Friday, July 12, 2019

HARI RAYA 2019

Dah habis pun bulan Syawal heheh.. Raya kali ni kita beraya kat Shah Alam rumah mertua.  Persiapan raya kali ni paling sempoi.. Mak ngan Apak dia takde baju raya.. Recycle je baju raya yang lepas-lepas tu.. 

Budak-budak ni pun beli top / kebaya siap je.. Kain je kita rembat kain batik Wan pastu Wan tolong jahit kain dia.. So penjimatan kat situ ;)

Ramai yang cakap Kasih dah macam Kak Pilla dah.. Tinggi melampai dah dia sampai aku pun tak perasan bila masa ntah dia lagi tinggi dari mak dia hahaha.. Baru form 2 dah tinggi dari mak dia.. Mungkin ikut apak dia tinggi kot.. Mak dia kemetot jer.. 


Tak merasa nak ada anak jantan kahkah.. Biarlah Pak Radie sorang je hero kat rumah :)  Sebab tu hero tu menjadi rebutan anak-anak dara dia hehehe

Bila jaga anak-anak dara ni biasalah.. memasing dah pandai nak melawa.. Nak rambut macam ni.. nak posing macam ni, macam tu.. kene lighting gini gitu.. Pening kepala mak kau.. 

Selipar jepun je hahahha

BFF sangat ni.. Kalau bergaduh pun boleh tahan mulut memasing.. laju je jawab menjawab.. 

Anak bapak.. Korang tengok kasut Kasih.. Aku rasa dia dah size 7 kot.. Mak dia size 5 jer hahahaha.. now dah tak dapat nak share kasut huhhhh.. 

Budak cengeng sorang ni.. Mudah nak nak mengalir air mata hahaha.. Sentap dia dah berkurang sekarang ni.. Tapi hati dia macam tisu.. Tak leh tengok benda-benda sedih and dia tak leh tengok orang tua.. dia cepat sedih and dia rasa nak cubit pipi orang tua sebab dia kata orang tua comel.. 

Ni orang tua comel gak ni hahahaha.. Ramping pinggang laki i.. masih boleh dipeluk begitu hahaha


 Kak Pilla now kurang suka bergambar.. Tapi apak dia memang suka melayan anak-anak bergambar.. So gambar raya belambak gila gambar dia dgn anak-anak.. Tak muat 1 entry kalau nak masuk semua hehehe..




Apak dia belom cakap apa-apa pun dia dah nangis camni.. Kasihhhhh kasihhh hehehe

Amaani sebak jugak.. Tapi tak seteruk Kasih..

Ini takde sebak-sebak.. Nak collect duit cepat je dia tau.. Ni kesayangan Papa ni.. Tidak boleh dipisahkan huhhh..

Ni mama yang bertukar-tukar character.. kejap rimau, kejap kucing.. kahkah 


 Sekian saja Raya 2019 dari keluarga kecil kami.  Terimalah tiupan cinta dari kami hehe..




Love, 
Filla.

Wednesday, July 10, 2019

RESEPI KOREA - KIMCHI JIGGAE

 Hi... Harini nak share resepi paling mudah cara buat Jiggae.. Apa benda Jiggae tu? Hahaha dah nama dia cenggitu kita ikut jelah.. Tapi seriously ni memang makanan kesihatan.. Takde minyak-minyak.. dia macam sup jer.. Kalau tengah demam pun sesuai.. dia ala-ala comfort food gitu..

Kak Pilla prepare ni dalam 3 minit je siap hahahha.. Terlalu mudah ;)


Gochujang ni je lah bahan yang korang kena ada.. Gochujang halal ni korang boleh beli kat Aeon.. Kak Pilla beli kat Aeon Equine, Sri Kembangan.. Dan korang kena beli Kimchi.. pun sama beli kat Aeon ada macam-macam size.

Ok jom tengok cara nak masak:

BAHAN-BAHAN

Paste Gochujang - 1 sudu besar
Kimchi - 2 or 3 sudu besar
Air
Bawang holland - 1/2 biji (dibelah-belah)
Tauhu (boleh guna soft tofu atau tauhu biasa)
Daun sup (bersama batang)
Sedikit garam
Serbuk sedap rasa Maggi - 1 sudu kecil

CARA-CARA

Didihkan air dalam periuk.. Terpulang nak banyak sup boleh letak air lebih.. Masukkan bawang holland, gochujang, kimchi, tauhu.. Kacau 1-2 minit dan masukkan garam, serbuk perasa dan daun bawang.  Siap!!!!

Bahan-bahan tu terpulang kat korang.. Boleh je tambah sayuran lain kalau korang suka.. boleh masuk carrot, mushroom dan lain-lain :)

Siap untuk dimakan bersama nasi.. Ni pun antara makanan sesuai untuk orang yang eatclean.. Tapi nasi tu korang tukar lah beras takde kanji heheh

Selamat mencuba uollsssss..



Love, 
Filla.

Monday, July 08, 2019

RESTORAN ITIK SALAI MASTAR

First time Kak Pilla makan kat tempat ni.. Kawan-kawan opis ajak makan sini sebab diorang tu kaki merayap and terror pasal makanan.. Kebetulan Kak Pilla nak gi kursus, so memang free haritu so marilah kita try.


Dia ada 3 jenis masak lemak.. Daging salai, Itik salai dan Ayam salai.  Tapi of course paling favourite kat sini ialah Itik.

Itik ni dia ada jenis-jenis masakan je baru dia betul-betul sedap.. Kari itik or rendang itik pon sedap huwaaaaa.. 

Jom tengok gambar lauk kita.

 Kat sini dia akan siapkan Nasi putih, timun and ikan masin.  So lepas tu korang nak tambah ulam or lauk lain dipersilakan.  Kak Pilla cuma tambah daun selom dengan sambal belacan sikit.

 Macam gambar kat atas ni Kak Pilla punya.. Hoiiiiii itik dia bagi semangkuk sorang macam tu.. Perghhhh dahlah sedap.. banyak pulak tu isi dia.. Harga dia RM9 sahaja uolls.. Sekali dengan nasi, ulam, ikan masin dan semangkuk Itik Salai..  Kalau daging salai set dengan nasi rasanya dalam RM6 kot.

Rasa dia power aku hirup sampai licin mangkuk tu hahahahah

 Banyak gila kan semangkuk tu? Hmmmmm boleh plan pegi lagi ni.. Kalau nak pergi office hour orang kata memang beratur panjang lah, dahlah panas... hehehe.. Kalau boleh silalah pegi sebelum pukul 12 tengahari.  Siapa teringin boleh pergi yer.



Address:

Medan Selera Adikku
Sungai Ramal Dalam
43000 Bangi
Selangor.




Love, 
Filla.

Tuesday, July 02, 2019

RESEPI TOPOKKI ALA KAK PILLA

Sorry sebab janji tinggal janji... Heheh dulu janji nak update blog hari-hari, tapi menipu rupanya hahah..

Al-maklumlah diri ni dah tua.. idea pun dah berkurangan, kemalasan pon semakin meningkat sesuai dengan meningkatnye umur.

So entry harini sebab tetiba rajin sikit hahaha..

Ramai yang minta Kak Pilla share macamana nak buat Topokki ni.. So marilah kita share.. Sebelum tu nak bagitau dulu, if korang tak pernah makan makanan korea, better try secara berperingkat dulu.. Kita cuba dengan Topokki dulu.. 

Syarat wajib dia mesti ada Rice Cake.. Tu makanan utama dia lah.. Yang lain-lain tu korang boleh beli bahan-bahan macam buat seafood tu.. boleh letak sausage, segala jenis balls tu, crab sticks, fish cake yang nipis tu.. dan lain-lain..


Contoh Rice Cake.. yang ni jenis stick.. ada jugak jual jenis slice (nipis)

Rasa dia kenyal bila kita kunyah.. tapi feeling lah masa kunyah tu hahaha.. 

Ini sos paling utama.. Takde sos ni tak jadilah Topokki kita.. Nak buat sendiri ahkak tak pandai so mari kita beli jer.. 

Ok start resepi sekarang.  Bebel jap lagi jer.. hehehe

RESEPI TOPOKKI

Marimogo Topokki Sauce - 1/2 tin untuk hidangan 7-8 orang
2 - 3 gelas air 
Rice cake
Fish cake (kering)
Bahan-bahan Seafood (ikut suka)
1/4 potong bawang holland
Daun Sup
Mozarella cheese (shreded / ketul)

CARA-CARA

Didihkan 2-3 gelas air dan masukkan 1/2 tin Marimogo Topokki Sauce.  Didihkan dan masukkan Rice Cake.. (Rice cake ni keras so kena masukkan awal sikit)  Masukkan bawang holland dan selepas tu baru masukkan bahan-bahan lain.  Kalau rasa perlu garam, boleh lah tambah secubit.

Last sekali baru taburkan Mozarella cheese (untuk yang suka cheese) kalau tak suka tak yah masuk cheese.   Kalau suka boleh rebus telur ala-ala half cook dan masukkan dlm topokki korang tu.. then taburkan daun sup dan siap untuk dimakan dalam periuk tu jugak hehehe.. Oh ye, kalau suka ramen, boleh masukkan ramen jugak, tapi kena makan cepat lah takut dia kembang nanti muak pulak.. 


Ramai yang tanya apa rasa dia? Sos dia tu ada rasa manis dan pedas.  Untuk yang belum pernah rasa, boleh lah korang try buat sendiri dulu.. makan kat Korean Restaurant agak mahal dan belum tentu korang suka.. So better try dulu buat sendiri :)

Mana nak beli sos tu? Kak Pilla beli kat Shoppee hahahah boleh dapatkan dari authorised dealer kat situ.. website dia www.marimogo.com  Korang boleh beli macam-macam jenis makan Korean kat Marimogo sebab dia Halal..

Kamsahamnida :)




Love, 
Filla.

Wednesday, April 24, 2019

PIPI MERAH

Assalamualaikum :)

Harini Fame Cosmetics launch Blusher pulak.. kita keluarkan 2 codes

JUST PEACHY
PINK BLUSH

So terpulang kat you all jenis suka warna yang macamana.  I love both sebab ada masa nak peach ada masa nak pink hahahaha.. I cannot kalau x de blusher sbb function blusher nilah yang nak naikkan seri wajah gitu.. bagi nampak fresh sikit.. paling malas pon wajib pakai compact powder dgn blusher sbb kalau tak pakai orang tak leh bezakan haku dgn hantu hehehe

Screenshot jelah dari igs video hahaha.. yang ni code Pink Splash.. pakai sikit je.. guna brush tekan skit and sebelum pakai tu ketuk dulu batang brush tu bagi powder tu tak byk sgt kat brush.. takut setepek plak pink nanti..  pastu letak kat tulang pipi kiri kanan, wajib letak kat hidung skit, dagu skit and sikit2 kat atas dahi.. kenapa? Jangan tanya tahap2 mua macam ai yer.. ikut je nasihat sis.

Ni Kak Elly.. dia ni bangsa kulit putih melepak.. ko letak kaler apa pon x de masalah.. tapi Kak elly suka Just Peachy so itulah yang dia pakai kat gambar ni.. terus berseri2 muka tu..

Ini gambar tak berapa bertauliah hahaha tapi nak bagi korang nampak clear warna sebenar dia..


Fame memang tak nak keluarkan banyak code sebab hanya dua code ni je yang basic orang akan pakai.. Selama ni pun Kak Pilla ada dua colour yang sama macam ni jugak dari brand ehemmm (3 abjad) sila teka hahahha.. Tapi yang pink dah jatuh pecah Icha lah punca dia huhh.. So perbezaan dia Fame dan jenama mahal yang pecah tu ialah.. Fame lebih pigmented dan lasting.. Tanjat sis masa pakai first time tu sebab sampai balik rumah dah belengas tu.. Tapi blusher kat pipi still onzzz.. Selama pakai brand mahal.. bila balik tengahari blusher dah takde kat pipi hehehe.. Terus jatuh cinta..

Harga mampu milik dari Fame Cosmetics.. Sebab tulah customer Fame tetap setia sebab kualiti dan harga..

Fame blusher ni kita bagi harga terbaik iaitu RM39.00 sahaja.. Eh gila betul hahahha.. Sebab terlalu murah tu sissszzzzz.. 

Jom try seketui dua dan korang akan tahu Kak Pilla takkan tipu mengatakan dia best :)

Cara nak beli boleh dapatkan dari webstie www.famecosmetics.com.my atau dapatkan dari Agent dan Stokis sah kami.  Setakat ni kat Stokis Penang (Nana 017-9409005) dan Stokis KL (Afiqah 014-3157080) dah ada stok kat tangan.

Boleh whatsapp:

013-275 5197
019-358 8159
019-358 8139

Selamat berpipi merah :)


Love, 
Filla.

Tuesday, April 23, 2019

AKHIRNYA TOPOKKI ATAS MEJA MAKAN.

Berjaya jugak buat topokki sendiri.. Tapi instant jelah.. 

Ramai yang tanya macamana rasa dia?  Hmmm untuk orang yang suka Korean Food then sukalah kot.. Kuah dia pekat, pedas, manis.

Yang batang-batang tu kita panggil rice cake.  Rasa dia kenyang / chewy.

Sebenarnya korang boleh tambah macam-macam lagi.. Boleh letak ramen / noodle jugak kalau nak.. dan boleh tambah sayur dan lain-lain.. Tapi Kak Pilla just letak daun bawang je hehe

Ni beli dekat Jaya Grocer.  kat bahagian yang jual kimchi, tofu semua tu.. Jaya Grocer kat D Pulze, Cyberjaya ada satu corner jual Korean Food jugak.. ada jual seperately rice cake and Sauce dia.. tapi Sauce dia takde tulis Halal so tak breani nak beli.  Pastu jumpa yang ni dah siap ada pack sauce dalam dia and tulis halal so kita beli je ni..

Kat belakang ada tulis cara-cara dia..

Ni namanya Rice Cake... Kalau beli korang letak kat bahagian frozen.. Bila nak masak, keluarkan dulu letak kat luar dalam sejam.. 

Ni serbuk sos dia.

Lepas sejam tu boleh keluarkan bilas dalam air sejuk..

Didihkan air dah masukkan serbuk sos.. Lepas tu tuang rice cake masak dalam 3-4 minit.. Jangan lama sangat nanti rice cake kembang sangat and lembik.

Muka budak happy dapat makan Topokki ;)

Tulah kita ni sebagai mak-mak.. Apa anak nak kita akan cuba tunaikan.. Lagi-lagi bab makan, memang tak boleh nak biarkan anak sebut.. Cubalah jugak usahakan..

Dah lepas ni jangan nak mintak macam-macam ehhhh..

Sekian, cerita hari ini.




Love, 
Filla.

Sunday, April 21, 2019

KERANA TOPOKKI

Kisah Amaani malam tadi..

Dalam pukul 11pagi dia cakap “mama, jomlah makan topokki kat ioi mall tu, Amaani nak makan tu”. Aku cakap tengoklah dulu Amaani... 

Pastu aku turun masak lauk.. Kita x yah keluar, kita lunch je kat rumah... Pastu masa makan dia baring kat dpn tv tanak makan.. Aku dah start hangin je ni sebab dia TAK PERNAH tak join makan.. tapi aku sabar and biarkan je..

Ni budak yang tanak lunch sama-sama tadi.. Pastu dia memerap dalam bilik aku.. Dalam pukul 3:30 tu Kak Pilla naik atas.. Dia terus cakap “mama, Amaani lapar” Turun gi makan nasik kat bawah.. Pantas je mulut dia jawab Tak Nak!  Amaani tak nak makan nasik!  

Mama: Habis nak makan apa??

Dia diam.. pusing belah sana.. 

Mama: Nak makan apa?? Mama tanya jawab! Tanak makan nasi sebab tak dapat makan topokki?”

Amaani : Amaani tak nak nasik!

Mama: Turun sekarang makan nasik. Mama masak tadi.  Amaani jangan biasa yeh, tak dapat apa Amaani nak pastu nak mogok2 tanak makan macam ni.. mama tak suka.  Jangan biasa apa kita nak main petik je terus ada dpn muka.

Apa lagi menangis lah dia.  Sebenarnya masa aku tanya nak makan apa tu pun dia dah menangis.  Sebenarnya Amaani nilah yang paling jarang kene marah sebab dia jarang buat hal.  Tapi sekali dia buat hal blh tahan gak.  Aku jerit kat bibik senduk nasik sekarang suruh Amaani makan sekarang jugak.  Sampai ke sudah aku tanya nak makan apa dia tak jawab, dia keluar bilik terus huii aku lahi angin tanya x jawab, terus jerit panggil dia balik.. huhu bengkak bijik mata.  Kalau apak dia dengar ni mmg aku yang kene ni.  Yelah, orang tua tanya ni.. keras betul hati dia taknak jawab.. sama macam aku remaja tunjuk protes kat Wan dulu muahahha.. berani kau tak jawab? Melayang segala benda kat rumah tu.. lagi dasyat hahahhahah..


Akhirnya sejuk jugak hati aku tetiba dia whatsapp cakap sorry.  Sedih plak huhu.


Malam tadi tengok muka dia tidur terus rasa sebak.  Biasalah sindrom mak-mak memang cenggini.  Esok mama masak topokki untuk Amaani ye.

Mak-mak memang garang, tapi ubat dia senang je.. Cakap SORRY je confirm akan dapat emas permata sebagai balasan :) Eh citer mesti nak over hhaha

Bye tu je nak citer.



Love, Fill

Saturday, April 20, 2019

MISI KURUS BERJAYA.

Pergh kemain eksyen tajuk kau Pilla.

Godek balik entry sebelum ni yang tajuk dia "Kenapa Kak Pilla nak kurus"

Fuh tajuk pon tak agak-agak.. Nasib baik berjaya, kalau tak berjaya, boleh lari 100m sambil bungkus muka dengan selimut.

Alhamdulilah serious aku tak sangka misi kurus kali ni berjaya.. Dekat 5 tahun kot misi ni tak berkesudahan hahah tapi tak pernah berhasil.. Rasanya benda ni boleh berjaya sebab istiqomah.. Patutlah orang kata benda paling susah nak buat ialah istiqomah.  

Kat entry dulu aku ada mention aku nak kurangkan berat badan salah satu sebab ialah aku nak sihat.. Few months back aku gi full body checkup.. alhamdulilah semua resultnya elok.. Doktor suruh aku share tips kolestrol aku sangat baik (kurang dari 3) Aku cakap tak taulah doktor, maybe sebab amalkan eat clean, senaman sikit.. itu je.  

Kat entry lama tu aku ada mention kalau aku dapat turunkan berat dari 61.4kg ke 55kg pon dah syukur alhamdulilah dah.. Masa tu rasa macam berangan je lah kau ni Pilla.. Tapi tak sangka pulak menjadi kenyataan.  Now berat 53kg.. Kalau naik pun still kurang dari 54kg.  Tapi aku dah tak eat clean sangat macam masa mula-mula dulu.. Sebab berat ideal 55kg kannnnn.. so ni dah 53kg kita just control gitu-gitu jelah.. 
(Gambar sekadar hiasan)

For now ini je aku amalkan:

Breakfast
Breakfast aku masih amalkan wholemeal bread (2 keping).. ikut suka, kadang sapu JIF peanut butter.. kadang sapu Strawberry jam (no added sugar).. kadang makan dengan telur.. Masa mula-mula dulu perghhh seksaaaa sebab kau breakfast dikelilingi kawan-kawan yang makan nasi kerabu, nasi lemak telur mata, teh ais, nescafe 3 in 1 bagai... Tapi lelama dah takde perasaan hahahha.. Pastu now rasa selesa makan tu je, janji aku kena ada indocafe bancuh dengan brown sugar 1 sudu kecik.  Weekend aku tak ikut sangat diet sebab nak breakfast dengan anak-anak.. Aku weekend kadang buat cekodoklah, kueyteow goreng lah.. gila tak makan??? 

Lunch
Lunch kalau weekdays masih eatclean lagi.. Kadang terpeleot jugak lah.. Aku makan nasi beras herba poni Taj Mahal tu 3/4 cup.  Makan jelah dengan ikan bakar ke.. sayur goreng dgn olive oil ke.. telo with olive oil ke.. Gitu.. 

Dinner
Malam je now aku tak diet.  Tapi aku and family tetap akan dinner awal.. Kadang kul 7 malam.. kadang lepas solat maghrib.  Aku makan apa yang aku masak sama macam apa yang anak dan suami makan kahkahkahhh.. cuma bezanya aku dah biasa dengan beras aku tu.. beras tu tanpa kanji.

Tapi korang jangan confuse ye.. Siapa nak ikut cara aku ni adalah untuk orang yang dah berjaya turunkan berat badan.. dan now cuma untuk control and maintain berat.  

Kalau yang macam dulu tu aku turun 8kg, aku memerlukan 4 bulan kot? So dalam 4 bulan tu memang strict sikit tapi bukan sampai menyeksa diri.. Cuma lebih disiplin, cekal dan istiqomah.  So aku nasihatkan siapa yang nak cuba, percayalah takde sesusah mana sangat.. Yang penting korang kena usaha dan bukan hangat taik ayam macam aku zaman dulu2 tu hahahhaha.. 

Bila dah lepas tahap tu, now dah tahap senang sikit... 

Apa aku buat untuk turun 8kg dalam masa 4 bulan tu nanti aku citer kat entry lain tu pun kalau korang sudi lah kahkah.. Fuh bukan senang nak poyo

Sekian saja perkongsian ahkak untuk harini. 

Selamat hari minggu :)



Love,
Filla.

Friday, April 19, 2019

HARAP YOU ALL SUKA

Alhamdulilah.

InshaAllah tak lama je lagi projek ni akan menemui korang semua.. Harap semua akan happy dan suka sebab Kak Filla pon suka :)

Bukan mudah jugak, dari pemilihan fabrik kena make sure best, lembut, flowy, taknak kejung, taknak panas, taknak nipis sangat, tanak lembik sangat, panjang and lebar kena ambik kira, warna.. Eh semua benda lah sebab sebelum nak bagi orang happy, kenalah kita yg happy dengan hasilnya dulu ;)

Belum cerita pemilihan logo lagi.. burung yang berkepak melambangkan kita ingin terbamg lebih tinggi dan melebarkan lagi sayapnya.. jahitan baby seam pun kita usahakan cari yang paling kemas dan cantik.. 


Teaser black and white dulu lah ye hehe.. 

Coming soon!!!

"kau tunggu" #nur2 

Eh tiber hahahha.. Nanti kita buat photoshoot ye baru you all boleh tengok dengan jelas gitewww..

Kalau nak tau lebih detail korang boleh siap-siap follow ig @famemode_my



Love, 
Filla.