Hari nie ada special entry sikit...Aku sendiri tak tau nak start dari mana dan nak start macamana..
Kalau korang perasan sorang blogger nie.. nama dia Moon.. dia antara kawan yang terapat dengan aku.. dan kalau korang follow blog Moon.. korang mesti tau masalah yang dia dan keluarga tengah hadapi sekarang.. Sebenarnya Moon dah puas fikir panjang samada nak buat benda ni atau tak perlu... so sebagai kawan, aku rasa takde salah pon kalau Moon nak teruskan niat dia.. yang penting dia tau niat dia ikhlas...
-pic removed-
-pic removed-
-Norma-
Adik ipar Moon menderita menghidap cancer... memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu..
-pic removed-
-pic removed-
-Norma bersama Rafiq-
tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq. bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..
Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq... Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq..
anak kecil yang tak mengerti penderitaan ibunya
-pic removed-
-Talib sentiasa ada disisi isteri-
Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka..
-Talib bersama Rafiq-
-pic removed-
-tangan Norma yang lebam-
-gambar terkini baby Rafiq-
kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.
-details removed-
aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K dan injection tersebut masih belum diambil.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.
Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..
hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib... Amin....
-boleh check entry ni sebab dari first day dapat tau Norma dapat cancer sampai keadaan Norma sekarang-
update: Norma telah kembali ke rahmatullah pada 23 Mei 2012.. Al-Fatihah...
-details removed-
aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K dan injection tersebut masih belum diambil.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.
Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..
hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib... Amin....
-boleh check entry ni sebab dari first day dapat tau Norma dapat cancer sampai keadaan Norma sekarang-
update: Norma telah kembali ke rahmatullah pada 23 Mei 2012.. Al-Fatihah...
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE
THE CHEAPEST RATE SO FAR
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS
http://www.framekasih.blogspot.com/
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com
139 comments:
bantuan kemanusiaan..hari ni hari dia...esok lusa lum tentu nasib kita..thanks fila akaun cimb tu..Insya Allah akan bantu apa yang termampu
semoga ahli keluarga tabah menghadapi ujian.
Sedihnya kak. kesian sangat kat norma. Dugaan untuk dia kan. Comel sgt rafiq. Doa saya semoga norma cepat²sembuh dan di beri kekuatan untuk melawan penyakit.
Takpe Moon/Filla... yg penting usaha, insyaallah diluar sana ramai yang berhati mulia. Kite doakan untuk kesihatan Norma juga, amin.
Filla,
sedihnya baca...baby dia sangat2 comel...berat betul penderitaan yg mereka tanggung. Saya doakan semoga Allah permudahkan segalanya...Allah takkan menguji kalau org tu tak boleh terima sesuatu ujian tu kan..InsyaAllah saya akan tolong setakat termampu...
insyaallah will do.
Sedih tak terkata saya baca entry akak…..lagi2 bila baca blog kak Moon tu…
Klu saya kat tempat dia, ntah saya tabah atau x….saya doakan dia cepat sembuh untuk anak & suami dia…
Serius la nak taip komen ni pon saya nangis…. ;(
Aku sebak. Aku pernah alami apa yang talib rasa. Arwah suami aku meninggal sebab cancer masa aku pregnant anak pertama. Bila amira umur setahun lebih suami aku meninggal. Bila baca kisah moon ni aku teringat balik cerita sedih aku dulu. Insyallah aku akan bantu...
menitis air mata sy baca...sbb sy pon mengalami pengalaman yg hampir sama...lepas je 3 mgu saya beranak anak pertama, saya kene operation buang ovari saya...& alhamdullilah, doc mengesahkan penyakit saya bkn cancer...
Kpd kak norma kuatkan smgt k...
sedih baca entry ni. T___T
InsyaAllah, tlg yang termampu
Filla ..
Tenks ...
nko lagi cekap menyusun ayat berbanding aku ...and u wrote so well Filla sebab aku siap nanges2 baca hokey
Thanks Filla for ur help ...and thanks for always be there for me ...thanks to our friends to like mai ila lenny n fara ...kowang banyak kasik support kat aku .
Filla ...pembetulan . Acctually mak sutan yg jaga Rafiq ....nenek jaga cucu lagi hebat dr ibu jaga anak hokey ..aku setakat membantu mana yg boley ...aku rasa mama patut dapat pujian tew .
sedihnya baca. semoga Talib sentiasa tabah di sisi Norma. semoga insan2 mulia yang membaca entry ini sudi menderma untuk membantu
sis, mintak izin share di belog saya....
selama ini saya jadi silent reader jer kat sini. Hari ni terpanggil pulak nak post comment. Apa yang saya boleh cadangkan, cuba minta bantuan zakat. setahu saya setiap negeri ada peruntukan zakat untuk perubatan. Insya-Allah, zakat dapat bantu.
Harap Norma & suami terus tabah. Allah akan membantu...
ya allah terlalu berat dugaan tue kan....kita selalu anggap kita dalam masalah yang besar..tapi kadang2 kita terlepas pandang ada lagi manusia yang lagi teruk dugaannya....insya-allah semoga niat baik nie di sambut baik oleh semua...amin..doakan yang terbaik tuk mereka...tabahnya hati mereka kan...
niat yang murni Allah akan buka jalan dan bantu yang memerlukan. i.Allah, akan bantu mana yang boleh....mmg ada follow cerita norma ni dari blog moon....dan setiap entry dibaca, hanya doa yg dapat dikirim moga dia cepat sembuh.
-mommy Zaralisa-
fila, aku share entry ni? buleh?
sedih.:) InsyaAllah akan bantu. :)
sedihnya... insyallah..saya akan bantu sedikit sekadar sy termampu jap lg...semoga allah mempermudahkan segalanya..
sedey ...semoga norma pulih seprti sedia kala ....
Insya'allah bantuan akan datang. Semoga Norma segera sembuh. Dan semoga keluarganya tabah hadapi dugaan ini... amin...
insya allah fila.. kalau ada rezeki insya allah saya cuba ye..
.. bila tgok mcm ne baru sedar yg kita kena menghargai setiap masa & saat bersama org tersayang.. momen2 itu amat berhargakan??
Sedih saya baca entry kali ni.Semoga Talib tabah dengan dugaan ini demi isteri dan anak tercinta.InsyaAllah saya akan membantu apa yang mampu.
semoga tabah menghadapi hari2 mendatang~
salam fila..
saya sekadar nak tahu..
dia kena barah apa ye?
salamss fila, nanti akak sharekan yerk...sebaknya hati...mengalir air mata akak :(:(
kak filla selain cimb ade tak cam maybank ker...tq
salam semua, terharu saya semua support.. at least kalau moon and family baca komen2 u all nie... akan tenang sikit hati.. takdelah rasa bersalah.. saya tau ramai yang berhati mulia kat luar sana.. mungkin hari ni kita di atas, esok lusa kita tak tau kita kat mana.. itu yang saya selalu sematkan di dalam hati.. kepada yang sudi mendoakan, sudi menghulur bantuan buat Norma, saya bagi pihak Moon mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga.. tak dapat dibalas oleh orang lain kecuali Allah..
fyi, Norma ada brain cancer..
buat readers yang rasa nak copy paste entry ni silakan.. itu pon salah satu cara memberi bantuan.. really appreciate..
Moon: aku harap kau tabah, kuatkan semangat, selalu support Talib, sebab itu yang dia perlukan.. aku jarang dpt spend masa dgn korang.. kadang rasa bersalah aku sendiri blom pernah sempat melawat.. tapi ko tau kan jauh disudut hati aku, i really care.. aku jumpa kau jap gi ;)
isteri sakit mcm tu pun suami masih ada disisi...
i yang segar bugar ni pun suami dah tinggal tinggalkan..
sebak ni sebak ni..
baby tu comelnya....
akan diusahakan untuk membantu... yang penting ikhlas kan...
akaun maybank takde ke???
marilah kita beri bantuan kpd yg memerlukan..
kak filla, kite mtk izin copy entry ni ye..
to kak moon n family, diharap tabah menempuh dugaan mendatang..
sedih baca cite Norma dan Talib ni. saya penah lalui saat sedih ini. Arwah kakak penghidap advanced breast cancer selama hampir 3 tahun dan dia telah pergi meninggalkan kami pada September 2010 yang lalu setelah melalui penderitaan disebabkan penyakit tersebut. Kami redha dgn pemergian Arwah, tak sanggup utk terus melihat penderitaan yang terpaksa arwah lalui.
Pesan saya kepada Norma utk terus tabah menghadapi dugaan dariNYA, Insyaallah ada hikmah disebalik yang terjadi.
yer filla nanti kiter lunch sesama .
thanks to all ...
acc cimb je ada ..moon mintak ngan Talib acc dia sampai sudah dia tak kasik dia segan kots
acc norma nih pun moon amik dr buku Norma sebab ada dlm file2 peribadi Norma .
THANKS TO ALL ...muga kiter dapat membantu sesama insan kerana tangan yg memberi itu lebih baik dr yg menerima .
THANKS
semoga tabah ye keluarga moon , lebih2 lg norma dan talib...insyaALLAH akan bantu dan sebarkan entry ni kpd kwn2 budiman gak...
semoga tabah norma dan talib...semoga cepat sembuh...
semoga tabah norma dan talib...semoga cepat sembuh...
semoga tabah norma dan talib...semoga cepat sembuh...
filla,
norma pernah kejer x sblm nih... klu dia pernah kejer ngan swasta, mintak husband dia check SOCSO (PERKESO)... sebab norma maybe layak untuk mencarum pencen ilat.. sebab dia sakit terlantar dan maybe dah x blh bekerja lg lps nih, then cancer norma dah tahap berapa.. insyaALLAH... sebab sy baru lps call mak sy... dulu arwah abah pun mencarum pencen ilat sebab arwah mule2 tu ke strok then kena cancer plak...
mudah-mudahan ALLAH permudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki kalian... amin...
Maybank tak der ..
but m2u can giro transfer to CIMB
saya slalu baca blog kak moon dn secara tak lgsg follow up kisah kak norma..
insyaAllah akan membantu mana yg termampu..
semoga keluarga mereka semuanya dilindungi Allah SWT dan semoga kak norma cepat sembuh dn berjaya melawan cancer..
amen..
ya ALLAH, beratnya ujian.... semoga ALLAH mudahkan semuanya.... insyaALLAH...
saya share yer...
thanks
Rasa sangat tersentuh... sebab membayangkan si anak kecil yang sepatutnya mendapat belaian si ibu, tapi apakan daya, si ibu tak berdaya. sedihnya... T________T
lucky her, got a very caring husband.
Semoga Allah memberikan balasan yang setimpal kepada si suami, kekuatan iman dah ketabahan hati kepada si isteri, dan limpahan kasih sayang yang berpanjangan buat si anak kecil yang tak mengerti... dan semoga kalian yang menderma diberi rezeki yang bertambah2 kerana membantu Norma yang sedang menderita dan sengsara... Amin...
-Ira JPJ ex MOT-
Sedih sampai tak ada perkataan yg nak di sampaikan. Salam buat keluarga Moon semoga sabar menghadapi ujian Tuhan.
try bioresonance treatment kt pj.cek www.bioresonanztech.com.my
kak filla dan moon, sy terbaca entry nih..sebak...rafiq macam baya anak sy..sy mintak izin nak share entry ni boleh? untuk memanjangkan semoga ada bantuan dapat dihulur dari kawan2 sy juga...inysaallah.
SEDIHNYA MUNNA BACA...SEPATUTNYA SAAT INI NORMA BERSUKA RIA MENJADI SEORANG IBU..TAPI ALLAH BAGU DUGAAN BUAT DIA...MUNNA DOAKAN DIA SEMBUH DAH KELUARGANYA TABAH MENGHADAPI DUGAAN INI...
Salam
kak cuba bagi kak normah try apricot. aprikot dibuktikan anti cancer
http://farmashealth.blogspot.com/p/produk-kami.html
kak moon da 2x wat mb2u ke cimb tp fail....
haaaaa...sumpah sedey dan semoga Allah mempermudahkan urusan mereka...
tumpang share ye sis! boleh kan?
Ya Allah,sedihnya +__+.tabah husbnd kak norma.smga Allah merahmati mereka.dan,semga kak norma cpt smbuh.
Ya Allah,sedihnya +__+.tabah husbnd kak norma.smga Allah merahmati mereka.dan,semga kak norma cpt smbuh.
sangat sedeh bila mengenangkan nasib baby rafiq yang comel... sebak... dan terharu dengan pengorbanan suami.... semoga Allah memberikan kekuatan kepada mereka. Amin
beratnya dugaan yang dia hadapi...semoga dia cepat sembuh..nak minta izin share..
Filla,
Is she going to recover soon? what is her chance of recovering?
Kesian her baby, so young and can't be together with the mother.
Later this weekend I will bank in some $$ into CIMB account.
Regards,
Sally
kak..saya mohon share ye...
kak..saya mohon share ye...
semoga kak norma dpat disembuhkan.. amiin3x... Kisa Sedih Norma & Talib
turut simpati, tabahnya suami dia...
Moga ALLAH bukakan jalan baginya...AMIN
macamane nak share entry ni kat blog sendiri ?
salam...sedih...baca entry nie.. bole sye mintak izin..untuk copy entry nie...? maaf ye..ase nk membntu untuk menyebarkan pd yg len2.. =)
You have done the right thing.
When my 3 years old dotter diagnosed and undergo chemotherapy, me n asben pun mula2 reluctant nak terima donation. But one of our family members advise us that to let people help in any way they can.And cash really helps a lot. The money they need definitely exceeding their normal expenses not only for treatment but for other unforeseen circumstances.
Most of the time the patient family tak tau nak mintak tolong macam mana dan malu.
As simple as home cooked meal means a lot to me u know masa i duduk spital jaga anak. Bila jiran dan sedara mara tanya nak nasi tak...terus i ckp nak hahaha...siap order lagi nak masakan apa.
Can u imagine makan kat spital 3x sehari? Or beli kat kedai berhampiran 3x sehari untuk 2 minggu straight...dan seterusnya utk tiap2 kali rawatan yg hanya berselang 21 hari atau 3 hari je balik then sambung lagi kat spital 2 minggu? kalau ada infection demam ke hapa, lagi lamaaaaaa dlm spital. And i'm talking about yg menjaga tu..yg sakit tu dah tentu lah kan.
So kalau sedara mara terdekat dan kenkawan boleh berganti jaga pesakit pun sangat membantu. Mcm i mmg tak dapek di tolong sbb my dotter x nak orang lain so keras le dok spital 24x7x4weeks kekadang tu.
Until now pun i still malu....malu nak minta pertolongan dan malu dgn sedara mara, kawan-kawan dan orang lain yg menolong sbb tak tau nak balas budi mereka mcm mana. Seriously.
Lagi satu always ask them what else they need. Offer them supportive treatment ke....not alternative ye. Kalau ada family or kenkawan doktor bolehlah tolong explain balik all the treatment n medical jargon tu. Just to ensure every protocol done accordingly. Kita bukan doktor so kadang banyak tak faham.
Sorry terpanjang plak komen.
Ya Allah, hebat betul dugaan Norma dan Talib. Berjujuran air mata bila membaca kronologi kisah Norma di blog Moon. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Tabahkan hati, kuatkan semangat. Kami doakan yang terbaik buat kalian...
moga en. Talib tabah menghadapi situasi ini.. tak terluah dengan kata-kata..
sy mohon share yek? sedih ngenangkan nasib si bayi..ALhamdulillah dia dikurniakan keluarga yang penyayang..semoga kalian terus tabah..insyaAllah Segalanya akan dipermudahkan buat kalian..
Thanks Mummy CT
komen u sangat bermakna
- Moon -
Thanks pilla tak sangka usaha kiter membuahkan hasil ...thanks u ols
sedihnya baca, sama-sama lah kita doakan yg terbaik untuk keluarga ni, semoga diorang tabah tempuh dugaan dunia. Just berpegang pada janji Allah, Dia takkan uji hambaNya lebih dari kemampuan.
mohon share yer..kalau tak dapat bantu dari segi kewangan pun insyAllah berita ni boleh sampai pada sesape yang berkemampuan dan terbuka hati nya tuk beri sumbangan...
Semoga Norma sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini...
Terkesima sungguh dengan entry nieh... Sha minta izin untuk dipanjangkan ke FB sha.... Moga ramai yang menghulurkan bantuan insyallah...
perkongsian menarik...teruskn sumbngan dgn penuh ikhlas~
Filla,
U boleh suruh kak Moon tu pergi HOSPIS. Dia satu persatuan yang boleh tolong orang2 mcm Norma ni...sebab mak adik ipar i pernah having breast cancer..Adik ipar i pernah dapat bantuan pampers dan susu.... and then mak dia dapat katil sebab mak dia lumpuh separuh badan selepas cancer tu merebak...kata adik ipar i, mereka bagi bantuan sehingga tidak diperlukan lagi...atau sehingga akhir hayat... try google Hospis Malaysia... mungkin boleh membantu...Insyallah...
sy share ye.
sis.. share entry ni kt FB blh? mana tau ada org nk tlg....
my email myfatimacollections@gmail.com
-nisa-
Kak Filla...
Thanx for sharing this...mintak izin...sy da copy & emelkn this post to my officemates...
mntak maaf tak inform beforehand.
-hery-
assalammualaikum...
tetibe terbuke blog ni... terbaca coretan di blog ni... tetibe air mata mengalir... Ujian Allah xdpt kita elak... MUngkin ada hikmah disebalik semua ini... Kuatkan semangat wahai semua ahli keluarga... Moga kekuatan itu memberi impak yg baik buat kak Norma... sy tgk pic kawin kak Norma... wat a lovely n sweet face that u have... n bile tgk pic kak norma sedang sakit.. sgt2 pilu hati sy... Moga kak Norma akan baik seperti sedia kala.. Kak Moon, syukur ada kakak spt kak Moon.. hanya Allah yg dpt balas apa yg kak moon dh buat... same goes to others frenz yg membantu... Abg Talib.. kuatkan semangat... kak norma perlukan abg.. kalo abg xkuat,mcm mn kak norma nk kuat... insyaallah, kak norma akan pulih... Amin..
Sy nk minte izin copy coretan ni.. walaupun sy xramai follower.. mn th.. kwn2 sy leh bantu n copy kat blog mereka...
sebak saya baca. saya pun minta izin share di blog.
salam,
buat semua, terima kasih atas sumbangan kalian.. dan terima kasih atas doa-doa buat Norma dan family..mudah-mudahan doa dari semua mampu menyembuhkan Norma..
buat blogger yang dah copy&paste ke blog masing-masing, terima kasih juga..
yang minta izin utk post kat fb pon tak pe.. kalau itu boleh membantu meringankan beban mereka..
InsyaAllah sumbangan tu akan digunakan dengan penuh amanah..Talib pon taktau actually yang kakak ipar dia (Moon) buat semua ni utk dia, Norma dan anak dia Rafiq.
suggestion rawatan pon tq jugak.. moon boleh tengok kat komen nie... dan mana-mana yg u all suggest tu, boleh lah moon try pegi nanti..
-terimakasih-
Thanks kak filla updated this :'(
Tak kisah lah bagi berapa pon asalkan kita ikhlas kan nak bagi derma tu. Minta kak norma sembuh. InsyaAllah. Amin.
sedihnya... semoga keluarganya taba hadapi ujian ini... semoga norma cepat sembuh... inshaAllah..
mohon share..untuk sebaran umh di fb dan blog..mudhan rmai yg membc dn membantu http://nikmatsyukur.blogspot.com/2011/07/baca-dan-bantulah-merekakesedihan.html
salam kak filla..
saye try transfer maybank2u ke cimb account tu.. fail la.. hmm... nape ek?
baru je few months ago jumpa kes patient yang sama. anak dia baru 1 thn, dia disahkan ada breast cancer. masa doctor suggest buat operation, kakak tu takut sgt. dia menangis je dia ckp dia redha cuma dia perlukan masa dan kekuatan. husband dia pulak kerja jauh. doa doa moga Allah kuat kan hati dorg smua sama mcm utk kak norma dan husband dan smuanya. kita usaha selagi mampu, lebih hanya boleh berserah pada Allah. moga diberi kekuatan untuk melawan penyakit.
simpati ngn nasib kak norma...hanya ALLAH yg mengetahui betapa dalamnya penderitaan mereka..tabahkan hati
YAALLAHHHHHHHHHHHHHHH beratnye dugaan yang ALLAH beri pada mu...insyaallah sesungguhnya dugaan itu kerana sayang
-akak akan bantu:(
Ya Allah permudahkan jalan hidup mereka
Kak,saya mintak izin share gambar ye..semoga mereka 3 beranak tabah hadapi dugaan
akak dah panjangkan..semoga mendapat rahmat dari yg maha ESA..aminnn
kak aya mohon untuk copy entry ini di blog kak aya ye.
semoga tabah dengan ujian ini.
kak aya sebak membaca entry ni.
kak filla.. kalau xsilap saya, kita boleh minta bantuan susu dari Jabatan Kebajikan.. Boleh apply dekat hospital.. selalunya dia boleh dapat kalau betul2 memerlukan
salam... sy adk noma... thanks kak filla sbb update pasl noma.. sy tau blog akak pun dri noma.. dlu dia rjin gak follow blog akak n kak moon...sme2 doakan utk dia ye... thanks a lot kak...
Mohon share di Facebook
Ya ALLAH..tabahkan hati norma sekeluarga..mmg sgt sedeh dan menyentuh hati..
**mohon share yee!!
sy copy % share dkt blog sy yer..
penah jmp k.moon di midV..selalu bc blog dia psl norma..semoga segalanya dipermudahkn olehNya..
teruskan usaha mulia fillanie;-)
Kpd norma n suami..tabah lah menerima ujian dr ALLAH S.W.T.sesungguhnya ALLAH S.W.T hya menguji hambaNYA yg disayangi..mmg berat dan kita yg yg tidak menanggung ujian itu hya mampu berdoa utk norma agar pulih seperti sediakala dgn izinNYA. jgn hya tumpang simpati,sebaiknya kita sesama saudara seAgama mahu pn tidak harus membantu selagi boleh..HIDUP INI UMPAMA RODA YG BERPUTAR LAJU.. INSYALLAH sy membantu seikhlasnya..
salam, dari satu blog ke satu blog saya baca nak tahu cerita sebenar. mohon share entry ni yer.
insyallah akan bantu apa yang termampu. harap moon dan keluarga tabah menghadapi ujianNya..
semoga keluarga tabah menghadapi dugaan yang maha berat ini.
Minta izin copy paste di blog saya. Moga2 ada ramai yang ingin membantu. Insyaallah baik niat kita baiklah yg kita dapat
Fara ,
your most welcom
sedihnya!!!sama2lh kita membantu mengurangkan beban kluarga norma...moga mrk tabah..
Assalamualaikumwbh...fila, saya cousin moon. Minta izin nak copy n link this to my blog ya. Syukran wa jazakillah!
Thanks
akak, suya copy cerita akak ni.. sama niat cam akak.. nak sampaikan berita ni kepada kawan-kawan suya pula.. insyaALLAh..kita sama-sama bantu yang termampu
sedih baca entry ko kat sini..lg sedih bila baca kisah2 norma kat blog moon..tersebak2 kat ofis nih..
aku nak share jugak yer..menolong kepada saudara seagama..Insyaallah..Moga2 Talib tabah menghadapi ujian dari Yang Maha Esa, jgn mudah berputus asa..krn Norma & Rafiq sgt2 memerlukan anda..
Assalamualaikumwbh Fila...thanks....I oredy get it done n copied on my blog .:)
kak filla,mohon share ye?
Assalamualaikum
Mohon untuk share kat dalam blog saya yer...
Syukran.
fila nanti i buat gak special entry ni and link to your blog eh..
moga cepat sembuh hendaknya amin
sedih tengok dorang :(
berat mata menamdang, berat lagi bahu yg memikul.. harap norma dan keluarga tabah menghadapi ujian Allah.. kesian kat baby rafiq, tak dpt bayangkan klu jadi kat diri kita sendiri, nauzubillah.. moga norma beransur baik, semoga Allah memberi keajaiban untuk mereka sekeluarga..
AKAK,
KITA FULLY COPY & PASTE DARIPADA BLOG AKAK TAU .. + SHARE KAT FB.
^_^
owh entry yang paling menyentuh hati yang filanie ada..ada juga mengikuti perkembangan norma di blog dan fb moon...mmg setiap kali baca entry die mmg menyentuh hati dan berlinang airmata nih...moon mmg tabah..sgt respect moon dari segi sokongan die terhadap keluarga bukan semua orang boleh tabah mcm moon...tp Allah mmg maha Mengetahui tahap kekuatan seseorang dan ini adalah dugaan dan aku doakan moon dan keluaraga dilindungi dan lebih diberkati Allah S.W.T. Setiap yang baik yang keluarga moon buat pasti dapat balasan...tidak kira cepat atau lambat.... :)
Mimie pernah duduk di situasi lebih kurang mcm moon...mmg mencabar...masa utk keluarga sendiri lagi, career lagi, diri sendiri lagi dan sahabat..semuanya kena dibahagikan dengan rapi agar tidak terlepas pandang...apa yang boleh mimie cakap moon bykkan bersabar mimie tahu moon dikelilingi ramai insan yang mulia dan pemurah seperti moon juga dan itu adalah salah satu kurniaan dari Allah untuk Moon.
Kami berasa amat simpati dengan apa yang menimpa keluarga Norma dan akan bantu apa yang termampu untuk meringankan beban norma...mmg sangat sayu bila melihat anak Norma yang masih belum dapat belaian dan kasih sayang yang puas dari Norma...mimie doakan agar Norma kembali pulih dan menikmati kebahagian seperti sediakala bersama keluarga tercinta .... mimie tumpang gembira buat NORMA kerana diekelilingi oleh orang yang sangat menyayangi dirinya.....Amin....Speedy Recovery to Norma....and Allah Bless U.... :)
why not letak link tuk bloggers to share this post... insyaallah lagi ramai blogger yang repost this entry, lagi banyak peluang untuk kita ajak orang lain membantu....
p/s: copied to my blogs n other links...
Ya Allah permudahkanlah urusan mereka. Semoga Norma cepat baik.
Ya Allah.... Kau permudahkanlah segala urusan keluarga ini.
bkk la account maybank boleh ramai skit yg dpt derma melalui maybank2u..
sis...
cuba minta bantuan baitulmal....
try call this no....26175222
INI BAITULMAL JALAN IPOH...
akak mohon nak siarkan N3 ni kat blog akak..
Mimie Ishak ,
Thanks u makes me feel so special ..many many thanks dear
sob sob ...maaf ek mak kan berhati tau fu fa kasik gegar sket mak dah pecah
x dapat tahan airmata baca entry dan kisah2 ni.. betapa kasih dan setianya talib pada norma.. kalaula saya yg berada di tempat norma, ntah2 dah lama suami menghilang.. sedangkan saya bersalin dan ditahan wad pun dia mengeluh kerana terpaksa berulang-alik.. :(
as salam, sesungguh nya ALLAH tahu apa yg telah di rencana utk setiap hambanya, hrp mrk tabah dlm menghadapi ujian ALLAH, syabas buat en. talib jrg temui suami sprti anda, dan anda lah tunjang kpd kekuatan isteri.
as salam, tabah lah menghadapi ujian ALLAH... insyaallah
filla, minta izin share di blog saya yer..
moga dipermudahkan segala usaha keluarga norma/moon... moga kalian semua tabah.
salam..
dr blog mawarnafastari..izin link dan izin share di blog saya..
insyaAllah...moga ada yg sudi bantu.ini hari dia,kita bantu takat yg termampu..
Salam kak...sy juga share post akak di blog sy.
Semoga kesihatan Kak Norma semakin pulih.amin....
http://misscornetto.blogspot.com/2011/07/berat-mata-memandang-berat-lagi-bahu.html
Assalam,
Entri yg syahdu..pilu. Semoga Allah swt membuka pintu2 hati kita semua utk melimpahruahkan bantuan kpd yg memerlukan. Insyaallah will do.
saya ada buat banner di blog saya, www.matjoe.com. dah derma di akuan yg diberikan. entry bakal menyusul malam ni
salam kak. boleh saya link kan entry saya ke post ni? saya mungkin tak mampu untuk bagi banyak sumbangan wang ringgit, tapi saya harap entry yang saya share bersama pembaca dapat sedikit sebanyak membantu.
salam, dah cuba rawatan ceragem... nampak macam boleh membantu.. call kawasan yang berhampiran dapatkan maklumat lanjut... Georgetown(Tanjung Bunga;04-8991508), Ipoh(Gunung Rapat; 05-313 4505),
Ipoh(Silibin; 05-526 0957),
Setapak(Danau Kota; 03-4022 2800),
PJ(SS2; 03-7877 6260),
Subang Jaya(Subang Square; 03-5634 5151), Cheras(Pandan Perdana; 03-9274 9196), Ampang(Ampang Waterfront; 03-4292 2100), Seremban(Senawang 1;06-679 1975),
JB(Taman Molek; 07-357 2580).
tumpang share yer...
mohon share kt fb sy
mohon share kt fb sy
salam filla, boleh bg number moon.. kalau ada yang saya boleh bantu semampunya. saya perlukan direct contact dia thank you
hai sis..
saya dah baca kisah norma dan talib..
moga diorang tbah hadapi dugaan
stiap yg terjadi ada hikmahnya
saya minta izin copy entry dan share pda blogger yang lain.
salam..
saya mohon share entry ni ya...semoga ada insan yang baik hati menghulurkan bantuan..tidak banyak pun sedikit...saya selalu mendoakan yang terbaik..semoga Allah permudahkan segala urusan mereka sekeluarga.
:(
semoga cepat sembuh dan selamat segalanya to Norma. saya ada transfer yg mana saya termampu setakat ini utk Norma dan family.
be strong for your cute baby Rafiq, Norma!
Assalamualaikum
Mohon untuk share kat dalam blog & FB saya yer...
Assalamualaikum...
Sedih melihat keadaan norma. Cuba minta pertolongan Hospis Malaysia. All U have to do is isi borang referrel form ni at http://www.hospismalaysia.org/index.php?mid=261 & hantar direct to hospis cawangan berdekatan. InsyaAllah diorang ada team yg dpt membantu dari pelbagai segi. This is base on experience masa jaga arwah mak kat rumah. Hopefully Norma Tabah menghadapi dugaan ini & Sembuh dengan cepat
As salam,
norma sdg kimo ke? kalau nk cuba ubat ni, cuba cari di pharmasi la..kat hospital mmg xde la sbb ni alternative from mexico..nama die B17, apricot seeds..it was proven (some people i know)took this to prevent their cancer and it does, a few month later, the cancer has gone completely..cubalah sbg alternatives to the medication that she took from the hospital. if not cube tanye doctor dulu the implication of taking this medication..maybe it might help..who knows kn, ujian Allah ni berbagai2..ikhtiar, doa, tawakal, insyaAllah akn berjaya...
semoga tabah hadapi dugaan-nya..geram tgk bby norma comel...tp hati ibu mn x sedihkan sepatutnya dia dlm pelukan kita...sy x dpt bayangkan...sy doakan norma cepat sembuh...
sabar lah hadapi dugaan-nya..semoga cepat2 sembuh dan dapat peluk rafiq ya norma...
apa perkembangan terbaru norma?
Post a Comment