Monday, April 13, 2015

PENAT LELAH KAMI DEMI ELLFIE BEAUTY ;)

Selamat Hari Isnin ;)

Rindu kat Kak Pilla kerr kerr kerrrr hahahha... Banyak benda nak share kat blog, tapi kesibukan diri membuatkan semua benda jadi terbatas.. InshaAllah kalau kurang sibuk kita selalu jenguk-jenguk uolls kat sini ye.. Promishhh! *angkattanganmacamikrar*

Siapa follow instagram maybe korang tau lah apa aktiviti Kak Pilla, Kak Elly and Kak Peej sekarang.. Kalau dulu kitorang selalu pening nak lepak mana, nak makan kat mana, semua tempat makan rasa nak try.. lepas tu sambung minum kopi.. Seronok nya time tu boleh gelak-gelak, buang-buang masa borak.. Sekarang semua tu dah tak de.. hidup kitorang semakin kelam kabut sejak ada baby baru nie.. Sepenuh tenaga, masa dan usaha kitorang laburkan kat Ellfie Beauty.. Nasib baiklah kitorang bertiga ni memang jenis kuat kerja, sentiasa bersemangat dan tak pernah patah semangat.. Amboi ni statement memuji diri ke apa? Masing-masing tau part masing-masing.. semua tau tanpa usaha yang gigih, angan-angan cuma tinggal angan-angan.. 

Penat dia tak boleh nak cakap.. dua hari berturut-turut (sabtu dan ahad) Kak Pilla jumpa Elly and Peej.. semua urusan Ellfie Beauty.  Sampai nak makan pon kitorang bertahan lapar dulu.. dah siap kerja baru lari cari makan.. dah kenyang, patah balik sambung kerja lagi.. Kitorang faham Peej tak boleh nak buat semua, so kene tolong menolong kat situ.. Semalam dah hari paling maksima penat.. Aku drive balik, sampai rumah dah pukul 8 malam.. solat, mandi baring kejap.. Pak Radie bawak budak-budak balik Shah Alam, for the first time aku tak dapat join celebrate Birthday Nurin (anak buah).. hanya mampu tengok whatsapp group family diorang happy-happy.. huwaaaa sedih dan rasa bersalah.. harap keluarga sana pun faham.. pastu aku sampai rumah Pak Radie whatsapp cakap gi singgah makan dengan budak-budak.. Aku tak makan sebab terlalu penat.. 

Pastu Elly nak nangis whatsapp cakap dia penat gila pastu laki ajak gi KLCC pulak hahahah.. nak elak tak boleh sebab keluarga harus diutamakan.. nangislah kau di sana Elly.. pastu Peej plak whatsapp kata ternganga dia tidur tadi.. Dapat lah tido sejam tak sedar diri terus rasa nak patah pinggang.. Well aku tunggu Pak Radie ngan budak-budak balik.. diorang tapau McD tak lepak sana pun.. So diorang makan aku duduk mengadap je diorang makan.. kalau ikut hati aku dah terlentang tak sedar diri dah penat.. Pak Radie suruh makan pon aku tak lalu sebab dalam otak nak tido pleaseee helppp.. 


Ini saya pagi ini.  Nak tido tak boleh boss ada.. hahahha.. Walaupun penat bekerja tak habis-habis tapi aku happy sebab aku suka apa yang aku buat ;)  Jual skincare yang aku sendiri pakai dan aku memang puas hati tahap dewa keberkesanan Ellfie Beauty skincare ni.. Nasiblah orang nak kata produk sendiri kau syok sendiri.. Eh ada aku kisah? hahahhaha janji muka dah elok, kalau dulu agak ngeri sikit muahahahahha.. Bibik yang mengadap aku hari-hari pun dah perasan.. "muka puan dan cerah, bersih dari dulu" "Puan, Ellfie tu berapa Puan? saya nak beli jugak, kakak saya di Medan pun nak beli, kalau bagus dia nak jual kat sana" Ok kita fikir nak lebarkan sayap ke Indon lepas ni.. Ada orang Indonesia nak jadi agent Ellfie Beauty? Meh sini turun Malaysia amik stok.. Produk Malaysia baguss bangat donggggg hahahah.. Sambutan yang diberikan pon sangat memberansangkan.. customers baru dan yang repeat order non-stop Alhamdulilah.

Soon Ellfie Beauty dah ada office sendiri.. *lompatbintang* aku pun tak tau cemana semua ni terjadi.. Allah dah aturkan satu persatu dengan sebaik-baiknya.. Jalan tu macam terbuka satu persatu.. Kitorang just ikut flow dan rezeki.. Tapi usaha dan doa tak pernah berhenti.. Untuk siapa semua ni? Kitorang ni nampak je gila tapi kitorang suka bincang dan emo-emo mata berkaca-kaca.. Peej dah cakap kalau Ellfie semakin maju dia nak peruntukkan sekian-sekian untuk parents dia.. kita anak-anak ni nak berjasa untuk siapa lagi kalau bukan untuk ibu-bapa dan keluarga.. Aku bukan jenis orang yang boros-boros sebab aku sedar diri.. Aku selalu beringat masa depan aku tak tau berapa banyak lagi duit nak kene pakai untuk anak nak sekolah.. masuk U ke apa.. aku ni takpe, nasi dengan kicap pon aku boleh hadap... tapi zaman depan duit akan keluar macam air kot? Sementara aku kuat untuk mencari rezeki ni, biarlah aku berkorban sikit simpan dalam bank.. Aku cakap kat Peej dengan Elly, sesuatu yang kita buat, bila kita pasang niat untuk bantu ibu bapa kita, bantu keluarga kita, bantu orang susah, InsyaAllah jalan tu ada dan Allah sentiasa ada dengan kita untuk beri petunjuk dan jalan.. yang lain-lain tu kene usaha.. 


Dengan adanya office baru ni, semangat kitorang semakin membara untuk bawa Ellfie Beauty ke tempat lebih tinggi.. rezeki tu Allah yang tentukan.. orang lain boleh berjaya, kenapa kita tak boleh? so macam-macam perasaan bercampur aduk dalam hati kitorang ni.. Happy, takut, letih, risau, semangat, eh semua bercampur-aduk lah.. Kitorang pon bersyukur sebab suami masing-masing faham.. Bukan setakat faham, semua jalankan part masing-masing jugak.. Win memang harapan kitorang untuk ajar selok-belok perniagaan, runner printing flyers, cari kotak untuk printing, carikkan office dan dealkan.. Radie bab-bab design, design and artwork kotak, flyers, banners (lepasni), design office dan bagi nasihat apa yang sesuai dengan tak.. Ben orang penting sebab dia bodyguard hahaha.. Taklah, Ben ni lah orang paling gagah perkasa tolong angkat barang-barang untuk postage.. ingat senang? Ellfie Beauty sehari kalau postage memang kene ulang-alik angkat barang ke pejabat pos.. soon ada office kitorang akan amik service poslaju datang.. 


Ni gambar pagi ahad sebelum gi rumah Peej, keluar breakfast dulu.. aku bawak kereta lain, bawak Amaani je sorang gi makan.. later Pak Radie ngan Aleesya pulak join sebab lepas makan aku kene gerak so korang sila balik ngan papa ok? bila aku balik lambat diorang buat hal masing-masing kat rumah tetiba aku jadi sedih.. kenapa semua buat tak tau bila mama balik????? kasih makan ayam tengok tv.. "Kasih sedapke ayam tu".. dia senyap.. lambat baru jawab "Sedap" mata lekat kat tv.. hahaha aku ni emosi kenapa.. diorang biasa je.. aku plak rasa macam kenapa semua buat tak tau nie.. Papa lagi best ke??? hahahahah.. saiko.. Tapi haritu kaki sakit, mintak tolong thekasihs picit.. Kasih sibuk main bola netball dia.. dia mesti alasan "jap, jap jap".. Aleesya pulak aku cakap "Leecha tolong picit kaki mama boleh?" Dia tak pandang pon terus jawab "Tak leh" eh budak ni? kalau dia picit pon dua-tiga kali dia cakap "dah".. Amaani jugak yang tolong picit lama.. puji sikit lagi lama lah dia picit hahahahah.. sampai aku rasa tangan dia dah lemah.. aku tanya "Amaani dah penat?" "Tak penat, tapi tangan amaani sakit sikit".. Hahahha mana tak sakit.. tangan dah lah halus, kene picit kayu balak pulak hahahah.. 


Tengok ni.. Aleesya kalau nak amik gambar je mula lah buat muka pelik-pelik sebab dia tak suka aku amik gambar dia.. ni tetiba bagi pulak tapi muka dah macam kucing hahahha..

So itulah aduan saya hari ini.. Terima kasih kerana sudi mendengar ;)


Love, 
Filla.

11 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

bekerja la kita untuk anak2.. ila yg cuma jd delaer beberapa produk nie pun dok pening..mana keja..mana anak.. mana masak.. mana kemas umah.. now yg paling dibenci adalah kain baju.. terus hantar dobi :)

alhamdulilah..setakat nie boleh arrange..

Nurizzah Majif Biz said...

well done kak filla n team. moga sentiasa sukses dan dpt sumbangkan kpd keluarga juga ummah. susah2 dahulu sng2 kemudian. itu yg sebaiknya bile jatuh x rs sakit sgt kan sbb dah prnh susah.

Lynd said...

Macamana kakak Manis boleh handle bisnes and keje.
makcik ni dah takder hati nak g ghoje ni
Bukan sebab kederat tapi sebab kepala hotak pikir bisnes je ni tapi belum cukup stabil nak brenti ghoje.

Haihhh.. cer transfer skit kata-kata semangat kat makcik ni hah..

SaraGurL said...

Dlm byk2, amani pling nampak gengster.
Tp...hati lembut je. Gudjob lah amani.

FadMN said...

tahniah kak pilla and team.bangga sangat ngan u olls.
semoga terus dimurahkan rezeki.
insya allah nanti nak try la.bila dah abis pencuci muka yg kt umah ni.heheheheh

FAD

arlina said...

kak filla,sungguh motivasi sngt ..suka sngt tgk team akak yg saling bantu ni.
aleesya comel nya.muka mcm kucing pun xpe..still comei.

Anonymous said...

Salaam Kak

Cute nye aleesya. With her hair. Hope u get a good rest. Take good care of ur health.

:)

Nura

Ash Awan said...

Taniah kak pilla dan kak peej! semoga terus success

Anonymous said...

Mak ooi bahasa..ayat perintah..

menemalish said...

salam kak pilla,,sy silent reader..ni baruuu je komen..sy suka la bca blog akak..blog lain yg sy suk baca,kalau advert CONFORM sy scroll down..hahaha..tp, kalau akk tulis advert pon sy bca..hehehe..btw, bentuk muka akk cntik..May Allah bless..tq

sgrmse. said...

Kak Filla chantek lah pakai gincu merah merah!!