Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Wednesday, July 15, 2015

BUKA PUASA DAY 23 DAN 24 - 2015

Nasiblah korang nak muntoh ke apa dengan update lauk tak habis-habis hahahaha... Gambar ada jangan dibuang.. campakkan kat blog ni, sok-sok kalau aku lapar, boleh aku gebek2 balik gambar ni sambil jilat skrin heheheh..

Ni actually lauk buka puasa hari Jumaat.. 

 Masak lemak telur itik.. Nak cari belimbing kecik tu tak de musim pulak.. hentam je lah pakai kacang botol..

 Ikan siakap goreng garing je cicah cili padi potong ngan kicap bawang.. dua lauk tu je cukup ;)


 Yang lain tu Pak Radie beli.. 

Ini lauk buka hari sabtu pulak.. Sabtu haritu macam biasa gi hantar Kasih gi tuition.. Lepas hantar Kasih terus gi rumah Peej sebab nak hantar barang kat dia.. Dah tu baring je letih.. Kucing Peej yang M tu asyiklah meleser-leser.. Balik tu terus aku rasa nak demam terbersin non top.. I kenot bulu-bulu kucing ni.. nanti muka rasa merenyam, bersin, selsema dan badan seram sejuk macam nak demam.. Macam tu Pak Radie nak suggest bela kucing? Lupakanlah hasrat.. kalau nak bagi aku demam sepanjang zaman boleh la.

Favourite Kasih ni beli kat kedai akak yang sama meniaga bazar ramadhan depan tuition tu.. Nasib baik ada lagi lala dia nie.. Sedap!!! cukup pedas dia semua.. Amaani pon makan banyak..

Amaani tu akal dia panjang sikit.. Perangai dia camne yek.. dia jarang lah nak melawan.. dia selalu boleh ikut je cakap cuma suara dia tu nyaring meninggi sikit.. dia tak reti control suara dia.. Kalau minta tolong memang dia paling boleh harap lah.. Urut kaki ke memang boleh harap tapi mulut dia boleh tahan.. time urut tu "mana nak urut ni mama? sini ok? Ya Allah ni kaki ke apa? besarnya banyak lemak ni mama" pitam aku dengar.. Pastu bila aku tanya "Apaaa????" terus dia sengih-sengih kerang busuk, angkat tangan.. sorry mama. hehehe..

Bab puasa pon sama.. Dia bangun tidur pukul 9 muka sardin datang kat aku "Mama, Amaani nak milk".. Aku terus sound, "Eh? bukan puasa ke? baru pukul 9, bangun tidur terus nak milk? tunggulah tengahari ke apa tak boleh?".. Terus dia diam.. Nanti bila buka tanya "Puasa tak ni?" "Puasa!!!! Amaani makan buah je tadi, sikit pulak tu".. Ok fineeeee.. 

Paling tak leh tahan kalau aku nak keluar rumah aku pesan kat bibik, "Bik, Amaani tu kalau bangun pagi dia mintak makan ke milk ke, cakap kat dia mama suruh tahan sikit.. puasakan.. tengahari baru bagi" so bibik pon ok lah.. aku nak gerak jumpa Amaani dulu "Amaani, try puasa lama sikit ye harini?".. Pastu muka dia ceria dengan suara nyaring "Ok mama" pastu senyum muka penyek tu.. 

Bila aku balik je tanya bibik "Bik, Amaani makan pukul berapa tadi?".. "Puan keluar je terus dia mintak nak milk, saya cakap mama suruh puasa kan? tengahari sikit baru milk".. "Dia nangis kuat-kuattttt dia cakap mama kan dah keluar, boleh lah milk"

Eh pening layan budak kecik kaki auta ni.. Kang aku balik kemain ceria lagi dia peluk-peluk.. Ni bahaya ni, licik dia ni.... 

 Walaupun sampai rumah lambat, laju-laju jugak nak masak sikit, at least bukan semua lauk beli.. 

 Huwaaa sambal sardin ni sedap.. Aku kalau takde idea suka tanya Peej and Elly.. Tapi biasanya Peej akan cerita dengan muka-muka sekali.. pastu sampai ailio aku rasa nak meleleh membayangkan dia cerita masak macam ni macam tu.. Sambal sardin dengan kentang, letak air asam jawa.. Pergh sedap makan cenggini jer.. ni goreng dulu ikan sardin tu nyammmmms lagi sedap..

 Ni beli kat kedai akak jual lala tu.. Lala tu RM6.. Gulai daging ni RM3.. murahkan? 

 Kasih nampak tepung pelita ni dia nak.. ok lah layankan..

 pastu dia nampak cakoi pon dia nak.. nampak kuih kacang pon nak.. layannn

 Nampak je meriah... tapi ok tiada pembaziran... sardin dengan gulai daging buat makan sahur sebab ada lebih..

Kasih suka air cincau.. mama teringin nak air jagung.. 

Rumah aku memang jarang air manis.. bulan puasa ni je layankan.. hari biasa memang kene minum air kosong je.. 

Sekian.. 

Love, 
Filla.

Tuesday, July 14, 2015

BUKA PUASA DAY 26 - 2015

Hehehehe terskip dari day 22 terus ke day 26.. memory card tidak dapat dikesan.. nanti baru carik.. i is pemalas sekarang nie..

Tapi nak share lauk buka semalam ;)

Semalam terbayang-bayang steamboat macam kat Johnny's maybe sebab muak makan nasi je hari-hari kan.. 

Call Kasih kat rumah.. dia ok tak buka puasa ala Johnny's.. Dia cakap nakkkk! Tapi kasih nak masukkan maggi yang kerinting tu. 

Balik semalam aku gigih singgah Giant cari bahan.. Pak Radie pulak tak suka sup2 ni.. dia nak kuah yong tou foo yang warna coklat tu.. Eh tak kuasa.. aku tak reti yeh nak buat sos tu.. Nasib dia pon gigih start motor gi cari kat area pasar borong.. sana ada kedai frozen food besar gila.. so dia sorang je makan ala-ala yong tou foo dengan kuah coklat dia tu..
 

 Siapa suka cili yang ala-ala Johnys tu? Kak Pilla buat semalam jadik! Yeayyy sebijik macam makan kat Johnys tu.. kembang-kembang hidung semalam hahahahah

 Rice cooker atas meja makan pon boleh.. pedehal?

Kalau korang teringin nak buat makan-makan steamboat ni Kak Pilla suggest biar ramai-ramai sikit.. Kalau setakat anak beranak je memang tak habis lah..

Meh Kak Pilla ajar buat kuah dia dulu.. Kak Pilla buat sup dia banyak penuh satu rice cooker tu..

Sup Steamboat
1 cawan ikan bilis
1 biji bawang besar (potong dadu/hiris)
5 biji bawang putih (diketuk)
1 kiub ayam knorr

Cara-cara
Guna periuk besar tu panaskan, masukkan 1/2 senduk minyak.. Masukkan bawang putih dan tumis hingga coklat dan naik bau.. kemudian masukkan bawang merah.. masak hingga layu dan kemudian masukkan air.. terjunkan ikan bilis, kiub knorr.. Letakkan garam.  Biarkan mendidih hingga lebih kurang 1 jam.. Setelah siap, transfer ke periuk nasi, make sure guna penapis dan ambil sup nya sahaja.. yang lain dah tak guna ;)

Sos Cili Ala Johnny's
10 biji lada merah
4 ulas bawang putih (kalau dah siap blend, cedok 1 sudu)
5 sudu makan minyak bijan
5 sudu makan sos ikan
5 sudu makan cuka makan
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan pati sunquick
1/2 sudu kecil tepung jagung
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa 
 2 sudu bear bijan yang di sangai tanpa minyak.
sedikit daun ketumbar dihiris halus-halus

Cara-cara
Actually aku silap semalam hahaha.. Aku campak semua bahan pastu aku blend.. kecuali tepung jagung dgn bijan salai tu je tak masuk.. Muahahha.. Rupanya blend lada merah dengan bawang putih je.. pastu panaskan kuali dan kacau semua tu hehehehe.. Eh tapi ok je campur semua blend? hahaha.. so ikut korang lah.. kalau pemalas macam Kak Pilla, boleh ikut style Kak Pilla.. pastu masukkan kat kuali kacau last sekali masukkan bancuhan tepung jagung dengan hirisan daun ketumbar.. 

Masa makan steamboat tu.. letak cili tu kat kuah.. Perghhhhhhhhhh lazat :) 

Eh tapi guna rice cooker sakit je hati.. lembap nak mam dia nak masak.. Semalam ada usha gak yang ala-ala tempat masak steamboat tu.. Dalam RM200 lah.. tapi malas nak beli nanti masak steamboat setahun sekali.. hehehehe.. Semalam kul 7:25 baru sibuk nak celup segala frozen food tu.. sayur pon oiii kemain lama nak empuk.. semua termenung je sambil jeling Kak Pilla yang comel nie.. Muahhaha.. terus aku buat muka tak bersalah.. Eh sabar sikit boleh.. ni bulan puasa, kan kene banyak bersabar T______T
 


 
Love, 
Filla.

Friday, July 10, 2015

BUKA PUASA DAY 22 - 2015

Dah nak habis dah bulan Ramadhan.. Tinggal seminggu je lagi huhu..

Mintak-mintak after raya pon masih rajin memasak hari-hari..

Haritu ada beli Tofu Jepun ni 3 ketul.. Pastu teringin pulak nak masak campur broccoli pastu berkuah pecahkan putih telur, letak tepung jagung sikit.. makanan sihat ni, budak pun suka sebab tak pedas langsung.. Sempat lah nak amik Kasih semalam, singgah pasar semata nak beli broccoli.

 Rasanya sepanjang Ramadhan ni aku takde masak asam pedas lagi.. Teringat haritu ada beli tenggiri dengan kepala sekali.. bendi ada kat rumah, sedap gak asam pedas.. Elok plak semalam tetiba Pak Radie muncul hahaha.. Tak balik rumah haritu tido kat office terlampau banyak kerja.. Kesian aku tengok dia makan ntah apa-apa je buka puasa.. Ni semalam tengok habis sepinggan dia makan..

Ni time sahur pulak.. Ai kenot kalau tak makan nasi hahaha.. kalau roti letak telur tengah-tengah ok lagi.. tapi kalau biskut je memang tak lah.. Beli sambal hitam raub dari @meknons_kitchen memang terbaek!! owner dia nama Mimie bukan Mek Non hahahah.. Mimie ni actually kawan lama masa sama-sama study kat UiTM dulu.. dari dulu dia memang terror masak.. Kalau korang nak cuba boleh tengok ig dia tu ok.. confirm puas hati.. Ni first time makan sambal hitam raub.. sodap rupanya ;)




Love, 
Filla.

Thursday, July 09, 2015

BUKA PUASA DAY 21 - 2015

Tengok lauk ni dah macam nak pegi picnic kat Sungai Congkak pulak hehehe.. Actually tak terpikir pon nak buat nasi lemak.. Tapi petang semalam dok membayangkan apa yang ada dalam fridge tu.. Terus teringat ada timun.. hahah itu je aku ingat.. Sebelum timun kecut baik kita buat nasi lemak.. macam takde kene mengena sangat kan? 

Berbuka tanpa suami disisi.. Amboi sedih nau bunyi dia hahahaha... Pak Radie buka makan KFC je pastu dia tak email gambar pon macam selalu sebab sibuk.. kalau send gambar pon gambar dengan computer kat office je.. 

 Masak nasi lemak paling senang sebenarnya.. Ayam marinate pastu goreng.. pastu buat sambal je cukup.. lain tu takat rebus telur, goreng bilis.. settle.

 Hambik... ni minyak dan macam lautan hahaha.. Masa tumis tu, apa kene cili ni macam kurang minyak je.. so asyik lah tambah minyak.. pastu baru minyak dia keluar hahahahaha.. padan muka.. Aku ni tak suka minyak berenang-renang sangat.. tapi masak sambal kene banyak cili baru cili tu masak elok.. apa lagi.. bila dah siap, aku duduk amik kerusi.. amik sudu kecik, cedok pelan-pelan buang minyak dia.. heheheh

Alhamdulilah konyang.

So next masak apa?  



Love, 
Filla.

Wednesday, July 08, 2015

BUKA PUASA DAY 20 - 2015

Genap dah 20 hari berpuasa semalam.. Tak lama lagi dah nak raya, pantas betul masa berlalu..

Semalam tengahari lari gi kedai gi beli beras dengan barang dapur sikit.. Nampak kueyteow terus teringin nak buat Kuey Teow Kungfu.. Tapi pagi masa hantar Kasih gi sekolah dia cakap buka puasa dia nak lauk Tenggiri masak kicap macam mama masak haritu.. nak telur dadar letak sausage jugak.. Adoi kene tunggu balik kang tanya balik..

Dia tetap dengan pendirian nak lauk yang dia sebut pagi tadi.. So terpaksalah Kak Pilla masak jugak apa dia nak.. Pastu telur tu buat telur dadar kosong je.. terus muka masam.. Eh mengada.


 Muka kene paksa senyum ;)

Semalam pon Pak Radie takde.. Aku rasa akan berterusan dia takkan buka puasa dengan kitorang sampai lah ke minggu depan :(

 Siap Kueyteow Kungfu.. Melimpah-limpah dengan sayuran dan haiwan ternakan hahahahah.. Kak Pilla memang suka banyak-banyak sayur.. Tapi ni tak pecahkan cili padi sebab budak nak makan.. so cili padi potong kita buat asing.. Resepi nanti Kak Pilla share, kacang sangat korang mesti kene try.. 

tanya Amaani dia nak nasi ke kueyteow.. dia cakap kueyteow.. pastu bila hidang dia tanya, ni apa? kenapa takde kueyteow goreng? Eh mengada.. apa mama masak, makan je.. jangan banyak soalan ye.

sib baik Amaani pon suka.. licin... lupa dah dia pasal kueyteow goreng hehehe 

Lepas makan nasi, Kasih nak kueyteow pulak.. 

Itu lauk berbuka kami yang simple.. Hari ni masih tak terpikir lagi apa nak masak.. 


Love, 
Filla.

Tuesday, July 07, 2015

BUKA PUASA DAY 19 - 2015

Sedar tak sedar dah 19 hari kita berpuasa kan? Amacam dugaan bulan Ramadhan boleh handle lagi tak? hehehe..

Dah berapa hari Pak Radie tak dapat berbuka dengan kitorang anak-beranak.. Takpelah dia sibuk nak buat cemana kan.. Semalam Elly ajak buka kat PJ Hilton.. Ikutkan aku dah tak jadi nak pegi kot sebab Pak Radie takde.. Eh malas nak redah jam kat PJ dah lah haritu kitorang sahur sama-sama kat 222 tu jalan macam haper semua dah jadi one way.. Aku nak redah sorang? tak yah tak yahhhh...

Tapi Elly ngan Peej ada.. Elly suruh datang jugak bawak Kasih.. Pak Radie kata takpelah, pegi je.. Oklah, tepat 4:30ptg terus pecut amik Kasih kat sekolah.. dah siap bawak baju dia salin dalam kereta.. So ikut MEX terus keluar Kuchai Lama, keluar Federal Highway masuk PJ.. Masuk PJ aku blur terus hahahaha.. padahal zaman muda dulu, naik hapal muka mamak amik order yang otak dia macam calculator tu.. 15 orang makan pon dia tak yah pakai calculator, congak je.. kagum kejap, ntah-ntah dia pun kira main hentam hahahaha.. 

Aku memang terkenal sebab punctual.. Tapi orang tak boleh terima kegilaan aku punya punctual tu, ajak buka puasa, kul 5.15 aku dah sampai PJ Hilton tu.. Muahhahahaha.. Prinsip aku biar awal, jangan aku tersangkut jam pastu tak tau jalan memang bye, balik rumah terus.

Sampai je terus ajak Kasih gi surau kita solat Asar dulu.. Pastu hambik kau nak menunggu sampai ke Maghrib hehehe.. Kasih siap ngaji sebab ada Quran kat situ.. Aku berzikir sampai tidur kroh kroh krohhhh... Takde orang kat surau tu.. tido kejap je sebab aku tak biasa tido tempat yang aku tak biasa.. 

Kasih kejap-kejap tanya lagi berapa minit.. nak keluar asap dah otak aku hahahah.. Pastu aku tengok dia main dalam surau tu.. habis dia keliling surau tu ntah game apa dia main... Aku malas nak keluar.. sebab Maghrib dulu baru gi makan, senang sikit macam tu.. 

 Ini lauk pertama.. Makanan berlambak-lambak sampai aku jadi bodoh tak tau apa nak makan.. Lalu pegang pinggan tengok je macam tu.. hahahha.. Tulah dia manusia, lauk belambak tak reti.. lauk sikit komplen.. Last-last makan je lah lauk kat atas tu..

 Ni 2nd round.. Satay 3 batang, ayam seketul, nasi arab 1 senduk, chicken kebab satu.

Kasih makan tak banyak sangat.. Tapi ok lah habis jugak nasi dia tu.. Pastu makan grapes yang ada coating chocolate tu.. makan ice cream Malaysia lagi.. ice cream scoop pon dia bedal..

 Pastu jumpa Elis kawan Suraya.. Lama tak jumpa heheheh.. Dia pun dah tak reti apa nak makan.. Nanti jumpa lagi ye Elis ;)

 Memasing merungut ni muka tembam walaupun bulan puasa caner ni? hahahahah.. 

with Elly itu saja update berbuka semalam.. Kalau dulu kemain rajin bangun round snap-snap gambar makanan.. Eh dah tua ni dah tak kuasa hahahah.. amik gambar pinggan sendiri pon rasa macam over benau kau ni.. heheheehhe.. 


Love, 
Filla.

Monday, July 06, 2015

BUKA PUASA DAY 18 - 2015

Tak sangka gigih update lauk buka puasa dari Day 1 lagi.. Kali ni berbuka kat Enstek pulak.. Pak Long ada call tanya if nak buka kat luar macam biasa.. Aku ni sekarang-sekarang macam malas jugak nak buka kat luar.. dahlah pemalas bontot nak bangun duduk amik food dan rasa membazir pulak.. Wan pun tak berapa suka buka luar..  

Pastu Pak Long terus cakap ok ok ok.. Abang belanja, kita beli udang, ketam, ikan.. apa nak beli pon boleh pastu masak ramai-ramai umah Mama.. Wah macam best je dia punya idea tu.. Pastu semalam dia sampai dia membongkang tido dalam bilik mama.. apa pon tak bleh.

So yang masak semalam, Wan, aku ngan Azza (mak long) . Pak Long pulak betul-betul sehari sebelum tetiba call Wan dia cakap dia tak kisah, tapi wajib ada Sup Ikan dengan Ayam Berlada.. Terus Wan tertelan ailio sebab kitorang plan masak lain.. Wan tu bukan boleh, anak dah sebut masak jugaklah.. Memula aritu dia cakap korang masaklah berdua, mama nak rehat, mama penat.. Memang tak lahhhhh.. dah tau sangat Wan tu hahahaha.. Pastu awal dia dah siapkan Sup Ikan Jenahak, Ayam Berlada dengan Ketam Masak Lemak Cili Api.. Oiiii banyak gila lauk, aku je nak masak 3 jenis lauk.. so total ada 6 lauk hahahaha.. Hantam jelah.. 

Buka puasa semalam kita jemput jugak Auntie Rabitah dengan Uncle Rosli.. pastu ajak Ain (best friend arwah Syafiq) Sayang kat Ain tiap kali datang macam-macam Ain bawak.. Husband dia tak dapat join semalam so bawak anak je Danish tu.. Ain tu penyegan tapi tak pernah tak datang kalau ajak.. Tengok Ain rindu kat Arwah, kata Wan.. terus mengalir air mata Wan lagi... hmmmm.. 

Ingat lagi masa bulan puasa arwah duduk sebelah aku time berbuka.. Aku beli kat bazar ramadhan.. teringin nak makan mee bandung.. kitorang kalau berbuka memang tak sabar.. Especially arwah lah.. pastu bergaduh-gaduh nak suruh habiskan mee bandung.. Arwah tu suka sengih je sampai hilang mata sebab sepet.. bercakap tak banyak sengih je.. Eh ok sorry terbawa-bawa perasaan..

Sup Ikan Jenahak untuk Pak Long.. Sebenarnya Jenahak ni Wan nak masak lomak cili api.. Dah Pak Long nak sup, hantam je lah Jenahak pon boleh hehehe.

Wan kata umur-umur sekarang ni Wan tak leh tengok ayam.. tak lalu tekak rasa kembang je.. Eh Wan ni, aku tengok ayam suka je hhahahahaha..

Wan nak jugak buat ketam masak lomak dia.. Aku bukan apa, kang Wan tu penat berdiri lama-lama kat dapur.. ni campur nanas.. aku tak sompek nak rasa pon semalam..

Ulam-ulaman.. pon aku tak makan semalam..

Ketam Telur Asin ni Kak Pilla masak hahahah.. first time try, Pak Radie suka sangat dah 2 x makan dengan Elly, Win, Peej and Ben kat Hokaido tu.. sedap gila kot.. Bila rasa je terus, "aku tau ni masak ni cemana" heheheh padahal google je.. pastu reka ikut tekak dan ikut deria rasa makan kat hokaido.. Pak Radie kata sedap, tapi macam terkering sikit.. Ish suka komplen.. 

Butter Prawn first try jugak.. Egg Floss tu ada yang tak halus.. rasanya if cuba lagi sekali ok kot hahahaha.. Kasih suka gila udang butter prawn ni.. Siap cakap pandainya mama masak, kasih makan banyak gila semalam.. kasih suka serbuk-serbuk (floss) tu.. nanti mama masak lagi camtu yeh..

Sebab sayur takde, so mari kita masak Broccoli with Beef..  

Buat 3 hidang semalam.. 1 hidang kat tikar bawah untuk budak-budak.. Sian Mak Long tak muat atas dia join budak-budak kat bawah.. tp Mak Long memang jenis happy-happy suka budak-budak.. 

Air sirap bandung Mak Long buat ;)

Makan kat tikar ni pon syok kan? Aku sampai tak tau nak mula mana dulu nak makan.. Aku tak biasa lauk banyak-banyak, sudahnya makan 2-3 lauk je lain tak makan.. Tapi semua tapau bawak balik untuk sahur hahahahaha... 

Ada banyak lagi makanan tak snap gambar.. Ain bawak caramel roti, Auntie Rabitah bawak kuih Khadija ke apa tah? makanan tradisional orang Kedah yang warna putih atas dia tabur bawang goreng tu.. mama buat Pulut Serawa Durian, pastu duduk meratah durian fresh lagi.. pastu ada dragon fruit and honeydew.. 

Lepak borak-borak, pastu Ain tolong jadi nurse tolong check BP.. Alhamdulilah BP aku ok 117 atas, bawah berapa eh semalam? kira Ain kta tu bagus sangat.. wow hehehe.. 

Sembang punya sembang tengok jam dah dekat pukul 10 malam.. Moh lah kita balik, esok kerja, esok sekolah.. Tapi seronok sangat semalam.. mama and ayah pon nampak happy :)

Thank you Uncle Rosli, Auntie Rabitah and Ain sama-sama berbuka dengan kitorang semalam.. Kita dah macam part of family dah ;)  Sayang semua :)



Love, 
Filla.

LAUK BUKA PUASA DAY 17 - 2015

Hari Sabtu sepatutnya hantar Kasih tuition kat KL.. So semua anak-beranak sama-sama nak gi hantar.. tapi Kasih mengadu sakit kepala pastu tadi dia muntah sikit.. Tak tau lah ni cerita rekaan sebab dia ternampak Amaani makan nugget ke apa..

Tapi dia cakap Kasih tak tipu.. Bulan puasa mana boleh tipu.. Jadi masa on the way tu Pak Radie dah signal-signal tak yah lah hantar gi tuition.. Kita singgah petrol station memana belikan dia panadol ngan air.. suruh dia minum ubat pastu belikan dia bun ke apa alas perot.. 

Oklah kang melarat pulak sakit perot.. so harini tak yah puasa.. Tapi kene ganti ye kasih?

Cakap kat Pak Radie kita buka je lah kat KLCC senang.. Tapi awal sangat sampai sana beli dress Amaani dengan Aleesya.. pusing-pusing KLCC pastu gi Pavi pulak.. pusing-pusing lagi.. Pastu Pak Radie cakap kita buka kat rumah.. dia rimas orang ramai-ramai.. Baiklah menurut perintah.

 Makan Pizza Hut pon boleh lah..

Aku teringin nak makan spaghetti dia sebenarnya.. tapi macam benyek sikit.. tapi boleh lah dari takde ;)


Love, 
Filla.

Saturday, July 04, 2015

LAUK BUKA PUASA DAY 16 - 2015

 Semalam pon Pak Radie tak balik untuk berbuka.. Macam biasa bila dia tak balik, ni lah masanya kita masak lauk bukan favourite dia hehehehe.. Tekak teringin nak makan ikan tenggiri masak pindang.. ke masak asam rebus? Sama jelah kan?

 Actually ni lauk favourite Atok Braim.. Kak Pilla pon suka, bibik pon suka ;)

Hiris-hiris je bawang besar, bawang putih dengan halia.. lebur je semua dengan air asam jawa.. jangan lupa titik serai dalam 2 batang.. letak tomato ngan lada besar.. sedap oiii makan dengan nasi boleh hirup kuah dia.. Tak tau pulak bila masak ni semalam the kasihs semua suka jugak..

 goreng tauhu dengan buat cili kicap untuk cicah..

 Ni bibik masak untuk kasih.. kentang bilis pedas.. tapi kenapa hitam plak ni.. terhangit lah ni..

 Itu je lauk berbuka semalam.. hari ni gamaknya berbuka kat luar kot sebab kasih tuition kat KL sana.. tak sompek nak masak.. Ingat nak gi klcc la jap lagi belikan kasih seluar jeans.. raya ni tak yah shopping sangat utk budak-budak sebab sebelum gi Langkawi haritu dah beli dah.. tak elok membazir dengan GST lagi hoiiii terbeban ai tau..


Love, 
Filla.