Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Wednesday, June 08, 2016

Lauk Puasa Day 1 and 2

Selamat berpuasa dah hari ke 3 dah harini kan... Cepatnya masa berlalu.. Ada yang request Kak Pilla nak mcm dulu-dulu entry Lauk berbuka Day 1 sampai Last Day puasa hahaha.. Wowww gigih tul zaman tu.  Ada yang nak jadikan idea untuk lauk berbuka katanya.. Kak Pilla faham sbb kita sama je.. Pening nak fikir apa nak masak.  Tu mmg forever lah masalah mak-mak ni hehheeh

Now kat opis cpu ni ngong sikit.. cucuk kabel iphone tp x leh read.. so tak dapatkah nak save pic. Balik rumah dah sibuk mmg malas nak bukak komputer.

Bukan tu je, kat opis block blog.. syabas.  Bukak during lunch time je dan pagi-pagi buta.. tu pun nasib... kadang x leh jugak.

So now update guna blogger apps kat phone je.  Nasib la aku gigih type kat phone sebab tu tulisan dah x centre semua dah ke kiri pulak.. Lantaklah janji boleh baca kan?

Dan gigih aku watermark gamba mcm kan org nak curik lauk ko padahal gamba je kot.. Eh x de ya zaman skrg ramai suka amik gamba food dan claim masak sendiri.. Agak2 der, ahkak peluh keti masak ngko sedap claim lauk ko pulak.  tu takpe, tp kalau ko guna gamba lauk ahkak pastu buat cerita saiko nak pikat jantan acaner.. wah yg jantan ni pulak terpedaya, elok buat calon isteri ni, pandai masak.  Amboiiiiii short cut sangat.  Tapi lantak korang la xde apa pun aku masak lauk bodoh je :)

Ek eleh Kak Pilla, agak-agak sikit lah... takat lauk telo mata letak kicap pon takut org curi gamba.  muahahhahahha.. ni sahur first day punya pemalas hahaha.  Daging dendeng beli dgn ig @meknonskitchen haritu ada lagi.. sedap nye sahur simple camni..
Ni lauk berbuka Day 1.  Kari tenggiri slurppppp.. Ada lagi buat sambal belacan dengan kobis goreng tapi tak snap hahahhaha.. ai tahun ni makin pemalas.

Ni sahur kedua.  Buat nasi goreng bodoh je.  tumbuk cili padi dgn ikan bilis je.

Ni lauk buka puasa day 2.  Paling win setakat ni hahhaha.. balik pasar ada bli daging batang pinang.. buat sambal daging resepi peejburhan.  Ada plak dapat belacan bintulu haritu.. bakar belacan wowwww harum semerbak... tumbuk skit campak dlm sambal tu.. mabeles.  Kalau suka kering sikit boleh tunggu lama sikit.. aku buat tu basah sikit tp bila panaskan nak buka tu dia kering sikit tp jgn campur lauk lain.. makan tu je dengan nasi panas. tik tik tik. slurpp.

Sebenarnya memang plan nak masak lomak cili api ayam lotak kontang ni ha.. gi pasar bli santan segar.. habis aku curah semua hahhaa so hasilnya agak pekat the way i like it ahak ahak. 

Semalam g pasar last sekali aku beli telur masin.  5 biji rm4.80.  Bayar pastu blah.. Sampai rumah penat cari telur dah takde.. Adakah aku cuma bayar pastu blah?  Sedih x de rezeki tekur masin.. sedap tu buka puasa ada telur masin.  tik tik tik.

Ok itu je gambar yang ada hahahaha.. ok pasni akan gigih update entry buka puasa.  Oh ya semalam Amaani berjaya buka puasa pukul 4:30ptg tanpa paksaan hahah.. Betul lah Amaani tu ada perangai pelik sikit.. Kalau dia cakap tak boleh memang tak boleh.. Kalau dia boleh ko takyah paksa2 pun.. aku plak asyik tanya.. nak buka tak? nak minum tak? mesti Amaani rasa mama ni saiko.. semalam org nak buka dia marah2.. ni org nak puasa dia sibuk tanya nak buka ke tak.. 

Bertabahlah nak, mak kau selalu celaru.

Love,
Filla.

Wednesday, July 15, 2015

BUKA PUASA DAY 25 - 2015 @KULCATS

Ini buka puasa kali 3 kat luar sepanjang Ramadhan ni.. Ni group whatsapp lagi satu..Semua kawan-kawan Pak Radie tapi bini pon ada dalam whatsapp tu jugak hehehe.. Kawan-kawan zaman sekolah menengah dia kat Shah Alam Section 2.. 

Memula pening jugak kat whatsapp tu nak muntah aku tengok discussion diorang dari pilih tarikh sampailah nak makan kat mana, sampailah nak kira berapa orang nak pegi berapa orang tak leh pergi.. muntoh hijo aku.

Last-last ni semua idea Barai.. suggest makan kat Kulcats.. Dorang pon kenal ke apa tah ngan orang Kulcats ni kengkawan diorang kot.. So ok lah on..

Aku sukaaaa pulak makan kat sini.. Dulu pernah pegi sekali tapi rasa sempit sebab masa tu ramai gila orang.. yang ni diorang dah setup 2 meja panjang.. 1 untuk budak-budak.. 1 meja untuk mak bapak.. Dasyat ni anak meja sebelah, mak bapak nak gossip ye... Aku suka sebab lauk-pauk dia takdelah bersusun belambak sampai kau pening taktau nak makan apa.. Lauk dia yang main dish tu, masak lemak cili padi ayam, kari ikan tenggiri, daging masak hitam, sayur campur, dengan apa tah lagi.. tapi ada lah dalam 5-6 lauk.. pastu ada udang tepung, kerabu sotong, telur masin, sambal ikan bilis kentang kering.. Eh sedap nak mam ok.. Rasa macam biar betul? Kulcats ni kan ala-ala mamat-mamat sempoi je owner dia and staff dia.. tapi lauk dia, serious macam mak-mak kita yang masak.. tabik!

 Nasi ada dua jenis.. nasi putih dengan nasi tomato.. Kak Pilla awal-awal dah cedok nasi tomato.. sekali tengok lauk huwaa menyesal, sebab lauk dia makan dengan nasi putih lagi sedap kot.. Tapi jangan risau.. 2 round i makan ye hahahahaha.. pastu nasi putih pulak.

western pon ada jugak.. Kambing nyamsss.. Ada carbonara jugak tp perot dah nak meletop so tak amik lah..

  Ni meja mak bapak..

 sebelah meja anak-anak.. Leecha sebelah Amaani tu.. amikkan dia nasi tomato.. dua kali tambah habis dia bedal sorang-sorang je senyap dia makan ;)

 From Left: Kak Su, Kak Erra Pazira, Kak Nana, Nana Padil, Gee wife barai.

 Kak Nana and Kak Tini.. Dua-dua ni satu sekolah dengan Pak Radie.. Lama dah kita berkawan dari zaman lek lek waklu waklu sampai dah jadi mak orang pon still waklu waklu pedehal no heart feeling jiwa rock kapak sapa sentap sendiri pujuk.  Kak Nana tu rumah dekat dengan Kak Pilla.  Now, part of our suppliers for Ellfie jugak tapi bahagian packaging and lain-lain lah..

 Ni kengkawan Pak Radie yang jugak kengkawan aku.. Lama gila dah aku kenal semua ni sebab diorang dari circle yang sama jugak.


Nak menyusun anak-anak untuk sesi photog.  Leecha gak relax dah standby situ hehehe



Rasanya kita kene gi travel la carik banglo besar-besar sikit kali ni anak je dah penuh sesak.. Tengok budak-budak pon close mesti diorang happy kalau dapat gi travel sesama..

Bayangkan dari bujang, pastu kawin, pastu beranak-pinak.. Now ini hasil dia ramai gila kot muahahahahha...Anak aku, Kak Tini, Nana Padil dan anak-anak dara dah.. Anak Kak Nana, Padil, Abg Ain pon dah bujang dah


Anak dara

Anak bujang.

Hahahha Amaani nampak sangat takde rakan sebaya.. terpaksa sengih-sengih menyendeng nak jadi kawan kakak-kakak ;)


Alhamdulilah semoga persahabatan yang terjalin berkekalan sampai bila-bila.. Happy sebab dikelilingi orang-orang yang happy :)




Love, 
Filla.

BUKA PUASA DAY 23 DAN 24 - 2015

Nasiblah korang nak muntoh ke apa dengan update lauk tak habis-habis hahahaha... Gambar ada jangan dibuang.. campakkan kat blog ni, sok-sok kalau aku lapar, boleh aku gebek2 balik gambar ni sambil jilat skrin heheheh..

Ni actually lauk buka puasa hari Jumaat.. 

 Masak lemak telur itik.. Nak cari belimbing kecik tu tak de musim pulak.. hentam je lah pakai kacang botol..

 Ikan siakap goreng garing je cicah cili padi potong ngan kicap bawang.. dua lauk tu je cukup ;)


 Yang lain tu Pak Radie beli.. 

Ini lauk buka hari sabtu pulak.. Sabtu haritu macam biasa gi hantar Kasih gi tuition.. Lepas hantar Kasih terus gi rumah Peej sebab nak hantar barang kat dia.. Dah tu baring je letih.. Kucing Peej yang M tu asyiklah meleser-leser.. Balik tu terus aku rasa nak demam terbersin non top.. I kenot bulu-bulu kucing ni.. nanti muka rasa merenyam, bersin, selsema dan badan seram sejuk macam nak demam.. Macam tu Pak Radie nak suggest bela kucing? Lupakanlah hasrat.. kalau nak bagi aku demam sepanjang zaman boleh la.

Favourite Kasih ni beli kat kedai akak yang sama meniaga bazar ramadhan depan tuition tu.. Nasib baik ada lagi lala dia nie.. Sedap!!! cukup pedas dia semua.. Amaani pon makan banyak..

Amaani tu akal dia panjang sikit.. Perangai dia camne yek.. dia jarang lah nak melawan.. dia selalu boleh ikut je cakap cuma suara dia tu nyaring meninggi sikit.. dia tak reti control suara dia.. Kalau minta tolong memang dia paling boleh harap lah.. Urut kaki ke memang boleh harap tapi mulut dia boleh tahan.. time urut tu "mana nak urut ni mama? sini ok? Ya Allah ni kaki ke apa? besarnya banyak lemak ni mama" pitam aku dengar.. Pastu bila aku tanya "Apaaa????" terus dia sengih-sengih kerang busuk, angkat tangan.. sorry mama. hehehe..

Bab puasa pon sama.. Dia bangun tidur pukul 9 muka sardin datang kat aku "Mama, Amaani nak milk".. Aku terus sound, "Eh? bukan puasa ke? baru pukul 9, bangun tidur terus nak milk? tunggulah tengahari ke apa tak boleh?".. Terus dia diam.. Nanti bila buka tanya "Puasa tak ni?" "Puasa!!!! Amaani makan buah je tadi, sikit pulak tu".. Ok fineeeee.. 

Paling tak leh tahan kalau aku nak keluar rumah aku pesan kat bibik, "Bik, Amaani tu kalau bangun pagi dia mintak makan ke milk ke, cakap kat dia mama suruh tahan sikit.. puasakan.. tengahari baru bagi" so bibik pon ok lah.. aku nak gerak jumpa Amaani dulu "Amaani, try puasa lama sikit ye harini?".. Pastu muka dia ceria dengan suara nyaring "Ok mama" pastu senyum muka penyek tu.. 

Bila aku balik je tanya bibik "Bik, Amaani makan pukul berapa tadi?".. "Puan keluar je terus dia mintak nak milk, saya cakap mama suruh puasa kan? tengahari sikit baru milk".. "Dia nangis kuat-kuattttt dia cakap mama kan dah keluar, boleh lah milk"

Eh pening layan budak kecik kaki auta ni.. Kang aku balik kemain ceria lagi dia peluk-peluk.. Ni bahaya ni, licik dia ni.... 

 Walaupun sampai rumah lambat, laju-laju jugak nak masak sikit, at least bukan semua lauk beli.. 

 Huwaaa sambal sardin ni sedap.. Aku kalau takde idea suka tanya Peej and Elly.. Tapi biasanya Peej akan cerita dengan muka-muka sekali.. pastu sampai ailio aku rasa nak meleleh membayangkan dia cerita masak macam ni macam tu.. Sambal sardin dengan kentang, letak air asam jawa.. Pergh sedap makan cenggini jer.. ni goreng dulu ikan sardin tu nyammmmms lagi sedap..

 Ni beli kat kedai akak jual lala tu.. Lala tu RM6.. Gulai daging ni RM3.. murahkan? 

 Kasih nampak tepung pelita ni dia nak.. ok lah layankan..

 pastu dia nampak cakoi pon dia nak.. nampak kuih kacang pon nak.. layannn

 Nampak je meriah... tapi ok tiada pembaziran... sardin dengan gulai daging buat makan sahur sebab ada lebih..

Kasih suka air cincau.. mama teringin nak air jagung.. 

Rumah aku memang jarang air manis.. bulan puasa ni je layankan.. hari biasa memang kene minum air kosong je.. 

Sekian.. 

Love, 
Filla.

Tuesday, July 14, 2015

BUKA PUASA DAY 26 - 2015

Hehehehe terskip dari day 22 terus ke day 26.. memory card tidak dapat dikesan.. nanti baru carik.. i is pemalas sekarang nie..

Tapi nak share lauk buka semalam ;)

Semalam terbayang-bayang steamboat macam kat Johnny's maybe sebab muak makan nasi je hari-hari kan.. 

Call Kasih kat rumah.. dia ok tak buka puasa ala Johnny's.. Dia cakap nakkkk! Tapi kasih nak masukkan maggi yang kerinting tu. 

Balik semalam aku gigih singgah Giant cari bahan.. Pak Radie pulak tak suka sup2 ni.. dia nak kuah yong tou foo yang warna coklat tu.. Eh tak kuasa.. aku tak reti yeh nak buat sos tu.. Nasib dia pon gigih start motor gi cari kat area pasar borong.. sana ada kedai frozen food besar gila.. so dia sorang je makan ala-ala yong tou foo dengan kuah coklat dia tu..
 

 Siapa suka cili yang ala-ala Johnys tu? Kak Pilla buat semalam jadik! Yeayyy sebijik macam makan kat Johnys tu.. kembang-kembang hidung semalam hahahahah

 Rice cooker atas meja makan pon boleh.. pedehal?

Kalau korang teringin nak buat makan-makan steamboat ni Kak Pilla suggest biar ramai-ramai sikit.. Kalau setakat anak beranak je memang tak habis lah..

Meh Kak Pilla ajar buat kuah dia dulu.. Kak Pilla buat sup dia banyak penuh satu rice cooker tu..

Sup Steamboat
1 cawan ikan bilis
1 biji bawang besar (potong dadu/hiris)
5 biji bawang putih (diketuk)
1 kiub ayam knorr

Cara-cara
Guna periuk besar tu panaskan, masukkan 1/2 senduk minyak.. Masukkan bawang putih dan tumis hingga coklat dan naik bau.. kemudian masukkan bawang merah.. masak hingga layu dan kemudian masukkan air.. terjunkan ikan bilis, kiub knorr.. Letakkan garam.  Biarkan mendidih hingga lebih kurang 1 jam.. Setelah siap, transfer ke periuk nasi, make sure guna penapis dan ambil sup nya sahaja.. yang lain dah tak guna ;)

Sos Cili Ala Johnny's
10 biji lada merah
4 ulas bawang putih (kalau dah siap blend, cedok 1 sudu)
5 sudu makan minyak bijan
5 sudu makan sos ikan
5 sudu makan cuka makan
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan pati sunquick
1/2 sudu kecil tepung jagung
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa 
 2 sudu bear bijan yang di sangai tanpa minyak.
sedikit daun ketumbar dihiris halus-halus

Cara-cara
Actually aku silap semalam hahaha.. Aku campak semua bahan pastu aku blend.. kecuali tepung jagung dgn bijan salai tu je tak masuk.. Muahahha.. Rupanya blend lada merah dengan bawang putih je.. pastu panaskan kuali dan kacau semua tu hehehehe.. Eh tapi ok je campur semua blend? hahaha.. so ikut korang lah.. kalau pemalas macam Kak Pilla, boleh ikut style Kak Pilla.. pastu masukkan kat kuali kacau last sekali masukkan bancuhan tepung jagung dengan hirisan daun ketumbar.. 

Masa makan steamboat tu.. letak cili tu kat kuah.. Perghhhhhhhhhh lazat :) 

Eh tapi guna rice cooker sakit je hati.. lembap nak mam dia nak masak.. Semalam ada usha gak yang ala-ala tempat masak steamboat tu.. Dalam RM200 lah.. tapi malas nak beli nanti masak steamboat setahun sekali.. hehehehe.. Semalam kul 7:25 baru sibuk nak celup segala frozen food tu.. sayur pon oiii kemain lama nak empuk.. semua termenung je sambil jeling Kak Pilla yang comel nie.. Muahhaha.. terus aku buat muka tak bersalah.. Eh sabar sikit boleh.. ni bulan puasa, kan kene banyak bersabar T______T
 


 
Love, 
Filla.

Friday, July 10, 2015

BUKA PUASA DAY 22 - 2015

Dah nak habis dah bulan Ramadhan.. Tinggal seminggu je lagi huhu..

Mintak-mintak after raya pon masih rajin memasak hari-hari..

Haritu ada beli Tofu Jepun ni 3 ketul.. Pastu teringin pulak nak masak campur broccoli pastu berkuah pecahkan putih telur, letak tepung jagung sikit.. makanan sihat ni, budak pun suka sebab tak pedas langsung.. Sempat lah nak amik Kasih semalam, singgah pasar semata nak beli broccoli.

 Rasanya sepanjang Ramadhan ni aku takde masak asam pedas lagi.. Teringat haritu ada beli tenggiri dengan kepala sekali.. bendi ada kat rumah, sedap gak asam pedas.. Elok plak semalam tetiba Pak Radie muncul hahaha.. Tak balik rumah haritu tido kat office terlampau banyak kerja.. Kesian aku tengok dia makan ntah apa-apa je buka puasa.. Ni semalam tengok habis sepinggan dia makan..

Ni time sahur pulak.. Ai kenot kalau tak makan nasi hahaha.. kalau roti letak telur tengah-tengah ok lagi.. tapi kalau biskut je memang tak lah.. Beli sambal hitam raub dari @meknons_kitchen memang terbaek!! owner dia nama Mimie bukan Mek Non hahahah.. Mimie ni actually kawan lama masa sama-sama study kat UiTM dulu.. dari dulu dia memang terror masak.. Kalau korang nak cuba boleh tengok ig dia tu ok.. confirm puas hati.. Ni first time makan sambal hitam raub.. sodap rupanya ;)




Love, 
Filla.

Thursday, July 09, 2015

BUKA PUASA DAY 21 - 2015

Tengok lauk ni dah macam nak pegi picnic kat Sungai Congkak pulak hehehe.. Actually tak terpikir pon nak buat nasi lemak.. Tapi petang semalam dok membayangkan apa yang ada dalam fridge tu.. Terus teringat ada timun.. hahah itu je aku ingat.. Sebelum timun kecut baik kita buat nasi lemak.. macam takde kene mengena sangat kan? 

Berbuka tanpa suami disisi.. Amboi sedih nau bunyi dia hahahaha... Pak Radie buka makan KFC je pastu dia tak email gambar pon macam selalu sebab sibuk.. kalau send gambar pon gambar dengan computer kat office je.. 

 Masak nasi lemak paling senang sebenarnya.. Ayam marinate pastu goreng.. pastu buat sambal je cukup.. lain tu takat rebus telur, goreng bilis.. settle.

 Hambik... ni minyak dan macam lautan hahaha.. Masa tumis tu, apa kene cili ni macam kurang minyak je.. so asyik lah tambah minyak.. pastu baru minyak dia keluar hahahahaha.. padan muka.. Aku ni tak suka minyak berenang-renang sangat.. tapi masak sambal kene banyak cili baru cili tu masak elok.. apa lagi.. bila dah siap, aku duduk amik kerusi.. amik sudu kecik, cedok pelan-pelan buang minyak dia.. heheheh

Alhamdulilah konyang.

So next masak apa?  



Love, 
Filla.

Wednesday, July 08, 2015

BUKA PUASA DAY 20 - 2015

Genap dah 20 hari berpuasa semalam.. Tak lama lagi dah nak raya, pantas betul masa berlalu..

Semalam tengahari lari gi kedai gi beli beras dengan barang dapur sikit.. Nampak kueyteow terus teringin nak buat Kuey Teow Kungfu.. Tapi pagi masa hantar Kasih gi sekolah dia cakap buka puasa dia nak lauk Tenggiri masak kicap macam mama masak haritu.. nak telur dadar letak sausage jugak.. Adoi kene tunggu balik kang tanya balik..

Dia tetap dengan pendirian nak lauk yang dia sebut pagi tadi.. So terpaksalah Kak Pilla masak jugak apa dia nak.. Pastu telur tu buat telur dadar kosong je.. terus muka masam.. Eh mengada.


 Muka kene paksa senyum ;)

Semalam pon Pak Radie takde.. Aku rasa akan berterusan dia takkan buka puasa dengan kitorang sampai lah ke minggu depan :(

 Siap Kueyteow Kungfu.. Melimpah-limpah dengan sayuran dan haiwan ternakan hahahahah.. Kak Pilla memang suka banyak-banyak sayur.. Tapi ni tak pecahkan cili padi sebab budak nak makan.. so cili padi potong kita buat asing.. Resepi nanti Kak Pilla share, kacang sangat korang mesti kene try.. 

tanya Amaani dia nak nasi ke kueyteow.. dia cakap kueyteow.. pastu bila hidang dia tanya, ni apa? kenapa takde kueyteow goreng? Eh mengada.. apa mama masak, makan je.. jangan banyak soalan ye.

sib baik Amaani pon suka.. licin... lupa dah dia pasal kueyteow goreng hehehe 

Lepas makan nasi, Kasih nak kueyteow pulak.. 

Itu lauk berbuka kami yang simple.. Hari ni masih tak terpikir lagi apa nak masak.. 


Love, 
Filla.