Hi... Harini nak share resepi paling mudah cara buat Jiggae.. Apa benda Jiggae tu? Hahaha dah nama dia cenggitu kita ikut jelah.. Tapi seriously ni memang makanan kesihatan.. Takde minyak-minyak.. dia macam sup jer.. Kalau tengah demam pun sesuai.. dia ala-ala comfort food gitu..
Kak Pilla prepare ni dalam 3 minit je siap hahahha.. Terlalu mudah ;)
Gochujang ni je lah bahan yang korang kena ada.. Gochujang halal ni korang boleh beli kat Aeon.. Kak Pilla beli kat Aeon Equine, Sri Kembangan.. Dan korang kena beli Kimchi.. pun sama beli kat Aeon ada macam-macam size.
Ok jom tengok cara nak masak:
BAHAN-BAHAN
Paste Gochujang - 1 sudu besar
Kimchi - 2 or 3 sudu besar
Air
Bawang holland - 1/2 biji (dibelah-belah)
Tauhu (boleh guna soft tofu atau tauhu biasa)
Daun sup (bersama batang)
Sedikit garam
Serbuk sedap rasa Maggi - 1 sudu kecil
CARA-CARA
Didihkan air dalam periuk.. Terpulang nak banyak sup boleh letak air lebih.. Masukkan bawang holland, gochujang, kimchi, tauhu.. Kacau 1-2 minit dan masukkan garam, serbuk perasa dan daun bawang. Siap!!!!
Bahan-bahan tu terpulang kat korang.. Boleh je tambah sayuran lain kalau korang suka.. boleh masuk carrot, mushroom dan lain-lain :)
Siap untuk dimakan bersama nasi.. Ni pun antara makanan sesuai untuk orang yang eatclean.. Tapi nasi tu korang tukar lah beras takde kanji heheh
Selamat mencuba uollsssss..
Filla.
2 comments:
simple sedap
x reti makan kimchi ...x kena dengan selera kot
Post a Comment