Saturday, April 20, 2019

MISI KURUS BERJAYA.

Pergh kemain eksyen tajuk kau Pilla.

Godek balik entry sebelum ni yang tajuk dia "Kenapa Kak Pilla nak kurus"

Fuh tajuk pon tak agak-agak.. Nasib baik berjaya, kalau tak berjaya, boleh lari 100m sambil bungkus muka dengan selimut.

Alhamdulilah serious aku tak sangka misi kurus kali ni berjaya.. Dekat 5 tahun kot misi ni tak berkesudahan hahah tapi tak pernah berhasil.. Rasanya benda ni boleh berjaya sebab istiqomah.. Patutlah orang kata benda paling susah nak buat ialah istiqomah.  

Kat entry dulu aku ada mention aku nak kurangkan berat badan salah satu sebab ialah aku nak sihat.. Few months back aku gi full body checkup.. alhamdulilah semua resultnya elok.. Doktor suruh aku share tips kolestrol aku sangat baik (kurang dari 3) Aku cakap tak taulah doktor, maybe sebab amalkan eat clean, senaman sikit.. itu je.  

Kat entry lama tu aku ada mention kalau aku dapat turunkan berat dari 61.4kg ke 55kg pon dah syukur alhamdulilah dah.. Masa tu rasa macam berangan je lah kau ni Pilla.. Tapi tak sangka pulak menjadi kenyataan.  Now berat 53kg.. Kalau naik pun still kurang dari 54kg.  Tapi aku dah tak eat clean sangat macam masa mula-mula dulu.. Sebab berat ideal 55kg kannnnn.. so ni dah 53kg kita just control gitu-gitu jelah.. 
(Gambar sekadar hiasan)

For now ini je aku amalkan:

Breakfast
Breakfast aku masih amalkan wholemeal bread (2 keping).. ikut suka, kadang sapu JIF peanut butter.. kadang sapu Strawberry jam (no added sugar).. kadang makan dengan telur.. Masa mula-mula dulu perghhh seksaaaa sebab kau breakfast dikelilingi kawan-kawan yang makan nasi kerabu, nasi lemak telur mata, teh ais, nescafe 3 in 1 bagai... Tapi lelama dah takde perasaan hahahha.. Pastu now rasa selesa makan tu je, janji aku kena ada indocafe bancuh dengan brown sugar 1 sudu kecik.  Weekend aku tak ikut sangat diet sebab nak breakfast dengan anak-anak.. Aku weekend kadang buat cekodoklah, kueyteow goreng lah.. gila tak makan??? 

Lunch
Lunch kalau weekdays masih eatclean lagi.. Kadang terpeleot jugak lah.. Aku makan nasi beras herba poni Taj Mahal tu 3/4 cup.  Makan jelah dengan ikan bakar ke.. sayur goreng dgn olive oil ke.. telo with olive oil ke.. Gitu.. 

Dinner
Malam je now aku tak diet.  Tapi aku and family tetap akan dinner awal.. Kadang kul 7 malam.. kadang lepas solat maghrib.  Aku makan apa yang aku masak sama macam apa yang anak dan suami makan kahkahkahhh.. cuma bezanya aku dah biasa dengan beras aku tu.. beras tu tanpa kanji.

Tapi korang jangan confuse ye.. Siapa nak ikut cara aku ni adalah untuk orang yang dah berjaya turunkan berat badan.. dan now cuma untuk control and maintain berat.  

Kalau yang macam dulu tu aku turun 8kg, aku memerlukan 4 bulan kot? So dalam 4 bulan tu memang strict sikit tapi bukan sampai menyeksa diri.. Cuma lebih disiplin, cekal dan istiqomah.  So aku nasihatkan siapa yang nak cuba, percayalah takde sesusah mana sangat.. Yang penting korang kena usaha dan bukan hangat taik ayam macam aku zaman dulu2 tu hahahhaha.. 

Bila dah lepas tahap tu, now dah tahap senang sikit... 

Apa aku buat untuk turun 8kg dalam masa 4 bulan tu nanti aku citer kat entry lain tu pun kalau korang sudi lah kahkah.. Fuh bukan senang nak poyo

Sekian saja perkongsian ahkak untuk harini. 

Selamat hari minggu :)



Love,
Filla.

9 comments:

Aliaa Noor said...

Kak fila beras herba poni tu yg beras kecik2 yg tak kembang tu ek?

Filla said...

A ah dia berderai, x de kanji.. kene guna air lebih sikit..

akudtots said...

Sis..boleh share gambar packaging beras herba poni tu x..?

Azhan said...

tahniah.. sebelum ni pun mmg dah cantik

Lynn Huraiza said...

hebat kak filla... kena beli juga gamaknya beras perang nie...

anamizu said...

wahhh hebat lah akak filla berjaya istiqamah kurus hehe


salam kenal,
blog anamizu :)

Tengku Sofia said...

Hebat!

Myalycia said...

betul sgt kak pilla. eat clean sgt membantu.

Mira said...

Hi, boleh share tak resepi akak masak untuk ear clean. Saya tgh dalam proses turunkan berat huhu