Friday, July 12, 2019

HARI RAYA 2019

Dah habis pun bulan Syawal heheh.. Raya kali ni kita beraya kat Shah Alam rumah mertua.  Persiapan raya kali ni paling sempoi.. Mak ngan Apak dia takde baju raya.. Recycle je baju raya yang lepas-lepas tu.. 

Budak-budak ni pun beli top / kebaya siap je.. Kain je kita rembat kain batik Wan pastu Wan tolong jahit kain dia.. So penjimatan kat situ ;)

Ramai yang cakap Kasih dah macam Kak Pilla dah.. Tinggi melampai dah dia sampai aku pun tak perasan bila masa ntah dia lagi tinggi dari mak dia hahaha.. Baru form 2 dah tinggi dari mak dia.. Mungkin ikut apak dia tinggi kot.. Mak dia kemetot jer.. 


Tak merasa nak ada anak jantan kahkah.. Biarlah Pak Radie sorang je hero kat rumah :)  Sebab tu hero tu menjadi rebutan anak-anak dara dia hehehe

Bila jaga anak-anak dara ni biasalah.. memasing dah pandai nak melawa.. Nak rambut macam ni.. nak posing macam ni, macam tu.. kene lighting gini gitu.. Pening kepala mak kau.. 

Selipar jepun je hahahha

BFF sangat ni.. Kalau bergaduh pun boleh tahan mulut memasing.. laju je jawab menjawab.. 

Anak bapak.. Korang tengok kasut Kasih.. Aku rasa dia dah size 7 kot.. Mak dia size 5 jer hahahaha.. now dah tak dapat nak share kasut huhhhh.. 

Budak cengeng sorang ni.. Mudah nak nak mengalir air mata hahaha.. Sentap dia dah berkurang sekarang ni.. Tapi hati dia macam tisu.. Tak leh tengok benda-benda sedih and dia tak leh tengok orang tua.. dia cepat sedih and dia rasa nak cubit pipi orang tua sebab dia kata orang tua comel.. 

Ni orang tua comel gak ni hahahaha.. Ramping pinggang laki i.. masih boleh dipeluk begitu hahaha


 Kak Pilla now kurang suka bergambar.. Tapi apak dia memang suka melayan anak-anak bergambar.. So gambar raya belambak gila gambar dia dgn anak-anak.. Tak muat 1 entry kalau nak masuk semua hehehe..




Apak dia belom cakap apa-apa pun dia dah nangis camni.. Kasihhhhh kasihhh hehehe

Amaani sebak jugak.. Tapi tak seteruk Kasih..

Ini takde sebak-sebak.. Nak collect duit cepat je dia tau.. Ni kesayangan Papa ni.. Tidak boleh dipisahkan huhhh..

Ni mama yang bertukar-tukar character.. kejap rimau, kejap kucing.. kahkah 


 Sekian saja Raya 2019 dari keluarga kecil kami.  Terimalah tiupan cinta dari kami hehe..




Love, 
Filla.

9 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

cantiknya kebaya anak2 kak fila..

ain.ya.nun. said...

Gambar Pak Radie berdua memula tu ingatkan akak, eh rupanya kasih.

Siti Awadah said...

comel je... =D

cikyuyiyui said...

macam baru je tengok kasih, eah alih2 dah tinggi melampai.. tudiaaa, cepatnya masa berlalu..

siti sukri said...

Dah lama tak baca blog kak filla... tiba2 hari ni baca, tekejut tngok Kasih dah besar panjang... dah remaja.

amyarianti said...

Ok la tu, Kasih dah form 2 kasut saiz 7. Anak saya baru darjah 6, dah saiz 7. Skang ni bole share kasut ngan dia.

Rafida said...

Eh eh lawa lah Kaaih. Besar dh kan. Lawa cam mama dia jgk.
Kak pilla mana beli baju kurung putih tu. Cantik

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

selamat hari raya pila.pila rajin update.. I pun rajin nak update.ehh baru perasn gambar raya tak update haha

Cik Puan Eka said...

tingginya kakak Kasih. Dah lama tak tengok dia, sekali baca balik entry raya akak, Kasih dah besar. Cantik.