bonus, sejuk perut ibu mengandung. Tapi kalau ada kelemahan dari segi akademik kita masih tak tahu apa janji Allah SWT untuk kita. Yang penting akhlak kena mulia. Ramai jugak kita dengar anak berjaya akademik, memang bangga.. Tapi ramai juga kita dengar, anak yang tak bijak akademiklah kadang bila kita tua, dialah yang menjaga kita di hari tua.. So janganlah berbelah bagi kasih sayang untuk anak-anak..
Sorry melalut sikit. Kasih Aleeya anak sulung aku. Biasa sahaja dalam pelajaran. Kesungguhan tu ada, tapi selalu jugak kecundang.. Banyak kali aku nasihat dah naik berbuih mulut.. Aku selalu kata kat dia "Mama tak kisah apa pun result Kasih, janji Kasih berusaha, mama tak boleh buat apa kalau dah usaha pun result still tak menyebelahi Kasih.. masa masih panjang..ada banyak lagi exam besar lain selepas ni.. result UPSR nak keluar mama redho je apa result Kasih.. kalau tak ok, ada banyak masa untuk Kasih improvekan lagi diri Kasih.. berkawan dengan kawan-kawan yang baik, yang rajin belajar, InshaAllah sikit-sikit akan berjangkit juga ke kita"
Kawan-kawan yang ada anak UPSR tahun ni, selamat berjaya buat anak-anak semua.. Mana yang tak dapat result yang cemerlang, peluk juga lah anak tu.. Kejayaan bukan terletak hanya di kertas, baru 12 tahun lagi pun.. Banyak lagi soal kehidupan yang diorang kena belajar. As parents, support je anak-anak.
Berbalik kepada isu atas tu tadi.. Kak Pilla sokong je kalau rasa perlu diraikan kejayaan anak-anak yang straight A's ni.. Tak salah pun.. Cuma kalau boleh, janganlah raikan dihadapan anak-anak yang sedang kecewa. Buatlah di hari lain.. Kumpulkan mereka setelah result semua dah dapat ditangan anak-anak semua.. Biar semua dah balik, then berkumpul dan bergambar lah.. Tak salah kan?
Zaman Kak Pilla dulu, amik result sendiri je kot.. Tak pernah ada mak bapak datang ke sekolah pun.. Dari UPSR sampai ke SPM haku gi sendiri je amik result hahahhahaha... Kewl gila parents dulu-dulu, ahkak suka!!!!!
Lagi satu nak share, Kak Pilla berkaca mata bila baca penulisan kat bawah ni.. So ni Kak Pilla share, bagus betul penulisan dia... sebak hati keibuan ku..
Saya terbaca sebaran poster kenyataan Dato Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia. Beliau berpesan supaya pada hari keputusan UPSR diumumkan, tidak perlu diadakan majlis khas meraikan pelajar cemerlang 6A sedang ratusan calon murid UPSR lain hanya memerhatikan dengan perasaan diri mereka tidak dihargai.
Betapa saya merasai pengalaman 'getir' itu sebelum ini. Bukan sebagai murid. Tetapi sebagai bapa.
Pada hari itu, subuh lagi isteri sudah berpesan,
"Abang, nanti jangan lupa datang sekolah. Zulfa ambil UPSR hari ni."
Saya hanya angguk dan senyum. Mana mungkin saya lupa.
Kali pertama dalam hidup anak sulung menerima keputusan peperiksaan besar.
Pagi itu, saya ke pejabat dulu. Rakan sepejabat pelik melihat saya masih berlegar-legar di meja.
"Encik Ammar tak pergi ambil result anak?"
"Relakslah. Bukannya keputusan keluar terus. Menteri umum dulu, baru result boleh ambil."
Terus menyambung kerja-kerja yang sedang menunggu.
Henfon berpusing di meja diiringi deringan lagu lembut.
"Abang, dah gerak dari ofis belum?"
"Belum. Baru nak gerak." Sambil menolak kerusi merapat ke meja.
"Result dah boleh tengok online. Tapi Ryn tak berani nak tengok. Kalau abang nak tengok, tengoklah. Tapi jangan beritahu Ryn."
Lif dari tingkat 7 turun ke B1 hari itu terasa sangat perlahan. Jantung berdegup lain dari biasa. Detak dan berombak seperti berlari.
Ya, saya gugup.
Zulfa sederhana saja di sekolah. Dari darjah 1 hingga 6, sering juga berpindah kelas. Pernah merasai kelas tertinggi semasa darjah 5, tetapi turun ke kelas kedua untuk menghadapi UPSR.
Tiada apa yang istimewa pada pencapaian. Jarang dia menerima anugerah akademik. Tetapi saya tidak boleh menyangkal seperkara. Dia anak rajin dan tak banyak soal. Diminta belajar, dia belajar. Diminta menolong kerja di rumah, dia menolong.
Walaupun akademik sederhana, tidak pernah saya rasa mahu memarahi Zulfa.
Dalam perjalanan balik dari sekolah selepas KAFA, dia akan tertidur kepenatan di dalam kereta.
Sampai saja di rumah, terus mandi dan menyelesaikan kerja-kerja sekolah tanpa disuruh.
Tiba maghrib, dia berhenti solat sendiri.
Selepas makan malam, sambung semula menyiapkan kerja sekolah.
Ada hari, apabila tiada kerja sekolah, dia menilik jadual belajar di dinding dan terus membuat latihan dalam buku aktiviti. Tanpa suruh.
Ada masa, dia minta saya mengajar apa yang sukar dia fahami. Tanpa sedar, kadang-kadang saya tertidur atas katilnya. "Abah, Zulfa nak tidur." Saya melihat jam dinding, pukul 12 malam.
Hari minggu, dia selalu memujuk rayu minta untuk belajar di rumah kawan. Jika tidak diizin, monyok sepanjang hari.
Bukan kami tak sokong, tetapi jarak rumah ke Putrajaya bukannya dekat. Rasanya, cukup setiap hari, abah mama berulang alik untuk kerja. Tidak betah rasanya hari minggu masih memandu jauh.
Tapi rajuknya sebentar. Sedang kami leka, dia sudah di dalam bilik, belajar sendiri.
Untuk anak yang begini, apa lagi mahu saya paksa.
Lalu, fahami saja jika saya gugup pagi itu.
Sebagai bapa, saya boleh menerima apa saja. Dengan usaha Zulfa, saya tidak menyesal apa-apa. Saya sudah melihat prosesnya. Hasilnya hanya bonus bagi saya.
Tetapi dia. Bagaimana dia?
Bukankah di mana-mana pun orang berkata, usaha tangga kejayaan. Mudah fahamnya, berusaha, pasti berjaya. Jika sudah usaha, tetapi tidak berjaya?
Saya tinggalkan soalan itu begitu saja. Kerana berjaya itu luas tafsirannya.
Lagipun, beberapa minggu sebelum itu, Zulfa pernah berbincang hati ke hati dengan saya. Dia sudah usaha, dia terima saja apa keputusannya. Ketika itu saya sudah lega. Harapnya apabila hari itu tiba, dia benar-benar kota apa dikata.
Ikon Google Chrome di henfon saya sentuh dan biarkan 'loading'. Alamat url yang disebut isteri saya taipkan satu persatu. 'Enter'. Paparan telah tersedia. Masukkan no. IC dan angka giliran, keputusan dipaparkan.
Lama saya duduk dalam kereta yang enjinnya telah dihidupkan. Sungguh saya tidak kecewa. Tidak. Saya sedang mencongak-congak bagaimana mahu berhadapan Zulfa. Apa yang saya lihat terpapar di skrin sudah saya redhakan. Sekarang ini, ayat apa mahu saya ucapkan nanti.
"Abang, guru besar belum balik dari pejabat PPD untuk ambil keputusan. Tapi Ryn dengar 'result online' dah keluar. Abang dah tengok?"
"Dah." Perlahan dan bergetar. Isteri, dari intonasi saja sudah terbaca di hati apa yang saya cuba sampaikan dari getar itu.
"Allah bang..." Itu saja yang terungkap dari mulut isteri selepas saya didesak untuk memberitahu keputusannya. Aneh juga wanita bergelar ibu. Satu masa dia berpesan seperti tak mahu peduli. Tidak lama dia pula mendesak untuk mengetahui.
Ketika itu, saya seperti baru memahami apa perasaan seorang doktor yang sudah tahu pesakitnya menghidap kanser tahap 4 dan didiagnos sukar untuk diubati lagi. Perasaan mahu mengkhabarkan berita itu, seperti pedih menoreh dada.
Dari jauh, saya mendengar pengumuman nama anak-anak bertuah yang memperoleh 5A. Menaiki tangga menuju dataran sekolah, terhidang di hadapan saya deretan anak-anak yang sedang duduk beratur menunggu nama masing-masing dipanggil.
Saya mencari kelibat Zulfa dan menangkap dia sedang bergelak ketawa mengusik rakan-rakan dalam barisan yang berada sedikit ke tengah.
Dia sedang enak ketawa dan hati saya pula sedang mendung. Dia masih belum tahu keputusan, sedangkan saya masih gagal menemui kata terbaik mahu diungkapkan.
Zulfa terpaling ke arah saya, melambai-lambai dan menunjukkan ibu jari tanda bagus. Itu keyakinan dia ketika itu.
"Ya Allah, teruji sungguh hati ini hari ini." Saya hanya mampu bersandar pada dinding.
Selepas menamatkan bercakap dengan ibu seorang pelajar, isteri datang merapati, "Bang, tengok Zulfa tu bang. Dia seronok lagi tu. Tak tahu apa. Kesiannya dia bang." Mata isteri mula berair.
Saya memerhati Zulfa dari jauh. Kepalanya terdongak-dongak menanti namanya dipanggil. Sesekali dia bertanya kawan hadapan, nama siapa yang disebut apabila tidak dapat mendengar dengan jelas. Kawan sekeliling yang tadi ramai, sudah mula bangun seorang demi seorang meninggalkan dia. Yang dapat 4A sudah. Yang dapat 3A sudah. Sedang diumum mereka yang 2A. Dia mula gelisah.
"Allah, Allah, Allah..." Itu saja mampu saya dalam hati. Kau takkan mampu untuk pandang wajah dia yang sedang menanti itu.
Zulfa memandang saya dari tempat duduknya. Kali ini, pandangannya tidak seceria dan bercahaya seperti awal tadi. Dia seperti sudah mengagak sesuatu. Jika kau pernah lihat wajah anak yang sedang bersalah, itulah wajah Zulfa ketika itu. Cuma kali ini, dia tidak salah, dia tidak berbuat apa dosa pun. Dan itu yang menyebabkan airmata seorang ayah hampir tumpah.
Sebaik saja slip peperiksaan bertukar tangan, barulah wajah putih tadi mula merah. Saya membiarkan saja dia memilih bahu siapa yang mahu dipinjam. Ternyata bahu yang diperlukan adalah ibu. Berlaku drama airmata yang kehilangan skrip. Tiada sebarang kata-kata, hanya pelukan penuh emosi hiba.
Saya berjaya mengawal 'ego' seorang lelaki pada pagi itu hanya untuk menanti akhirnya airmata itu tumpah pada waktu berdoa selepas solat maghrib berjemaah.
"Ya Allah, kami bersyukur dengan apa yang telah engkau rezekikan kepada kami ya Allah. Selepas segala usaha, jika ini yang kau berikan pada kami, penuhkan hati kami dengan rasa cukup ya Allah. Tidak ada kuasa yang mampu memberi bahagia melainkan engkau ya Allah.
Tanpa dirancang, saya berpaling ke belakang dan menitipkan doa khusus untuk Zulfa ketika itu.
Ya Allah, Zulfa sudah berusaha sebaiknya ya Allah. Dia sudah redha dengan hasil yang diperolehi ya Allah. Kau kuatkanlah hatinya ya Allah. Jangan kau padamkan api semangatnya yang mahu terus menimba ilmu-Mu ya Allah.
Sesungguhnya, kami sangat LEMAH ya Allah.... "
Sebut saja perkataan LEMAH, serentak itu juga, jatuh habis airmata yang dari pagi diempang. Saat itu, sebagai bapa, betapa saya sedar, sekalipun kau manusia boleh berusaha tanpa batas masa, menghimpun segala kepandaian manusia, merancang strategi 'pasti berjaya', apabila akhirnya Allah putuskan begitu, maka begitulah! Kau tidak akan berdaya. Kau selemah-lemah manusia.
Lama saya terhenti. Jelas ada esak tangis juga di belakang saya. Ya, ego manusia jatuh. Mana lagi mahu meminta pertolongan jika bukan dari-Nya.
Saya serahkan sepenuhnya urusan untung nasib persekolahan anak saya seterusnya pada Allah.
Ketika itu, baru terasa betapa nikmatnya hati yang bulat sepenuhnya, lillahi taala.
>>>
Alhamdulillah... Selepas satu tahun, saya mula nampak mengapa Allah menyusun apa yang berlaku sedemikian rupa. Di sekolah menengah, Zulfa sangat berbeza dari dia yang saya kenal di sekolah rendah sebelum ini. Potensinya dicungkil dalam pelbagai bidang. Mendapat rakan-rakan sekolah yang bagus akhlak. Dia seperti tidak terkesan langsung dengan apa yang berlaku tahun sebelumnya. Saya lega.
Cukuplah sekali itu. Saya memang berharap keputusan peperiksaan tidak lagi diumumkan sedemikian rupa. Serahkan saja keputusan peperiksaan mengikut nama kepada anak murid dan biarkan mereka membaca sendiri keputusan mereka. Mana yang keputusannya cemerlang, sekolah boleh raikan dalam satu majlis khas buat mereka kemudian dari itu. Tidaklah murid lain yang menunggu terpinga-pinga.
Tidak mahu lagi ada bapa atau ibu lain yang merasai apa yang saya rasa.
Siapa rakan di KPM, sampaikan salam pada YB Menteri. Saranan beliau saya hargai.
Ammar Kamilin
Tidak kuat melihat anak-anak berduka.
Love,
Filla.
11 comments:
tula zaman dlu lain tk mcm skarang...siap panggil naik stage..sian juga yg tk brp dpt A tu..apa salahnya diraikan hari lain kn....anak saya lg 2 tahaun nk upsr..good luck utk ank sulung filla..bc juga kisah zulfa tu smlm
kan.....sy pun sebab baca coretan tu & coretan filla...anak sulung saya lelaki sebaya kasih...orangnya sederhana je...betul ada masa kecundang sgt...tp upsr ni sy tgk effort dia...sruh pegi kelas tambahan sekolah, buat latihan dia ikut je.buku latihan tu sampai habis dia buat tak macam tahun2 sebelum ni...home tutor lagi..jarang nak mengeluh...cikgu home tutor pun puji dia...tapi kalu Allah tak izinkan saya redha...sy kecewa jgk tipu xkecewa tapi saya rasa ank saya lagi kecewa....bkn nak 6A cukup jangan ada D atau E...
alaaaa sedihnya bila cerita pasal anak ni....
saya akan rasa down bila kawan seopis anak dia sebaya anak sy tapi result lg bagus tu pun sy rasa rendah diri...mcm result sek agama ari tu....semoga anak2 kita smeua berjaya ye filla....
Hai Kak fila, suka baca blog kak fila..untuk hal2 pembelajaran anak ni sensitif sikit masing2 ada pendapat..tapi pendapat saya pendidikan anak2 ni sgtla penting saya tak setuju bila ckp exam tu tak menentukan pun kejayaan anak2 d masa hadapan klu tak penting kenapa kita nak hantar anak kita ke sekolah. sebenarnya pencapaian dalam pelajaraan tu penting tp janganla sampai beri tekanan kepada anak2 kalau anak2 kita dah usaha tapi still juga pencapaian kurang mungkin dia ada bakat yang lain.
kak filla,
dulu zaman saya upsr past 20 years back masa result keluar tu list nama kena tampal kat board je masing2 tgk sendiri.
tak tau pulak now cara nya macam ni
upsr mmg bukan penentu masa depan but kalau sy as parents cukup la anak2 lulus semua.
semoga anak2 kak filla semua sukses dunia akhirat! suka tgk ig story kak filla masak wpun kadang menu ulangan hehe suka jugak keep uploading k. kak filla kalau goreng ikan pun nampak sedapppp
take care kak! :)
fieza
betullah filla..zaman 90an ambik upsr..berhimpun kat tapak perhimpunan lps tu guru kelas bagi slip kertas a4 kaler kuning buruk tu.. lepa tu sendiri gelak sebab ada D dakwat kaler merah plk tu..hahahaha..
takde rasa perasaan di "kelas" samarata..sebab yang usaha berjaya..yang malas dapatlah dakwat merah..sebab perjalanan tu jauhhhh lagi kalau nak di raikan masa tu...
apapun goodluck kasih...
hi kak filla,
i am still single but growing up with nieces and nephews give an impact to my life as well. i can see through their eyes when they get result not as expected as it also happened to me last time. We come from small family but alhamdulillah, all of them get good grades (almost straight As from UPSR to SPM) until now.
Let see differ side of view - the pressure when you get good result.the pain you bear when u are able to obtained superb grades but unable to get in to boarding schools is another thing. People keep asking and comparing why a few of my nieces and nephews did not continued study in boarding school, why they did not get scholarship in uni, why they do not go to overseas' uni. Believe me, its all our dream in the family to go there but I believe Allah has greater plan for us. Always be the shoulder for them to cry, and continuously support them no matter what. We are not only educate our family but also their society.
Love,
Jasmine
salam kak fila,
sedih membacanya kak kerana saat begitulah saya rasai semasa UPSR 2016 buat anak sulung kesayangan saya Zarith Nazrin.... bergelak ketawa dengan rakan di dewan sehinggalah nama semua rakan dipanggil riak mukanya terus berubah.... sedih, pedih membakar naluri ibu dan ayah yang menatap wajah anak yang disayangi...walaupun kita redha tetapi perasaan kecewa disisihkan dari rakan rakan di dewan lebih pedih seperti selumbar menusuk kak fila....semoga Kasih aleeya mendapat keputusan yang baik dan dilindungi Allah Swt...
Saya pernah lalui saat ini setahun yg lalu.. Saat itu sy dah redha walau apa keputusan sekali pun. Namun Alhamdulillah rezeki Allah anak sy antara yg cemerlang tapi naluri keibuan sy sgt tersentuh melihat anak2 yg lain menangis apabila keputusan sgt unexpected. betul2 terkesan di hati saya hinggakan tak mampu menatap wajah2 kesedihan mereka. Setahun dah berlalu tapi jujurnya memori itu tetap terpahat sampai saat dan ketika ini...upsr 2016 umpama nightmare bagi kami...berbalik pd saranan kpm x perlu diumumkan keputusan ya mungkin ade baiknya.. Nak meraikan yg cemerlang? Ya tiada salahnya juga cuma sebaiknya bukan di hari yg sama.
Esok hari yg di nanti semoga semua anak2 termasuk Kasih Aleeya dikurniakan kejayaan cemerlang insha allah.
SETUJA DGN KAKPILLA... BERDERAI AIRMATA BACA PENULISAN SI BAPA
entry kak pilla yang ni mona takmau baca sampai habis. sedih. takmau nangih!
Good one Filla...
Post a Comment