Thursday, February 12, 2015

I Feel #Momazing.. do you feel #Momazing?

 Event yang berlangsung pada 29 Januari 2015 dianjurkan oleh Scott's® di Kidzania.. Antara event yang buat Kak Pilla tersentuh hati sebab event kali ni menyentuh tentang moment kita yang dah bergelar ibu bersama anak.. Terima kasih Scott's® kerana begitu prihatin untuk menganjurkan kempen "Momazing" ni..

 bersama hashtag #momazing

 Kak Pilla bersama scotty fish dan blogger Audrey :)

 Ok kat dalam Kidzania ni ada Theatre ya.. dan kejap lagi kita akan tengok apa yang sedang ditayangkan ;)
 Ok inilah yang Kak Pilla nak share dengan you all.. Tak tau lah if korang tak de rasa apa-apa bila tengok gambar ni.. Kak Pilla tengok gambar ni terus hati rasa tersentuh.. tu belum tengok video dia lagi.. huwaaa ramai yang berkaca-kaca mata menahan sebak.. Hanya seorang ibu yang faham apa perasaan untuk melihat perkembangan anak-anak setiap hari ;)

 Melalui kempen "Momazing" ini pihak Scott's® berhasrat untuk membalas jasa ibu-ibu dengan cara meraikan kita sebagai ibu dan saat-saat "Momazing" mereka ketika ibu-ibu membina asas kukuh untuk membantu anak-anak berkembang dan hidup dengan sihat..

Sebagai ibu, Kak Pilla yakin setiap pengalaman kita dalam membesarkan anak-anak adalah betul dan berbeza bagi setiap ibu.. pasti akan ada saat yang anak kita membuatkan kita rasa "Momazing".. 

Kak Pilla ada 3 orang anak dan setiap anak berbeza-beza karakter.. So Kak Pilla pasti ada rasa Momazing yang berbeza untuk 3 orang anak.. Saat pertama kali Aleesya panggil "Mama" fuhhh Kak Pilla rasa sebak tak boleh nak cerita hahahah.. Sebab perkataan pertama dia ialah "Papa" dan dah berbulan baru dia nak sebut Mama!! I really feel Momazing!!!

#Momazing Media Launch
 
 Welcome speech by Ms. Katherine Chen, Marketing Director GlaxoSmithKline (GSK) Consumer Healthcare Malaysia
 
 Satu sudu Scott's® Emulsion sehari sudah cukup untuk membina ketahanan badan untuk anak-anak kita.. Dulu Kak Pilla pernah bagi Scott's® Emulsion yang jenis chewable tu for the kasihs.. tapi stop kejap sebab Aleesya tu tak boleh makan sikit-sikit.. dia nak makan sampai satu botol!!! Huwaaa ni bukan gula-gula ye Aleesya.. Now dah start balik, Kak Pilla akan kawal intake dia.. sehari cuma bagi 1-2 biji sahaja.. Takpun Kak Pilla gantikan dengan yang jenis liquid orange flavour.. sehari 1 sudu.. 

Sehari sekali sudah cukup untuk health supplement anak-anak.. Scott's® Emulsion ni bagus untuk protect anak-anak kita dari batuk, demam atau apa-apa masalah kesihatan.. So sila biasakan beri supplement untuk anak-anak ya..

 Kemudian media launch diteruskan dengan ucapan dari Ms. Gay Li Tan, Global Expert Marketing Manager for Nutrition Category GlaxoSmithKline (GSK) Consumer Healthcare.  Ms. Gay Li Tan menerangkan serba ringkas tentang nutrisi apa yang diperlukan oleh anak-anak kita..

 Short presentation by Mr. Alan Tan, Marketing Manager for Nutrition, GlaxoSmithKline (GSK) Consumer Healthcare.

 Jom Kak Pilla sharekan video..


Haaa sedihkan video ni? Rasa macam ya, saya setuju kita sebagai ibu telah melakukan semuanya dengan betul.. tiada yang salah untuk setiap ibu :) 

 Kemudian ada performance dari anak-anak kecil yang super duper cute nie.. 

Scott's® Emulsion adalah sangat natural dari sumber laut.. Sebagai ibu dah tentu kita nak supplement yang terbaik dan natural untuk membina kekuatan anak-anak supaya mereka kekal sihat hingga dewasa. Scott's® cod liver oil emulsion dah berada di pasaran for more than 100 years.. even dari kita sendiri kecil pon mak kita dah pernah bagi kita makan kan? 

Scott's® nak celebrate amazing moments bersama semua yang bergelar ibu diluar sana.. Jika anda seorang ibu jom kita join contest "Malaysia's Best Momazing Moments"

Cara-cara
1. Hantar gambar Momazing moment anda bersama hashtag #Momazing, #ScottsMY dan caption pendek untuk menggambarkan momazing moment anda di Facebook comments, Twitter atau Instagram.

2.  Confirm entry contest anda dengan meninggalkan 'Direct Message' untuk memberitahu:
-FB/Twitter/Instagram profile name
-Direct URL of the post
-Full name
-Email address
-Relationship to child
-4 digits terakhir di sijil kelahiran anak anda

Contest bermula dari 1 Februari sehingga 28 Februari 2015

First 100 Submissions
The first 100 submissions will receive a Scotts® Hamper.
The first 100 submissions selected will still stand a chance to win the grand prize.
Winners will be contacted via Facebook Direct Message.

Shortlisted submissions
A selection of 30 submissions will be shortlisted by a panel of judges to proceed with voting.
The 30 shortlisted submissions will be upload into an album on Scotts Malaysia Facebook pages for voting.
Voting period: 10:00am 14th March 20 – 11:59pm 31st March 2015.

Final Winners
10 winners will be selected based 100%votes (Likes).

Prize
‘Malaysia’s Best Momazing Moment’ award plaque
4 X LEGOLAND tickets
Scotts® hamper

Untuk maklumat lanjut tentang contest dan terms and conditions, sila lawati
www.scottsmomazingmy.com atau Scott's® FB Page: http://www.facebook.com/scottsmalaysia
 Good Luck!


Love,
Filla.

I'M BACK PEOPLE.

Assalamualaikum..

Merenung ke celah jendela, bayu pagi meniup lembut, lihat bintang di angkasa, purnama menerangi gelapku..

Dan bila fajar menjelma, itu permulaan hari baru, dunia gamat bunyinya, sunyiku hanya Tuhan tahu.

Dalam perjalanan banyak persimpangan, di mana kita bertukar arah, kau lurus ke kiri aku tegak ke kanan, di mana kita tersilap langkah.

Kadang kala waktu berhenti, ku toleh ke sisi, engkau tiada di sampingku, tapi lebih seringkali bertemu dalam mimpi semuka dengan sahabatku.

Lirik lagu yang cukup dalam dan indah.. kalau korang hayati betul-betul lirik lagu ni penuh makna dan dalam sangat untuk kita terjemah ikut pemahaman masing-masing..  

Dalam perjalanan banyak persimpangan, di mana kita bertukar arah.. terbayang masa kat Jepun tengok map, bersimpang siur banyak warna, ada berapa banyak Line tak tau lah nak cakap.. itu perjalanan yang kita boleh rancang.. di mana kalau tersilap amik Line kita boleh cari balik jalan untuk ke tempat yang betul.. dalam hidup?? kita merancang dan tuhan yang menentukan.. kita tak tau jalan yang kita pilih tu betul atau salah.. tapi selagi tak cuba cemana nak tau betul ke salah, betul tak? jangan takut untuk gagal, jangan takut untuk cuba.. at least bila kita cuba, kita ada dua kemungkinan, berjaya atau gagal.. tapi selagi kita tak cuba, dah terang-terang takkan ada kejayaan kat situ, yang ada cuma kegagalan dan terus duduk di takuk yang sama.. kalau jalan yang kita pilih menuju kegagalan takpe, bangkit dan belajar dari kesilapan.

Ok gambar takde kene mengena hahahaha.. Ohoi banyak gila gambar tolonglahhh tolongggg hahaha.. kalau korang nak Kak Pilla update cepat-cepat entry Japan, sila doakan Kak Pilla tabah dan rajin untuk edit gambar, utk tulis betul-betul info nak share ngan korang semua k.. bukan kerja mudah ye.. kang salah info matiklah.. 

Sekian saja lirik lagu untuk kita renung-renungkan. 

Tata.


Love, 
Filla.

Tuesday, February 10, 2015

CNY SHOPPING!!

 Korang mesti ingat lagi Kak Pilla ada share dulu baju-baju yang murah nak pitam tu.. Kalau lupa boleh tengok balik entry tu kat SINI.  

Sempena nak dekat-dekat Chinese New Year ni www.nile.com.my buat sale murah-murah, eh kalau tak sale pon murah.. serious tak paham ni hahahha.. So macam biasalah kan, kali ni Kak Pilla menterjebakkan diri lagi untuk membeli-belah kat situ hahahah.. Serious service dia cepat gila dan very professional.. Yang penting murah tapi nampak mahal.. Korang kene pandai-pandai lah cari yang lawa-lawa.. Kak Pilla suka shopping online sorang-sorang pastu malam-malam sikit bila semua orang kat rumah ni dah tidur.. pelan-pelan turun bawah dan shopping dengan senang hati.. pilih banyak-banyak pon macam tak percaya bila tengok total.. Eh? kenapa murah sangat ni? terus tambah lagi pilih macam-macam hahahaha.. buruk sangat perangai Kak Pilla, sila tiru hahahaha.. 

So far baju-baju yang Kak Pilla pilih semua muat walaupun tak kuasa nak amik tali pengukur pastu nak ukur kat badan hahaha.. main gamble je pilih size refer kat model yang pakai.. Kalau rasa model tu slim sangat.. dia pakai S, so Kak Pilla akan pilih M.. Haaa cenggitu.. bila bukak parcel.. try, fuhhh selamat muat ;)

Jom tengok OOTD Kak Pilla ye.. Harap korang pun suka pilihan Kak Pilla.. Untuk memudahkan korang jugak, Kak Pilla siap-siap letak link dan harga untuk memudahkan korang.. readers i semua manjaaaa.. i paham sangat dah... hahahahahha.. 

OOTD #1

Disebabkan Kak Pilla terpaling suka OOTD ni so kita letak gambar ni paling atas ok? hahah matiklah syok sendiri acaner ni.. Korang mungkin tak percaya harga blouse tu rm28.60 je hahahha bag tu rm12.20 gila betul tu.. nak nangis sebab tak percaya kenapa ada website jual baju and handbag semurah ni.. So mari berjimat dan tetap nampak vogue.. walaupun orang kata perasan, eh lantaklah hahahah janji kita dah amalkan berbelanja sambil berjimat cermat hehehehe.. Kak Pilla padankan dengan long skirt warna hitam dan kasut hitam.. shawl pon hitam, so bila pakai bag sequine gold macam tu terus rasa wowwww sangat walaupun rm12.20 hahahah.. 

OOTD #2
 

Disebabkan Kak Pilla tak banyak blouse polka dots so saja nak try amik polka dots pulak.. Ok kan? Lagipun baju ni agak labuh so kalau korang nak matchkan dengan black long skirt pon cantik.. Blouse ni tak jarang sebab ada lining dalam dia.. selesa sangat.. hujung tangan dia pun jenis bergetah.. boleh tarik sikit ke atas kalau nak.. Bag ni pun Kak Pilla suka sebab besar.. macam-macam boleh sumbat dalam bag.. bukan tu je tau, cuba korang click link bag tu.. bag tu 3 in 1.. beli bag tu pastu dapat lagi 2 bag kecik dalam dia.. baru rm59.50 untuk 3 bag yang lawa.. so apa lagi terus rembat.. bag kecik tu buat bag makeup ;) Ada warna lain jugak kalau korang tak nak black..

OOTD #3

Kak Pilla saja pilih blouse warna pastel ni sebab asyik pakai black je kannn.. Nak tukar selera sikit supaya nampak lebih fresh dan remaja.. hahahahha nak jugak feeling remaja.. Kalau nak gi jalan-jalan petang-petang dengan anak-anak boleh lah pakai camni.. Nampak lebih casual dan lepak-lepak gitu.. Match kan dengan bag kecik yang super comel ni.. harga rm16.10 je.. Kasih suka pulak bag ni.. Huhuuhuuu dia pulak nak, cemana ni? Tapi memang cute bag ni ada colour hitam jugak kalau tak silap.. Kak Pilla saja pakai sling macam tu baru nampak aktif hahaha.. Kasih yang suruh Kak Pilla slingkan macam tu.. dia kan fashion advisor Kak Pilla sekarang ni.. Oh ya, baju ni pun tak jarang so tak perlu risau ;)

OOTD #4

Blouse ni kain dia tebal sikit.. So kalau nak pakai malam pun ok.. Untuk pegi event or jumpa client pon sesuai jugak, korang boleh gantikan dengan skirt hitam atau black long pants.. Baju ni cutting dia kecik sikit so Kak Pilla amik size XL hahah amik kau.. XL dah ke size aku ni??? haha untuk baju ni je sebab dia ada tulis cutting slightly small..

Untuk nampak lebih formal, Kak Pilla gandingkan dengan bag yang lawa ni.. bag ni pun Kak Pilla suka sebab nampak lebih kemas dan formal.. Boleh buat bag pergi pejabat jugak.. Terus feeling-feeling jadi boss.. cemana ni?

OOTD #5

Kak Pilla selalu rasa yang Kak Pilla ni tak berapa sesuai pakai long dress.. Sebab sifat semulajadi yang tak berapa nak lemah lembut dan keperempuanan sangat kot.. Tapi saja tukar selera nak try black jubah ni.. Bila pakai nampak ok pulak kan? Lagipun kain dia jenis chiffon yang siap ada lining kat dalam.. Memang selesa dan tak melekat ikut badan..jubah ni ada belt sekali.. kalau nak pakai boleh, kalau tak nak pon boleh.. So kalau sesekali ada jemputan kat mana-mana boleh lah tukar selera kita pakai jubah kan? pergi office pun nampak kemas je.. tapi korang kene gayakan dengan shawl atau tudung yang ada warna lain sikit supaya baju tu tak tenggelam ok? Nampak bag tu? lawa kan? Sesuai kalau nak nampak lebih elegant :)

OOTD #6

Kak Pilla pikir banyak kali masa nak pilih jubah kat atas ni.. Sebab Kak Pilla perasan yang Kak Pilla ni selalu takut bermain dengan warna.. Kak Pilla selalu prefer plain colour.. Tapi bila tengok jubah ni terus rasa macam takpelah sekali-sekali nak try.. So bila jubah ni sampai dan Kak Pilla try, ok je, not bad.. at least nampak menonjol dan tak de lah plain sangat macam selalu tu.. Kak Pilla saja gayakan dengan shawl hitam untuk matchkan dengan bag yang Kak Pilla pilih tu.. If korang rasa menarik boleh lah try.. ada macam-macam kaler jugak jubah nie ;)


 Jubah ketiga yang Kak Pilla pilih ialah Army Green colour.. Kak Pilla matchkan dengan shawl bercorak yang matching dengan jubah nie.. Ingat ye, if korang pakai baju plain, lebih sesuai matchkan dengan printed shawl.. tapi jika baju dan bercorak, matchkan dengan plain shawl.. Jubah ni sama dengan yang warna hitam tu.. material chiffon dan siap ada lining kat dalam.. for this beautiful jubah or long dress memang murah sangat kot harga dia.. rm45 je.. kain pun selesa.. dan Kak Pilla suka jubah yang jenis tangan bergetah macam tu so bila nak amik wuduk pun senang sebab bila tarik ke siku dia tak terturun takut nanti baju basah.. Handbag kecik comel tu boleh pakai camtu atau nak nampak lebih casual boleh slingkan kalau pakai dengan jeans :)

Harap korang suka dengan OOTD Kak Pilla ya.. Kak Pilla cuma nak share je kat mana korang boleh dapatkan baju dan handbag murah-murah supaya korang still boleh nampak bergaya tapi still boleh berjimat cermat..korang leh beli kat  www.nile.com.my untuk pelbagai pilihan baju dan bag.. eh banyak lagi barang lain, tapi orang pompuan ni biasalah, baju ngan bag je lah paling kegemaran nak shopping hahahha.. bag dia geram-geram sebab lawa-lawa dan murah ;)

 Sempena Sambutan Tahun Baru Cina yang akan tiba pada 19 Februari 2015 ini, Malaysia Trusted Online Shopping, nile.com.my akan mengadakan FREE DELIVERY promo dari 21 Januari 2015 sehingga 17 Februari 2015.  Cuma pastikan korang berbelanja lebih dari RM48 dan korang boleh enjoy FREE DELIVERY promo!!!!



Love, 
Filla.

Thursday, February 05, 2015

MAKAN DI CYBERJAYA WITH MOON AND ANNY.

Ini cerita hari Jumaat lepas.. Amboi dah dekat seminggu baru nak update.. tu pun nasib baik rajin nak update, kalau tak memang berkubur gitu je lah hahahha.. Kali ni kitorang pilih untuk lunch kat Cyberjaya je.. 
Try makan kat restoran arab ni ntah apa nama, aku tak tengok pon terus masuk je dalam ni dan terpersona tengok ID dalam ni.. 

Yes, Anny dah pakai tudung.. pastu paksa-paksa Kak Pilla dia nak shawl plain yang warna dulu-dulu suruh restock.. Hoi aku busy gila kot sekarang.. nak melayan dia ni je nak itu nak ini.. tumbuk nak? Nipun dia pakai plain chiffon shawl by thekasihsshawl in ivory.. dan if korang nak printed shawl macam Kak Pilla pakai boleh order ya.. ada 5 warna.. nanti kat end of entry Kak Pilla letakkan link.. sebab Kak Pilla penat nak send gambo kat email bila orang tanya shawl apa yang available.. Anjer sangat korang ni tau.. habis tu Kak Pilla nak bermanja dengan siapa??? 

Amacam? Macam gangster tak posing? hahahahah.. Kak Pilla dah marah Anny dah sebab dia suka buat muka pelik-pelik pastu tutup-tutup muka.. 

Tujuan perjumpaan hari tu ialah sebab nak pass kan Ellfie Essence ni kat Anny and Moon.. Dulu diorang pakai untuk test so cuma bertahan untuk 2-3 minggu je.. Pastu semua memekak kat telinga Kak Pilla sebab dah habis, so bila nak dapat the real set.. Hoiiiii terpaksa Kak Pilla tebalkan gegendang telinga ni.. Ye sabar, sabarrrrr.. bila dah dapat baru reti senyap.. kat belakang kotak Ellfie Essence ni ada instruction cara pemakaian cleanser, toner, day and night cream.. 

Anny paling suka night cream Ellfie Essence sebab dia kata very moist so sebelum tidur tu cuci muka dulu dengan cleanser.. lap lembut-lembut dengan towel bersih.. then terus pakai toner.. lepas toner terus pakai night cream, pastu sila tidur.  Esok bangun pagi mesti muka rasa lembut je.. Hari-hari kot Anny bagitau perkembangan dia.. 



Jumaat lepas birthday Moon!!! So kitorang belanja Moon makan kat sini.. dah lah tak plan nak makan mana, main terjah je.. Ni lagi sorang yang kitorang bagi produk Ellfie untuk test dulu.. Moon suka tapi Moon tak puas hati sebab dapat pakai 2 minggu lebih je.. so ni dah ada sekotak sila jangan malas ok? Moon kata day cream dia sedap pakai pastu ada bau macam bunga melor lembut je bau dia.. so hari-hari tak sabar tunggu esok untuk sapu day cream.. 

Satu kelebihan Ellfie Essence ni, korang tak perlu risau untuk pakai make up.. Lepas pakai day cream, suka hati korang nak pakai foundation or just pakai bedak je.. Anny lagi bagus, dia pakai day cream je tak pakai bedak.. dia tu pelik, jangan diikut hahahahah... Ada yang tanya Ellfie Essence ni akan buat muka peeling / mengelupas tak? jawapan dia depends on kulit.. Ada orang tak peeling langsung, ada orang akan peeling halus sangat kat bahagian hidung (area lubang hidung) hehehehe.. Jangan expect pakai 3-4 hari terus nak meletop ye.. produk yang bagi jaminan terlalu cepat dah nampak hasil, bimbang akan merbahaya untuk kulit.. Biar slow tapi consistent pakai ni.. Elly tu kulit dah cantik meletop lepas berapa bulan pakai.. bila kitorang tanya dia asyik suruh sabarrr sabarrrrr.. sekarang dia yang happy sebab berkat kesabaran dan ketekunan dia kulit dah sekata dan tak kusam.. Jom kita jadi lebih sabar macam Elly ;)

Moon malu sebab dia tak expect nak keluar makan ni.. dia tak kerja so dia pakai baju duduk rumah hahahha.. Eh lawa je moon pakai baju duduk rumah ke luar rumah ke.. So kitorang order apa nama roti giant ni? lupa dah.. 

cicah dengan lamb apa tah.. ok sedap masa memula makan.. bila dah lama macam tak berapa sedap.. serious tak leh lawan sedap makan kat Marhaba Publika dulu ;) 

dan haku konpius kenapa nasi moon ni ada mee macam spaghetti?? aku siap tanya moon lagi "Moon ni memang ada mee ke, atau dia tercapak mee orang lain kat nasi ko ni?" hahahahah 

pastu order chicken apa tah nie.. dalam mangkuk tu ada chicken dia tutup setepek atas tu dengan roti macam roti nan.

pun biasa-biasa je.. chicken dia too dry..

Ah rindunya zaman muda-muda remaja dengan Anny.. Eh Anny ada share gambar kitorang masa study dulu.. OMG tak sanggup dan tak percaya ok.. hahahah.. aku tunjuk gambar tu kat Elly and Peej diorang pon tak terkata dan tak percaya hahahahah.. hitam berkilat-kilat ok... dah diorang panggil Dayang Senandung pulak hahah.. Rasanya time tu aku baru balik dari pulau tioman.. pastu aku memang jenis kalau berpanas kulit cepat makan matahari pastu amik masa lamaaaaaa gilaaaaaa nak cerah balik.. 

cantiknya Annynie pakai tudung.. suka tengok dia.. tapi perangai tetap Anny yang kukenal dulu.. takde perubahan ya.. tetap saiko.. hahahahha

Sebelum balik order coffee dulu.. 

kopi ni je paling sedap aku rasa hahah.. tapi service adoi apasal lama sangat, buat kopi je ponnnnn.. ai dah lah rushing nak balik office.. 

Ok tak amik dia ni jadi model Ellfie? hahahaha... 

So sila dapatkan stock Ellfie Essence sementara harga masih lagi harga promosi ni ye.. 

Harga Pengenalan (4 Feb - 18 Feb 2015)
Semenanjung : RM110.00 (Free Postage) 
Sabah dan Sarawak : RM120.00 (Free Postage)

Harga Asal
Semenanjung : RM120.00 (Free Postage) 
Sabah dan Sarawak : RM130.00 (Free Postage)  

Info Ellfie Essence
Facebook : Ellfie Beauty

Hubungi kami melalui:
Whatsapp / Sms : 0132755197
(9.00 pagi - 4.00 petang)
________________________________________________________________________________
UPDATE THEKASIHSSHAWL

Nak check apa lagi shawl-shawl menarik yang available boleh click kat link bawah ni yer..

(New) Rainbow Printed Shawl : Click HERE
Printed Shawl : Click HERE
Plain Chiffon Shawl : Click HERE
Satin Silk Shawl : Click HERE


Love, 
Filla.

Wednesday, February 04, 2015

DAPATKAN ELLFIE ESSENCE SEKARANG!

 Hari ni dengan bangganya Kak Pilla, Kak Elly and Kak Peej membawakan Ellfie Essence Skincare kepada semua readers yang dah lama menunggu our first baby.  Harini baru Kak Pilla boleh cerita secara details kepada you all semua.. 

Actually bukan mudah untuk menghasilkan sesuatu product, especially yang melibatkan kecantikan.  Ini kerana kami tak nak semata-mata nak tergesa-gesa tapi hasil tak seperti yang digembar-gemburkan.  Produk ni dari tahun lepas pertengahan tahun lagi kita dah kaji dengan bersungguh-sungguh.. Kita tak nak jual produk yang bagi kesan terlalu cepat seperti produk-produk lain sebab kita mementingkan kesalamatan kulit wajah juga.  Masa try the first formula dulu, muka Kak Pilla and Peej teruk jugaklah.. Ni semua Elly punya pasal hahahah.. so sebagai seorang yang cerewet, Kak Pilla awal-awal lagi dah menentang haha.. Kak Pilla and Kak Peej cakap, kita takkan keluarkan skincare ni if muka kita sendiri tak boleh terima produk ni.. mungkin juga masa tu hormon yang tengah tak menentu so jerawat keluar pulak time tengah test.. so stop dan tukar formula.. kitorang dah berjanji nak hasilkan yang terbaik, sebab kita kene anggap diri kita sendiri sebagai customer.  

Kemudian formula baru dihasilkan dan kami jadi bahan ujikaji lagi.. so scary hahahaha.. Tapi alhamdulilah, untuk set kedua ni Alhamdulilah semua orang sesuai :) barulah mendapat persetujuan dari ketiga-tiga pihak (Elly, Pilla and Peej).. Next ialah kami bagi sample kepada orang terdekat seperti Moon, Anny, Noy (adik Peej) pulak untuk try... dan Alhamdulilah diorang happy dengan Ellfie Essence Skincare sebab semua mendapat hasil yang memuaskan.


Kalau korang consistent dengan pemakaian Ellfie Skincare ni InshaAllah akan nampak kesan selepas 3 minggu pemakaian.  Janji teruskan dan ikut arahan pemakaian dengan betul.  Set Ellfie ni boleh bertahan sehingga sebulan atau lebih (depends kepada pemakaian) Banyak dugaan dan cabaran untuk menghasilkan sesuatu produk ni.. Kitorang berjanji takkan proceed if Ellfie tak bagus untuk kita.. Kesan dia memang tak immediately lah, tapi boleh rasa dari hari pertama pakai lagi produk ni memang best.  Kak Pilla rasa nak cuci muka selalu dengan cleanser dia haha.. sebab dia very light, tak keringkan wajah.. pastu dia ada bau macam tea sikit.. rasa very refreshing dan bersih.. Jerawat pun akan cepat mengecut.  Korang boleh check entry Elly dan Peej jugak tentang Ellfie Essence sebab setiap entry ada testimoni yang berbeza ;)

Testimoni

 Kak Pilla
 Nampak tak dulu kulit tu kusam, gelap dan tak bersih? Lama-lama kulit akan beransur cerah dan sekata.. Jerawat pon mengecut.. Macam Kak Pilla ni bukan jenis kulit bersih.. mungkin jugak sebab Kak Pilla ada resdung so kulit susah nak ok.. tapi sejak pakai Ellfie Essence rasa kulit cerah je.. jerawat tu sometimes mestilah ada jugak kan.. lagi-lagi bila nak period ke apa.. pastu tangan gatal usik-usik so akan keluar lah jugak hahaha.. pastu jangan suka kutil-kutil ya nanti berbekas haha.. Kak Pilla selalu degil, diorang selalu marah sebab suka kopek-kopek pastu kulit dah lah jenis lambat nak baik.. Sekarang tengah belajar bagi tangan tak gatal ;)

 Peej Burhan
Untuk pengetahun korang, Peej ni jenis kulit sensitif.. So kitorang takut nak bagi dia cuba hahaha.. Tapi dengan Ellfie alhamdulilah dia takde masalah.. gambar yang after 2 weeks tu muka baru bangun tido siap baju kelawar lagi hahahha.. 



Anny
Kalau dah lama baca blog Kak Pilla korang kenal Anny kan? Anny ni kulit memang lawa tapi korang tak tau cemana tahap dia menjaga kejelitaan dia.. tak terfollow ok hahahah.. selalu kene marah dengan Anny sebab Kak Pilla kan degil.. Kak Pilla sendiri tak percaya Anny nak try Ellfie sebab tau dia ni memang jenis 'menjaga' kulit muka.. So ialah ada orang kan mana berani nak try sebarang-sebarang ni.. maybe sebab Kak Pilla ni bff dia so dia nak support kengkawan ke apa tak tau lah hahah.. Tapi memang dia jenis rajin.. hari-hari dia update Kak Pilla progress kulit dia.. Dia cakap yang paling ketara after 2-3 weeks dia boleh nampak pores dia makin mengecil dan muka jadi kurang oily.. dan dia paling suka night cream sebab dia kata cream tu really moisturised skin dia..

Produk ini sesuai untuk:
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Semua jenis masalah kulit
  • Berkesan dalam 3-4 minggu (bergantung kepada jenis kulit dan hormon)
  • sesuai untuk semua peringkat usia 
Produk ini membantu masalah kulit dari segi
  • Masalah kulit tona tidak sekata
  • mengatasi dan menyembuhkan masalah jerawat
  • memudarkan pigmentasi
  • mengurangkan kesan tanda rekahan dan pori terbuka
  • membantu mencerahkan kulit
  • memperbaiki kulit kusam
  • kulit tidak berminyak
Produk ini tidak menggunakan bahan-bahan yang berbahaya seperti MERCURY dan HYDROQUINON yang saat ini banyak digunakan oleh produk-produk kecantikan yang lain.  Zat merbahaya ini dapat menyebabkan KANSER KULIT.  Perlu diketahui ciri dari ubat yang menggunakan Mercury dan Hydroquinon biasanya bila pengguna memakainya, wajah akan menjadi merah dan dilarang untuk terkena sinar matahari.  Tetapi Ellfie Essence tidak demikian, dengan bahan semulajadi, Ellfie Essence selamat digunakan.


Kebaikan Ellfie Essence

Cleanser
Membersihkan segala kotoroan dimuka.  Kulit muka akan menjadi lembab dan tidak berminyak.  

Toner
Membantu kulit menjadi lebih lembut dan sekata. Menegangkan kulit muka dan menyegarkan kulit menjadi lebih lembut.

Night Cream
Membantu memulihkan wajah yang tidak sekata, menghilangkan kulit kering, membantu menyembuhkan masalah jerawat dan mengurangkan kesan rekahan dari pori terbuka.

Day Cream
Membantu menjadikan rona kulit sekata dan melambatkan sistem penuaan.  Melembabkan kulit sepanjang masa dan memudarkan pigmentasi.




Cara pemakaian Ellfie Essence

Day
Cleanser, Toner dan Day Cream

Cuci muka dengan Cleanser dengan menggunakan air yang bersih.  Selepas itu lap seluruh muka dengan towel yang bersih.  Sapukan toner keseluruh wajah.  Semasa kulit masih basah dan lembab sapukan Day Cream.  Selepas itu anda boleh menggunakan loose powder seperti biasa.  Tidak perlu menggunakan foundation.  Make up seperti biasa.

Night
Cleanser, Toner dan Night Cream

Cuci muka dengan Cleanser dengan menggunakan air yang bersih.  Selepas itu lap seluruh muka dengan towel yang bersih.  Sapukan Toner keseluruh wajah.  Biarkan kulit kering seketika barulah sapukan Night Cream.

Harga 
Semenanjung : RM120.00 (Free Postage) 
Sabah dan Sarawak : RM130.00 (Free Postage)  

Info Ellfie Essence
Facebook : Ellfie Beauty

Berita baik kerana kami akan memberikan harga pengenalan atau Introduction Price buat customer yang membeli produk Ellfie Essence dari 4 Februari - 18 Februari 2015.  

Harga Pengenalan
Semenanjung : RM110.00 (Free Postage) 
Sabah dan Sarawak : RM120.00 (Free Postage)

Hubungi kami melalui:
Whatsapp / Sms : 013-2755197
(9.00 pagi - 4.00 petang)

More Infos:
Elly's Blog
Peej's Blog


Love, 
Filla.

Monday, February 02, 2015

AWAK NAK PEGI MANA KAK PILLA?

*Ehem*
Few days lagi Kak Pilla akan gi travel lagi.. Macam biasalah kalau gi travel je malas nak fikir apa nak bawak.. Malas nak kemas bag... Memula ingat nak cabar diri sendiri untuk travel alone.. Tapi bila pikir balik, tak yah nak menggelabah sangat nak alone-alone konon.. Pastu bila memikirkan aku tak sanggup duduk bercakap dengan dinding sorang-sorang, dan aku takut tido dalam bilik hotel sorang.. takut nanti tetiba dengar bunyi orang renyuk-renyuk plastik, check kat bilik air takde apa-apa.. pastu rasa nak nangis, kenapa hantu ni kacau aku????? rupanya orang hantar suratkhabar masuk dalam plastik sangkut kat luar pintu bilik.. saiko sangat pilla nie.. eh takuttttt...so adalah lebih baik paksa Pak Radie ikut sekali.

Padahal aku tau Pak Radie tu cemana.. dia bukannya tak risau, tapi aku tau dia percaya aku boleh buat.. dan aku sendiri percaya aku boleh travel alone.. dia dah suruh aku gi sendiri dah, tapi make sure semua smooth dan teratur so dia takkan risau pasal aku.. aku rasa aku akan ok, tapi semakin dekat hari nak pergi, aku dah berbelah bagi dan berpeluh-peluh.. hahahaha.. mungkin kalau aku bujang aku gamble.. tapi bila dah kahwin ni kita dah biasa berdua.. so rasa tak sedap hati pegi sendiri.. lagipun parents aku kalau boleh tak bagi aku pergi sendiri.. hahahah aku kan kesayangan Wan? ye ke???? hahahaha.. dari remaja kot Wan takut nak lepas aku ke mana-mana sebab dia risau.. tapi aku masa remaja kan eksyen.. lagi Wan takut, lagi aku buat hahaha.. konon nak buktikan, well i'm fine, don't worry much about me, i'll be ok.  tapi rupanya Atok Braim lagi teruk.. hahahah siap call aku cakap tak boleh pergi kalau Pak Radie tak pergi temankan.. Ayo Apaaa Amaaa.. why like this.. lagi hati aku berbelah bagi.. 

Kesimpulannya, Pa jom!  dah Pak Radie pulak "kena ke? eishh malas.. eishh.. kene ke?".. macam tulah kitorang ni.. ntah apa-apa ntah.. aku kan selalu busy.. kadang aku terpaksa gi rumah Peej sebab ada benda nak discuss dengan Peej pasal shawl, atau kadang kene jumpa elly sekali sebab ada discussion sikit pasal Ellfie Skincare.. sampai aku terpaksa balik malam.. Pak Radie bukan jenis kejap-kejap call, kejap-kejap whatsapp.. ramai pelik, laki ko ni tak sayang ke apa? sebenarnya itulah jodoh kita.. sebenarnya aku suka Pak Radie jenis macam tu.. sebab aku jenis rimas orang call-call, whatsapp tanya awak kat mana awak kat mana? bila nak balik? jumpa sapa? betul ke? Hoii boleh buat naik angin tu.. hahahahha... aku pun jarang nak tanya-tanya dia awak kat mana? awak kat mana? eii rasa nak lempang diri sendiri je.. janji dia cakap dia balik lambat.. so aku dah tak risau kenapa dia balik lambat.. macam tu jelah.. so hidup lebih aman dan damai.. sebab tu mungkin serasi bersama walaupun bila gurau-gurau depan anak pun ada adegan hampir bertumbuk.. Kasih geleng kepala je tengok mak apak dia.. kadang siap marah papa dia lagi.. "Papa, kenapa buat mama macam tu?" itu kalau Pak Radie kelepet tangan aku pastu pulas sampai aku terpekik-pekik.. Amaani kalau tengok adegan tu confirm menangis.. hahahah dia kan berhati kaca.. Aleesya kalau tengok memang dia gi serang apak dia.. mungkin dalam hati dia berkata "Berani buat mama macam tu? Nahhhh hamek pukulan maut ni, rasakan!" yang aku pulak depan anak-anak confirm lah "tolonggggg.. tolonggggg.. papa buat mama.. sakittt sakittt sakitttt" hahahaha.. mak dia memang drama terlebih sikit ;)

Eh aku ni nak type lain jadik lain dah kenapa ni.. Mana nak pergi kali ni terpaksa dirahsiakan.. Tak surprise lah bagitau hahahahaha.... Tapi InshaAllah tempat yang Kak Pilla nak pergi kali ni best gila kot.. Kak Pilla janji bawak pen dengan buku dan Kak Pilla akan cuba kumpul seberapa banyak info yang berguna untuk you all nanti.. mana lah tau, suatu hari esok korang pulak pegi sana.. boleh lah amik info dari Kak Pilla sikit kan? kata sharing is caring.. 

Oklah nak nyanyi sikit "Menghitung hariiiiiii, detik demi detikkkkkkkkkk"



Love, 
Filla.