Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Friday, May 12, 2017

PERCUTIAN KELUARGA KE PD.

Ingat tak kisah Kak Pilla, Kak Elly and Kak Peej bawak family bercuti kat Port Dickson.. Hahhaha punya lama dah kisah tu.. Sebenarnya percutian tu tak dirancang.. Rasanya tetiba je cakap "Hoiii penatttt kerja, asyik fikir Fame, Ellfie semua, nak rehat please!!"

Tetiba sorang jerit "Apa kerjaaa??? PD jom, 3 hari 2 malam, ada brani?" Masa tu rasanya hari Rabu.. dan Jumaat kitorang pergi hahahahah.. Kerja book hotel macam biasa diserahkan kepada PA hebat siapa lagi kalau bukan Kak Pilla muahha.. Laju je aku book.. sebab diorang ni tak boleh, kang tetiba "Eh cancel lah"

So bersiaplah kitorang Jumaat tu lepas solat Jumaat baru semua gerak dari rumah memasing.. Jumpa terus kat Avillion sana..

 Ni jelah seketul gambar yang ada sebelum bertolak.. Now umur dah macam ni, memang pemalas nak beria bergambar berselfie bagai.. macam buang tebiat plak hahahahha

Kejatahan social media yang lain seperti FB dan IG segala ig stories, videos semua tu membuatkan blog seperti dipinggirkan.. Buat haters sorry i tak update blog sampai u meroyan.. ni haters ke hapo??? hahahha benci, hina kutuk bagai, tapi ternanti-nanti ahkak update blog.. acaner tuh.

Kali ni booked water chalet yang dekat dengan beach.. 

 So lepas budak-budak berendam kat swimming pool, terus singgah beach dekat dengan bilik ;)

 Anak-anak aku dengan anak-anak Elly memang jenis malu ke apa.. tak reti borak and bercakap.. Mak dia mulut macam bertih, anak senyap pulak.. Tapi Amaani and Aleesya ok je dengan Ameera.. Sebab Yaya dah remaja sikit.. 

Tapi masalah pulak bila Ameera selalu gang dengan Amaani.. tapi Aleesya jealous.. hahahha.. berebut-rebut nak jalan pegang tangan dengan Ameera.. Ameera selalu lari pegi kat Amaani kalau swimming ke apa.. Nanti Aleesya jeling tepi je terus sentap dan melayan perasaan swimming sorang.. 

 Ni budak yang semua orang kena dengar cakap dia.. semua kawan dengan dia tak leh kawan dengan orang lain.. Ameera dengan Yaya kena dengan dia je... Eh kakak-kakak sendiri ada dia tak heran ya.. heran dengan kakak-kakak lain pulak.. *matakeatas*

 Malam tu macam biasa ke restoran seafood kegemaran.. Pantai Ria.. Eh betul ke tu nama dia? Pon sama gambar makanan takde hahahaha.. betul lah kalau dah umur camni, blog pon dah 12 tahun lama dia.. terus malas nak amik gambar.. nak cerita apa pon penat.. Rasa macam percutian kena nikmati betul-betul.. kena spend time betul-betul dengan family and kawan-kawan.. dah takde dah percutian gambar kene meletop sebab nak update belog hehehe.. 

Tapi percutian kali ni memang betul-betul dapat rehat.. Kitorang terlalu penat menguruskan Fame dan Ellfie so rasa kena refresh balik.

 Lunch pulak.. Pak Radie dengan anak-anak tak join makan sebab diorang swimming.. Gilo anak aku paling terror takde rehat langsung.. Pitam Elly ngan Peej tengok diorang tak reti penat.. 

Dah kenyang perot mak dia.. terus balik hotel.. tunggu anak-anak and laki balik baru orderkan diorang room service je.. Pastu keluar balik sambung swimming.. huhuhuuu

Aku ni nasiblah ada laki yang betul-betul boleh melayan anak-anak, so amat bersyukur kat situ.. Terus aku fikir, kalaulah aku sorang je nak bawak budak-budak ni bercuti.. Mau bergaduh kot suruh naik.. Aku pulak jenis cepat panik.. Asal diorang mandi laut je aku tak senang duduk ya tepi pantai tu.. Sentiasa rasa takut kalau laki aku tak perasan ombak kuat ke apa.. Teruk sangat imaginasi.. Pak Radie menyampah je nak layan tahap saiko aku.. dia buat tak tau je.. kongajo sangat ni hahaha

 Peej banyak lepak dalam bilik sebab memula ingat Hannah tak leh kena panas nanti naik rashes kat muka, kat belakang... 

Rupanya bila time balik tu tengok balik, ni bukan ruam ni.. Ni demam campak ni Peej.. Wan (mak aku) pon tengok cakap ni confirm campak ni..

 Malam tu join buffet je.. Kemain berbakat sis Elly kita.. anak lelaki sorang boleh lagi ni muahahahhaha

 Ni lah dia anak-anak kami.. Anak Peej dalam bilik muahahah.. Elly kena gerak terus sebab anak-anak ada aktiviti gym.

Wan pulak ajak singgah dah alang-alang balik tu lalu je kat Enstek tu mama masak sikit.. Yes jom.. Peej pon tak pernah datang lagi Enstek tu..

Adoiiiii tengok ni lapar balik cissssss.. Thank you Wan, tak sihat sangat kaki and pinggang pun boleh masak.. Bibik banyak tolong jugak.. Eh gambar pulut kuning dengan rendang tak de sini.. tu yang sodap tuuu...

Lepas semua kenyang tu, suruh Peej balik dulu sebab Hannah tu kena bawak gi klinik.. Kitorang lepak sampai petang then terus balik rumah dengan hati yang gembira..

So itulah happy endingnya percutian kami.. Ada rezeki kita cuti lagi ;)

Tata..




Love, 
Filla.

Tuesday, September 15, 2015

BBQ TIME.

BBQ rumah Kak Nana ni dah jadi tradisi at least once a year kitorang akan berkumpul dan buat potluck.. Saja suka-suka sebab memasing sibuk communicate kat group whatsapp je.. jumpa memang tak lah.. Date yang dirancang ialah 12 September 2015 sehari sebelum birthday Pak Radie hehehe.. Selalu aku beli cake siap-siap letak rumah Kak Nana tapi kali ni tak sempat dan rasa macam tak yah lah belambak dah makanan sila jangan membazir ;)

Bila tengok balik gambar-gambar ni rasa sekejap je masa berlalu.. Aku kawan dengan gang2 Pak Radie ni dari sebelum kitorang kawin.. Especially Barai tu lah yang selalu Pak Radie angkut kalau gi dating hahaha.. Now barai dah kawin anak dah 2 comel pulak tu.. Nasib ikut muka maknye kuakakakakkaka.. sorry barai gurau ;)

Amaani with Sofea (anak Barai yang first)

Icha, Sofea and Naomi.. kemain lagi kaki silang hehehe




Yang Aleesya tengah peluk tu anak Barai yang 2nd.. 

Mak bapak kat belakang, diorang kat depan ni ntah buat apa.. Aku tengok mammee berterabur atas carpet.. geram je rasa nak capai vacum.. sorry lah kak nana sebab telah menyerabut dan menyelerakkan rumahmu heheheheh..

Tu diaaaaaaa.. ni disponsor oleh Padil dan wife dia Nana.. heheh ada dua Nana malam tu ;) suka tengok kemas je bawak dalam bekas camni.. Nora bagi 5 bintang.

Siap sos dia dan rice cooker ;)

Kak Pilla dah sign contract buat sandwich ngan coleslaw.. Padil kongajo dia cakap dia save nama aku "Pilla Coleslaw" tumbuk kang.

Kak Pilla buat sandwich telur dengan sandwich sardin.. buat dua version, satu letak cili padi, satu lagi tak letak (untuk kids)

Sorry tak dapat sediakan yang gempak-gempak sebab sabtu hari paling busy.. Adib anak Kak Tini tanya mak dia "Aunty Filla buat Olio Aglio tak?" huhu sorry aunty tak sempat.. nanti datang rumah auntie buatkan ok?

Jajan-jajan satu bag ikea disponsor oleh Kak Tini.

Pastu last minute cup takde.. Kak Nana pon gi beli kot..

Sampai je kene sound, cup bila pakai tak leh buang.. jaga cup masing-masing sebab ada nama hahahahahahahha... Nama paling win sekali nama laki aku.. hahahha

Tapi aku rasa bagus sangat idea ni.. kalau tak, ko letak belambak-lambak pon habis pakai buang, pastu amik baru.. kalau korang buat bbq party camni.. elok tulis nama hahaha tiada pembaziran..

Ni pun kelakar.. Ni nana yang bawak steamboat.. Kenapa viral, sebab status dia pernah viral kat FB haritu.. beribu kot share status pasal carik laki dia tak balik main basikal.. siapa nampak suami saya tolong sumbat dalam guni kahkahakakaka.. tapi sian dia ada yang x leh terima gurauan macam tu terus kutuk-kutuk kata melampau lah status bagi kat laki macam tu.. padahal kitorang kenal sangat Nana ni suka bergurau dan dia tak post pon status tu kat fb.. dia post kat group chat je, tapi ada orang yang post kat fb, tak pasal Nana yang kena.. tapi dia dah glamour sekarang kalau kalau ada yang tanya "Ni Nana guni ke?" hahahah syabas Nana.

Nana Viral hahahaha

Kiri tu Kak Nana tuan rumah, sakit hati aku tengok lengan dia besar tu je.. dah kurus gilaaaaaa gilaa gilaaa ok.. Kak Nana aktif zumba now dah kecik gila badan.. haku plak makin membesar.. bila rasa nak workout je tetaplah angan-angan je.. acaner tu? siapa nak tolong bagi semangat nie...



Kiri tu Barai.. dulu halus je dia besar pak radie anak tekak siap tekeluar sebab kurus sangat.. ahhaha..  kena tanya ni apa rahsia kebahagiaan dia.. Gee, Barai ni ko bagi makan apa Gee? hahahaha

Yang kanan tu pelakon.. dia ni lah yang keluar naik basikal tak balik-balik sampai jadi viral hahahahaha.. 

Amik contract tukang celup.. Siapa nak boleh makan dulu bayar kemudian ye.. RM38 per person.. Kalau tak habis kita timbang ikut kilo ye.. 

Macam tak percaya, aku makan ni je seketul.. perot kenyang lagi makan sushi sampai tahap nak muntah hahahaha..

atas ni sedap terbaik ;)

Barai bawak ice cream.. Yeay ni ahkak suka.

Ko tengok mak-mak orang ni.. dah macam kenduri ice cream hahaha..

Neway seronok sangat buat makan-makan macam ni.. Next ingat nak buat short trip.. sila jangan plan kat sini je pastu semua senyap ye.. tu dah biasa dah tu.. kali ni biar kasik jadik ok? anak-anak dah ramai, mesti diorang happy dapat kumpul sama-sama..

Semoga tradisi berkumpul bawak makanan ni akan kita teruskan lagi setiap tahun.. yang pasti tahun depan haku tak nak dah buat coleslaw and sandwich.

Tata.

visit: ellfiebeauty.com

Love, 
Filla.

Wednesday, July 15, 2015

BUKA PUASA DAY 25 - 2015 @KULCATS

Ini buka puasa kali 3 kat luar sepanjang Ramadhan ni.. Ni group whatsapp lagi satu..Semua kawan-kawan Pak Radie tapi bini pon ada dalam whatsapp tu jugak hehehe.. Kawan-kawan zaman sekolah menengah dia kat Shah Alam Section 2.. 

Memula pening jugak kat whatsapp tu nak muntah aku tengok discussion diorang dari pilih tarikh sampailah nak makan kat mana, sampailah nak kira berapa orang nak pegi berapa orang tak leh pergi.. muntoh hijo aku.

Last-last ni semua idea Barai.. suggest makan kat Kulcats.. Dorang pon kenal ke apa tah ngan orang Kulcats ni kengkawan diorang kot.. So ok lah on..

Aku sukaaaa pulak makan kat sini.. Dulu pernah pegi sekali tapi rasa sempit sebab masa tu ramai gila orang.. yang ni diorang dah setup 2 meja panjang.. 1 untuk budak-budak.. 1 meja untuk mak bapak.. Dasyat ni anak meja sebelah, mak bapak nak gossip ye... Aku suka sebab lauk-pauk dia takdelah bersusun belambak sampai kau pening taktau nak makan apa.. Lauk dia yang main dish tu, masak lemak cili padi ayam, kari ikan tenggiri, daging masak hitam, sayur campur, dengan apa tah lagi.. tapi ada lah dalam 5-6 lauk.. pastu ada udang tepung, kerabu sotong, telur masin, sambal ikan bilis kentang kering.. Eh sedap nak mam ok.. Rasa macam biar betul? Kulcats ni kan ala-ala mamat-mamat sempoi je owner dia and staff dia.. tapi lauk dia, serious macam mak-mak kita yang masak.. tabik!

 Nasi ada dua jenis.. nasi putih dengan nasi tomato.. Kak Pilla awal-awal dah cedok nasi tomato.. sekali tengok lauk huwaa menyesal, sebab lauk dia makan dengan nasi putih lagi sedap kot.. Tapi jangan risau.. 2 round i makan ye hahahahaha.. pastu nasi putih pulak.

western pon ada jugak.. Kambing nyamsss.. Ada carbonara jugak tp perot dah nak meletop so tak amik lah..

  Ni meja mak bapak..

 sebelah meja anak-anak.. Leecha sebelah Amaani tu.. amikkan dia nasi tomato.. dua kali tambah habis dia bedal sorang-sorang je senyap dia makan ;)

 From Left: Kak Su, Kak Erra Pazira, Kak Nana, Nana Padil, Gee wife barai.

 Kak Nana and Kak Tini.. Dua-dua ni satu sekolah dengan Pak Radie.. Lama dah kita berkawan dari zaman lek lek waklu waklu sampai dah jadi mak orang pon still waklu waklu pedehal no heart feeling jiwa rock kapak sapa sentap sendiri pujuk.  Kak Nana tu rumah dekat dengan Kak Pilla.  Now, part of our suppliers for Ellfie jugak tapi bahagian packaging and lain-lain lah..

 Ni kengkawan Pak Radie yang jugak kengkawan aku.. Lama gila dah aku kenal semua ni sebab diorang dari circle yang sama jugak.


Nak menyusun anak-anak untuk sesi photog.  Leecha gak relax dah standby situ hehehe



Rasanya kita kene gi travel la carik banglo besar-besar sikit kali ni anak je dah penuh sesak.. Tengok budak-budak pon close mesti diorang happy kalau dapat gi travel sesama..

Bayangkan dari bujang, pastu kawin, pastu beranak-pinak.. Now ini hasil dia ramai gila kot muahahahahha...Anak aku, Kak Tini, Nana Padil dan anak-anak dara dah.. Anak Kak Nana, Padil, Abg Ain pon dah bujang dah


Anak dara

Anak bujang.

Hahahha Amaani nampak sangat takde rakan sebaya.. terpaksa sengih-sengih menyendeng nak jadi kawan kakak-kakak ;)


Alhamdulilah semoga persahabatan yang terjalin berkekalan sampai bila-bila.. Happy sebab dikelilingi orang-orang yang happy :)




Love, 
Filla.