Friday, May 12, 2017

PERCUTIAN KELUARGA KE PD.

Ingat tak kisah Kak Pilla, Kak Elly and Kak Peej bawak family bercuti kat Port Dickson.. Hahhaha punya lama dah kisah tu.. Sebenarnya percutian tu tak dirancang.. Rasanya tetiba je cakap "Hoiii penatttt kerja, asyik fikir Fame, Ellfie semua, nak rehat please!!"

Tetiba sorang jerit "Apa kerjaaa??? PD jom, 3 hari 2 malam, ada brani?" Masa tu rasanya hari Rabu.. dan Jumaat kitorang pergi hahahahah.. Kerja book hotel macam biasa diserahkan kepada PA hebat siapa lagi kalau bukan Kak Pilla muahha.. Laju je aku book.. sebab diorang ni tak boleh, kang tetiba "Eh cancel lah"

So bersiaplah kitorang Jumaat tu lepas solat Jumaat baru semua gerak dari rumah memasing.. Jumpa terus kat Avillion sana..

 Ni jelah seketul gambar yang ada sebelum bertolak.. Now umur dah macam ni, memang pemalas nak beria bergambar berselfie bagai.. macam buang tebiat plak hahahahha

Kejatahan social media yang lain seperti FB dan IG segala ig stories, videos semua tu membuatkan blog seperti dipinggirkan.. Buat haters sorry i tak update blog sampai u meroyan.. ni haters ke hapo??? hahahha benci, hina kutuk bagai, tapi ternanti-nanti ahkak update blog.. acaner tuh.

Kali ni booked water chalet yang dekat dengan beach.. 

 So lepas budak-budak berendam kat swimming pool, terus singgah beach dekat dengan bilik ;)

 Anak-anak aku dengan anak-anak Elly memang jenis malu ke apa.. tak reti borak and bercakap.. Mak dia mulut macam bertih, anak senyap pulak.. Tapi Amaani and Aleesya ok je dengan Ameera.. Sebab Yaya dah remaja sikit.. 

Tapi masalah pulak bila Ameera selalu gang dengan Amaani.. tapi Aleesya jealous.. hahahha.. berebut-rebut nak jalan pegang tangan dengan Ameera.. Ameera selalu lari pegi kat Amaani kalau swimming ke apa.. Nanti Aleesya jeling tepi je terus sentap dan melayan perasaan swimming sorang.. 

 Ni budak yang semua orang kena dengar cakap dia.. semua kawan dengan dia tak leh kawan dengan orang lain.. Ameera dengan Yaya kena dengan dia je... Eh kakak-kakak sendiri ada dia tak heran ya.. heran dengan kakak-kakak lain pulak.. *matakeatas*

 Malam tu macam biasa ke restoran seafood kegemaran.. Pantai Ria.. Eh betul ke tu nama dia? Pon sama gambar makanan takde hahahaha.. betul lah kalau dah umur camni, blog pon dah 12 tahun lama dia.. terus malas nak amik gambar.. nak cerita apa pon penat.. Rasa macam percutian kena nikmati betul-betul.. kena spend time betul-betul dengan family and kawan-kawan.. dah takde dah percutian gambar kene meletop sebab nak update belog hehehe.. 

Tapi percutian kali ni memang betul-betul dapat rehat.. Kitorang terlalu penat menguruskan Fame dan Ellfie so rasa kena refresh balik.

 Lunch pulak.. Pak Radie dengan anak-anak tak join makan sebab diorang swimming.. Gilo anak aku paling terror takde rehat langsung.. Pitam Elly ngan Peej tengok diorang tak reti penat.. 

Dah kenyang perot mak dia.. terus balik hotel.. tunggu anak-anak and laki balik baru orderkan diorang room service je.. Pastu keluar balik sambung swimming.. huhuhuuu

Aku ni nasiblah ada laki yang betul-betul boleh melayan anak-anak, so amat bersyukur kat situ.. Terus aku fikir, kalaulah aku sorang je nak bawak budak-budak ni bercuti.. Mau bergaduh kot suruh naik.. Aku pulak jenis cepat panik.. Asal diorang mandi laut je aku tak senang duduk ya tepi pantai tu.. Sentiasa rasa takut kalau laki aku tak perasan ombak kuat ke apa.. Teruk sangat imaginasi.. Pak Radie menyampah je nak layan tahap saiko aku.. dia buat tak tau je.. kongajo sangat ni hahaha

 Peej banyak lepak dalam bilik sebab memula ingat Hannah tak leh kena panas nanti naik rashes kat muka, kat belakang... 

Rupanya bila time balik tu tengok balik, ni bukan ruam ni.. Ni demam campak ni Peej.. Wan (mak aku) pon tengok cakap ni confirm campak ni..

 Malam tu join buffet je.. Kemain berbakat sis Elly kita.. anak lelaki sorang boleh lagi ni muahahahhaha

 Ni lah dia anak-anak kami.. Anak Peej dalam bilik muahahah.. Elly kena gerak terus sebab anak-anak ada aktiviti gym.

Wan pulak ajak singgah dah alang-alang balik tu lalu je kat Enstek tu mama masak sikit.. Yes jom.. Peej pon tak pernah datang lagi Enstek tu..

Adoiiiii tengok ni lapar balik cissssss.. Thank you Wan, tak sihat sangat kaki and pinggang pun boleh masak.. Bibik banyak tolong jugak.. Eh gambar pulut kuning dengan rendang tak de sini.. tu yang sodap tuuu...

Lepas semua kenyang tu, suruh Peej balik dulu sebab Hannah tu kena bawak gi klinik.. Kitorang lepak sampai petang then terus balik rumah dengan hati yang gembira..

So itulah happy endingnya percutian kami.. Ada rezeki kita cuti lagi ;)

Tata..




Love, 
Filla.

3 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

gambar last paling best, hahaha.

Nak cari laa.. kat mana restoran pantai ria tu

f.i.e.z.a said...

kak pilla, terus rasa nak beli port merion la camni hehehe

alia farhan Said said...

Best nya bercuti